Jul 02

Italy Juara Euro 2012?

 Italy Juara Euro 2012?Sementara menunggu perlawanan final Euro 2012, sempat aku buat posting ni. Walaupun dalam keadaan kesihatan broadband Celcom yang kurang baik. Sehinggakan kadang-kadang ia menjadi begitu lembab mengalahkan siput khinzir.

Agak-agaknya siapa akan menang pagi besok? Kalau ikutkan hati aku memang team Spain adalah team kedua aku selepas Germany yang tewas tanpa disangka-sangka kepada Italy. Tetapi aku ini sebenarnya suka menyokong team underdog. Dan mengikut posting aku yang terdahulu, sebarang team yang berjaya mengalahkan Germany, dia lah yang akan menjuarai Euro 2012. Adakah ramalanku benar?

Mengimbau kembali kekalahan Germany di tangan Italy…

Italy ni sebenarnya kurang menyerlah beberapa tahun kebelakangan ini berbanding dengan pasukan-pasukan gah seperti Spain, Portugal, Germany, France dan England. Ramai peminat bolasepak tidak memberikan harapan kepada pasukan Italy untuk sampai ke final.

Memang tradisi Italy bermain secara bertahan. Dan biasanya pertahanan pasukan Italy amat mantap sehinggakan menjadi igauan kepada penyerang pihak lawan. Itulah yang telah terjadi kepada Germany.

Germany yang menjadi pilihan utama ke final disamping Spain, France, Portugal dan England menjadi hilang idea apabila berhadapan dengan pasukan Itay baru-baru ini. Walaupun mempunyai barisan pemain tengah yang mantap seperti Mesut Ozil, Khedira dan lain-lain, Germany seolah-olah tidak dapat berbuat apa-apa bila berhadapan dengan pemain Italy yang akan pantas menutup ruang bilamana bola berada di kaki pemain Germany.

Aku memang kecewa bila Germany kalah. Tapi pujian aku berikan kepada pemain Italy untuk keputusan itu. Memang malam itu malam buat pasukan Italy. Memang mantap, daripada Buffon yang amat sukar ditembusi, pertahanan yang mantap yang sentiasa berkerja keras mengekang perangcangan pihak lawan, pemain tengah yang sentiasa menutup ruang dan mematahkan dominasi Germany dan juga penyerang, Balotelli yang memang hebat menghidu peluang dan membuat penyudahan yang hebat.

Manakala Germany pula kelihatan kurang kemas terutama pada separuh masa pertama. Pemain seperti hilang idea macamana nak menembusi kubu Italy. Namun pujian boleh diberi di separuh masa kedua apabila Germany berjaya mengasak kubu Italy bertubi-tubi sehinggalah mendapat hadiah saguhati sepakan penalti yang disempurnakan dengan tenang oleh Ozil.

Syabas diucapkan kepada Italy. Dan kepada pasukan Germany, dengan purata umur pemain iaitu 24 tahun, mereka masih boleh pergi jauh di kejohanan Piala Dunia 2 tahun dari sekarang dan Euro 2 tahun selepas itu.

Malam ini kita akan menyaksikan satu perlawanan yang hebat. Spain memiliki pemain yang mantap daripada penjaga gol sehinggalah kepada penyerang. Mampukah Italy mengekang Spain? Mampukah Spain menjadi juara lagi? Sama kita layan 1 jam dari sekarang…!

Jun 13

Kenapa Aku Pilih Germany Untuk Menjuarai Euro 2012

logo Kenapa Aku Pilih Germany Untuk Menjuarai Euro 2012Euro kali ni aku sokong Germany. Dan aku rasa Germany akan pergi final.

Sebelum aku membebel dengan lebih jauh lagi jom kita tengok siapa players dalam team Germany:

keeper Kenapa Aku Pilih Germany Untuk Menjuarai Euro 2012

def. Kenapa Aku Pilih Germany Untuk Menjuarai Euro 2012

mid. Kenapa Aku Pilih Germany Untuk Menjuarai Euro 2012

for. Kenapa Aku Pilih Germany Untuk Menjuarai Euro 2012coach Kenapa Aku Pilih Germany Untuk Menjuarai Euro 2012Kalau kita tengok senarai nama di atas, semuanya hebat-hebat belaka. Kebanyakkannya bermain di kelab-kelab ternama dunia dan menjadi buruan kelab-kelab kaya.

