Ummat Islam dilarang menyertai skim Pelaburan Emas Genneva. Keputusan ini dibuat pada Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang bermula pada hari Rabu yang lalu selama 3 hari yang meneliti laporan dan hasil siasatan Bank Negara Malaysia terhadap operasi jual beli dan pelaburan emas syarikat itu. Ini disahkan sendiri oleh pengerusi muzakarah, Prof Emeritus Tan Sri Abdul Syukor Husin.
Kata beliau, operasi syarikat tersebut didapati tidak mengikut sepenuhnya Parameter Pelaburan Emas seperti yang teah diperakui oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal agama Islam Malaysia kali ke 96 yang berlangsung pada 15 Jun yang lepas.
Ummat Islam dinasihatkan supaya tidak melibatkan diri dalam aktiviti atau transkasi jual beli dan pelaburan emas oleh mana-mana pihak baik syarikat dari dalam negara maupun dari luar negara yang bertentangan dengan prinsip jual beli emas yang telah digariskan oleh syarak dan undang-undang negara.
Transaksi yang dimaksudkan hendaklah memenuhi kesemua rukun jual beli menikut syarak. Sekiranya salah satu rukun jual beli tersebut tidak mengikut syarak, maka transaksi tersebut di kira TERBATAL. dan tidak sah.
Beliau menmbah lagi, transaksi juga hendaklah bebas daripada 3 unsur asas berikut:
Sewaktu trip ke Guangzhou baru-baru ini, aku ada terserempak dengan satu restoren ini. Ia adalah restoren makanan haiwan pelik-pelik. Sebenarnya tak de la pelik sangat haiwan tu. Cuma kita di Malaysia ni tak makan la haiwan tu. Tambah-tambah lagi kita orang Islam.
Lupa pulak aku nak snap gambar signboard nama kedai tu. Tapi restoren ni terletak tak berapa jauh dari hotel tempat kami menginap iaitu Hotel Landmark Guangzhou.
Namun lawatan aku dan kawan-kawan ke kedai ini bukanlah termasuk dalam itinerary Public Mutual ya. Ini adalah inisiatif sendiri, aktiviti di malam hari. Ada masa terluang sikit. Sebenarnya kami sedang dalam perjalanan untuk mencari kebab kambing yang dijual oleh Muslim Iran di sana. Halalan Toyyiban katanya.. So, alang-alang lalu depan kedai kami singgah la kejap untuk meninjau dan snap gambar.
Berikut adalah galeri gambar kat restoren tersebut:
Hubungan keakraban di antara sanak saudara berbeza mengikut budaya setempat, cara didikan keluarga dan beberapa faktor lain. Contohnya, kalau sepupu di Johor masih dikira amat akrab dan dekat. Dan mereka biasanya bersalam-salaman diantara sepupu. Namun di tempat lain seperti di negeri pantai timur contohnya, sudah jarang perbuatan bersalaman antara sepupu diamalkan.
Kadang-kadang kita pun berasa was-was dan confuse dengan siapa kita boleh dan tidak boleh bersalaman di dalam keluarga kita.
Diagram di atas adalah panduan untuk melihat batas-batas dengan siapa di kalangan sanak saudara yang kita boleh kita berjabat tangan. Sungguh menarik, ringkas dan mudah difahami.
Baru-baru ini kecoh pasal lagu nyanyian zizan dan Kaka “Bawaku Pergi” kena “ban” sebab liriknya kurang sesuai dengan masyarakat Malaysia. Apa status lagu tu sekarang aku tak tau la.
Kalau lagu tu diharamkan, bagaimana pula lagu ni?
Bait lirik bergaris bermaksud: "tiada agama yang dapat menyelamatkan aku, tak kira walau berapa lama aku melutut dilantai"
Kalau diikutkan makna lirik jelas menyebabkan aqidah tergelincir. Sepatutnya lagu ini pun kena “ban”.
Jadi kita sebagai ibubapa perlu tau juga perkara-perkara macam ni. Sebabnya nanti nak tegur anak-anak kita. Kalau kita pun tak tau, macamana nak tegur. Dengan kita-kita sekali hanyut!!!
Siapa yang tak pernah dengar lagu ni angkat tangan? Hah.. ada yang belum pernah dengar? Tak pe.. Boleh dengar dulu:
Best la jugak lagu ni pada pandangan aku. Sambil-sambil bawak kereta kadang-kadang menyanyi bersama jugak.
