Jun 05

Gerai Kebab Kambing Pedas Berapi Guangzhou.

Menu kambing menjadi menu yang wajib sewaktu aku berkunjung ke Guangzhou baru-baru ini. Ini adalah kerana menu kambing menjadi hidangan kami yang wajib pada setiap kali lunch dan dinner disamping menu-menu yang lain.

Kunjungan aku ke sana adalah di bawah tajaan Public Mutual Berhad yang saban tahun memberi insentif lawatan ke luar negara untuk konsultannya yang cemerlang.

pearl tiver at nite Gerai Kebab Kambing Pedas Berapi Guangzhou.

Pesisir Pearl River. Kawasan indah ini telah bergelap pada masa foto diambil kerana lampu telah ditutup pada pukul 11 malam.

Kalau korang pergi ke sana, jangan lupa singgah di gerai kebab kambing ini.

Gerai kebab kambing ini terletak di tepi Pearl River. Kawasan ini ialah kawasan orang-orang Guangzhou berlibur di malam hari. Banyak terdapat kelab malam dan pub di sana. Faktor ini juga menjadikan gerai kebab ini dikunjungi orang ramai.

nite club Gerai Kebab Kambing Pedas Berapi Guangzhou.

Jarak di antara gerai kebab ini dengan hotel tempat kami menginap (Canton Landmark Hotel) adalah lebih kurang 2 kilometer. Jarak tersebut masih dikira dekat oleh penduduk di sana. Untuk makluman, orang Guangzhou gemar berjalan kaki. Oleh itu jarak yang tidak melebihi 10 kilometer masih dikira dekat oleh penduduk setempat. Jadi hati-hati bila bertanyakan jarak sesuatu tempat di sana. Dekat bagi mereka belum tentu dekat bagi kita.

gerai kebab guangzhou 300x205 Gerai Kebab Kambing Pedas Berapi Guangzhou.

Gerai kebab bergerak halalan toyyiban orang Turki

Aku dan kawan-kawan sempat ke sana pada malam terakhir kami di Guangzhou. Rasa kebabnya… perrggghhh sungguh menusuk kalbu. Awas untuk mereka yang tidak tahan dengan pedas kerana kebab di sini memang amat pedas. Kepada penggemar makanan pedas seperti aku, lagi pedas rasanya, lagi sedap dimakan. Ada kawan tu siap meleleh air mata dek penangan kebab ini.

kebab kambing 220x300 Gerai Kebab Kambing Pedas Berapi Guangzhou.

Dijual dengan harga 15 yuan untuk 5 cucuk daging kambing kebab, aku memilih untuk daging tersebut dibalut dengan roti kebab. Memang best rasanya.

asyik layan kebab 287x300 Gerai Kebab Kambing Pedas Berapi Guangzhou.

Aku dan kawan-kawan tengak syok melayan kebab

 

makan kebab 300x193 Gerai Kebab Kambing Pedas Berapi Guangzhou.

 

roommate makan kebab 220x300 Gerai Kebab Kambing Pedas Berapi Guangzhou.

Roommate aku sedang menikmati kebab

Gerai ini hanyalah gerai bergerak biasa. Kepada pengunjung ke gerai ini anda dinasihatkan membawa bekal air sendiri kerana gerai ini hanya menjual kebab sahaja. Air tiada dalam senarai menu.. hehehehe. Nanti jenuh cari air bila makan kebab pedas. Silap-silap masuk ke pub dan kelab malam berdekatan untuk mencari air. Kat situ faham-faham jer la air apa yang disediakan icon lol Gerai Kebab Kambing Pedas Berapi Guangzhou.

Jun 04

Chimelong International Circus, Guangzhou Best!!!

ticket info page 300x169 Chimelong International Circus, Guangzhou Best!!!Dulu masa kecik-kecik ada gak tengok sarkis. Masa tu sarkis datang buat show kat bandar. So, kita orang kampung apa lagi turun la beramai-ramai untuk meyaksikan sarkis. Masa aku kecik lagi. Kalau tak salah belum pun masuk sekolah rendah. Persembahan sarkis tu pun biasa-biasa je. Ada gajah, ada harimau, ada orang jimnastik dan lain-lain.

