Mar 14

Cara Terbaik Menjadi Blogger Berkesan

Setiap blogger terutama blogger yang baru sering tertanya-tanya, bagaimanakah cara terbaik menjadi blogger berkesan.

Ada beberapa tips yang dikongsikan oleh salah seorang panelis forum sewaktu di MITBCA 2013 baru-baru ini. Beliau adalah Kiruba Shankar Sivaraman, CEO – Business Blogging dari India. Dia juga adalah penulis buku dan majalah.

 Cara Terbaik Menjadi Blogger Berkesan

Profail Kiruba Shankar

Antara tips beliau kepada bloggers tentang apakah cara terbaik menjadi blogger berkesan ialah:

1. Free Write.

Tulislah secara bebas. Tulis sahaja apa yang terlintas di kepala kita. Cara begini katanya lebih jujur kepada pembaca dan lebih menjimatkan masa kerana kita tidak terikat dengan had-had penulisan tertentu.

Secara praktikalnya, beliau telah memberikan sekeping kertas dan mengarahkan audience menulis tentang bagaimana cara menjadi blogger berkesan. Masa yang diberikan ialah selama 5 minit. Peserta diarahkan menulis apa sahaja yang terlintas di fikiran tentang tajuk yang diberi.

Buktinya, secara purata peserta dapat menyiapkan penulisan sebanyak 200 – 300 patah perkataan dalam masa yang diberikan. Dan jumlah patah perkataan itu sudah memadai untuk menulis satu entri di blog. Dan ianya menepati teknik SEO agar keyword yang dimasukkan tidak menjadi terlalu padat.

 

2.   Be a producer and not a consumer.

Seeloknya penulisan kita adalah original. Lahir daripada dalam diri kita sendiri. Jangan sesekali membuat “cut and paste” daripada penulisan orang lain.

Penulisan kita sebolehnya biarlah “fresh”. Idea kita adalah datang terus dari kita tanpa merujuk mana-mana penulisan lain di blog orang lain.

Waktu yang paling baik untuk menghasilkan penulisan yang “fresh” adalah di awal pagi sejurus selepas bangun dari tidur.

Ramai bloggers yang silap katanya. Ramai bloggers yang apabila bangkit dari tidur mereka mulakan dengan membaca dan membalas emel, membaca dan meng”update” status Facebook dan membaca dan menulis tweet di Twitter.

 

3. Ambil (Snap) gambar (foto) dan video dan terus terbitkan di blog.

Letakkan tajuk yang sesuai mengikut kata kunci (keyword) yang diingini.

Foto dan video adalah media yang paling original kerana mereka dapat menceritakan sendiri tentang apa-apa tentangnya yang kadang-kadang kita sendiri tidak dapat cerita.

 

4. Muat naik foto yang tidak terlalu besar saiz failnya.

Foto yang failnya bersaiz besar akan menyebabkan blog menjadi perlahan apabila pembaca memuat naik pagenya.

Blog yang perlahan untuk dimuat naik akan menyebabkan pembaca pergi kerana tidak mahu menunggu. Menurut beliau, blog yang mengambil masa lebih daripada 7 saat untuk dimuat naik sudah dikira lambat.

Jadi pastikan blog kita dapat dimuat naik sebelum 7 saat. Kecilkan saiz foto dan kurangkan plugin yang tidak perlu yang menyebabkan kelambatan muat naik tersebut.

 

5. Blog masih dan amat relevan untuk menyampaikan cerita, maklumat ataupun mesej kepada pembaca.

Berbanding dengan page di Facebook, blog amat relevan untuk pembaca mencari maklumat. Ini adalah kerana blog akan di”index” oleh Google dan Bing manakala page tidak di”index”.

Ini bermakna jika seseorang ingin mengetahui tentang sesuatu perkara dan mereka mencarinya di internet dengan menggunakan kata kunci yang tertentu, Google dan Bing akan membawa kepada entri anda yang diterbitkan di blog.

Itulah cara terbaik menjadi blogger berkesan yang dikongsikan oleh Kiruba Shankar, blogger daripada India ini. Moga kita mendapat sesuatu daripada perkongsian tersebut.

Wallahua’lam.

Mar 01

Top Commentator Blog Sweetkurma

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Fuuuhhh.. penat!!

Penat main kejar-kejar dengan Bang Iwan bertanding siapa boleh jadi top commentator blog Sweetkurma ataupun pengomen paling banyak Sweetkurma di bulan February 2013.