Jika kita perhatikan purata umur mereka adalah masih muda iaitu 24 tahun. Dengan umur yang masih muda ini sudah tentu stamina mereka masih kuat. Dibantu oleh pengalaman bermain dikelab ternama dunia mereka pastinya pencabar juara.

Seperti juga Spain, skuad Germany ini amat kuat di bahagian tengah. Hampir semua pemain di bahagian ini adalah top players pada masa kini. Begitu juga dengan 3 orang forwardnya. Pertahanan juga agak mantap walaupun aku rasa bahagian ini adalah bahagian yang paling lemah dalam skuad ini. Penjaga gol adalah antara penjaga gol terbaik dunia. Pada pandangan aku dengan barisan pemain-pemain ini, pasukan lawan yang dapat mengalahkan Germany akan ke final dan pastinya akan menjuarai kejohanan ini.

Coachnya Joachim Low adalah coach yang dihormati di dalam arena bolasepak dengan pengalaman dan taktik yang bijak dan hebat.

Berikut adalah penjaring terbanyak pasukan ini sepanjang pusingan kelayakan:

top scorer Kenapa Aku Pilih Germany Untuk Menjuarai Euro 2012

Tugas menjaringkan gol dalam pasukan ini jika dilihat daripada senarai penjaring terbanyak di atas bukan sahaja digalas oleh pemain penyerang sahaja, malah turut disumbangkan oleh pemain tengah seperti Ozil dan Schurrie.

Ini pula ialah rekod pencapaian pasukan Germany dalam kejohanan ini:

record competition Kenapa Aku Pilih Germany Untuk Menjuarai Euro 2012

Dan ini pula trofi yang telah dimenangi:

trofi cabinet Kenapa Aku Pilih Germany Untuk Menjuarai Euro 2012Jika dilihat semasa perlawanan Germany menentang Portugal yang dianggap sebagai perlawanan terhebat pusingan pertama, Germany tidak lagi bermain dengan corak menyerang dengan pantas seperti yang diamalkan di kejohanan Piala Dunia yang lalu. Bola banyak dan kerap di hantar di sekitar bahagian tengah padang. Mereka menunggu peluang pihak lawan di bahagian pertahanan maju ke depan lalu mewujudkan ruang untuk mereka masuk menyerang.

Pertukaran taktik ini adalah sesuatu yang amat bijak yang diterapkan oleh Joachim Low kerana lawan yang dihadapi sekarang bukan seperti yang dihadapi semasa Piala Dunia dahulu. Pada Piala Dunia 2010, lawan mereka di peringkat kumpulan adalah Ghana, Australia dan Serbia. Lawan-lawan ini mempunyai barisan serangan yang kurang mantap. Lawan sekarang seperti Portugal, Holland dan Denmark mempunyai barisan serangan yang agak mantap. Jadi bermain dengan terlalu menyerang agak membahayakan pasukan kerana ia memberi peluang kepada pihak lawan membuat counter attack. Bagi peminat cara bermain sebegini mungkin agak membosankan berbanding dengan corak menyerang pantas seperti di Piala Dunia, namun ia terpaksa dibuat untuk menyesuaikan dengan keadaan pertandingan.

Aku rasa taktik yang sama akan digunakan semasa menentang Holland Rabu ini (hari ini). Yang penting 3 mata penuh mesti di kutip.

Joachim Low sudah mengambil pengajaran semasa kalah kepada Spain di semi final Piala Dunia 2010. Kekuatan bahagian tengah adalah amat penting buat sesuatu pasukan. Lihat sahaja Spain dan Barcelona. Kedua-dua pasukan ini mempunyai barisan pemain tengah yang amat mantap. Sebab itu lah mereka juara.

Kemenangan ke atas Portugal dibantu oleh kekalahan mengejut Holland kepada Denmark telah membuka jalan untuk Germany menjuarai Kumpulan B dengan syarat mereka menang keatas Holland. Jika yang demikian berlaku keadaan akan menjadi semakin mudah apabila di peringkat seterusnya mereka akan bertemu dengan naib juara kumpulan A dimana pemerhati bolasepak menjangkakan ianya diantara Czech Republic, Greece ataupun Poland. Jadi sekurang-kurangnya Germany akan mara ke pusingan separuh akhir.

