May 31

Masjid Saidina Khalid al-Walid di bom rejim Basyar

Masjid Saidina Khalid al Walid 300x223 Masjid Saidina Khalid al Walid di bom rejim BasyarSubhanallah, hati umat Islam mana yang tak pedih dan sakit hati melihat rumah Allah diperlakukan sebegini rupa.

Ini adalah gambar terbaru Masjid Saidina Khalid al-Walid رضي الله عنه di wilayah Homs, Syria yang rosak teruk akibat dibom oleh rejim Basyar.

Untuk pengetahuan semua, dalam aqidah Syiah, antara para sahabat nabi yang mereka anggap sebagai kafir adalah Saidina Khalid al-Walid.

Oleh kerana itulah sehinggakan masjid yang bernama sahabat nabi tersebut pun mereka bom bagi menyatakan kebencian mereka terhadap para sahabat nabi. Na’uzubillahi min zalik.

Kemurkaan Allah terhadap mereka yang jelas memusuhi Allah dan Rasul.


Sumber

Mar 27

Video Tentang Kekejaman Regim Basyar Al-Assad

Kekejaman yang berlaku di Syria sudah lama berlaku. Rakyat dizalimi, ditindas, disekat hak mereka sudah lama berlaku. Saban hari ada sahaja yang dibunuh dengan kejam, perempuan yang dirogol, anak kecil yang dibunuh dan lain-lain.

Namun Regim pemerintah bijak menyembunyikan kezaliman mereka. Mereka tidak membenarkan wartawan asing masuk untuk membuat liputan di sana. Sebab itu hanya baru-baru ini kita mendengar dan mengetahui apa yang terjadi di Syria. Itu pun setelah rakyatnya sudah tidak tertahan dengan kezaliman regim pemerintah yang sudah melampaui batasan. Terima kasih kepada teknology smartphone dan internet. Sekarang jika ada sahaja kekejaman dan kejadian sempat dirakam, ia akan terus dimuat naik ke youtube.

Berikut adalah kejadian terkini yang berlaku di sana:

Kejadian berlaku pada 26 Mac 2012 di mana seorang gadis telah gugur syahid di samping ibunya di tepi jalan setelah diserang oleh rejim Basyar. Untukmu syurga, InsyaAllah.

Sama-sama kita berdoa untuk keselamatan dan kemenangan rakyat Syria yang sedang menentang kezaliman pemerintah mereka.

Ikuti kisah konflik di Syria yang pernah disiarkan blog ini di sini.

Mar 16

Fatwa Mufti Besar Al-Azhar: Wajib Bunuh Bashar Al-Assad

Al Assad Sirian flag2 29 5 8 Fatwa Mufti Besar Al Azhar: Wajib Bunuh Bashar Al AssadPemerintahan kuku besi rejim Al-Assad di Syria yang diketuai oleh presidennya Bashar Al-Assad telah mengundang para ulamak dunia Islam membincangkan konflik Syria dengan lebih serius sehinggakan keluarnya fatwa dari Ulama besar di Al-Azhar yang  menyeru pembunuhan terhadap Presiden Syria Bashar Al-Assad atas kematian ribuan orang awam yang menentang regim diktatoriannya.

“Bashar Al-Assad adalah pembunuh dan harus dibunuh,” kata Nasr Farid Washil, bekas Mufti Mesir, kepada akhbar milik Parti Kebebasan dan Keadilan yang merupakan sayap politik Ikhwanul Muslimin, hari Rabu 14 Mac.

“Dia yang menaburkan peluru terhadap rakyatnya adalah perbuatan terkutuk dan penjahat perang yang wajib dihukum.”

Lebih dari 8000 orang Syria telah terbunuh dalam tindakan keras membunuh yang dilakukan oleh pasukan keselamatan Assad pada protes menuntut diakhirinya 11 tahun pemerintahan Assad.

Ulama besar Al-Azhar itu menyeru pembunuhan ke atas Assad atas pertumpahan darah orang awam yang terjadi tiap hari di Syria.

“Membunuh Bashar Al-Assad adalah suatu kewajipan setelah ia menumpahkan darah rakyatnya dan memperkosa wanita mereka,” kata Dr Hashem Islam, ahli Jawatankuasa Fatwa Al-Azhar.

Dia menekankan bahawa Islam melarang pembunuhan manusia.

“Kejahatan yang dilakukan oleh pembunuh Bashar dilarang oleh Islam dan tidak akan mencapai keselamatan,” katanya.

Sheikh Abdel-Moneim Al-Bari, bekas pimpinan ulama Al-Azhar sangat bersetuju dengan pembunuhan ke atas Bashar.

“Presiden Syria Bashar Al-Assad perlu dibunuh kerana membantu pembunuhan kejam yang dilakukan terhadap orang awam yang damai di Syria,” katanya.

Al-Bari, bekas anggota Jawatankuasa Fatwa Al-Azhar, mengatakan bahawa kejahatan Assad melanggar semua hukum agama dan adat manusia.

“Dia layak mendapat hukuman segera.”

Ikuti laporan penuh tentang ini di sini.

Ikuti posting tentang konflik di Syria yang pernah di terbitkan di blog ini di sini.

