Apr 23

LIKE Page Facebook Palsu, Wajarkah Memilih Jalan Tersebut

Di zaman IT ini segalanya cepat. Begitu juga dalam perniagaan. Kalau dulu sesuatu perniagaan memakan masa yang agak lama untuk membina jenama, sekarang tidak lagi. Ianya dapat disingkatkan dengan penggunaan IT dan internet.

Begitu juga cara pemasaran. Dulu pemasaran dibuat secara konvensional iaitu menggunakan pekerja dan pengiklanan di media massa dan eletronik. Kini dengan menggunakan pemasaran internet kos dapat dikurangkan dengan adanya media sosial, blog, twitter, facebook dan sebagainya.

Ramai pemasar internet (internet marketer) membuat pengiklanan dan produk awareness mereka dengan menggunakan Facebook page.

Facebook page ialah page yang dibuat dibawah akaun facebook individu untuk pelbagai tujuan seperti perniagaan dan sebagainya. Dengan page ini pengikut page (followers) hanya perlu LIKE page facebook sahaja tanpa perlu menjadi kawan si pemunya akaun. Jadi ianya tidak memerlukan approval daripada si pemunya akaun. Jumlah followers pula tidak terbatas kepada had bilangan tertentu.

Kelebihannya yang amat ketara ialah internet marketer mampu menyampaikan iklan produk dan perkhidmatannya kepada semua followers yang LIKE page facebook nya. Bilamana sesuatu info dipostkan di timeline page, maka ia akan kelihatan di timeline followers tadi.

Namun untuk mengumpul LIKE bukanlah sesuatu yang mudah. Kita terpaksa juga mempromosikan page kita samada secara online ataupun offline. LIKE akan menjadi berganda apabila page kita semakin hari semakin mendapat ramai followers.

Page peribadi saya sendiri iaitu sohoque dot com dan page bisnes saya iaitu Synergy Khalifs Advisor sendiri pun memakan masa yang agak lama untuk di “LIKE” oleh orang ramai. Semasa entri ini ditulis sohoque dot com yang dibuka akhir tahun lepas baru ada 828 penge”like”.

Sekarang sudah ada pihak yang boleh memanipulasikan LIKE page facebook tersebut. pihak ini boleh menarik LIKE kepada page kita itu tanpa perlu bersusah payah untuk kita mempromosikannya. Dan yang menariknya <dfn title = “ini adalah like yang dibuat di fan page facebook. Like facebook page ini amat penting untuk peniaga produk dan perkhidmatan menyampaikan info tentang produk secara pukal dan meluas”>LIKE</dfn> tersebut adalah original iaitu daripada followers yang betul.

Pihak ini mengenakan caj tertentu untuk perkhidmatan menarik LIKE ini. Saya pernah menerima mesej tentang servis yang ditawarkan ini. Namun setakat ini saya masih belum terbuka hati untuk menerima tawaran tersebut. Ini adalah kerana saya inginkan pengunjung setia ke blog saya yang dihubung terus kepada page tersebut. Biarlah mereka memilih untuk LIKE page dan blog saya  dengan ikhlas.

facebook like 300x166 LIKE Page Facebook Palsu, Wajarkah Memilih Jalan Tersebut

Tawaran LIKE Facebook Page

Seorang kawan saya yang baru hanya beberapa bulan membuka page perniagaan beliau telah berjaya mengumpul 3,000 lebih LIKE setelah membayar Rm100 untuk 1,000 LIKE.

Ada yang memperlekehkan cara ini dengan mengatakan yang cara tersebut sebagai menipu dan tidak asli.

Pada pandangan saya ia bergantung kepada individu dan tujuan page dibuka. Jika tujuannya untuk menjual produk maka ia adalah langkah yang lebih cepat untuk menghasilkan jualan. Ini adalah kerana followers mempunyai hak untuk “UNLIKE” semula jika mereka merasa tidak selesa dengan apa yang dipostkan di timeline page tersebut.

Namun untuk page seperti page ini dan ini, saya rasa followers yang benar-benar inginkan maklumat sahaja yang saya inginkan. Ini adalah kerana ilmu yang disampaikan ini akan lebih bermanfaat jika orang yang membacanya benar-benar inginkan maklumat.