Tetapi baru-baru ini aku telah melalui satu pengalaman yang tak dapat dilupakan. Aku dapat menyaksikan satu persembahan sarkis antara yang terhebat di dunia. slot ni aku dapat masa aku ikuti trip lawatan ke Guangzhou anjuran Public Mutual. Trip ini sebagai penghargaan kepada Unit Trust Consultant yang cemerlang.

at the gate 2 Chimelong International Circus, Guangzhou Best!!!

at the gate 1 Chimelong International Circus, Guangzhou Best!!!

outside with girraffe Chimelong International Circus, Guangzhou Best!!!outside view Chimelong International Circus, Guangzhou Best!!!

Chimelong International Circus ni diasaskan pada tahun 2000 lagi. Ia adalah sarkis tetap yang terbesar di dunia. Persembahan akan bermula pada tepat pukul 7.30 malam pada setiap malam di sepanjang tahun. Persembahan dijayakan oleh 300 orang pelakon dan 500 haiwan-haiwan yang berlainan. Persembahan eksklusif ini terhasil daripada aksi-aksi yang telah memperolehi pengiktirafan antarabangsa.

welcome clear Chimelong International Circus, Guangzhou Best!!!

welcome nearer Chimelong International Circus, Guangzhou Best!!!overview Chimelong International Circus, Guangzhou Best!!!

roda Chimelong International Circus, Guangzhou Best!!!

tali buai Chimelong International Circus, Guangzhou Best!!!

sarkis 223x300 Chimelong International Circus, Guangzhou Best!!!

Secara peribadi aku memang sungguh terkesima dengan persembahan sarkis ni. Ianya lebih hebat daripada apa yang pernah aku lihat di kaca TV semasa hari-hari perayaan. Tambahan pula debarannya amat terasa apabila aksi-aksi stunt yang dilakukan adalah secara LIVE.

Berikut adalah aksi Cannon Man yang sempat aku rakam:

5 bintang aku bagi kepada Chimelong International Circus. Kalau korang melawat Guangzhou, berkunjung ke sini adalah sesuatu yang tidak boleh korang tinggalkan. Rugi…!

May 29

Five Rams Statue Guangzhou

5 rams crop2 300x267 Five Rams Statue Guangzhou

Tugu 5 ekor kambing

 

SAM 1088 300x227 Five Rams Statue Guangzhou

Group E2 di depan 5 Rams Statue

 Jika bertandang ke Guangzhou rasanya tak sah kalau orang tak melawat tempat ni. Five Rams Statue atau Tugu 5 Kambing. Hahahaha. Kalau kat Malaysia ada Tugu Negara dengan patung pahlawan negara, Guangzhou pulak ada tugu kambing.

5 rams n i1 225x300 Five Rams Statue GuangzhouTugu ini terletak di taman terbesar Guangzhou iaitu Wu Yue Xiu Park yang bersaiz 860,000 meter persegi (212.5 ekar).

Tugu ini adalah salah satu tugu yang terkenal di Guangzhou. Ia menjadi lambang bandaraya Guangzhou. Berketinggian 10 meter, keseluruhan tugu dibina dengan menggunakan 130 keping batu marmar.

Sebenarnya ada cerita di sebalik pembinaan tugu ini. Mengikut cerita rakyat, 2000 tahun dahulu, Guangzhou dilanda kemarau. Rakyatnya walaupun kuat berkerja tetapi masih dibendung kemiskinan. Suatu hari 5 dewa-dewi yang berpakaian 5 warna telah turun ke bumi Guangzhou dengan menunggang 5 ekor kambing. Kambing-kambing tersebut masing-masing membawa sebekas benih padi di mulut mereka. Dewa-dewi tersbut telah meninggalkan benih padi tersebut untuk penduduk Guangzhou, seterusnya memberikan rahmat kepada bandar itu dan naik semula ke langit. Kambing-kambing tadi bertukar menjadi batu dan bandar Guangzhou menjadi kaya dan terkenal. (Hahahaha, macam lawak je cerita ni)

Daripada kaki bukit ke tugu tersebut, ia mengambil masa 5 minit berjalan kaki. Tidak lah sukar untuk sampai ke tugu tersebut kerana jalan telah dibina dengan baik menjadi sebahagian daripada keindahan taman yang dikelilingi oleh pokok yang menghijau sesejuk mata memandang.

jln ke 5 rams1 300x225 Five Rams Statue Guangzhou

Jalan berbukit ke Tugu Kambing

Apa-apa pun datang ke tempat ini menjadi kenangan yang tak akan dilupakan buat aku dan group aku iaitu Group D2.