Di separuh akhir, mereka akan menghadapi pasukan-pasukan yang agak kuat seperti Spain, England ataupun France.

Jika bertemu Spain, Germany boleh melakukan misi balas dendam untuk kekalahan mereka di separuh akhir Piala Dunia. Spain kali ini datang tanpa 2 orang penting mereka iaitu David Villa dan Carles Puyol. Aksi Fernando Torres juga kurang meyakinkan setelah melalui musim yang agak mengecewakan di EPL walaupun chelsea menjuarai Champion League.

Pasukan yang boleh memberi ancaman kepada Germany sebenarnya adalah France. Laurent Blanc sebenarnya mempunyai sejumlah besar pemain muda yang berbakat besar yang boleh diketengahkan dan memberi ancaman kepada pasukan lawan.

Seperti yang dikatakan tadi, sebarang pasukan yang dapat menewaskan Germany pasti menjuarai kejohanan kali ini.

 

p/s: posting ni juga sebagai entry untuk contest kat blog Denaihati.

Apr 21

Negara Yang Layak Ke Peringkat Akhir EURO 2012

Hanya 16 pasukan yang melayakkan diri ke peringkat akhir Euro 2012. Bermula daripada peringkat kelayakan di mana sebanyak 51 pasukan negara mengambil bahagian.

Daripada 51 pasukan tadi, 8 pasukan terpaksa bermain di kejohanan peringkat “play-off” untuk kelayakan peringkat akhir.

Akhirnya 16 pasukan berikut telah melayakkan diri ke peringkat akhir:

group stage Negara Yang Layak Ke Peringkat Akhir EURO 2012

Sila Klik untuk berita lain tentang Euro 2012

Apr 19

Sejarah Ringkas EURO

eufa logo Sejarah Ringkas EUROIdea Kejohanan Bolasepak Negara-Negara Eropah telah tercetus pada tahun 1927 oleh pentadbiran bolasepak Perancis iaitu Hneri Delaunay. Selepas tertubuhnya UEFA idea tersebut telah dibangkitkann kembali dan dalam tahun 1958 perlawanan kelayakan pertama dalam format kalah mati telah digunakan. Kejohanan Euro yang pertama (peringkat akhir) diadakan pada 1960. Kejohanan yang pada mulanya dikenali sebagai Piala Negara-Negara Eropah tersebut telah diadakan setiap empat tahun selepas itu.

Kejohanan ini berselang 2 tahun dengan satu lagi kejohanan bolasepak yang paling berprestij iaitu Piala Dunia FIFA.

 

 

 

Berikut adalah negara-negara yang pernah memenangi Kejohanan tersebut sejak ia dilangsungkan:

  • 1960 – Soviet Union
  • 1964 – Sepanyol
  • 1968 – Itali
  • 1972 – Jerman Barat
  • 1976 – Czechoslovakia
  • 1980 – Jerman Barat
  • 1984 – Perancis
  • 1988 – Belanda
  • 1992 – Denmark
  • 1996 – Jerman
  • 2000 – Perancis
  • 2004 – Greece
  • 2008 – Sepanyol
  • 2012 – ???
spain champion Sejarah Ringkas EURO

Sepanyol – Juara edisi 2008

Negara manakah yang menjadi pilihan anda untuk memenangi kejohanan EURO 2012 ini? Aku sudah pasti memilih Jerman (Germany). Yeaahhh…! Kenapa? ikuti posting seterusnya…

 

Apr 19

EURO 2012

euro 2012 logo EURO 2012

Logo rasmi Euro 2012

Semalam, lepas mengembara ke website dan blog otai, aku dapat satu ilham. Memandangkan kejohanan bolasepak Euro dah dekat, aku nak buat posting pasal Euro 2012.

So lepas ni insyaAllah akan ada banyak posting aku pasal Euro ni.

euro mascott EURO 2012

Maskot rasmi Euro 2012

So malam tadi aku dah start install widget Euro 2012 Countdown kat sidebar (bawah countdown waktu solat) homepage blog sohoque.com ni. Sila la tengok ya.. dan aku juga dah create kategori EURO 2012 untuk memudahkan pembaca untuk shortcut kepada cerita-cerita berkenaan Euro 2012 sahaja.

So tunggu posting pasal Euro 2012 seterusnya..