Nov 30

Penjelasan “Error: status unavailable” Di Whatsapp

whatsapp 370x264 Penjelasan Error: status unavailable Di Whatsapp

Whatsapp: “Error: status unavailable”

Sejak semalam status di Whatsapp bertukar menjadi “Error:status unavailable”. Ini telah membuatkan pengguna-pengguna Whatsapp panik. Ini adalah kerana sejurus selepas itu mereka telah mendapat mesej Whatsapp yang dipanjangkan daripada kawan-kawan Whatsapp yang lain. Ia seolah-olah mesej daripada pihak Whatsapp sendiri.

Saya tidak ketinggalan daripada mendapat mesej Whatsapp tersebut. Malah sepanjang semalam dan hari ini, tak kurang dari 10 mesej seumpamanya yang saya terima daripada rakan-rakan Whatsapp. Ia dah jadi macam mesej berantai pulak.

Ini adalah salah satu daripada mesej-mesej tersebut:

Check the status of every individual contact is showing :
Status : error
Hello everyone, it seems that all the warnings were real, the use of WhatsApp cost money from summer 2012.
If you send this string to 18 different on your list, your icon will be blue and will be free for you.
If you do not believe me see tomorrow at 6 pm ending WhatsApp and have to pay to open it, this is by law.

This message is to inform all of our users, our servers have recently been very congested, so we are asking your help to solve this problem. We require our active users forwarded this message to each of the people in your contact list to confirm our active users using WhatsApp, if you do not send this message to all your contacts WhatsApp, then your account will remain inactive with the consequence of losing all their contactsMessage from Jim Balsamic (CEO of Whatsapp) we have had an over usage of user names on whatsapp Messenger. We are requesting all users to forward this message to their entire contact list. If you do not forward this message, we will take it as your account is invalid and it will be deleted within the next 48 hours. Please  DO NOT ignore this message or whatsapp will no longer recognise your activation.
If you wish to re-activate your account after it has been deleted, a charge of
25.00 will be added to your monthly bill.

We are also aware of the issue involving the pictures updates not showing. We are working diligently at fixing this problem and it will be up and running as soon as possible. Thank you for your cooperation from the Whatsapp team”

WhatsApp is going to cost us money soon. The only way that it will stay free is if you are a frequent user i.e. you have at least 10 people you arechatting with. To become a frequent user send this message to 10 peoplewho receive it (2 ticks) and your WhatsApp logo should turn Red toindicate a frequent user. Am sorry had no option!

Aku seperti biasa tidak suka akan berita-berita sebegini. Dan aku tidak forwardkan mesej ini kepada seorang pun dikalangan kawan-kawan aku. Mesej yang sampai kepada aku akan dibalas dengan “ignore it”.

Malam tadi aku google internet untuk dapatkan jawapan dan penjelasan “Error: status unavailable” di Whatsapp. Dan terus terjumpa laman sesawang ini. Sila layari untuk mendapatkan jawapan.

Untuk meyakinkan lagi aku dan sebagai hujah untuk aku jawab kepada yang masih hantar mesej berantai itu lagi aku singgah di Page Whatsapp di Facebook dan juga akaun Whatsapp di Twitter. Whatsapp ada mengumumkan penjelasan “Error: status unavailable” di Whatsapp itu adalah disebabkan masalah teknikal dan pihaknya sedang berusaha untuk membetulkan keadaan. Haaa… kan betul aku kata. icon smile Penjelasan Error: status unavailable Di Whatsapp

whatsapp fb Penjelasan Error: status unavailable Di Whatsapp

Page Whatsapp di FB

 

whatsapp twitter Penjelasan Error: status unavailable Di Whatsapp

Akaun Whatsapp di Twitter

Cuma minggu lepas aku ada menerima mesej dari pihak whatsapp sendiri supaya membayar USD0.99 untuk menyambung perkhidmatan Whatsapp. Mesej itu memberitahu bahawa Whatsapp adalah adalah PERCUMA untuk tahun pertama sahaja. Tahun-tahun seterusnya akan dikenakan caj sebanyak USD0.99 untuk kekal menggunakan perkhidmatan Whatsapp. Yang ni ada logiknya. Sebab Whatsapp bukannya badan kebajikan. Dia mesti nakkan keuntungan juga. Paling tidak pun untuk membiayai kos maintainance diorang. Alaa USD0.99 jer pun. Boleh pakai setahun. Banyak pulak tu kelebihannya.