Akhirnya kemenangan berpihak kepada Bang Iwan. Tahniah kepada Bang Iwan!!! Kami dari mula lagi sudah bersaing dalam memberi komen di blog Sweetkurma.

Biasanya aku dan Bang Iwan saling bersaingan dalam memberi komen di blog ini. Biasanya di setiap hari jumlah komen akan menjadi lebih kurang sama di antara kami. Kalau lebih pun hanya satu atau dua komen sahaja. Namun kesilapan terbesar aku yang aku lakukan ialah pada hari ini. Hari ini, hari terakhir di bulan February, aku terpaksa mengabaikan tugas aku untuk mengomen di blog Sweetkurma. Ini adalah hari ini adalah antara hari-hari yang paling sibuk dalam hidup aku. Blog pun tak sempat jenguk. Usahkan nak tengok blog orang.

Sehinggalah pada malam tadi, barulah aku senang sedikit dan mula membuka blog dan membuat blogwalking ke blog rakan blogger yang lain. Setibanya di blog Sweetkurma, alangkah terkejutnya aku apabila melihat angka komen Bang Iwan sudah jauh melangkaui aku, iaitu dengan perbezaan sebanyak 50 komen. Komen aku pada masa itu ialah sekitar 160 komen manakala komen Bang Iwan sudah melebihi 200 komen.

Alamak… Aku kemudiannya dengan pantas membuat komen untuk mengejar Bang Iwan. Masa untuk komen hanya tinggal lebih kurang 30 minit saja lagi kerana pada masa itu jam sudah menunjukkan pukul 11.30 malam. Bulan February 2013 hanya tinggal 30 minit sahaja lagi.

Ku sangkakan aku dapat mengejar Bang Iwan. Tetapi rupa-rupanya Bang Iwan pun sedang online. Melihat aku menambah komen, beliau segera juga menambah komen di blog Sweetkurma untuk menjarakkan diri dari pada aku.

Aku yang melihat keadaan itu pantas mengejar. Tetapi sedang aku galak meninggalkan komen, tiba-tiba aku mendapat notis dari blog Sweetkurma: “You are commenting too fast!!!” Namun tanpa segan silu aku teruskan lagi komen aku.

Tiba-tiba terjadilah perkara yang tidak diingini yang juga punca menjadi punca kemenangan Bang Iwan pada malam tadi. Apa yang berlaku ialah aku tidak boleh meninggalkan komen di blog itu. Komen aku sudah tidak keluar. Loading page di blog Sweetkurma menjadi sungguh perlahan!!! Rupa-rupanya ini adalah disebabkan notis warning tadi tu. Errrmmm.. baru aku tau, kalau kita komen terlalu cepat pada sesuatu masa pun kita kena penalised jugak.

Masa itu jam sudah menunjukkan pukul 11.45 malam. Dan aku tahu aku memang sudah tidak mmpu mengejar Bang Iwan lagi. Tepat jam 12 tengah malam, Bang Iwan telah menang sebagai top commentator blog Sweetkurma. Aku hanya di tempat kedua.

Kesilapan aku ialah pada hari terakhir bulan February 2013. Aku langsung tidak menjenguk blog Sweetkurma dan ini membenarkan Bang Iwan mendahului dengan 50 komen di hadapan…

Tahniah Bang Iwan. Trofi Top Commentator Blog Sweetkurma untuk bulan February 2013 adalah milikmu.

 Top Commentator Blog Sweetkurma

Bang Iwan mendahului dan memenangi gelaran Top Commentator Blog Sweetkurma untuk bulan February 2013

190 komen yang aku telah buat di blog sweetkurma ini adalah komen terbanyak yang pernah aku buat semenjak mengenali dunia blogging ini.

Bulan depan nak attack dengan memberi komen di blog blogger lain pula.. Blogger manakah yang menjadi pilihan aku? Tungguuuuuu!!!! Hehehehe…

Jan 01

Bilakah Masa Yang Sesuai Untuk Mulakan Penulisan Blog

Salam.

Seorang sahabat pernah menyatakan hasrat untuk berkecimpung secara kecil-kecilan dalam arena penulisan blog.

Dia pernah minta khidmat nasihat dan tunjuk ajar aku macamana nak menulis blog daripada kosong.

blogging Bilakah Masa Yang Sesuai Untuk Mulakan Penulisan Blog

Aku pun mengajak beliau untuk mengeteh untuk aku menunjuk cara membuat dan mendaftar blog. Tetapi dek kerana kesibukan masing-masing hasrat murni kami tertangguh hingga ke saat ini.

