Jul 17

Pelajar Sekolah Dibenar Bawa Telefon Bimbit Ke Sekolah Tahun Hadapan

telefon bimbit disekolah Pelajar Sekolah Dibenar Bawa Telefon Bimbit Ke Sekolah Tahun HadapanPagi tadi dalam perjalanan keluar untuk mencari sesuap nasi aku mendengar radio HotFM. Segmen AMCrew membawakan perbincangan tentang kebenaran pelajar sekolah membawa telefon bimbit ke sekolah. Lantas aku cari berita ni kat suratkhabar online. Lalu terjumpa kat suratkhabar The Star.

Menurut berita tu, pelajar-pelajar sekolah dibenarkan membawa telefon bimbit dan gadjet ke sekolah bermula tahun hadapan.

Menurut Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, keputusan tersebut diambil sejajar dengan pelaksaan program pengajaran dan pembelajaran secara virtual yang dikenali sebagai “1Bestari” yang turut menawarkan WiFi percuma.

Kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan di bawah Akta Pendidikan 1996 telah dipinda dan bermula tahun hadapan pelajar-pelajar dibenarkan membawa telefon bimbit dan gadjet lain ke sekolah.

Dibawah peraturan sekarang pelajar memang tidak dibenarkan langsung membawa telefon bimbit ke sekolah. Ramai ibubapa yang tidak setuju dengan peraturan ini kerana menurut mereka membawa telefon bimbit ke sekolah akan memudahkan mereka menghubungi anak-anak selepas waktu persekolahan. Anak-anak juga senang untuk menghubungi ibu bapa jika berlaku kecemasan dan sebagainya. Ini boeh mencegah jenayah ke atas pelajar sekolah seperti rogol, culik dan sebagainya.

Namun pihak sekolah memandang perkara ini akan lebih banyak membawa mudarat daripada manfaat. Dengan telefon bimbit banyak perkara buruk yang boleh dilakukan oleh pelajar seperti memuat turun video dan gambar porno, asyik bermain sms dan sebagainya.

Ada juga di kalangan guru-guru meminta pihak kerajaan mengkaji semula perkara ini kerana bagi mereka ia akan menimbulkan banyak keburukan daripada kebaikan.

Namun, pagi tadi, semasa segmen AmCrew di HotFm tu aku tersentuh dengan sms seorang pendengar. Antaranya berbunyi (lebih kurang):

“Jika pelajar dibenar membawa telefon bimbit, kesian la kepada pelajar yang tak mampu memiliki telefon bimbit. Mesti mereka merasa tersisih dan rendah diri. Sebab bukan semua ibubapa pelajar kaya dan mempunyai telefon bimbit. Ibubapa pula mesti diminta untuk anak-anak mereka untuk dibelikan telefon bimbit. Kesian kat ibubapa pelajar tersebut”

Jika ini terlaksana, maka akan bergayalah pelajar-pelajar dengan telefon bimbit atau smartphone mereka yang canggih-canggih. Ditambah lagi dengan ipadnya, galaxy tabnya dan bermacam-macam lagi.

Pada pandangan aku, mengikut aliran teknologi tidak salah Kerana teknologi adalah untuk kemudahan kita. Cuma macamana nak kawal supaya pelajar tidak menyalahgunakan teknologi itu yang paling penting. Seperti internet contohnya. Internet itu amat penting kerana di dalamnya terkandung pelbagai ilmu baik dan buruk. Cuma ilmu yang macamana pelayar internet ambil, itu yang menjadi persoalan. Jadi kerajaan kena fikirkan tentang ini juga.

Apa kata anda? Setuju atau tidak dengan langkah terbaru Kementerian Pelajaran ini?

May 17

Kes Penculikan Terbaru Di Rawang

kidnapped man Kes Penculikan Terbaru Di Rawang

Gambar hiasan

Apa dah jadi dengan Malaysia kita ni. Macam dah tak aman je kan.. Mana tidaknya kejadian jenayah dah makin kerap berlaku. Malahan amat kerap. Rogol, culik, bunuh, rompak dah macam perkara biasa. Kadang-kadang aku terfikir dan bimbang takut-takut terjadi kepada keluarga kita. Naudzubillahi min zalik…

Yang terbaru di Harian Metro adalah kes penculikan seorang ahli perniagaan yang berlaku di Rawang tengahari kelmarin. Lelaki itu dibebaskan di Ijok jam 9 malam pada hari yang sama setelah wang tebusan diminta sebanyak RM100,000 dibayar oleh isteri mangsa dengan meninggalkan wang tersebut di lokasi yang diminta di Johor.

