Jun 04

Penyembelihan Haulah Oleh Tentera Bashar Al-Assad

Penyembelihan Haulah Hama Penyembelihan Haulah Oleh Tentera Bashar Al AssadTragedi paling tragis sejak 15 bulan berlakunya kebangkitan rakyat di Syria ini berlaku di Kampung Taldou, Haulah. Kampung Taldou terletak kira-kira 2 km daripada Bandar Haulah yang terletak di wilayah Homs, yang merupakan di antara wilayah yang paling teruk dibom dan diserang oleh rejim Bashar.

Mangsa Korban:

  • Mengorbankan 114 orang awam.
  • Seramai 55 orang kanak-kanak gugur syahid.
  • Seramai 59 orang wanita yang gugur syahid.

Walaubagaimanapun, bilangan secara tepat mungkin bertambah daripada ini kerana masih ada yang belum dilaporkan dan ditemui.

Kronolgi Ringkas:

  • Jumaat (25 Mei 2012), rakyat Syria di Kampung Taldou, Haulah keluar berkumpul menyatakan bantahan mereka terhadap kezaliman yang dilakukan oleh rejim.
  • Selepas solat Jumaat, masyarakat awam di Haulah keluar beramai-ramai sebagaimana juga di beberapa tempat di Syria seperti, Damsyiq, Aleppo dan kota-kota utama lainnya.
  • Kira-kira jam 1 petang selepas selesai solat Jumaat, sedang masyarakat awam berkumpul, mereka disuraikan secara kasar oleh tentera rejim dengan tembakan rambang kepada masyarakat dan kelihatan juga kereta kebal yang digunakan oleh tentera rejim.
  • Serangan bertubi-tubi tentera rejim kepada masyarakat awam yang tanpa senjata itu berterusan hampir 2 jam dan mengorbankan 3 nyawa ketika itu.
  • Masyarakat awam terpaksa bersurai kerana dibimbangi semakin ramai yang akan dibunuh oleh rejim yang semakin menggila.
  • Tidak cukup dengan serangan yang dilakukan, tentera rejim menghantar syabih (tali barut rejim yang berpakaian biasa) untuk menyerbu rumah-rumah di Kampung Taldou, Haulah. Mereka membunuh dan menyembelih setiap daripada masyarakat awam termasuk anak-anak kecil yang tidak berdosa.
  • Tragedi paling tragis itu berlaku bermula jam 4 petang (Jumaat, 25 Mei) sehingga jam 1 pagi (Sabtu, 26 Mei) tanpa henti yang mengorbankan 114 masyarakat awam (mungkin bertambah).

Pihak yang bertanggungjawab

  • Pihak tentera rejim Syria.’
  • Syabih (Tali barut Bashar).

Nota : Teruskan berdoa agar Allah menghancurkan rejim Basyar dan sekutunya di atas segala kezaliman yang telah mereka lakukan kepada rakyat Sunni di Syria.

 

Sumber

Mar 27

Video Tentang Kekejaman Regim Basyar Al-Assad

Kekejaman yang berlaku di Syria sudah lama berlaku. Rakyat dizalimi, ditindas, disekat hak mereka sudah lama berlaku. Saban hari ada sahaja yang dibunuh dengan kejam, perempuan yang dirogol, anak kecil yang dibunuh dan lain-lain.

Namun Regim pemerintah bijak menyembunyikan kezaliman mereka. Mereka tidak membenarkan wartawan asing masuk untuk membuat liputan di sana. Sebab itu hanya baru-baru ini kita mendengar dan mengetahui apa yang terjadi di Syria. Itu pun setelah rakyatnya sudah tidak tertahan dengan kezaliman regim pemerintah yang sudah melampaui batasan. Terima kasih kepada teknology smartphone dan internet. Sekarang jika ada sahaja kekejaman dan kejadian sempat dirakam, ia akan terus dimuat naik ke youtube.

