Aug 14

Shila Amzah bertudung

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

shila 0 Shila Amzah bertudungEntri ini dah beberapa minggu berada dalam draft saya. Namun hari ini baru saya berjaya publishkan. Walaupun agak basi tetapi demi untuk terbitan blog saya yang sudah banyak entri tentang artis berhijrah dan bertudung saya publishkan juga untuk koleksi dan rujukan masa akan datang icon smile Shila Amzah bertudung

Artis terkini yang berhijrah dengan mengenakan tudung ialah Shila Amzah yang sedang popular dengan lagu Retak Seribu.

Saya ada terlihat di awal Ramadhan lalu gambar Shila Amzah yang mengenakan tudung. Tetapi saya sangkakan itu hanyalah fesyen di bulan puasa untuk menghormati bulan Ramadhan ini. Tetapi sangkaan saya meleset apabila Shila Amzah membuat kenyataan dalam mStar Online yang mengakui bahawa dirinya sudah membuat keputusan untuk kekal bertudung sehingga ke akhir hayat. Ini setelah beliau mengenakan tudung sejak 1 Ramadhan yang lalu selama 15 hari sebagai tempoh percubaan.

Keputusan untuk bertudung secara kekal dibuat secara drastik sebelum beliau dan kekasihnya Shaznaaz keluar untuk majlis berbuka puasa dengan peminat.

Shila amzah kini turut mengenakan pakaian yang lebih sopan untuk menyesuaikan dengan imejnya yang telah bertudung.

Ibunya ketika dihubungi oleh Media Hiburan tidak dapat menyembunyikan kegembiraan dan bersyukur dengan keputusan yang dibuat oleh anaknya itu. Beliau turut menceritakan bahawa Shila ada bertanyakan tentang macamana jika dia mengenakan tudung. Macamana nanti sambutan peminat-peminatnya. Ibunya menerangkan bahawa segala rezeki semuanya ditentukan oleh Allah bukan manusia.

Harapan kita semoga Shila Amzah tetap beristiqamah dalam keputusannya. Sudah pasti keputusannya ini sedikit sebanyak akan menjadi ikutan kepada peminat-peminatnya. Alhamdulillah.

Yang nyata Shila Amzah lebih cantik dan anggun dengan mengenakan tudung!

Berikut adalah gambar-gambar Shila Amzah dengan imej bertudung:

shila 5 Shila Amzah bertudung

shila 2 300x200 Shila Amzah bertudung

shila 3 Shila Amzah bertudung

shila 4 Shila Amzah bertudung

shila 1 224x300 Shila Amzah bertudung

 

 

Aug 01

Sharifah Aleya HotFm Sah Sudah Bertudung

Sebelum ni ada aku cerita yang ada orang ternampak yang Sharifah Aleya, pengacara radio HotFm sudah mengenakan tudung. Aku cuba mencari gambar-gambar Sharifah Aleya bertudung di internet tapi belum ada.

Tiba-tiba semalam semasa aku sedang lihat feeds kat instagram aku, tiba-tiba terpandang gambar Sharifah Aleya. Memang sah beliau bertudung. Ini dia gambarnya:

leya bertudung Sharifah Aleya HotFm Sah Sudah Bertudung

Gambar diambil semasa rakaman siaran “Kita Punya Raya”. Leya 4 dari kiri.

So memang sah la Sharifah Aleya Bertudung. Harap-harap beliau terus mengekalkan imej tersebut untuk selamanya. Bukan sempena bulan Ramadhan ini sahaja.

 

Jul 30

Sharifah Aleya HotFm Sudah Bertudung?

Sharifah Aleya Hot FM Kini Bertudung Sharifah Aleya HotFm Sudah Bertudung?

Gambar terbaru Sharifah Aleya yang bertarikh 27 Julai 2012 menunjukkan selebriti ini lengkap bertudung bersama ayahanda tersayang

Ada peminat terserempak dengan Sharifah Aleya pada hujung minggu lalu di One Utama. Pada masa itu beliau sedang mengenakan tudung penuh. Peminat tersebut menyangkakan mungkin beliau baru pulang dari majlis berbuka puasa.