Kejadian culik berlaku pada jam 1 tengahari sewaktu mangsa sedang makan bersama rakan. Mangsa didatangi 4 orang lelaki bersenjatakan pistol dan kemudiannya dipaksa masuk ke dalam kereta Proton Gen 2 dengan kedua-dua mata ditutup dengan kain.

Pada mulanya penculik menuntut wang tebusan sebanyak RM1,000,000 namun kemudiannya dikurangkan kepada RM100,000 setelah isteri mangsa merayu dan menjelaskan tidak mempunyai wang sebanyak itu.

Mangsa telah membuat laporan polis di balai polis Rawang. Beliau turut menjelaskan bahawa wajah penculik gagal dikenal pasti kerana mata beliau ditutup dengan kain sepanjang kejadian tersebut.

Sumber

May 15

Kejadian Rogol Semakin Berleluasa, Hati-hati Kaum Wanita!!!

serangan nafsu1 Kejadian Rogol Semakin Berleluasa, Hati hati Kaum Wanita!!!KUALA LUMPUR: Culik, rogol dan samun. Itulah serangan ‘tiga serangkai digunakan sekumpulan tiga lelaki yang bukan saja menculik dan menyamun mangsa tetapi juga menjadikan mereka ‘tawanan’ melampiaskan nafsu.

Difahamkan, kumpulan terbabit yang bergerak dengan kereta Proton Waja hitam itu berlegar-legar seawal jam 7 pagi di sekitar kawasan perumahan sebelum menculik mana-mana wanita yang berjalan sendirian.

Dalam kejadian terbaru di hadapan sebuah rumah di Jalan Sri Hartamas, di sini, kelmarin, seorang wanita berusia 38 tahun menjadi mangsa kumpulan yang bersenjatakan pisau itu apabila diculik, dirogol bergilir-gilir sebelum disamun.

Malah, kejadian rogol itu dirakam kumpulan berkenaan dipercayai sebagai koleksi peribadi mereka.

Mangsa yang dibebaskan selepas diperlakukan seperti binatang oleh kumpulan berkenaan membuat laporan di Balai Polis Travers, di sini.

Menurut sumber, mangsa yang bersendirian dalam perjalanan ke kedai mendakwa tiba-tiba dihampiri dua lelaki tidak dikenali.

“Kedua-dua suspek memegang tangannya sebelum seorang daripada mereka meletakkan pisau di leher wanita berkenaan.

“Mangsa yang cuba melawan diugut dicederakan sebelum diheret masuk ke dalam kereta Proton Waja yang siap menunggu berhampiran kawasan berkenaan,” katanya.

Sumber berkata, kepala mangsa ditutup menggunakan kain sebelum dia dirogol seorang daripada suspek di dalam kenderaan itu.

“Penderitaan mangsa tidak berakhir di situ, dia terus dinodai kumpulan berkenaan di rumah kosong. Kali ini, mangsa dirogol bergilir-gilir tiga lelaki terbabit. “Selepas diperlakukan demikian, seorang daripada suspek menyerahkan semula pakaian mangsa,” katanya memberitahu barang berharga milik mangsa seperti telefon bimbit dan wang tunai lebih RM100 dirampas kumpulan itu.

Katanya, kumpulan itu membawa mangsa sebelum meninggalkannya di bahu jalan di Jalan Tun Sambanthan, di sini.

Mangsa yang dibantu orang awam menghubungi keluarga sebelum tampil membuat laporan di balai polis berhampiran.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Katanya, sehingga kini tiada tangkapan dilakukan namun usaha memburu kumpulan itu giat dijalankan. Kami masih meneruskan siasatan namun tidak menolak kemungkinan ia mempunyai kaitan sama seperti dengan beberapa kes yang dilaporkan sebelum ini,” katanya.

Pada 30 Mac lalu, Harian Metro melaporkan seorang pelajar perempuan diculik sekumpulan tiga lelaki ketika menunggu bas di Jinjang, di sini, sebelum dipukul dan dipaksa melayani nafsu mereka di bilik sebuah hotel di Balakong.