So, tutup kes ya. Harap-harap lepas ni tiada lagi mesej berantai Whatsapp. Pihak Whatsapp sendiri yang mengesahkan dan bagi penjelasan “Error: status unavailable” di Whatsapp adalah masalah teknikal.

Selamat ber “whatsapp”!

Nov 27

Menang Samsung Galaxy Note 2 Dengan Hanya Like Artikel Dan Page

samsung galaxy note 2 white Menang Samsung Galaxy Note 2 Dengan Hanya Like Artikel Dan Page

Siapa nak Samsung Galaxy Note 2 secara PERCUMA? Semua orang nak ye tak? Kalau nak anda boleh masuk peraduan ni. Tak perlu jawab soalan. Anda boleh menang Samsung Galaxy Note 2 dengan hanya Like artikel dan page sahaja.

Peraduan ini dianjurkan oleh laman sesawang Live Live Drive (LLD). Laman ini memberi kita maklumat dan perkembangan terkini tentang kereta-kereta baru termasuk berita terkini, spesifikasi kereta, harga juala, tips dan lain-lain lagi.

Caranya macam ni. Klik link INI. Pada bahagian bawah artikel tersebut ada icon Tweet, Google plus dan FB Like. Klik Like pada FB Like icon.

connet 300x159 Menang Samsung Galaxy Note 2 Dengan Hanya Like Artikel Dan Page

 

Seterusnya Like FB page Live Life Drive. Di bahagian bawah artikel tersebut selepas icon FB Like tadi ada ico LIKE page. Klik LIKE Page icon. Ataupun anda boleh klik LIKE di SINI.

Itu sahaja! War-warkan kepada kawan untuk menang Samsung Galaxy Note 2 dengan hanya Like artikel dan page tersebut. Mana lah tau kot-kot ada rezeki. Kalau tidak pun tak apa. Kita boleh dapat updates tentang kereta melalui page tersebut.

Selamat mencuba!

http://www.livelifedrive.com/malaysia/news/view/1905/lld-first-anniversary-giveaway-like-us-stand-a-chance-to-win-a-samsung-note-2

Nov 08

Macamana Nak Jadi Kaya?

kaya Macamana Nak Jadi Kaya?

Pagi tadi semasa sedang sarapan sambil melayan whatsapp group “kengkawan”, aku mendapat satu panggilan telefon dari nombor yang tidak dikenali. Ku sangkakan rakan-rakan whatsapp lalu jawapan ku hanya sambilewa.  Rupa-rupanya ia adalah panggilan dari seorang follower blog aku dari Sarawak.

Pertanyaan pertama beliau: : ” Macamana nak jadi kaya ?”

Saya bertanya dari mana beliau dapat nombor telefon saya, maka dijawab beliau daripada blog sohoque.com. Rupanya beliau ada terbaca entry saya tentang macamana nak jadi kaya yang saya published sedikit masa dulu.

Aku tadi belum sempat berbincang dengan lebih lanjut tentang soalannya, macamana nak jadi kaya itu. Salah satu sebabnya ialah perbualan telefon tadi hanya sebagai satu introduction ataupun perbualan pengenalan. Beliau yang banyak bercakap dan menceritakan tentang bisnes beliau.

Pemanggil Encik H, adalah seorang cikgu di salah sebuah sekolah di Sarawak. Beliau melalui perbualan tadi saya dapat simpulkan sebagai seorang yang sungguh rajin menambahkan pendapatan beliau. Beliau membuat bisnes sampingan dengan membuat bisnes menjual keropok. Stok keropok diambil dari Terengganu dan Kelantan. Daripada cerita beliau tadi,beliau sudah dikenali di kawasan tempat beliau tinggal sebagai pengedar keropok. Dengan ertikata lain, beliau sudah ada nama di dalam bisnes yang sedang beliau sertai sekarang. Ini terbukti apabila pelanggan mula mencari beliau di rumah bilamana stok keropok mereka kehabisan. Peniaga berbangsa cina di kawasan itu juga agak sedikit terkesan apabila harga yang beliau tawarkan kepada pelanggan lebih murah daripada harga yang mereka tawarkan. Dari segi servis pula, Encik H memberikan servis yang extra bilamana beliau sendiri yang menghantar keropok-keropok tersebut secara terus kepada pelanggan disamping mengedarkan dengan jumlah yang banyak di kedai-kedai runcit dan di stesen-stesen minyak yang berhampiran tempat beliau.