Namun, sisipan hiburan akhbar hari ini turut melaporkan yang Sharifah Aleya pernah beberapa dilihat bertudung dan khabarnya sudah memulakan amalan baru itu sejak 1 Ramadhan lalu.

Aku ada follow beberapa pengacara radio hotfm di twitter dan di instagram. Antaranya Faizal Ismail (FBI), AG, Fafau, Deen, Chad dan Suraya. Namun tiada pula akaun Sharigajh Aleya yang aku jumpa setakat ni. Kalau ada boleh la jugak tengok gambar beliau yang terkini samada pakai tudung ke tak.. icon biggrin Sharifah Aleya HotFm Sudah Bertudung?

Apa-apa pun Alhamduliilah la kalau Sharifah Aleya sudah bertudung. Bertambah koleksi artis berhijrah. Sekurang-kurangnya ia dapat menjadi motivasi kepada peminat beliau untuk turut sama bertudung dan menutup aurat. Dan yang paling penting, semoga beliau beristiqamah dalam menutup aurat. Bukan hanya di bulan Ramadhan sahaja.

 

Sumber

Jul 16

Terharu Dengan Luahan Hati Yatt Hamzah

YATTHAMZAH BERTUDUNG 300x225 Terharu Dengan Luahan Hati Yatt Hamzah

Yatt Hamzah yang manis bertudung

Ingat tak dengan posting pasal Yatt Hamzah yang berhijrah daripada freehair kepada bertudung yang sempurna? Alaaa posting yang pasal cerita dia nampak siksaan neraka untuk perempuan yang tak tutup aurat apabila kepala dia melekat semasa sujud tu..!

Tadi semasa aku semak status Friends kat Facebook aku terjumpa klip video ini. Menurut status tersebut, ia dirakam sewaktu Perhimpunan Hijau Negeri Selangor anjuran PAS yang diadakan di Stadium Kuala Selangor semalam (15 Julai 2012). Ikuti video klip Yatt Hamzah mendeklamasikan sajak:

Terkedu dan terharu sekejap aku. Yatt Hamzah yang tampil cantik bertutup aurat pada pandangan positif mata kasar aku, memang telah berubah. Paling tidak pun keinginannya untuk berubah itu tinggi. Subhanallah.

Semoga Yatt Hamzah diberikan kekuatan oleh Allah, Tuhan Yang Maha Berkuasa membolak-balikkan hati manusia untuk terus beristiqamah.Moga pembaca dan peminat Yatt Hamzah mendapat hidayah dan motivasi dengan melihat kesungguhan Yatt Hamzah mencari tuhan. Amiin.

Dan semoga aku dan anda semua yang membaca posting ini turut diberikan kekuatan oleh Allah agar terus teguh di jalanNya. Sama-sama kita berdoa semoga Allah tidak lagi memesongkan hati kita selepas memberi petunjuk kepada kita. Amiin.

Doa untuk ini ada dalam firman Allah di Surah Aali Imraan ayat 8:

رَبَّنَا لَا تُزِغۡ قُلُوبَنَا بَعۡدَ إِذۡ هَدَيۡتَنَا وَهَبۡ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةً‌ۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡوَهَّابُ (٨

Maksud: Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. (8)

Amiin… Ya Rabbal ‘Aalamiin.

 

Jul 15

Adam AF Menjadi Pengamal Perubatan Islam

Ingat lagi tak posting aku tentang Adam AF yang telah “berhijrah” kearah yang lebih baik baru-baru ini?

adam kopiah 300x274 Adam AF Menjadi Pengamal Perubatan Islam

Menurut Adam yang berjaya diwawancara oleh mStar Online, sudah dua tahun beliau mengikuti pembelaran ilmu perubatan Islam bersama aktor Ashraf Muslim di Klinik Perubatan Syifa Al-Hidayah Gombak.