Dalam kejadian jam 6 pagi itu, mangsa yang berusia 16 tahun mendakwa sepanjang tempoh berkenaan, dia dipaksa berbogel, dipukul dan ditendang serta diarah melakukan onani selain menjilat kaki semua lelaki terbabit malah, setiap aksinya itu dirakamkan kumpulan terbabit, namun mangsa mengakui tidak dirogol.

Manakala, pada 24 Mac lalu akhbar ini melaporkan seorang wanita berusia 37 tahun bukan saja disamun tiga lelaki bersenjatakan pisau, tetapi turut dirogol bergilir-gilir oleh kumpulan penjenayah terbabit dalam teksi dinaikinya.

Dalam kejadian pada jam 3 petang berhampiran pasar raya di Kepong, di sini, mangsa mendakwa tiga lelaki merogolnya termasuk pemandu teksi.

Lagi satu kes yang dilaporkan pada 22 Februari lalu, seorang remaja diculik dan dirogol bergilir-gilir di sebuah hotel di Pudu.

Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, remaja berusia 17 tahun dan berasal dari Kundang itu dilaporkan diumpan tiga lelaki terbabit bertemu sebelum itu diculik dan dirogol bergilir-gilir.

Note:

Artikel ini di ambil daripada Harian Metro. Harap maklum.

Mar 28

Fatihah Dirogol…?

nur fatihah the star1 150x150 Fatihah Dirogol...?Macam-macam la si Fatihah ni. Mula-mula heboh pasal dia diculik semasa keluar membeli top up prabayar. Selepas dijumpai berada di rumah keluarga teman lelakinya, dia mengaku yang penculikan tersebut sengaja dirancang dan dia melarikan diri dengan rela hati.

Sekarang gadis ini buat hal lagi. Kali ini dia membuat laporan di Pejabat Polis Pekan yang mendakwa dirinya dirogol oleh kekasihnya. Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman.

Akan tetapi yang lawaknya, dia didapati tidak seperti yang didakwa apabila tiada kesan atau sebarang tanda yang dia dirogol selepas pemeriksaan dibuat oleh pakar perubatan untuk memastikan dakwaannya.

Dengan itu pihak polis tidak akan mengambil apa-apa tindakan terhadap teman lelakinya. Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman berkata laporan dakwaan rogol oleh Siti Nur Fatihah Mahadi dalam ‘kes culik’ nya adalah sengaja direka-reka bagi tujuan peribadi.

Fatihah kini mungkin berdepan dengan hukuman penjara dan denda akibat laporan palsunya. Mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan dia boleh dikenakan hukuman penjara enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Lepas ni apa pula ya?

Apa la nak jadi dengan Siti Nur Fatihah ni…

Ikuti rentetan berita “penculikan” Siti Nur Fatihah di sini.

Mar 21

Siti Nur Fatihah Disahkan Lari Ikut Kekasih

2012 03 21 10.57.50 Siti Nur Fatihah Disahkan Lari Ikut KekasihFatihah telah ditemui selamat di sebuah rumah di Merchong dekat Pekan semalam.Penemuan ini berikutan tertangkapnya seoarang pemuda di kawasan Merchong pada pukul 4.30 petang.

Menurut sumber selepas ditahan lelaki tersebut membawa polis ke sebuah rumah yang menempatkan Fatihah. Rumah tersebut adalah milik keluarga lelaki tersebut. Jarak rumah tersebut dengan rumah Fatihah di Taman Tas adalah lebih kurang 100 km.

“Mangsa mengaku yang dia keluar dari rumahnya untuk mengikut lelaki itu dengan rela hati”, kata sumber itu lagi.

Difahamkan penculikan tersebut memang dirancang oleh Fatihah dan teman lelakinya yang merupakan kakitangan kerajaan yang berkerja di Alor Setar Kedah dan pulang ke Pekan kerana bercuti.

Sehingga malam tadi suspek masih lagi ditahan untuk siasatan lanjut. Mangsa pula akan dihantar ke hospital berhampiran untuk pemeriksaan kesihatan.

Dalam pada itu, ibu mangsa Nor Mala tidak percaya yang anaknya melarikan diri dari rumah kerana menurutnya anak sulung daripada 3 beradik itu adalah seorang yang taat pada keluarga.

“Tiada motif Fatihah mahu lari dari rumah, hubungan dia dengan saya macam kawan”, kata ibunya yang merupakan suri rumah.

Untuk laporan penuh sila dapatkan akhbar KOSMO.

Jadi kes penculikan tersebut sudah selesai. Kesudahannya seperti yang saya jangkakan.