Mar 15

Kisah Syria – Mari Aku Tunjukkan siapa sebenarnya Bashar Al-Assad yang membunuh Muslim Syria!

kekejaman Rejim Bashar Al-Assad sudah lama berlaku di Syria. Cuma dunia luar tidak tahu kerna tiada pendedahan dibuat. Mana mungkin berita kekejaman rejim ini keluar dari bumi malang Syria jika wartawan luar tidak diizinkan masuk ke Syria. Segala berita radio dan television ditapis terlebih dahulu. Sehinggalah rakyat syria bangkit menentang kekejaman pemerintahnya. Kejadian kekejaman telah mula disebarkan melalui internet. Video-video dan gambar-gambar kezaliman dirakam oleh rakyat tempatan dan terus disebarkan melalui internet ataupun melalui Youtube khususnya.

Daripada situ dunia mula mendapat maklumat tentang sikap tidak berperi kemanusian rejim pemerintah Syria.

aku pernah membuat 2 posting tentang kekejaman Syria di blog ini sebelum ini. Sila lihat di sini.

Pelbagai spekulasi yang timbul berhubung isu yang berlaku di Syria. Tidak seperti kebangkitan rakyat yang berlaku di Tunisia, Mesir dan Libya yang menumbangkan Rejim Pemerintah di negara mereka, ternyata Rejim Assad lebih “LIAT”. Seolah-olah beliau dan kepimpinannya dilindungi oleh ‘Kuasa Besar’.
Apa yang aku ingin coretkan dalam artikel ini bukanlah mahu meributkan lagi spekulasi, cuma aku mahu berkongsi kepada kalian semua perilaku Si Rejim Assad yang namanya layak bersama Firaun, Namrud dan Qarun.
Ikuti cerita selanjutnya di blog siasahkini
Mar 08

Kisah Syria – Khutbah Dr Yusof Al-Qaradhawi, Jumaat, 17 February 2012

Khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, 17 Februari 2012, Masjid Umar al Khattab, Doha, Qatar.

qaradawi 288x300 Kisah Syria   Khutbah Dr Yusof Al Qaradhawi, Jumaat, 17 February 2012Antara isi kandungan:

1) Seruan Dr. Yusof al-Qaradhawi kepada tentera Syria
2) Bukan semua Syiah Alawi Pengikut Bashar Asad
3) Kemenangan Rakyat Syria sudah dekat.

Sumber:

http://al-ahkam.net/

http://www.halaqahmaya.com/v2

Feb 15

Basyar Al-Assad Dan Cerita Sebenar Konflik Di Syria

Nota ini adalah hasil perkongsian tokoh ulama’ syria,Syeik Hassan di UPM yang datang ke malaysia akhir tahun lepas dan menceritakan peristiwa sebenarnya yang berlaku di Syria.

PERISTIWA SYRIA

Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.Syrias president Assad 300x253 Basyar Al Assad Dan Cerita Sebenar Konflik Di Syria

Basyar Al-Assad

Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ).

Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.

Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.

BERMULA ZAMAN AYAHNYA- Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama.

Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu.syria conflict 300x225 Basyar Al Assad Dan Cerita Sebenar Konflik Di Syria

Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar’aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.

PUNCA KEBANGKITAN ADALAH : Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan di negara-negara yang berlaku kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak-kanak itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak-kanak itu serta kanak-kanak lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat di mana bila mahu lepaskan kanak-kanak itu, mereka perlu memberi wanita-wanita dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak-puak kerajaan Syria ini (satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.rakyat memberontak di syria 300x249 Basyar Al Assad Dan Cerita Sebenar Konflik Di Syria

 

BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH.

  1. Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4,000 orang rakyat Syria.
  2. 39,000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.
  3. Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.
  4. 9,000 tahanan ditahan.
  5. 413 orang telah syahid di dalam penjara.
  6. Wanita-wanita diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
  7. Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.
  8. Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
  9. Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.
  10. Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni. 84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar. Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah. Kezalimannya terhadap wanita dan kanak-kanak juga terlalu dahsyat melebihi Israel. Rakyat-rakyat Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah. Hasbunallahu wa neemal wakeel..

#RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI…

 

FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA

Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;

“Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid ; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid” -hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih.

 

PERKARA TERBARU

  1. Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30,000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang-orang yang turun berdemo kerana tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.
  2. Pertubuhan-pertubuhan Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak membenarkan pegawai-pegawai Syria memasuki tanah mereka. Tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq tidak berpendirian sedemikian kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iraq kerana Iraq merupakan negara Syiah.
  3. Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID.
  4. 95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.
  5. 19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria.

 

KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?

  1. Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media-media, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA.
  2. Media-media barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.
  3. Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.
  4. Jangan terpedaya dengan kenyataan-kenyataan yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.
  5. Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini disebabkan media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan. Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid. Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.

 

PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA

  • Mendoakan saudara kita di Syria
  • Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan
  • Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.

doa 150x150 Basyar Al Assad Dan Cerita Sebenar Konflik Di Syria

Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

“Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI”

dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:

Kalam Saidina Ali KWJ;

“Sesungguhnya negeri yang batil itu sejkejap sahaj sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat”.

 

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra’ ayat 81;

“Dan katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap”.

 

Firman Allah dalam Surah Ar-Ra’d ayat 17 ;

“adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.”

(Jzkk AKH Abu Abdullah)

(Disampaikan pada 6 Disember 2011 di Uni Putra Malaysia)