Berikut adalah kejadian terkini yang berlaku di sana:

Kejadian berlaku pada 26 Mac 2012 di mana seorang gadis telah gugur syahid di samping ibunya di tepi jalan setelah diserang oleh rejim Basyar. Untukmu syurga, InsyaAllah.

Sama-sama kita berdoa untuk keselamatan dan kemenangan rakyat Syria yang sedang menentang kezaliman pemerintah mereka.

Ikuti kisah konflik di Syria yang pernah disiarkan blog ini di sini.

Mar 20

Siti Nur Fatihah, Mangsa culik Terbaru

Belum pun reda kes culik dan bunuh Adik Dirang, kita dikejutkan lagi hari ini oleh kes penculikan Siti Nur Fatihah Mahadi, 15 tahun dari Taman Tas Kuantan. Ikuti kisah Adik Dirang di sini

Apa la nak jadi dengan Malaysia sekarang. Aku pun dah takut dah sekarang. Anak-anak kita ada yang pergi sekolah naik kenderaan awam. Adakah kita benar-benar yakin akan keselamatan mereka..

Minggu lepas aku ada berjumpa dengan seorang kenalan baik aku yang kini sedang berkerja dengan sebuah bank antarabangsa di Singapura. Menurut beliau di sana keadaannya amat berlainan dengan negara kita Malaysia. Kanak-kanak yang berumur 9 tahun ke sekolah menaiki MRT tanpa ditemani oleh orang yang lebih tua adalah satu perkara biasa. Menurut beliau lagi, di sana orang lebih berdisiplin dan dia sendiri merasa amat selamat berada di sana.

Mungkin Singapore negara yang kecil di mana setiap pergerakan boleh diawasi. Kamera litar pula di sana sini. Lagi satu aku rasa di sana rakyatnya amat berdisiplin. Ini mungkin disebabkan mereka terpaksa mengikuti kem “National Service”. Jadi di situ mereka telah dibasuh otaknya supaya menjadi rakyat yang berdisiplin. Malaysia hanya ada PLKN. Tidak cukup untuk mendisiplinkan mereka secara total.

Berbalik cerita Siti Nur Fatihah binti Mahadi. Beliau dikatakan diculik oleh 3 individu yang menaiki kereta ungu gelap ketika beliau dan 2 orang adik beliau keluar untuk membeli “top up” telefon bimbit di kedai berhampiran rumah. Kejadian berlaku pada tengahari hari Ahad yang lalu (dua hari yang lalu).

nurul fatihah1 300x278 Siti Nur Fatihah,  Mangsa culik Terbaru“Saya terkejut apabila kedua-dua anak saya pulang tergesa-gesa ke rumah sambil menangis tanpa kakaknya dan apabila ditanya mengapa menangis, mereka memberitahu kakak Fatihah dilarikan orang,” kata ibunya Nor Mala Mohd Lazin, 34 kepada pemberita, di rumahnya di sini, Isnin.

Menurut ibunya lagi, beliau diberitahu Nurul Aishah bahawa kakaknya dilarikan dengan sebuah kereta bercermin gelap dipandu seorang wanita yang turut dinaiki dua lelaki.

“Kereta tersebut tiba-tiba berhenti berhampiran mereka sebelum seorang lelaki yang duduk di belakang membuka pintu dan menarik Fatihah. Kedua-dua adiknya itu sempat menarik kakak mereka namun terlepas,” katanya.

Fatihah yang merupakan pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan di sini, adalah anak yang baik dan tidak akan ke mana-mana tanpa keluarga.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, Deputi Superitendan Kamaruzzaman Jaafar mengesahkan pihaknya ada menerima laporan berkenaan kes tersebut kira-kira pukul 4 petang Ahad.

Polis sedang menyiasat kes itu termasuk sama ada mangsa mengenali suspek, katanya. “Kes disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan di atas kesalahan menculik daripada penjaga yang sah,” katanya.

- berita ihsan dari BERNAMA

Mar 15

Alfatihah Buat Arwah Adik Dirang (Nurul Nadirah) dan Takziah Buat Keluarga…

Ajal dan maut di tangan tuhan. Apabila telah tibanya ajal kita tidak boleh menangguhkan ataupun mempercepatkannya walaupun sesaat.