Pernah aku menelefon beliau untuk sesi mengeteh semasa aku ada masa lapang di hari minggu beberapa minggu selepas beliau melahirkan hasrat itu. namun jawapannya:

“Tak pe lah dulu bro. Aku rasa belum urgent lagi la. Lagipun aku tak tau nak tulis apa kat blog tu.”

Lalu niat itu tergantung di awangan sehingga sekarang.

Jadi, bilakah masa yang sesuai untuk mulakan penulisan blog?

Pada pandangan aku kalau orang yang baru nak menceburi bidang penulisan blog ini, tak perlu tangguh sebenarnya. Daftar domain dan nama blog dulu. Minta nasihat orang yang dah lama dalam arena blogging tentang nama yang telah kita pilih. Ini adalah kerana nama blog yang sesuai juga akan menumbang kepada traffic ke blog kita pada masa akan datang. Ia termasuk dalam ilmu SEO.

seo Bilakah Masa Yang Sesuai Untuk Mulakan Penulisan Blog

Satu lagi jika kita lambat mendaftar nama domain, ada kemungkinan orang lain akan guna nama domain yang telah kita pilih tersebut. Tambahan lagi jika nama domain tersebut nama yang selalu disebut-sebut.

Tentang perkara apa yang hendak ditulis dalam blog kita, ia akan datang sendiri nanti. Tulislah apa-apa yang kita nak tulis diawal pembukaan blog kita. Cuma jangan copy paste artikel orang sudah. Aku pun dulu tulis tanpa apa-apa niche. Main tulis jer apa yang nak tulis.

what niche Bilakah Masa Yang Sesuai Untuk Mulakan Penulisan Blog

Namun lama kelamaan artikel aku lebih terarah dan tertumpu kepada niche tertentu. Setelah membaca artikel INI, aku pun melimitkan kategori yang aku tulis kepada beberapa kategori. Menjadikan ia sebuah blog yang ada niche tersendiri.

Blog sohoque.com sekarang menulis dan berkongsi tentang  tentang tips, petua dan doa dalam islam; tips blogging; diary financial consultant; isu semasa; peluang pekerjaan dan liverpool fc sahaja. Perkara-perkara lain hanya akan di kongsikan dalam Facebook sahaja.

Niche Blogging Bilakah Masa Yang Sesuai Untuk Mulakan Penulisan Blog

Kemudian kita dah boleh mula membuat blogwalking dan meninggalkan jejak di blog-blog orang lain. Ini akan membantu menarik traffic dan mengenalkan blog kita kepada masyarakat di luar sana.

Lama-kelamaan apabila kita terjumpa niche blog kita, orang dah mula mengenali blog kita. Dan pada masa itu pastinya pengikut sudah pun bertambah ramai.

Jadi, jawapan kepada soalan bilakah masa yang sesuai untuk mulakan penulisan blog ialah mulakannya SEKARANG! Jangan bertangguh untuk memulakan penulisan blog jika ada minat kearah itu. Kebiasaannya orang yang bertangguh akan semakin lama semakin jauh daripada niatnya. Hanya niat yang ada, perlaksanaannya entah kemana.

Jom blogging!

 

Dec 19

Penggunaan Kata Kunci Kurang Hangat Tetapi Bermusim Amat Hebat

Seo blocks Penggunaan Kata Kunci Kurang Hangat Tetapi Bermusim Amat HebatDalam arena penulisan blog, traffic ataupun jumlah pengunjung yang datang melawat dan membaca blog adalah amat penting. Selain ianya boleh menarik minat pengiklan-pengiklan untuk meletakkan iklan mereka di blog kita lalu menjanakan pendapatan poket sendiri, ia juga dapat memberikan kita kepuasan yang sukar digambarkan. Kepuasan apabila usaha kita dihargai di mana kita tahu yang penulisan kita disukai oleh pembaca dan pengunjung. Kepuasan apabila kita tahu yang teknik SEO yang kita cuba telah membuahkan hasil. Kepuasan apabila content kita menarik minat pembaca.

Untuk melahirkan traffic yang banyak, kata kunci yang sesuai amat perlu dimasukkan ke dalam penulisan. Perkara ini sudah pun dibincangkan oleh blogger otai Denaihati di dalam entri INI.

