May 12

Hebat Lagi Perancangan Allah

syukur allah 300x228 Hebat Lagi Perancangan AllahAlhamdulillah.. Itu perkataan yang pertama yang terlintas di benak aku selepas menerima mesej Whatsapp dari client aku memberitahu appointment aku terpaksa dibatalkan. Beliau terpaksa bergegas balik ke kampung isteri beliau kerana menerima panggilan telefon yang nenek isterinya sakit. Yang bestnya mesej tu sampai sejurus selepas aku menarik handbrake keretaku di tempat yang telah dijanjikan iaitu di Oldtimer Kopitiam Bandar Baru Bangi.

Sesungguhnya apa yang berlaku sudah semestinya terbentang satu hikmah yang amat besar disebaliknya. Begitulah seadanya kita ini. Sehebat mana pun perancangan kita, hebat lagi perancangan Allah. Subhanallah…! Dan Alhamdulillah.. Aku bersyukur kerana masih mampu bersyukur lagi kepadaNya sekurang-kurangnya.

So aku lepak je la di Oldtimer Kopitiam ni sorang-sorang sambil merangka strategi seterusnya. Pukul 4 nanti aku ada lagi satu appoinment di Bandar Baru Bangi ni. So, lebih bijak jika aku stay di sekitar Bangi je sehingga petang ni. Itu lebih kos effektif. Sementara tu boleh la aku buat phone call lagi.

Begitulah kerja yang melibatkan sales ni. Yang paling penting ialah ability/kebolehan kita menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. Kena selalu ada back up plan.

Alhamdulillah. Aku suka kerja aku!!! Sekurang-kurangnya niat untuk terus educate client dengan Islamic Financial Planning telah terpahat di fikiran aku hari ni. Moga niat ini pun akan diganjariNya.

May 12

Oldtimer Kopitiam Bandar Baru Bangi

Ni First time aku sampai sini. Lokasinya betul-betul di belakang hospital Az-Zahrah Bandar Baru Bangi.

Aku ke sini sebab dah set appoinment dengan client aku untuk bagi report pelaburan unit trustnya. Tapi tiba je aku di sini, tup-tup dapat mesej dalam Whatsapp bahawa dia tak jadi datang kerana terpaksa balik ke kampung isteri dia. Nenek isteri dia sakit. Hahahaha.. Apa nak dikata. So aku minum jer la sorang-sorang kat sini.

Best jugak kopitiam ni. Sesuai dengan nama Oldtimer Kopitiam, menu-menu dia jugak Oldtimer. Lagu-lagu yang diputarkan pun oldtimer. Aku order Honey Lemon Tea dengan Roti Bun Butter n Butter jer sementara aku arrange appoinment lain menggantikan yang dah di cancel ini.

2012 05 12 12.26.06 Oldtimer Kopitiam Bandar Baru Bangi

 

2012 05 12 12.24.06 Oldtimer Kopitiam Bandar Baru BangiLagi yang aku suka ialah lagu/muziknya diputarkan sesedap halwa telinga mendengar, tidak terlalu kuat. So, kalau nak bincang apa-apa kat sini kira ok la. Tak mengganggu.

2012 05 12 17.26.49 Oldtimer Kopitiam Bandar Baru Bangi

Inilah tuan punya Oldtimer Kopitiam. Cerita pasal mereka pernah keluar dalam suratkhabar

 

2012 05 12 17.26.30 Oldtimer Kopitiam Bandar Baru Bangi

T-Shirt yang ditandatangani oleh D'Lloyd dipamerkan di dinding kopitiam

Lain kali kalau nak buat appoinment boleh la datang sini lagi.