Ni lirik dia:
Bawaku Pergi
Bawa aku pergi
Pacu laju-laju
Kita lari dari realiti
Bawa aku pergi
Pacu laju lagi
Malah kita
Tak perlu kembali
Tengah malam nanti
Tolong jangan lupa
Jangan munkir janji
Aku dah teruja
Sudah cukup lama
Aku tunggu saat ini
Sejak kali terakhir kau hantar pulang
Hidup sungguh sepi
Tolong jangan bilang mama
Tolong jangan bilang papa
Malah jangan bilang teman karibmu
Jangan bilang sesiapa
Oh buku merah jangan lupa bawa
Moga-moga belum tamat tempoh
Kali ini kita pergi lebih lama
Pergi lebih jauh,ayuh
Bawa aku pergi
Pacu laju-laju
Kita lari dari realiti
Bawa aku pergi
Pacu laju lagi
Malah kita
Tak perlu kembali
Mata dalam kaca, topi berceloreng
Sarung tangan hitam, atas muka ada topeng
Hanya perlu siul, tidak muka ada topeng
Hero sudah sampai, cepat terjun dari loteng
Kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng
Bawa bekal air muka cuci aib bopeng
Lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng
Lari dari kenyataan, mula kisah dongeng
Tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
Tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
Lari lari baling bola salji depan gua
Sambil cari yeti kita boleh cari (what?)
Tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
Lari lari baling bola salji depan gua
Tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga
Bawa aku pergi
Pacu laju-laju
Kita lari dari realiti
Bawa aku pergi
Pacu laju lagi
Malah kita
Tak perlu kembali
Bila kita pergi
Apakan berlaku
Siapakan peduli
Siapa ambil tahu
Hidup kita tempuh
Untuk apa saja
Tidak kira mana kembara membawa
Kita kan bersama
Oh buku merah jangan lupa bawa
Moga-moga belum tamat tempoh
Kali ini kita pergi lebih lama
Pergi lebih jauh,ayuh
Bawa aku pergi
Pacu laju-laju
Kita lari dari realiti
Bawa aku pergi
Pacu laju lagi
Malah kita
Tak perlu kembali
Tup-tup petang tadi aku terbaca di blog nurizspace.com yang lagu ni telah diberhentikan penyiarannya ataupun dengan kata-kata lebih keras telah diharamkan. Apa celop!!! Alasannya lirik lagu tersebut tidak sesuai dengan budaya kita.
Hmmm.. entah la. Bila sekali baca lirik tu terasa betul jugak. Liriknya ada berbaur dengan galakkan untuk remaja lari dari rumah. Namun untuk terus menghukum lagu ini secara membuta tuli pun aku rasa tidak adil. Oleh itu mari kita dengar apa kata penciptanya dan penulis liriknya, Malique (bekas anggota kumpulan Too Phat)
Malique memberitahu media hiburan dia menulis tentang percutian dia dan isterinya yang mahu makan angin lama-lama..tak mahu sesiapa mengganggu atau terganggu.. dia berasa kecewa kerana lagunya diharamkan tanpa meminta penjelasan dari beliau terlebih dahulu. Malique juga merasakan tindakan mengharamkan lagu ini adalah tindakan dari pemikiran negatif segelintir pihak yang tak menyukai.
Pagi tadi, Zizan menelefon saya mengatakan surat dah diterima dari kerajaan, lagu BAWAKU PERGI harus dihentikan penyiarannya. Tanpa perbicaraan, tanpa peluang tertuduh untuk membela diri. Tidak adil, saya merasakan bahawa Zizan, Kaka dan saya telah ditindas. Keputusan dilakukan oleh individu, panel (jika wujud) yang tidak adil, cetek dan berkepentingan politik.
Pada tahun 1998, saya menulis lagu PERGI JAUH untuk isteri saya. Lagu itu berkisarkan kami yang berangan-angan untuk pergi bercuti di tepi pantai Bali. Pada tahun 2012 pula, saya menulis lagu BAWAKU PERGI sebagai susulan kepada lagu PERGI JAUH. Lagu ini berkisar mengenai kehidupan saya yang setelah beberapa tahun berkahwin tapi masih sibuk dengan kerja dan jarang-jarang dapat pulang bersama dengan isteri.
Lagu ini dicipta dari point of view si sang isteri untuk suaminya. Sang isteri berangan-angan mahu bercuti ke Tibet/Nepal sebagai tempat berbulan madu. Kerana itulah datangnya ayat, ‘puncak dunia kita duga’. Setiap orang yang mempunyai asas geografi, akan tahu yang puncak dunia adalah di Himalaya.