Cuma masalah yang beliau hadapi menurut beliau ialah susah untuk mendapatkan stok keropok bila kehabisan. Contohnya sekarang. Sekarang di Kelantan dan Terengganu adalah musim tengkujuh. Jadi pengusaha keropok susah nak buat keropok kerana kurangnya ikan. Kalau ada pun harga ikan agak mahal sekarang ini. Tambahan pula untuk membuat keropok isi ikan yang telas diproses tadi mesti melalui proses penjemuran untuk mengeringkannya. Disebabkan sekarang hujan hampir setiap hari, maka isi ikan yang dah dibuat keropok tadi tidak dapat dijemur.

Macamana nak jadi kaya. Sebenarnya tidak ada cara ataupun bisnes yang tertentu yang boleh buat orang jadi kaya. Banyak cara untuk jadi kaya ataupun nak mempunyai pendapatan yang lebih. Ada orang kaya dengan menceburi perniagaan stock market seperti Warren Buffet. Ada yang kaya melalui perniagaan hartanah seperti Robert Kiyosaki dan Azizi Ali. Blogger INI insyaAllah akan menyusul sedikit masa lagi. Ada yang kaya melalui bisnes IT seperti Bill Gates (microsoft) dan Mark Zuckerberg (Facebook). Irfan Khairi pula contoh usahawan yang berjaya dan perniagaan internet. Manakala orang melayu terkaya di Malaysia, Tuan Syed Mokhtar Albukhari pula mempunyai Bank Muamalat dan beberapa perniagaan yang lain. Blogger INI pula mempunyai income yang bukan sedikit hasil daripada pendapatan blognya.

Pendek kata tiada cara tertentu yang boleh buat kita kaya. Banyak cara yang boleh buat kita kaya. Bisnes yang Encik H buat tadi pun boleh buat jadi kaya jika kena dengan gayanya.

Cuma apa yang saya dapat tengok, untuk jadi kaya pertama sekali sikap kita kena ubah. Itu yang paling penting. Orang yang kaya, sebut lah siapa-siapa pun mempunyai sifat yang tiada pada orang kebanyakan. Sikap mereka ini tersangat positif, berkerja keras, tidak kenal putus asa, sanggup bangun kembali daripada jatuh, suka belajar, suka membantu orang lain, taat pada ajaran agama dan banyak lagi. Sikap inilah sebenarnya yang membawa mereka ke tahap mereka sekarang. Tanpa sikap ini, kita tidak kemana sekalipun peluang terhidang luas di hadapan kita.

Satu lagi, kita sebagai orang Islam sebenarnya tidak hanya bertanya macamana nak jadi kaya di dunia. Kita juga seharusnya juga bertanya macamana nak jadi kaya di negeri yang kekal abadi iaitu negeri akhirat kelak. Kerana disitu kita akan kekal abadi selama-lamanya. Jadi hendak kaya di sana, kita mestilah melabur di sini, di dunia yang fana ini. Macamana nak melabur di sini. Melaburlah dengan meninggalkan perkara laranganNya dan membuat perkara suruhannya. Meninggalkan perkara larangan termasuklah menghindari amalan Riba’ yang banyak berlaku di dalam urusan perbankan, pelaburan dan insurans pada masa sekarang. Itulah juga yang saya dan team saya sedang perjuangkan sebagai perunding kewangan Islam.

Dalam bab perniagaan akhirat ini Allah sudah jelaskan di dalam Al-Quran dalam beberapa ayat:

“Hai orang orang yang beriman, mahukah Aku tunjukkan kepadamu suatu perdagangan (perniagaan) yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih. Iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad dijalan Allah dengan harta dan jiwa mu. Itulah yang terlebih baik bagi mu, jika kamu mengetahui. Nescaya Allah mengampuni dosa mu dan memasukkan kamu kedalam syurga yang mengalir dibawahnya sungai sungai dan ketempat tempat tingal yang baik didalam syurga Aden. Itulah kemenangan yang agong. Dan (ada lagi) kurnia lain yang kamu cintai (iaitu) pertolongan daripada Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang orang Mukmin
(Surah As-Saff (61) ayat 10-13.)”