Apabila ditanya adakah minat barunya ini akan menimbulkan konflik atau kekeliruan dengan kerjayanya sebagai anak seni, ini jawapan Adam:

“Tidak timbul isu konflik atau kekeliruan bagi saya kerana cabang seni dan pengamal perubatan itu berjalan serentak dan berasingan.
“Pada kebiasaannya, saya akan memberikan tumpuan untuk mendalami ilmu perubatan pada sebelah siang dan malam pula untuk aktiviti seni.
“Apa yang penting, niat kena bersih dan saya selesa dengan jalan ini. Biarlah kita peroleh manfaat di dunia dan akhirat, insya-Allah,” katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini.

Menurut Adam lagi, beliau tidak boleh terus meninggalkan dunia seninya kerana ia melibatkan pelbagai pihak dan komitmen.Jadi cara terbaik yang boleh dilakukan ialah mengimbangi kedua-dua aktiviti tersebut dengan bijak.

“Jalan terbaik adalah dengan mengimbanginya. Walaupun perjuangan seni saya lebih cenderung kepada muzik tari, ia bukan isu kerana saya sentiasa peka pada tindak-tanduk dan pertuturan,” katanya yang mengakui berdepan pelbagai ujian sejak penghijrahan itu.

Adam turut memberi gambaran bahawa mungkin dia akan menyelitkan genre kerohanian dalam muziknya yang akan datang. Kini beliau sedang mengumpulkan lagu-lagu yang bersesuaian.

adam n imam muda 300x225 Adam AF Menjadi Pengamal Perubatan Islam

Jadi, jika anda berkunjung ke Pusat Perubatan Islam Syifa’ Al-Hidayah Gombak anda mungkin dirawat oleh Ustaz Adam. Jangan terkejut  pulak ya..! icon lol Adam AF Menjadi Pengamal Perubatan Islam

Alhamdulillah. Pada aku baguslah Adam mengambil keputusan sebegitu. Moga penghijrahan Adam akan menjadi motivasi dan ikutan kepada anak-anak muda yang lain.

Jul 13

Anita Sarawak Pun Bertudung Jugak?

anita sarawak bertudung Anita Sarawak Pun Bertudung Jugak?

Anita Sarawak bersama suami, Mahathir

Entah betul-entah tidak cerita ni wallahua’lam. Kalau betul Alhamdulillah. Aku buat jugak posting ni sebagai kesinambungan posting-posting “penghijrahan artis” sebelum ni.

Kak Nita (Anita Sarawak) yang dah lama tak kelihatan di kaca TV tempatan sebelum ini dilaporkan menghilangkan diri. Banyak pihak media yang ingin mengundang beliau untuk program-program TV sempena hari raya tak dapat berbuat demikian kerana “kehilangan”nya itu.

Namun, baru-baru ini, sekumpulan peminat mendakwa terserempak penghibur tersohor itu di Texas, Amerika Syarikat (AS) dengan penampilan yang cukup berbeza. Mereka mendakwa, penyanyi yang pernah bermastautin dan menghiburkan pengunjung di Ceaser Palace, Las Vegas itu mengenakan jubah serta bertudung ketika ditemui di sebuah kompleks beli-belah.

Mengikut peminat itu lagi, Anita Sarawak kelihatan berjalan sendirian tanpa ditemani suami, Mahathir Abdullah.

Anita Sarawak sempat menoleh sekali apabila namanya dilaungkan oleh peminat tersebut (yang mahu dikenali sebagai Adi) tetapi bergegas meninggalkan lokasi berkenaan.

Komen sohoque: Kalau betul cerita ni Alhamdulillah. Ya la Anita Sarawak ni bukannya muda lagi. Elok la kalau dah berhijrah. Kalau tak betul cerita ni, anggap la hiburan semata-mata. icon lol Anita Sarawak Pun Bertudung Jugak?

 

sumber

Jul 10

Adam AF 2 Pula Berhijrah?

adam 300x200 Adam AF 2 Pula Berhijrah?