May 29

Jom Melancong Ke Guangzhou, China

 Jom Melancong Ke Guangzhou, China

Buku penerangan ringkas tentang Guangzhou

Alhamdulillah. Aku baru sahaja balik dari Trip Insentif NSC ke 23 ke Guangzhou, China. Penat tapi sangat seronok.

Trip ini ditaja sepenuhnya oleh Syarikat Unit Trust No 1 tempat aku bernaung. Ia merupakan insentif pertama kepada para konsultan yang cemerlang. Insentif kedua merupakan trip ke Tokyo manakala insentif ketiga trip ke Los Angeles.

Antara tempat-tempat yang dilawati adalah:

  1. Five-Rams Statue
  2. Dr Sun Yat-Sen Memorial Hall
  3. Mausoleum of the 72 Martyrs
  4. The Impression City
  5. Chimelong International Circus
  6. Canton Tower
  7. Beijing Street
  8. Guangzhou Baiyun World Leather Trading Centre
  9. Shangxiajiu Street

Tempat-tempat di atas akan diceritakan pada posting yang akan datang.

 Jom Melancong Ke Guangzhou, China

Hotel penginapan para konsultan di sana

Ini la yang seronoknya menjadi Unit Trust Consultant (UTC). Jika ditanya kepada aku apa yang paling seronok menjadi UTC ni selain daripada pendapatan yang tiada had (mengikut usaha dan sasaran pendapatan kita) dan masa berkerja yang sangat fleksbel, aku akan menjawab trip percutian ke luar negara. Kenapa? Kerana lawatan ini ditaja sepenuhnya oleh pihak syarikat tanpa perlu aku membayar satu sen pun. Malahan jika mencapai sasaran yang ditetapkan, kita dapat pula wang saku yang diberi oleh pihak syarikat.

Apa yang menariknya lawatan luar negara ini ialah, kita ditaja ke sana dengan tujuan lawatan semata-mata. Kita mungkin dihantar ke luar negara oleh syarikat tempat kita berkerja. Tetapi kebiasaannya lawatan kita itu diatas dasar berkerja. Feelnya agak lain berbanding kita pergi ke lawatan tersebut untuk melancong semata-mata. Ini yang menjadikan UTC seronok dan kebiasaannya untuk UTC yang telah layak ke lawatan/percutian luar negara ini, mereka akan berusaha untuk melayakkan diri lagi di masa hadapan.

Untuk UTC yang tidak berusaha keras untuk trip sebegini, mereka sebenarnya rugi satu benefit yang diberikan oleh pihak syarikat. Benefit ini dibuka kepada semua UTC tak kira pangkat mereka. Siapa yang berjaya mencapai sasaran akan akan dapat insentif ini. Insentif telah berada hadapan kita. Amat rugi jika kita tidak mengambilnya.

Untuk UTC yang layak, mereka bukan sahaja dapat keseronokan melancong di luar negara malah mereka juga:

  • dapat berjumpa dan bergaul dengan top-top UTC seluruh Malaysia. Ini akan meningkatkan aura positif dan semangat kita untuk terus menjadikan UTC sebagai karier kita.
  • dapat berkongsi ilmu dengan top-top UTC yang sentiasa sibuk di hari-hari biasa. Di percutian ini kita sentiasa berdampingan dengan mereka. Di sini lah kita dapat berkongsi ilmu berkenaan bisnes Unit Trust ini.

Kepada sesiapa yang suka melancog seperti aku, jom sertai Unit Trust Industry. Hubungi aku untuk mengetahui lebih lanjut tentang Unit Trust Consultant.