Saya amat bersetuju dengan pandangan tuan Denaihati terutama berkenaan dengan penggunaan kata kunci kurang hangat tetapi bermusim. Ini adalah kerana saya pernah berjaya mendapat tempat di page pertama hasil carian Google untuk entri saya yang INI. Ia dihasilkan dengan carian kata kunci “blogger otai”. Penggunaan kata kunci ini mungkin penggunanaan kata kunci kurang hangat tetapi bermusim kerana ianya ditulis sewaktu kejadian serangan virus malware keatas blog-blog blogger otai baru-baru ini.

Namun saya rasa ianya mungkin juga kata kunci yang hangat kerana mungkin pelawat diluar sana ingin mengetahui tentang blogger-blogger otai. Siapakah yang paling tinggi ratingnya dan sebagainya. Semua memungkinkan mereka menaip kata kunci “blogger otai”.

Tetapi entri saya yang satu INI jelas membuktikan ianya berdasarkan penggunaan kata kunci kurang hangat tetapi bermusim. Entri ini dihasilkan sewaktu orang ramai sibuk untuk membuat kiraan cukai pendapatan masing. Jika pembelian komputer sudah semua maklum boleh dikecualikan cukai pendapatan, bagaimana pula dengan pembelian tablet. Adakah gajet ini dikira sebagai komputer ataupun termasuk dalam kategori smartphone. Jika dalam ketgori komputer mungkin boleh dikecualikan cukai pendapatan, tetapi jika ianya sekadar smartphone ianya memang tidak termasuk dalam akta cukai untuk dikecualikan cukai pendapatan. Jadi ini mendorong mereka menaip kata kunci “pengecualian cukai” dan disertakan sekali dengan “ipad” atau “tablet” atau Samsung Galaxy Tab” dan sebagainya.

Penggunaan kata kunci kurang hangat tetapi bermusim beginilah yang membuatkan entri saya itu berada di page pertama carian Google.

Jom kita lihat:

 

beli ipad dapat pengecualian cukai atau tidak Penggunaan Kata Kunci Kurang Hangat Tetapi Bermusim Amat Hebat

Kata kunci: “beli ipad dapat pengecualian cukai atau tidak”

 

pengecualian cukai Penggunaan Kata Kunci Kurang Hangat Tetapi Bermusim Amat Hebat

Kata kunci: “pengecualian cukai ipad”

 

 

pengecualian cukai untuk galaxy tab Penggunaan Kata Kunci Kurang Hangat Tetapi Bermusim Amat Hebat

Kata kunci: “pengecualian cukai untuk samsung galaxy  tab”

 

pengecualian cukai tablet Penggunaan Kata Kunci Kurang Hangat Tetapi Bermusim Amat Hebat

Kata Kunci: “pengecualian cukai tablet”

Kemungkinan lain kenapa ianya bukan sahaja menduduki page pertama carian Google malah di kedudukan nombor 1 ialah mungkin entri ini tidak banyak ditulis oleh blogger lain. Wallahua’lam.

Apa-apa pun terima kasih kepada blogger-blogger otai dan blogger-blogger baru juga yang telah sudi berkongsi maklumat dan tips tentang SEO teknik ini.

Wassalam.

 

 

 

Dec 18

Hati-hati Guna Plug Eletrik Di Restoren Mamak

restauran mamak Hati hati Guna Plug Eletrik Di Restoren MamakBagi orang yang kerja mobile macam aku ni, restoren mamak sering menjadi tumpuan untuk membuat temujanji dengan bakal pelanggan, pelanggan sedia ada dan juga untuk melepak sambil menghilangkan dahaga.

Di sini juga tempat aku update blog dan balas komen pembaca sementara menunggu temujanji (appointment) yang seterusnya. Ini adalah kerana kebiasaannya restoren mamak menyediakan perkhidmatan wifi untuk pelangannya. Jadi senang lah untuk membuat kerja-kerja yang melibatkan penggunaan internet seperti update status pelaburan pelanggan, cek emel, blogging dan sebagainya. Bukan kerana Celcom broadband yang aku sedang gunakan sekarang tidak mampu buat itu semua, tetapi hakikatnya wifi di restoren mamak lebih mantap dan laju.

Di restoren mamak juga ada menyediakan plug eletrik untuk mengecas bateri laptop atau smartphone yang biasanya tidak dapat bertahan seharian jika selalu digunakan. Namun pesanan aku, hati-hati jika hendak menggunakan perkhidmatan plug untuk mengecas gajet anda.

Sesetengah restoren mamak mengenakan caj untuk sebarang kegunaan plug eletrik di restorennya. Kadar caj adalah di sekitar RM1 hingga RM3. Jadi hati-hati guna plug eletrik di restoren mamak.