Di situ jugalah wujudnya haiwan mitos Yeti yang dikatakan mendiami tanah tinggi di situ. Mengapa semua ‘pentafsir profesional’ gagal untuk mengulas tentang bait tersebut?
Saya selalu mengidam untuk pergi ke Indochina melalui jalan darat, ‘pergi lebih lama, pergi lebih jauh’. Saya tiada masa untuk meletakkan diri saya dalam fikiran seorang remaja kerana zaman itu telah lama saya tinggalkan.
Saya menulis sebagai seorang dewasa dan jika ada pihak kurang matang yang mendengar lagu saya dan bertindak bodoh, itu bukan hal saya. Saya gemar mengembara, dunia ini ada 196 negara, dan sempadan dunia saya tidak berakhir di Siam. Saya mempunyai kebebasan untuk mengembara dan menceritakannya kepada sesiapa sahaja.
Pada asalnya, lagu BAWAKU PERGI adalah lagu Ella featuring Malique tetapi ditukar kepada Kaka & Zizan atas permintaan Zizan sendiri. Dia menyukai lagu tersebut dan tiada timbul persoalan langsung tentang ‘niat’ lagu tersebut.
Jika lagu ini diharamkan, tanpa disoal, tanpa dibicara, saya menuntut keadilan dari KERAJAAN MALAYSIA yang telah menghukum rakyatnya dan menidakkan hak dan kebebasan saya untuk bersuara.
Orang yang patut diharamkan adalah orang yang mengusul perkara ini. Memalukan, pakcik. Saya tiada masa untuk berbalah dengan manusia yang negatif, lemah dan sangat senang dibunuh dengan kata-kata. Salahkan diri sendiri, jika dah membesarkan anak selama 20 tahun tapi dengar lagu 4 minit, dia dah lari.
Be strong pakcik, bukan semua benda dalam dunia ini berniat untuk mencederakan anda dan keluarga anda. Saya juga ada kehidupan saya sendiri. It’s just a song. If you dont like a certain food, you just leave it. You don’t go around telling the whole country that they shouldn’t taste it too.
To whomever it may concern, you can start by being fair, if not smart. Don’t let the world laugh at you over another childish issue blown out of proportion. Jangan senang-senang nak haramkan sesuatu dan menutup periuk nasi orang.
Saya ada soalan terakhir untuk semua. Siapa yang sebenarnya negatif?
Ini pula komen Zizan Razak (Zizan Raja Lawak):
ZIZAN RAJA LAWAK atau nama sebenarnya, Zizan Razak ketika dihubungi Kosmo! semalam bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kontrovesi lagu tersebut.
“Saya minya maaf kepada semua pihak. Saya menghormati pendirian Warner Music untuk tidak masuk campur dalam hal ini.”
Sehubungan itu, Kosmo! menyiarkan sedutan temu bual bersama Zizan sewaktu majlis pratonton filem terbaharu lakonan Zizan, Jangan Pandang-Pandang di TVG Taman Shamelin Perkasa, Cheras, Kuala Lumpur pada Rabu lepas.
Kosmo!: Zizan, lagu Bawaku Pergi telah mengundang spekulasi di Internet dan di kalangan umum dengan dakwaan bahawa ia sebuah lagu yang mendorong remaja untuk lari rumah bersama kekasih. Boleh komen?
ZIZAN: Saya rasa orang Malaysia tidaklah sebodoh itu untuk lari dari rumah hanya kerana mendengar sebuah lagu. Kalau awak sendiri dengar lagu ini, adakah ia akan pengaruhi awak untuk lari dari rumah?
Pihak yang mendakwa lagu ini sebegitu (mendorong remaja lari dari rumah dengan kekasih) bermula dengan persoalan yang telah menjadi satu kenyataan. Akhirnya kenyataan itulah yang dikeluarkan.
Mungkin itu yang menjadi masalahnya. Mungkin ada orang yang cuba menjatuhkan atau mungkin ada orang yang sekadar bertanya tentang impak lagu ini. Namun, saya tidak salahkan mereka kerana perkara ini boleh tercetus dengan apa cara sekali pun.
Zizan rasa mungkin ada masalah pada lirik Bawaku Pergi?
Pada saya tidak timbul sebarang masalah kerana semasa kami mencipta lagu itu. Ia dicipta dengan ikhlas untuk pendengar rasa enjoy dan fun. Bukan kami ingin susahkan sesiapa dan lagu ini juga telah ditapis sebelum disiarkan di radio. Jadi ia tidak salah.