“Bandingan pemberian orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (RahmatNya) lagi meliputi ilmu pengetahuanNya”.
( Al-Baqarah : 261 )

Tadi semasa perbualan saya dengan Encik H, saya ada menerangkan sedikit sebanyak tentang bisnes saya sebagai perunding kewangan ini. Cuma nampaknya beliau masih agak kabur pasal bisnes saya ini.

Bisnes sebagai perunding kewangan (unit trust, takaful dan wasiat) ini sebenarnya adalah bisnes yang professional. Ia adalah khidmat menasihatkan dan memberi ilmu kepada masyarakat tentang apa itu perancangan kewangan Islam. Tugasnya hanya mendengar permasalahan ataupun apa yang klien hendak di dalam hidupnya dari sudut kewangan. Kemudian terangkan bagaimana pelan-pelan yang ada boleh menolong mereka mencapai apa yang mereka mahukan. Kemudian cadangkan pelan-pelan perancangan kewangan yang sesuai dengan objektif dan profail risiko mereka.

Jika mereka bersetuju dan tertarik dengan kita mereka akan turunkan tandatangan dan secara automatik melantik kita menjadi perunding kewangan mereka. Jika mereka tidak bersetuju mereka boleh memilih untuk tidak menyertai pelan cadangan kita. Semuanya dibuat dengan tiada paksaan.

Pendekatan yang digunakan adalah pendekatan perkongsian ilmu. Jika prospek tidak menyertai pun insyaAllah perunding kewangan akan mendapat saham akhirat kerana ilmu baik yang dikongsikan. InsyaAllah.

Bisnes ini juga tidak memerlukan kita menyimpan stok produk. Ia hanyalah perancangan kewangan iaitu idea bagaimana seseorang boleh mencapai impian kewangannya dengan pelan-pelan kewangan yang telah sedia ada dan diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia dan Security Commission.

Modal untuk menceburi bisnes ini ataupun untuk menjadi perunding kewangan juga amatlah rendah iaitu serendah RM250.00 sahaja iaitu untuk mendapatkan lesen sebagai perunding kewangan bertauliah.

Pendapatan yang boleh didapati daripada bisnes menolong orang ini amatlah lumayan sekali. Kepada yang ingin mengetahui tentang bisnes perunding kewangan ini, boleh lah menghubungi saya untuk perbincangan dan perkongsian ilmu dengan lebih lanjut. Anda boleh hubungi saya di SINI.

Sep 15

Tips Kembalikan Facebook Versi Asal Di Tablet

facebook logo Tips Kembalikan Facebook Versi Asal Di TabletKalau sesiapa yang ada tablet pc dan biasa layari facebook dengan tablet tu, mesti perasan yang sekarang ni laman facebook versi asal dah bertukar ke versi mobile. Taip la sebanyak manapun url www.facebook.com, ia akan tetap bertukar secara otomatik ke url www.m.facebook.com.

Bezanya sikit saja. Hanya penambahan huruf m sahaja di depan perkataan facebook pada url tu. Tapi kesannya amat besar apabila keseluruhan layout facebookversi asal  kita selama ini telah bertukar kepada layout baru iaitu layout facebook mobile. Kesan lanjutannya lagi, ia akan menyebabkan kita tension kerana layout facebook mobile ni amat tidak best. Contohnya kita tidak lagi dapat mention seseorang dengan meletakkan “@” di depan namanya. Fungsi ini tidak wujud lagi pada versi facebook mobile.

Jenuh jugak saya cuba dan cuba dan cuba untuk kembalikan facebook versi asal ni. Tetapi malangnya tidak berjaya. Walaupun saya dengan konfidennya menaik www.facebook.com, namun apabila tekan enter ataupun Go, tetap www.m.facebook.com yang keluar.

Antara usaha saya lagi ialah saya telah cuba “clear cache” dan “delete history” namun segalanya hampa.

Namun sekejap tadi saya telah mendapat satu idea. Idea ni saya dapat apabila saya cari kembali url facebook versi asal dulu yang saya save sebagai favourite. Url tu adalah url daripada kawan saya yang bagi kredit kepada saya setelah saya publishkan entry sohoque.com yang bertajuk: Membunuh Cicak Hukum Dan Hikmah Di Sebaliknya. Saya klik link ini dan saya telah berjaya memasuki facebook dengan versi asal. Tetapi apabila saya klik “Home” facebook versi asal ini telah bertukar kepada versi mobile semula secara otomatik. Saya terfikir bahawa saya sudah semakin hampir bertemu formulanya.