Aku pernah terkena… Pada suatu hari tu aku terpaksa “melepak” selama 3 jam di salah sebuah restoren mamak di Shah Alam ni. Ini adalah kerana aku terpaksa menyiapkan satu laporan pelaburan unit trust yang diminta dengan kadar segera oleh pelanggan ataupun pelabur sedia ada. Jadi memandangkan di sebelah petangnya ada satu lagi temujanji di sekitar kawasan tersebut, aku telah membuat keputusan untuk melepak sambil menyiapkan laporan pelaburan di restoren mamak tersebut. Dan aku menggunakan plug eletrik di restorennya untuk mengecas laptop dan tablet ku. Bila semua kerja sudah disiapkan dan di emel kepada pelabur, aku ke kaunter untuk membayar. Alangkah terkejutnya aku pada masa itu kerana caj tambahan sebanyak RM3 telah ditambah ke atas bil aku. Bila ditanya pekerja restoren tu memberitahu bahawa caj tambahan tersebut adalah untuk kegunaan  plug eletrik selama 3 jam. Haaa… kan dah terkena!!!

Sebenarnya RM1 untuk kegunaan selama 1 jam bukanlah caj yang tinggi sangat. Tetapi yang menjadi kurang seronok bila kita tidak mengetahui akan caj tersebut dan hanya diberitahu semasa hendak membayar makanan sebelum beredar.

So lain kali jika anda ke restoren mamak dan berhasrat untuk mengecas smartphone ataupun gadjet anda di sana, fikir 2 kali. Ataupun panggil pelayan kedai dan tanyakan terlebih dahulu tentang caj untuk kegunaan plug eletrik.

Hati-hati guna plug eletrik di restoren mamak…

 

Posted from WordPress for Android

Oct 23

Traffic Blog sohoque.com Naik Mendadak

this week uv Traffic Blog sohoque.com Naik Mendadak

Sohoque.com Unit Visitors Graph

UV Traffic Blog sohoque.com Naik Mendadak
Bilangan Unit Visitors yang menaik

Alhamdulillah. Pencapaian terbaik blog sohoque.com setakat ini. Sehingga pukul 11.59 malam tadi traffic blog sohoque.com mencecah 1019 UV untuk hari semalam. Pencapaian yang belum pernah sohoque.com capai sebelum ini.

Untuk makluman blog sohoque.com ini yang berkisar tentang jurnal harian penulisnya yang merupakan seorang Islamic Financial Consultant. Apa yang di publishkan di blog ini kebanyakkannya tentang perancangan kewangan. Namun supaya blog ini lebih menarik, updated dan tidak boring, penulisnya menyelitkan pelbagai berita yang positif dan tidak menyalahi prinsip blog ini.

Selama beberapa bulan ini bilangan pelawat ataupun traffic blog sohoque.com hanyalah di antara 300 – 500 orang sahaja. Walaubagaimanapun saya agak berpuas hati dengan jumlah ini kerana blog ini masih baru iaitu baru 9 bulan ditubuhkan secara rasmi. Dan saya pula tiada mentor yang rasmi daripada kalangan bloggers. Ilmu yang saya dapat adalah hasil dari pembacaan saya daripada google dan lain-lain lagi. Dari situ saya secara perlahan membina dan menambah nilai kepada blog sohoque.com. Sedangkan top-top bloggers Malaysia pun mengambil masa 2-3 tahun untuk mengumpulkan traffic, inikan pula saya yang hanya blogger picisan.

Namun semalam, traffic blog sohoque.com ini naik secara mendadak. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya ada yang sudi singgah ke blog ini. Diharap traffic blog sohoque.com ini akan semakin bertambah  dari sehari ke sehari.

Terima kasih kepada yang sudi singgah dan sudi LIKE di Facebook Page sohoque.com (www.facebook.com/sohoquedotcom)

Jul 13

Tips WordPress: Visual Editor Tiba-tiba Hilang

Dua hari lepas, bila aku nak taip posting blog aku tiba-tiba aku dapati Visual Editor aku tak ada. Semua kosong. Lapangan untuk menaip ada tetapi bila ditaip tak nampak apa-apa. Tapi kalau aku press “ctrl+A” apa yang aku taip tu sebenarnya ada. Cuma tak kelihatan pada mata kasar je.