Jika mahu dikatakan, orang Malaysia memang begitu. Banyak produksi TV atau filem, sebagai contoh, filem KL Drift, tiada pula orang ramai membuat drift sesuka hati di atas jalan raya selepas menonton filem itu.
Kenapa kerana hanya lagu ini mahu digembar-gemburkan berkait dengan isu menggalakkan remaja lari dari rumah dengan kekasih. Lagu itu pun hanya kebetulan sahaja. Pada saya, janganlah doakan perkara buruk pada karya yang baik dan cuba untuk jatuhkan orang.
Jadi adakah Zizan rasa ada pihak yang cuba menjatuhkan Zizan? Ini kerana bukan semua orang suka dan minat pada seseorang artis itu. Ada juga yang tidak menyukai Zizan.
Sudah semestinya. Perkara itu tidak mustahil bagi saya. Mungkin perkara itu datang dari saya juga. Orang tidak suka atau suka, perkara yang memang tidak boleh hilang. Kita hidup di dunia ini, pasti ada baik dan buruknya. Ada yang suka dan tidak. Ada kontranya. Bagi saya perkara itu memang akan wujud.
Mungkin awak ada nasihat atau apa-apa kata untuk orang yang suka membuat tuduhan sebegitu?
Saya tiada apa-apa yang mahu dikata kepada mereka. Masing-masing ada pendapat dan kita tidak boleh mengubah pemikiran orang. Pada saya, tidak mengapa dan saya akan menjawab apa yang mampu saya jawab sahaja.
Komen aku:
Setelah meneliti penjelasan penulis lirik dan penyanyinya, aku rasa karya seni haruslah diberi kelonggaran dan kebebasan kerana maksud sesuatu karya itu terkadang agak luas. Bukannya mengcakupi ruang lingkup tertentu sahaja.
Lagi satu, kalau pendirian itu yang badan penapisan ambil, mereka harus mengkaji semula lirik-lirik lagu dari luar negara, lirik-lirik lagu dangdut dan sebagainya. Ini kerana banyak lagu-lagu tersebut juga mengandungi lirik-lirik yang kurang sesuai.
Masa lagu ini dikeluarkan dan menjadi popular juga adalah salah pada pandangan aku. Tetapi bukan salah lagu ini..! Apa tidaknya, ia popular di saat isu-isu remaja lari dari rumah sedang hangat diperkatakan di dada-dada akhbar. Isu Siti Nur Fatihah baru saja selesai. Isu seorang remaja dari Shah Alam yang dijumpai di Thailand juga baru selesai kertas siasatannya.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine’s Day. Muzakarah berpandangan bahawa ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.
Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.
Keterangan/Hujah:
Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.
Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang. Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam.
Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.:
من تشبه بقوم فهو منهم
“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.” ( Riwayat Abu Daud)
Rasulullah s.a.w. juga bersabda:
من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود
“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Kebanyakan golongan remaja Islam hari meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan- perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.
Sumber: http://www.e-fatwa.gov.my
Komen saya:
Khutbah hari Jumaat 10hb February baru-baru ni pun bercakap pasal ni.
Sambutan Valentine’s Day ini yang jadi masalahnya banyak disambut oleh remaja-remaja yang belum kahwin. Masa ni la si lelaki akan mengambil kesempatan terhadap si perempuan. Si perempuan pulak masa ni la akan mengamalkan sikap “membuka pintu” dan sikap tak apa. Masa tu la Syaitan durjana laknatullah akan bisikkan kata-kata azimat. Lalu tunggulah 9 bulan nanti, akan ramailah anak-anak zina yang tak berdosa akan keluar untuk menambahkan lagi bilangan yang sedia ada.
Bak kata Altimet dalam lagu Kalau Berpacaran:
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah
STATISTIK
Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.
Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!
Pecahan mengikut negeri:
Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang
JUMLAH = 70,430 orang.
Itu statistik sampai 2008. Tahun 2009? 2010? 2011? Dan itu yang dilaporkan. Yang disembunyikan?
Astaghfirullah. Itu sekarang. Zaman anak-anak kita dewasa nanti macamana gamaknya. Nanti dah tak boleh nak bezakan keturunan dah untuk dipilih untuk dijadikan menantu kita.
Sesungguhnya dunia sudah diakhir zaman. Sama-sama la kita berganding bahu membenteras ataupun paling tidak tolong forward atau sharekan article ni. Itu la sekecil-kecil usaha kita.