Gambar ni aku dapat daripada seorang sahabat Facebook. Entry tertulis bahawa Adam AF 2 telah berhijrah ke arah yang lebih baik.

Alhamdulillah kalau berita ini betul! Tahniah kepada Adam kerana diberi hidayah. Aku harap ternd artis berhijrah sekarang bukanlah sekadar trend. Moga penghijrahan artis-artis ni menjadi ikutan kepada muda mudi untuk turut sama berhijrah kepada yang lebih baik.

Nak berubah sekali itu senang. Namun nak beristiqomah itu agak sukar dan memerlukan keazaman yang kuat. Moga Adam dan artis yang lain diberikan keazaman yang kuat untuk mereka kekal dalam perubahan yang lebih baik itu. Amiin.

Jul 06

Subhanallah, Nuryn Aziz Pun Dah Bertudung

nurin aziz1 Subhanallah, Nuryn Aziz Pun Dah Bertudung

Gambar ihsan daripada sahabat di Facebook. Dahi dan lengan terpaksa diedit disebabkan sedikit aurat mereka yang terbuka. Nuryn Aziz duduk paling kiri sekali

Gambar ni aku dapat daripada sahabat aku yang dikongsinya di Facebook. Tidak dinyatakan bila Nuryn Aziz mula mengenakan hijab.

Alhamdulillah. Makin ramai artis kita membuat penghijrahan.

nurin aziz2 Subhanallah, Nuryn Aziz Pun Dah Bertudung

Gambar Nuryn Aziz (kiri) di Perhimpunan Hijau PAS Terengganu

Gambar di atas diambil sewaktu Noryn Aziz dan suaminya Raja Bahrin menghadiri Himpunan Hijau PAS Terengganu pada 30 Jun 2012 yang lepas.

Semoga Nuryn Aziz terus beristiqomah dengan jalan yang baik yang telah dipilihnya ini.

Sebelum ini Abby Abadi yang secara terang-terangan memberitahu yang beliau menyokong parti pembangkang PAS.

 

Komen sohoque: terasa cam wartawan yang ditugaskan menjejak artis bertudung lak aku ni.. hahahah. Takpe lah. Niat aku semoga posting artis berhijab ini akan dibaca dan memberi ilham dan motivasi kepada wanita diluar sana yang belum mengenakan tudung. icon wink Subhanallah, Nuryn Aziz Pun Dah Bertudung

Jul 05

Abby Abadi Yang Berani

abby abadi facebook Abby Abadi Yang Berani
Sungguh berani Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah binti Abdul Manan yang secara terang-terangan menyokong parti pembangkang. Laman Facebook (print screen) miliknya sekarang telah dijadikan hiasan facebook anak-anak muda Malaysia.

Nampaknya Abby telah mengambil keputusan drastik tanpa menoleh kebelakang lagi semenjak dia mula mengenakan hijab sekembalinya dari taah suci Mekah sebelum ini.

Kata-katanya disebarkan merata-rata dan memberikan ispirasi kepada pelbagai pihak dalam menuntut hak mereka.

Kata-kata Abby bahawa dia tidak takut lagi sokong parti pembangkang setelah mendapat hidayah Allah dikongsi (share) oleh 467 pengguna facebook dan disukai (like) oleh 1,952 pengguna.

248 pengguna pula membuat komen sehingga kini selepas mula dibuat naik ke facebook semalam.

“Dulu saya takut kalau sokong parti pembangkang. Tak dapat masuk Television. Tapi bila dapat hidayah Allah, saya tak takut pada sesiapa”.

“Saya tak tau dari mana dapat keberanian tu, tak masuk television pun tak per. Dah lama sangat dah saya kat television tu. Banyak dah dosa dalam tu,” kata Abby Abadi pelakun yang popular dengan filem dan drama TV Gerak Khas.

Inilah kesannya jika hati sudah mula yakin dengan kuasa Allah. Yakin bahawa sesungguhnya Allah yang memberikan kita rezeki bukannya manusia.

Abby kini bergerak dari satu pentas ceramah ke satu pentas di seluruh negara.