Ikuti kisah awal kes penculikan ini di sini.

 

Mar 21

Siti Nur Fatihah Selamat?

Pada mulanya kecoh dikatakan Siti Nur Fatihah diculik. Saksi utama adalah kedua orang adik mangsa. Kemudian Polis tampil membuat kenyataan yang ada kemungkinan yang mangsa melarikan diri dari keluarga. Ini berdasarkan keterangan saksi yang mendakwa ada mendengar mangsa membuat panggilan telefon kepada rakannya mengatakan beliau mahu lari dari keluarga. Saksi itu mendakwa lagi yang tiada kekerasan berlaku semasa mangsa menaiki kereta ungu tersebut.

Pada pukul 2 pagi 20hb Mac, ibu mangsa Nor Mala Mohd Lazin, 34, dilaporkan ada menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang tidak dikenali memberitahu yang mangsa selamat dan berada di rumah ibu angkat seorang kawannya.

Lelaki yang pada mulanya menyamar sebagai pelajar tingkatan empat dan belajar di sekolah yang sama dengan mangsa akhirnya mengaku bahawa dia adalah kawan kepada mangsa.

Menurut ibu mangsa, lelaki itu mendakwa bahawa mangsa akan pulang ke rumah dalam masa terdekat.

Berikut adalah petikan lanjut daripada akhbar Sinar Harian:

“Saya sempat memujuk lelaki itu malah mendakwa mengenalinya supaya memaklumkan di mana Fatihah tinggal.

“Dalam perbualan kami selama dua jam itu, lelaki itu yang berusia 20-an turut memberitahu dia serba salah untuk berterus-terang kerana dia juga ada kes polis dan tak mahu ada apa-apa rekod lagi,” kata ibu kepada mangsa.

Ketua Polis Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata kes itu masih dalam siasatan polis. – Bernama

Banyak fakta yang bercanggah di dalam kes ini. Beberapa kemungkinan dan persoalan telah timbul:

  • Mangsa memang diculik oleh 3 individu yang memang berniat jahat
  • Mangsa tidak diculik malah melarikan diri daripada keluarga dengan pilihan sendiri
  • Lelaki yang menelefon ibu mangsa sengaja berbuat demikian untuk mereka cerita bagi menyukarkan siasatan pihak polis
  • Siapakah lelaki yang menelefon itu? Teman lelaki mangsa?
  • Apa yang dibualkan oleh ibu mangsa dan lelaki itu sehingga berlarutan selama 2 jam. Penculik biasanya tidak akan berbual lama dengan keluarga mangsa (sehingga 2 jam) kerana bimbang lokasinya akan dapat dikesan.

Apa-apa pun saya tidak mahu membuat apa-apa spekulasi kerana kes masih di dalam siasatan polis. Sama-sama kita ikuti laopran seterusnya kisah penculikan ini.

Ikuti laporan-laporan kisah penculikan ini yang pernah disiarkan sohoque.com di sini.

 

Mar 20

Siti Nur Fatihah Mungkin Melarikan Diri – Polis

nur fatihah the star Siti Nur Fatihah Mungkin Melarikan Diri   PolisTerdapat versi yang berlainan di antara Polis dan keluarga mangsa berkenaan kes penculikan Siti Nur Fatihah.
Sedang dua adik mangsa mendakwa kakaknya diculik di tengahari semasa sedang berjalan di jalan yang sibuk di sini, pihak polis percaya yang mangsa berkemungkinan juga melarikan diri.

 

Menurut adik-adiknya yang bersama beliau sewaktu kejadian, mereka sedang berjalan menuju ke kedai untuk membeli “top up” telefon bimbit bilamana secara tiba-tiba sebuah kereta berhenti di depan mereka dan seorang lelaki menarik mangsa ke dalam kereta.

Adiknya mendakwa lagi, mereka telah berusaha menghalang dan menarik kakak mereka tetapi mereka telah ditolak.

“Kakak saya menjerit meminta tolong. Saya dan adik berusaha menolong tetapi hanya dapat melihat kakak dibawa pergi”, kata adik mangsa Siti Nurul Aisyah di rumah mereka di Taman Tas semalam.

Walau bagaimanapun OCPD Kuantan, Asst Comm Mohd Jasmani Yusoff berkata bahawa pihak polis percaya yang Siti Nur Fatihah telah melarikan diri dengan kawan-kawannya.