Saya mendapat satu ilham iaitu saya masuk ke laman facebook melalui bookmark. Dan bookmark itu saya tulis di bahagian setting dengan www.facebook.com/home.php. Whalla!!! Facebook versi asal telah kembali semula. “home.php” mesti kena taip kat belakang tu kalau tidak versi m mobile akan tetap datang.

Jadi sehingga sekarang experiment saya berjaya. Tak tau la besok-besok dia akan jadi versi mobile semula. Kalau jadi macam tu sila bagitau saya ya.. Tahniah kepada saya!!! hehehehe.

Selamat mencuba!!!

May 16

Perkongsian Fail Di Facebook Groups

fb Perkongsian Fail Di Facebook GroupsFacebook (FB) telah mengumumkan bahawa semua pengguna FB akan dapat berkongsi fail di Facebook Groups dalam masa terdekat. Fungsi ini akan sedikit sebanyak akan menjejaskan laman-laman web seperti Dropbox yang menyediakan storage cloud untuk penggunanya. Pengguna FB akan dapat menaik turun kebanyakan jenis fail sehingga 25MB dengan pengecualian diberi kepada fail muzik, fail executable (.exe). Namun e-Books, Komik, video muzik dan movie bersaiz kecil dibenarkan.

Perkara penting yang lain ialah FB akan menjadi sangat tegas dan akan menyediakan pilihan kepada pengguna untuk melaporkan tentang apa-apa yang mereka rasakan tidak sesuai dan tidak patut di poskan ataupun sebarang fail yang disalin.

Pada masa ini sebanyak 380 juta orang menggunakan  Facebook Group dan inilah satu-satunya sebab mengapa FB membenarkan pengguna-penggunannya menggunakan File Sharing (perkongsian fail). Ini akan menyebabkan penggunanya lebih dekat dan semakin terasa terikat dengan FB.

 

Facebook file ssharing Perkongsian Fail Di Facebook Groups

 

Apr 20

Wall Facebook Umpama Dinding Ratapan Agama Yahudi?

dinding ratapan Wall Facebook Umpama Dinding Ratapan Agama Yahudi?

Dinding ratapan orang yahudi

 

Ramai dikalangan kita menjadikan wall facebook sebagai tempat mengeluh, tempat melepaskan perasaan dan sebagainya. Namun tahukah anda apa makna “wall” tersebut. Maknanya dinding bukan? Habis tu kenapa dengan makna dinding?

Di dalam agama Yahudi ada satu dinding yang dipanggil Dinding Ratapan. Di dinding inilah penganut agama akan menangisi dosa-dosa yang telah mereka lakukan, meluahkan ratapan, pengharapan, kesedihan dan segalanya.

Habis tu apa kaitannya dengan Wall Facebook? Facebook ini dibuat oleh seorang yang berbangsa yahudi yang bernama Mark Zuckerberg. Jadi mungkin Wall (dinding) Facebook ini dan Dinding Ratapan itu mempunyai perkaitan…Inilah tujuan salah satu dakyah mereka melalui Facebook.

Mungkin telahan ini betul atau mungkin ianya juga salah. Namun tidak salah kalau kita sentiasa berwaspada dengan jarum halus puak yahudi. Allah berfirman:

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan sersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu)”… sehingga penghabisan ayat – Al-Baqarah, 120

Tanpa kita sedari, sebenarnya kita lebih banyak mengadu masalah kita di Facebook. Kita lebih mengutamakan mengemaskini (update) status kita di Facebook daripada mengingati Allah dengan solat dan berzikir.

Jadi marilah kita sama-sama mengambil sikap berhati-hati takut perlakuan kita yang ini menyerupai kaum Yahudi. Sabda nabi SAW:

“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk di dlam golonganya” – (HR Abu Dawud, Ahmad)

Marilah kita sama-sama menukar trend daripada meletakkan status facebook kita dengan segala macam perasaan, keluhan, rintihan seperti mereka kepada tempat untuk kita memberi dan berkongsi ilmu serta nasihat menasihati kepada sesama kawan terutamanya yang beragama Islam.