Bila Visual Editor tak ada, macamana nak menaip. Ya tak? Oh ya korang tau tak apa itu Visual Editor? Visual Editor adalah item-item yang berada dalam bulatan dalam gambar dibawah:

visual editorr Tips Wordpress: Visual Editor Tiba tiba Hilang

Visual Editor ditunjukkan dalam bulatan

Sebelum ni wordpress aku tak pernah pun ada masalah. Bila aku selidik, rupanya benda ni terjadi selepas aku upgradekan wordpress aku ke versi baru minggu lepas. WordPress yang aku guna sekarang adalah yang terkini iaitu versi 3.4.1.

Jadi bila Visual Editor tiba-tiba hilang, apa lagi panik la aku. Macamana nak buat posting, ye tak?

Kemudian banyak la aku cuba apa yang dicadangkan dalam forum wordpress. Antara yang aku buat:

  1. Tukar Theme kepada theme yang lain. Hasilnya: tidak berjaya!
  2. Deactivate plugin “TinyMCE Advance Editor ” yang aku installed. Hasilnya: Tidak Berjaya!
  3. Delete terus plugin “TinyMCE Advance Editor “. Hasilnya: tidak berjaya!
  4. Deactivate semua plugin yang aku installed. Hasilnya: tidak berjaya!

Last sekali setelah aku hampir buntu, aku terjumpa komen Forumer wordpress. Dia suggest supaya cuba install plugin “Use Google Libraries”. Lepas jumpa plugin tu, aku terus install dan activate. Hasilnya: Tadaaaa!!! Visual Editor aku kembali seperti sediakala.

Pelik kan? Apa kaitannya Google dengan semua ni? icon lol Tips Wordpress: Visual Editor Tiba tiba Hilang . Tapi apa aku kesah… Janji blog aku kembali seperti sediakala.

Jadi, kepada rakan blogger yang guna wordpress sebagai platform, dan ada masalah seperti aku, boleh lah cuba cara yang aku buat. At least korang dapat save masa. Tak bazirkan masa seperti aku yang telah mencuba macam-macam cara. Save la masa dalam 30 minit.

Selamat mencuba dan selamat ber”blogging”!

 

 

Jul 05

Movie Review: Jom Tonton The Amazing Spider-Man

page me n tiket 300x300 Movie Review: Jom Tonton The Amazing Spider Man

Di TGV Cinema, Sunway Piramid

Hari Isnin (02/07/2012) yang lepas, aku dijemput lagi oleh Nuffnang ke event Premier Screening. Kali ni cerita Spider-Man.

the amazing spider man 2012 wide 300x187 Movie Review: Jom Tonton The Amazing Spider Man

The Amazing Spider Man 206x300 Movie Review: Jom Tonton The Amazing Spider ManCerita Spider-Man kali ni lain sikit dari yang sebelumnya. Kali ni ia menceritakan tentang Peter Parker daripada semasa kecilnya. Ia menceritakan serba sedikit tentang ayah Peter Parker, Richard Parker yang aku tak ambil tahu pun sebelum ini.

Richard Parker 264x300 Movie Review: Jom Tonton The Amazing Spider Man

Ayah Peter Parker

Richard Parker adalah seorang ahli sains yang mengkaji tentang DNA labah-labah. Suatu malam Richard Parker dan isterinya Mary Parker (emak Peter) bergegas mengemaskan barang-barang penting dan menuju ke rumah Uncle Ben (abang Richard). Setelah meninggalkan Peter di rumah Uncle Ben dan Aunt May, mereka terus menghilangkan diri, sehinggalah Peter membesar sebagai remaja yatim.

ben n may Movie Review: Jom Tonton The Amazing Spider Man

Uncle Ben dan Auntie May

Seorang yang lebih suka menyendiri dan sukakan fotografi Peter Parker sering dibuli oleh pelajar sekolah tinggi yang lain. Seperti remaja lain, Peter meminati Gwen Stacy, seorang pelajar perempuan di sekolah yang sama yang akan menjadi kekasihnya di pertengahan cerita ini.

gwen Movie Review: Jom Tonton The Amazing Spider Man

Gwen Stacy

peter n gwen Movie Review: Jom Tonton The Amazing Spider Man

Peter dan Gwen

Cerita menjadi bertambah menarik apabila Peter menjumpai beg ayahnya yang menyimpan dokumen sulit tentang kajian DNA labah-labah ini.

page beg 300x300 Movie Review: Jom Tonton The Amazing Spider Man

Beg dan dokumen sulit yang ditemui di dalam beg

Penemuan itu membawa Peter ke Oscorp, syarikat di mana rakan sekerja Richard, Dr. Curt Connors yang kehilangan separuh tangan kanannya menyambung kajian yang pernah mereka buat sebelum Richard menghilangkan diri. Tapi kali ini kajian dibuat terhadap DNA cicak kerana binatang itu berupaya menumpuhkan kembali anggota badannya yang terputus. Ini mungkin boleh di aplikasikan kepada dirinya sendiri.