Semasa ke Kelantan, beliau turut mengunjungi Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Aziz.

Ucapan beliau yang mahu mencari seorang ‘ustaz’ untuk membimbingnya telah menimbulkan pelbagai reaksi negatif dan positif.

Pendek kata, Abby telah banyak bergerak dari pentas ke pentas ceramah.

Sebahagian aktivis Pakatan tidak senang dengannya kerana orang semacam Abby tidak sepatutnya menghabiskan masa dengan ceramah sahaja.

Ini kerana, bakat sebenar mereka bukannya berceramah tetapi aktiviti seni yang sudah sebati dengan mereka sebelum ini.

Antara yang menyuarakan rasa tidak senang itu adalah kartunis Zunar.

Zunar sudah tentu faham dengan apa yang berlaku kerana sebelum ini beliau yang sepatutnya aktif sebagai kartunis juga pernah terseleweng sekejap apabila beliau menjadi Ketua Pengarang Akhbar PKR, Suara Keadilan.

Kini Zunar memperkuatkan kembali bidangnya iaitu kartunis dan berjaya membuat pameran solo ke seluruh dunia termasuk London.

Petikan daripada Harakahdaily.net

 

Jul 04

Hijrah Artis, Kini Syarifah Sofea Bertudung

Alhamdulillah… Syarifah Sofea kini bertudung. Bertambah cantik kalau dibandingkan sewaktu beliau tak bertudung.

Ada orang berkata, ada antara artis-artis yang bertudung ni sebenarnya hanyalah nak cari publisiti.

“Nama pun artis. Memang diorang ni sukakan publisiti..”, rungut seorang sahabat aku dengan bersungguh-sungguh.

Seorang lagi menambah: “Cuba ko tengok artis-artis yang bertudung tu.. semuanya yang tak der market lagi. Mereka ni kurang dapat job. Dah semakin dilupakan. Ko tengok la Si A, B dan C tu (nama artis ak perlulah aku sebut), semuanya dah tak laku”.

Astaghfirullah.. Pada pandangan aku, tak perlulah kita mempertikaikan niat mereka untuk berhijrah tu. Kita ambil yang positif dah la. Kita bersangka baik.Hati orang kita tak tau. Yang tu antara dia dengan Allah. Setidak-tidaknya mereka menghormati hukum Allah. Dan mungkin dengan tindakan hijrah mereka itu akan menjadi ikutan ramai menyebabkan makin ramai wanita mengenakan tudung. Itu sudah bagus. Mereka semestinya mendapat ganjaran dari Allah.

Untuk orang yang mengeji dan bersangka buruk ni apa dapat? Dosa kering jer la…

Pada aku, orang yang suka bersangka buruk ini, dia sebenarnya yang ada penyakit. Ya, penyakit hati. Dia yang kena ubati hati dia dulu.

Berbalik kepada cerita Syarifah Sofa. Pelakon sitkom Spanar Jaya yang berdarah Melayu-Inggeris itu telah mengumumkan tentang diri beliau yang telah mula bertudung di laman Twitternya, siap dengan gambar sekali.

syarifah sofea 300x225 Hijrah Artis, Kini Syarifah Sofea Bertudung

Gambar Syarifah Sofea bertudung yang diambil dari laman Twitternya

Melalui statusnya, Sharifah Sofea menyifatkan penghijrahan imejnya itu sebagai bab baru dalam hidupnya.

Yang bagusnya, beliau yang sudah menjadi ibu kepada seorang anak perempuan berusia setahun lebih, tidak mahu sebarang publisiti berkenaan dengan imej barunya sekarang.

Sebagai permulaan, beliau kini berusaha memadamkan gambar-gambar lama beliau yang membuka aurat di laman Twitternya.

Syabas Syarifah Sofea!