Lagipun dengan meletakkan status sebegitu, ia akan mencermin diri kita yang bersifat negatif. Aura negatif ini akan meresap kepada kawan-kawan kita yang membaca status negatif kita. Keadaan ini amat tidak sihat untuk perjalanan hidup kita seharian.

Wallahua’lam.

Apr 13

Syarikat Kecil Bernilai USD 1 Billion Hanya Dalam Masa 18 Bulan…!

insta 300x225 Syarikat Kecil Bernilai USD 1 Billion Hanya Dalam Masa 18 Bulan...!Menurut laman web Forbes, Facebook telah membeli Instagram dengan nilai pemilikan sebanyak USD1 bilion. Instagram adalah sebuah aplikasi perkongsian gambar yang dibangunkan oleh dua orang anak muda iaitu Kevin Systrom, dan Mike Krieger.

Ia adalah satu pelaburan yang besar dalam sejarah pemilikan syarikat teknologi maklumat yang baru hanya 18 bulan beroperasi. Namun untuk syarikat seperti Facebook, ialah adalah satu pelaburan yang bijak untuk masa hadapan.

Kevin dan Mike membangunkan Instagram pada bulan Oktober 2010. Semenjak itu mereka hanya mempunyai 9 orang pekerja sahaja.

kevin mike insta Syarikat Kecil Bernilai USD 1 Billion Hanya Dalam Masa 18 Bulan...!

Foto pemilik Instagram, Kevin Systrom dan Mike Krieger.

Tujuan asal mereka menghasilkan Instagram ini ialah untuk mewujudkan sebuah applikasi yang membuatkan penggunanya teruja untuk menggunakannya setiap masa. Syarikat kecil itu kini sudah menjadi milik 100% kepada Mark Zuckerberg dengan nilai USD 1 Billion.

Instagram ini sudah menjadi satu trend. Kalau dulu hanya iOS (Apple) sahaja yang menggunakannya, tetapi kini Android pun turut menggunakannya. Pada 4 April lalu pengguna android mula mendapat email dan berita tentang Instagram yang kini boleh didapati di Google Play (Online store untuk pengguna Android). Sejak dilancarkan di Android, jumlah pengguna Android yang muat turun aplikasi Instagram dalam telefon pintar mereka melebihi 5 juta dalam tempoh kurang daripada 1 minggu.

Mengapa Facebook sanggup menghabiskan sehingga USD 1 Billion untuk membeli Instagram ini?

Menurut Forbes, pembelian ini membantu memberikan kredibiliti segera kepada Facebook dalam bisnes mobile. Instagram mempunyai ruang untuk lebih maju. Ia akan menambahkan cengkaman kepada produk mobile Facebook, meningkatkan perkongsian foto Facebook dan memberikan pengguna mudah alih Facebook suatu kelainan.

Dari satu sudut lain, pengambil alihan ini akan membantu menaikkan lagi IPO Facebook. Sebelum pengambil alihan, potensi pelabur yang menunggu IPO Facebook yang dijangka dilancarkan pada bulan Mei 2012 nanti agak bimbang tentang strategy mudah alih (mobile) Facebook. Walaupun Facebook mempunyai 800 juta pengguna, tetapi ia tidak mempunyai kedudukan yang dominan di dalam segmen mudah alih berbanding dengan pesaing-pesaingnya seperti Google, Twitter dan lain-lain lagi.

Sebelum ini kedengaran juga bahawa Apple juga berminat untuk membeli Instagram. Ini adalah untuk menyokong pelancaran iPhone 5 dan iOS 6 nya di masa akan datang. iOS baru nanti akan mempunyai ciri-ciri pengambilan dan perkongsian gambar. Ciri-ciri ini akan menjadi lebih mantap jika Apple menggabungkannya dengan Instagram. Jadi pembelian Instagram ini juga menjadi usaha awal Facebook untuk memintas hasrat Apple tersebut.

Ada juga khabar angin yang mengatakan bahawa Facebook akan menghasilkan telefon Facebook pada masa akan datang. Setakat ini Facebook hanya bergantung semata-mata dengan platform sedia ada iaitu  iOS dan Android. Jadi pembelian Instagram akan melancarkan proses pengeluaran telefon facebook jika hasrat itu diteruskan.