Di Oscorp juga, Peter Parker berjaya menyelinap ke kawasan kajian labah-labah. Seekor labah-labah di situ telah menggigitnya dan akibatnya DNA labah-labah kajian tersebut bercampur dengan DNA Peter. Hasilnya Peter menjadi Spider-Man.

Hasil persahabatan dengan Peter, Dr Curt Connors telah berjaya menyelesaikan masalah kepada kajiannya sebelum ini. Ini terjadi apabila Peter berjaya menyelesaikan formula yang terbantut dengan menyudahkan satu equation.

Dengan terhasilnya formula tersebut, Dr Curt telah berubah menjadi seorang yang jahat. Ini terjadi apabila dia menguji formula tersebut pada dirinya sendiri. Hasilnya tangan kanannya telah tumbuh kembali. Kesan sampingannya, bukan tangannya sahaja yang tumbuh, seluruh badannya telah berubah secara perlahan-lahan menjadi seperti seekor cicak gergasi. Malah, karektornya juga telah berubah daripada seorang yang baik kepada jahat.

dr conor Movie Review: Jom Tonton The Amazing Spider Man

Dr Curt yang berubah menjdi manusia cicak

2108021 the lizard the amazing spider man 2012 300x225 Movie Review: Jom Tonton The Amazing Spider Man

Lizard Man/Manusia Cicak

Lizard Man, ataupun lelaki cicak inilah lawan Spider-Man dalam cerita ini.

Cerita ini agak menarik di separuh masa yang pertama di mana ia menceritakan tentang ayah Peter (yang aku tak tau pun sebelum ini). Ia menjadi bertambah menarik apabila menceritakan tentang hidup dan konflik yang dialami Peter sebagai anak yatim yang sering dibuli di sekolahnya.

Plot terus menarik bilamana Peter mendapat kuasa labah-labah dan belajar menggunakan kuasa tersebut untuk berusaha menjejaki pembunuh Uncle Ben.

bakat dikesan 300x180 Movie Review: Jom Tonton The Amazing Spider Man

Kebolehan Spiderman yang baru diketahui oleh Peter

Namun di separuh masa kedua plot ceritanya agak bosan sedikit bila ia menceritakan perubahan Dr Curt menjadi manusia cicak secara agak perlahan.

Seperti biasa, cerita adaptasi komik ini akan berakhir dengan happy ending. Spider-Man telah menyelamatkan orang awam daripada manusia cicak, manusia cicak ditangkap dan Peter mendapat cinta Gwen Stacy.

Pada aku, aku memberi 4 bintang daripada 5 untuk The Amazing Spider-Man ini. Kalau nak dibandingkan dengan The Avengers, The  Avengers lagi mantap.

Untuk penilaian pembaca eloklah korang tengok sendiri. Berbaloi untuk duit yang korang keluarkan untuk tontonan keluarga. Cuma ada beberapa babak ciuman yang agak berat antara Peter dan Gwen yang menjadikan aku teragak-agak untuk membawa anak lelaki yang berumur 9 tahun untuk menonton cerita ini nanti. Tak tau la kot-kot premier screening je ada babak tu dan selepas ni dicensorkan untuk tontonan umum.

So, 4 daripada 5 bintang! Selamat menonton.

Mar 15

Sebab-sebab Orang Ber”blogging”

blogging Sebab sebab Orang BerbloggingMalam ni aku ambil masa melayari blog otai-otai yang dah ada ranking dalam arena blogging ni. Diantaranya Denaihati.com. Terbaca latest entry beliau tentang kenapa orang berblogging. Beliau mengumpul komen-komen dari followers blog beliau. Lihat sini untuk komen-komen tersebut.