Sumber

Jun 18

Abby Abadi Nak Kahwini Ustaz

abby 300x300 Abby Abadi Nak Kahwini UstazPada program talk show Malam Keinsafan Bersama Selebriti di Dataran Kerdau malam semalam, Pelakon Abby Abadi (Gerak Khas) telah dijemput untuk menjadi salah seorang panel di Program tersebut. Panel lain ialah Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia, Ustaz Nasrudin Hassan At-Tantawi dan Ketua Dewan Muslimat PAS Pahang, Ustazah Salamiah Mohd Nor. Program anjuran PAS tersebut dipengerusikan oleh AJK Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Kamal Ashaari.

Dalam Program tersebut Abby yang telah mengambil keputusan “berhijrah” daripada tidak bertudung kepada bertudung menjelaskan beliau seronok berada di dalam majlis seperti itu kerana dapat menambahkan ilmu terutama ilmu agama. Beliau juga menjelaskan sudah beberapa kali berada sepentas dengan kepimpinan pemuda PAS.

Beliau menanam cita-cita agar suatu masa nanti beliau dapat mengemukakan hujah dengan bersandarkan nas Al-Quran untuk program seumpama itu.

Justeru, Abby yang mengakui amat naif dengan ilmu agama amat berharap mendapat bimbingan agama yang sewajarnya daripada golongan ustaz.

“Saya berharap bertemu jodoh dengan ustaz”.

“Di sini ramai ustaz, kan?” ujarnya seloroh yang ditujukan kepada para hadirin.

Kepada hadirin, Abby berharap supaya dapat mendoakannya agar terus beristiqamah dengan perubahan yang telah dipilihnya.

“Saya mengharapkan perubahan yang positif pada diri saya.

“Doakan saya dalam keadaan begini sehingga bertemu Ilahi, saya nak juga mati syahid, saya harap doa dari semua,” katanya di hadapan kira-kira 5,000 hadirin.

Sumber

 

Komen Sohoque:

So, apa lagi…! Kepada ustaz-ustaz sekelian boleh la isi borang ya. icon lol Abby Abadi Nak Kahwini Ustaz . Alaa menolong seorang ibu tunggal, besar pahalanya tu…!

 

May 15

Kepala Melekat Pada Sejadah Semasa Sujud

yatt hamzah Kepala Melekat Pada Sejadah Semasa Sujud

Comel.. Gambar Yatt Hamzah bertudung, Alhamdulillah..!

Yatt Hamzah, seorang lagi artis perempuan yang melakukan hijrah dengan mengambil keputusan untuk bertudung menutup aurat. Keputusan ini diambil beliau sekitar bulan April yang lalu.

Berikut adalah kenyataan dari Yatt Hamzah kepada media setelah dia tampil bertudung:

“Alhamdulillah, sebenarnya sudah lama saya memasang niat untuk berhijrah ke arah yang lebih baik. Selepas pulang dari kelas usrah semalam, hati saya tergerak untuk mengerjakan solat sunat taubat.

“Ketika itu, saya dapat rasakan sudah tiba masanya untuk saya berubah. Dapat saya membayangkan bagaimana seksaan di akhirat nanti. Bermula pagi tadi, saya terus mengenakan tudung sebelum keluar rumah.”

“Suami adalah orang yang paling gembira bila saya beritahu keputusan saya ini. Sebelum ini dia pernah menyuruh saya untuk bertudung tetapi tidak sesekali memaksa saya untuk berubah ke arah itu.

“Doakan semoga perubahan saya ini mendapat keberkatan daripada-Nya dan biarlah saya kuat untuk menghadapi apa saja ujian terutama dalam industri ini,” kongsi Yatt dengan nada sebak

Setelah beberapa lama dia bertudung, baru-baru ini dia telah menceritakan peristiwa yang benar-benar menginsafkannya.

yatt melekat Kepala Melekat Pada Sejadah Semasa SujudBeliau menceritakan bahawa Allah telah menunjukkan kepadanya tentang siksaan kepada wanita yang tidak menutup aurat. Dia terkejut apabila kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika melakukan solat taubat baru-baru ini. Dalam sujud yg lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang di api neraka yg amat dahsyat.

Nauzubillah min zaalik…