Pada iOS khususnya, Facebook perlu mempunyai aplikasi perkongsian foto yang sekurang-kurangnya sebaik applikasi foto sebenar. Ini adalah kerana gambar foto adalah sebahagian besar daripada sebab orang menggunakan Facebook. Secara ideal, applikasi ini lebih baik daripada applikasi Apple untuk membuatkan pengguna menggunakan applikasi Facebook berbanding dengan hanya berkongsi secara terus daripada applikasi foto iOS. Jadi tindakan membeli Instagram akan menolong langkah itu juga.

Apa-apa pun tindakan daripada Facebook, yang untungnya adalah 2 orang anak muda iaitu Kevin Systrom dan Mike Krieger. Bayangkan hanya dalam masa 18 bulan sahaja syarikat kecil milik mereka yang hanya mempunyai pekerja 9 orang telah meningkat nama secara mendadak sehingga melonjaknya nilainya kepada USD 1 Billion. Sungguh hebat bukan..?

Mar 31

My Cool Facebook Timeline Cover

Ok.. Hari ni aku try berjinak-jinak dengan “Timeline” Facebook aku. Baru belajar.. icon redface My Cool Facebook Timeline Cover Rupa-rupanya banyak yang kita boleh buat dengan layout baru Facebook ni. Cuma atas diri kita la.. nak belajar ke tak nak.

So hari ni aku try design cover Timeline aku.

Yang ini adalah design Timeline aku yang sebelum ni:

prevoius time line My Cool Facebook Timeline CoverKemudian aku ubah dengan yang lebih cool ini:

inspire prnt screen My Cool Facebook Timeline Cover

Kemudian since bisnes aku melibatkan promosi secara berterusan aku ubah lagi kepada yang lebih bersifat bisnes:

dialog boxedit benefit utc My Cool Facebook Timeline Coversetakat ni yang ni lah Timeline yang sedang aku guna. Lepas ni mungkin bertukar-tukar lagi.

Moral of the story, Facebook timeline lebih fleksibel untuk kita bermain dengan cover page kita. Cover page ni adalah the first impression orang yang tengok profile kita terhadap kita.

Sesiapa nak cuba silakan. Buat ikut kreativiti masing-masing. advantage kepada orang yang pandai photography. Sebab nanti macam-macam gambar dia boleh letak.

 

 

 

 

Mar 27

Cool Facebook Timeline Profile

Facebook telah memperkenalkan feature terbaru iaitu Timeline tidak lama dulu. Facebook sekarang sudah menjadi satu trend atau gaya hidup. hampir semua orang yang boleh acces kepada internet ada akaun facebook.

Jadi bila facebook mengumumkan Timeline ini, ramai yang tidak bersetuju dan lebih suka feature yang lama. Namun tidak kurang juga yang menggemarinya. Cuba buat carian kat ruangan search di facebook. Taip “anti timeline”. Keputusannya anda akan dapati berpuluh-puluh page anti timeline telah dibuka.

Saya sendiri sekarang tanpa disedari telah menggunakan timeline. Saya tak tau macamana, tapi saya sekarang menggunakan timeline feature.

antara ciri-ciri baru Timeline ialah:

1. Cover: ini adalah ruangan yang lebih besar untuk anda meletakkan gambar atau apa-apa sahaja. Ianya akan memberikan first impression kepada anda apabila seseorang melihat profile facebook anda

2. Stories: Kongsikan posts, gambar dan event yang paling anda kenangi di Timeline anda. Di sini anda dapat menceritakan cerita anda daripada awal, pertengahan dan sehingga yang terkini.

3. Apps: Disini applikasi-applikasi yang kita guna seperti Foursquare, movies, lagu-lagu yang kita dengar, cerita ataupun berita-berita yang kita baca akan dipamerkan.

Pengguna-pengguna feature Timeline ini dah semakin creative. Banyak cover-cover yang menarik telah dipamerkan.

Berikut adalah contoh-contoh cover timeline yang menarik:

time line rainy Cool Facebook Timeline Profile

 

 

time line takut Cool Facebook Timeline Profile

 

time line hungry Cool Facebook Timeline ProfileMenarik kan? Saya pun tengah fikir nak buat timeline menarik ni. Tunggu!!! Lepas saya buat nanti saya akan buat posting dengan Cover Timeline baru saya.

Ikuti 11 Best Facebook Timeline Profiles [pics] oleh fbupdates.com. It’s Cool!!!