Aku pula… kenapa aku join blogger komuniti ni ek? Aku sebenarnya ada minat untuk buat website 4 tahun lepas dah. Masa tu aku cuba buat website untuk group unit trust aku. Aku cuba manyalurkan info-info apakah unit trust yang sebenarnya menerusi website tersebut. Namun ada sedikit kesukaran kerana aku tiada pengetahuan khusus tentang macamana nak buat website ni. Guru aku pada masa itu ialah Pakcik Google. Tiap-tiap malam aku baca dan belajar dengan Pakcik Google. Bila faham sikit-sikit aku try buat sendiri. Banyak kali aku cuba dan banyak kali jugak aku gagal. Sehinggalah aku terjumpa dengan seorang kenalan birasku yang berkerja di i-Perintis, syarikat yang mengendalikan segala yang berkaitan dengan IT di Petronas. Melalui beliau aku mendapat gambaran sikit-sikit. Balik rumah lepas tu aku terus mencuba dan aku berjaya membina sebuah lama web sendiri. Tapi masa tu aku gunakan platform joomla.

Website group unit trust aku pada masa itu ialah www.synergyplanner.com. selepas 2 tahun website tersebut aku kendalikan, aku berpindah ke KL (dari Kuantan). Domain website tersebut harus di renew. Namun disebabkan terlalu sibuk aku terlupa. akhirnya domain name tersebut sudah tidak boleh digunakan kerana expired.

Sehinggalah pada tahun lepas, setelah berdiskusi dengan ahli group aku yang lain, kami mengambil keputusan untuk membuat website group semula. Oleh kerana domain name yang lama sudah tidak boleh digunakan kami gunakan domain yang baru iaitu www.synergyplanner.biz.

Namun masalah lain telah timbul untuk memulakan projek website tersebut. Joomla telah diupgradekan kepada versi 1.7. Dulu aku belajar versi 1.5. Versi baru ini agak kompleks. Seminggu aku belajar dengan Pakcik Google kesayanganku pon ada lagi yang aku tidak tahu.

Ramai yang mencadangkanku supaya membina blog sebagai ganti website. Mulanya aku agak keberatan. Tetapi selepas menimbangkan dan mencari buruk baiknya, aku membuat keputusan untuk membuat websiteku dalam bentuk blog. Antara kelebihan blog berbanding joomla ialah blog lebih mudah ditemui di dalam search engine berbanding joomla. Walaupon joomla nampak sedikit lebih professional.

Aku memilih menggunakan wordpress sebagai platform blog group dan personal aku.

Tambahan pula aku baru terjumpa seorang blogger semasa aku mengikuti trip percuma Public Mutual setelah mencapai target sales lebih sejuta ringgit investment yang aku promote. Masa itu (tahun lepas – 2011) trip aku ke Phuket. Sifu blogger yang aku maksudkan tersebut ialah MrJocko. (www.mrjocko.com). Melalui beliau aku dapat menambahkan knowledge aku pasal blog. Melalui beliau mindaku terbuka dan mengetahui bagaimana menulis blog juga boleh memberi kita pasif income.

Jadi, sejak itu aku cuba untuk mengikuti jejak langkah beliau dan otai-otai yang lain untuk menjadi penulis blog. Cuma aku menetapkan prinsip sendiri dalam menulis blog ini iaitu aku mencuba untuk menulis perkara-perkara yang dpat memberi manfaat kepada orang lain. Yang mana ilmu yang aku kongsikan itu akan dapat disebarkan untuk pasif income di akhirat nanti. InsyaAllah…!

Jan 31

New Template

Selepas puas godek-godek template kat wordpress.org, terjumpa lah template ni. Selepas preview terus saya jatuh hati. Apa tidaknya, layout dia memang lain dari yang lain. lihat sahaja index icons di kiri dan kanan site ini. Tiada lagi penggunaan tajuk dengan perkataan seperti biasa.

Widgetnya pulak dah ada yang yang ready. Jadi tak perlulah saya add banyak-banayk Menu pada site ini.

Pada mulanya agak kelam kabut sedikit semasa baru install template ni. Masalah yang timbul ialah Widget menjadi “redundant” antara “Widget” yang saya dah install untuk template yang sebelum ini dengan “Ready Widget” yang didatangkan sekali dengan template ini. Puas saya godek-godek membuat trial and error tetapi belum berjumpa penyelesaian. Walaupun bantuan otai telah diminta.

Namun akhirnya setelah pukul 2 pagi barulah ketemu jawapan. Saya terpaksa activatekan dulu template yang lama, iaitu template yang saya guna sewaktu saya addkan Widget-widget tersebut. Selepasberada di dalam template lama, baru lah boleh widget tersebut di remove kan kembali. Kemudian terus template baru baru ni diapply.

Alhamdulillah. Puas hati walaupun sekarang pukul 2.30 pagi. baked blogger 300x295 New Template

So sampai di sini sahaja untuk kali ini. Wassalam