Namun ajal yang menimpa adik Dirang (Nurul Nadirah) amatlah tragis. Tergamak sungguh “manusia” itu membunuh dan membakar sebegitu rupa seorang insan kerdil yang lemah. Sesungguhnya jiwa manusia zaman sekarang sudah banyak yang rosak.

Setakat ini 4 suspek telah ditangkap untuk siasatan kes ini yang menurut polis mungkin bermotifkan balas dendam. Laporan lanjut di sini.

Namun apa pun, segalanya telah terjadi dan pastinya menyimpan hikmah yang besar di sebalik kejadiannya. Hanya Allah saja yang tahu.

Untuk keluarga arwah adik Dirang, diharap dapat banyak bersabar dengan kejadian ini. Ingatlah anak hanyalah pinjaman kepada kita. Allah jua yang berhak ke atasnya.

Untuk arwah adik Dirang, moga dikau bersama para muslimin yang dijanjikan syurga. Amiin.

Feb 15

Basyar Al-Assad Dan Cerita Sebenar Konflik Di Syria

Nota ini adalah hasil perkongsian tokoh ulama’ syria,Syeik Hassan di UPM yang datang ke malaysia akhir tahun lepas dan menceritakan peristiwa sebenarnya yang berlaku di Syria.

PERISTIWA SYRIA

Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.Syrias president Assad 300x253 Basyar Al Assad Dan Cerita Sebenar Konflik Di Syria

Basyar Al-Assad

Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ).

Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.

Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.

BERMULA ZAMAN AYAHNYA- Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama.

Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu.syria conflict 300x225 Basyar Al Assad Dan Cerita Sebenar Konflik Di Syria

Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar’aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.

PUNCA KEBANGKITAN ADALAH : Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan di negara-negara yang berlaku kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak-kanak itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak-kanak itu serta kanak-kanak lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat di mana bila mahu lepaskan kanak-kanak itu, mereka perlu memberi wanita-wanita dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak-puak kerajaan Syria ini (satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.rakyat memberontak di syria 300x249 Basyar Al Assad Dan Cerita Sebenar Konflik Di Syria

 

BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH.

  1. Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4,000 orang rakyat Syria.
  2. 39,000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.
  3. Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.
  4. 9,000 tahanan ditahan.
  5. 413 orang telah syahid di dalam penjara.
  6. Wanita-wanita diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
  7. Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.
  8. Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
  9. Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.
  10. Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni. 84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar. Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah. Kezalimannya terhadap wanita dan kanak-kanak juga terlalu dahsyat melebihi Israel. Rakyat-rakyat Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah. Hasbunallahu wa neemal wakeel..

#RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI…

 

FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA

Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;

“Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid ; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid” -hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih.

 

PERKARA TERBARU

  1. Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30,000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang-orang yang turun berdemo kerana tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.
  2. Pertubuhan-pertubuhan Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak membenarkan pegawai-pegawai Syria memasuki tanah mereka. Tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq tidak berpendirian sedemikian kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iraq kerana Iraq merupakan negara Syiah.
  3. Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID.
  4. 95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.
  5. 19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria.

 

KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?

  1. Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media-media, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA.
  2. Media-media barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.
  3. Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.
  4. Jangan terpedaya dengan kenyataan-kenyataan yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.
  5. Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini disebabkan media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan. Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid. Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.

 

PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA

  • Mendoakan saudara kita di Syria
  • Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan
  • Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.

doa 150x150 Basyar Al Assad Dan Cerita Sebenar Konflik Di Syria

Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

“Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI”

dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:

Kalam Saidina Ali KWJ;

“Sesungguhnya negeri yang batil itu sejkejap sahaj sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat”.

 

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra’ ayat 81;

“Dan katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap”.

 

Firman Allah dalam Surah Ar-Ra’d ayat 17 ;

“adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.”

(Jzkk AKH Abu Abdullah)

(Disampaikan pada 6 Disember 2011 di Uni Putra Malaysia)