“Saksi mendakwa mangsa telah memberitahu seseorang di telefon bahawa dia mahu melarikan diri dari emaknya. Sebuah kereta kemudiannya datang dan mengambil beliau di hadapan kedai telefon itu.

“Tiada jeritan atau sebarang perlakuan yang menunjukkan yang itu adalah satu penculikan”, beliau berkata.

ACP Mohd Jasmani berkata kes tersebut masih dalam siasatan dan pihak polis akan mengesan d mana mangsa.

ikuti laporan penuh di The Star.
Walau apapun, culik atau melarikan diri, kepada sesiapa yang melihat kelibat mangsa ataupun mengetahui tentang perkara ini sila hubungi pihak polis atau ibu bapa mangsa di talian: 019-9813 361 dan 019-9897 807.

Semoga dengan kerjasama orang ramai akan dapat menyelesaikan perkara ini dengan secepat mungkin.

Ikuti posting terdahulu mengenai kes Siti Nur Fatihah di sini.

Mar 20

Siti Nur Fatihah, Mangsa culik Terbaru

Belum pun reda kes culik dan bunuh Adik Dirang, kita dikejutkan lagi hari ini oleh kes penculikan Siti Nur Fatihah Mahadi, 15 tahun dari Taman Tas Kuantan. Ikuti kisah Adik Dirang di sini

Apa la nak jadi dengan Malaysia sekarang. Aku pun dah takut dah sekarang. Anak-anak kita ada yang pergi sekolah naik kenderaan awam. Adakah kita benar-benar yakin akan keselamatan mereka..

Minggu lepas aku ada berjumpa dengan seorang kenalan baik aku yang kini sedang berkerja dengan sebuah bank antarabangsa di Singapura. Menurut beliau di sana keadaannya amat berlainan dengan negara kita Malaysia. Kanak-kanak yang berumur 9 tahun ke sekolah menaiki MRT tanpa ditemani oleh orang yang lebih tua adalah satu perkara biasa. Menurut beliau lagi, di sana orang lebih berdisiplin dan dia sendiri merasa amat selamat berada di sana.

Mungkin Singapore negara yang kecil di mana setiap pergerakan boleh diawasi. Kamera litar pula di sana sini. Lagi satu aku rasa di sana rakyatnya amat berdisiplin. Ini mungkin disebabkan mereka terpaksa mengikuti kem “National Service”. Jadi di situ mereka telah dibasuh otaknya supaya menjadi rakyat yang berdisiplin. Malaysia hanya ada PLKN. Tidak cukup untuk mendisiplinkan mereka secara total.

Berbalik cerita Siti Nur Fatihah binti Mahadi. Beliau dikatakan diculik oleh 3 individu yang menaiki kereta ungu gelap ketika beliau dan 2 orang adik beliau keluar untuk membeli “top up” telefon bimbit di kedai berhampiran rumah. Kejadian berlaku pada tengahari hari Ahad yang lalu (dua hari yang lalu).

nurul fatihah1 300x278 Siti Nur Fatihah,  Mangsa culik Terbaru“Saya terkejut apabila kedua-dua anak saya pulang tergesa-gesa ke rumah sambil menangis tanpa kakaknya dan apabila ditanya mengapa menangis, mereka memberitahu kakak Fatihah dilarikan orang,” kata ibunya Nor Mala Mohd Lazin, 34 kepada pemberita, di rumahnya di sini, Isnin.

Menurut ibunya lagi, beliau diberitahu Nurul Aishah bahawa kakaknya dilarikan dengan sebuah kereta bercermin gelap dipandu seorang wanita yang turut dinaiki dua lelaki.

“Kereta tersebut tiba-tiba berhenti berhampiran mereka sebelum seorang lelaki yang duduk di belakang membuka pintu dan menarik Fatihah. Kedua-dua adiknya itu sempat menarik kakak mereka namun terlepas,” katanya.

Fatihah yang merupakan pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan di sini, adalah anak yang baik dan tidak akan ke mana-mana tanpa keluarga.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, Deputi Superitendan Kamaruzzaman Jaafar mengesahkan pihaknya ada menerima laporan berkenaan kes tersebut kira-kira pukul 4 petang Ahad.

Polis sedang menyiasat kes itu termasuk sama ada mangsa mengenali suspek, katanya. “Kes disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan di atas kesalahan menculik daripada penjaga yang sah,” katanya.

- berita ihsan dari BERNAMA