Oct 24

Kuliah Ustaz Azhar Idrus Tetap Dapat Sambutan Di Solok Galing

solok gaung Kuliah Ustaz Azhar Idrus Tetap Dapat Sambutan Di Solok Galing

Perubahan tempat Kuliah Ustaz Azhar Idrus di saat akhir tidak menjejaskan kehadiran pendengar setia

Ini berita beberapa hari yang lepas. Ia adalah rentetan posting saya pada 19 Oktober lalu tentang Kuliah Ustaz Azhar Idrus yang dijadualkan berlangsung di Masjid Nurul Hidayah, LTAM Pulau Samak, Batu Berendam tetapi telah ditukar disaat-saat akhir ke Madrasah Ar-Rahmah, Solok Galing, Ayer Molek, Melaka. Ini berikutan arahan daripada pihak atasan.

ayer molek 300x130 Kuliah Ustaz Azhar Idrus Tetap Dapat Sambutan Di Solok Galing

Kenyataan akhbar pengetua Madrasah Ar-Rahmah dalam Sinar Harian

Walaupun perubahan itu dibuat disaat-saat akhir namun sambutan kuliah Ustaz Azhar Idrus di tempat baru tersebut tetap mendapat sambutan hangat. Sememangnya anak-anak muda sekarang dahagakan ilmu. Bantuan teknologi terkini seperti internet, facebook, blog dan alat komunikasi yang lain juga memainkan peranan yang amat penting menyebarkan berita Kuliah Ustaz Azhar Idrus telah ditukar ke tempat lain.

Alhamdulillah. Semoga ilmu-ilmu agama sebegini akan dapat terus disalurkan kepada generasi muda.

“Jom Gi Kuliah”

Oct 10

Kuliah Ustaz Azhar Idrus Di UMP Dibatalkan Di Saat Akhir

batal last minit Kuliah Ustaz Azhar Idrus Di UMP Dibatalkan Di Saat Akhir

Pembatalan kuliah Ustaz Azhar Idrus telah menimbulkan kemarahan warga UMP

Kecoh!!! Kuliah Ustaz Azhar Idrus yang sepatutnya dijadualkan hari ini 10 Oktober 2012, pada pukul 8 malam di Dewan Canselori University Malaysia Pahang telah dibatalkan di saat-saat akhir.

Ramai yang tidak berpuas hati terutama dari kalangan warga University Malaysia Pahang (UMP). Mengikut feedback yang diterima ada juga orang luar daripada negeri Pahang yang dah merancang untuk menghadiri kuliah Ustaz Azhar Idrus terpaksa membatalkan perjalanan mereka ke sana.

Pembatalan Kuliah Ustaz Azhar Idrus di saat-saat akhir itu menurut pihak penganjur merugikan pihak mereka daripada semua aspek, kewangan, reputasi dan sebagainya.

Pembatalan kuliah Ustaz Azhar Idrus ini menurut warga UMP adalah angkara pihak pentadbiran UMP yang dikbayangi parti politik UMNO. Wallahua’lam.

Saya tidak tahu menahu apa sebab sebenar kuliah Ustaz Azhar Idrus tersebut dibatalkan secara tergesa. Dan saya tidak mahu menuding jari kepada mana-mana parti politik. Ini adalah kerana blog saya ini bukanlah blog politik.

Akan tetapi saya sendiri agak terkilan apabila Kuliah Ustaz Azhar Idrus ini dibatalkan. Ini adalah kerana majlis tersebut adalah majlis ilmu. Dan kebiasaannya Kuliah Ustaz Azhar Idrus ini akan menerima sambutan yang amat menggalakkan terutama di kalangan anak-anak muda. Fenomena ini sebenarnya adalah amat sesuai untuk menyerapkan nilai-nilai agama di kalangan anak-anak muda sekarang.

Kuliah Ustaz Azhar Idrus yang bersahaja dan diselangi oleh lawak jenaka amat sesuai dengan jiwa anak-anak muda. Jadi apabila perkara yang baik sebegini dibatalkan dengan tiada sebab amat merugikan terutama dalam sudut pengisian yang akan diterima oleh anak-anak muda.

Jadi kita tunggu penjelasan pihak pentadbiran UMP tentang perkara ini.

Wallahua’lam

 

Aug 31

Ustaz Azhar Idrus, Kuliah Bulan September 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sekejap sahaja masa berlalu. Kita sekarang sudah berada di penghujung bulan Ogos. Namun Syawal belum berakhir. Kepada yang belum habis lagi berpuasa sunat 6 hari di bulan Ramadhan, silalah berbuat demikian seberapa segera yang boleh.

Seperti biasa jadual Ustaz Azhar Idrus penuh lagi dengan kuliah bulanan beliau. Jadual bulan September Ustaz Azhar Idrus telah pun dikeluarkan:

sept uai Ustaz Azhar Idrus, Kuliah Bulan September 2012

Walaupun Ustaz Azhar Idrus baru dapat baby, namun usaha dakwah beliau tetap berjalan seperti biasa.

Kepada sesiapa yang ada kelapangan silalah ke majlis ilmu Ustaz Azhar Idrus ini. InsyaAllah anda tak akan menyesal.

Kepada yang tiada kelapangan, silalah lapangkan diri anda sekali sekala mencari pengisian jiwa. Sesungguhnya ini adalah antara bekal-bekal kita di akhirat kelak.

Jumpa di sana….!

Jul 07

Kuliah Ustaz Azhar Idrus – Julai 2012

kuliah bulanan uai Kuliah Ustaz Azhar Idrus   Julai 2012

Di atas adalah jadual kuliah Ustaz Azhar Idrus untuk bulan Julai 2012. Al Fadhil Ustaz Azhar seperti biasa akan mengadakan kuliah bulanan bukan sahaja di negeri Terengganu malah di seluruh negara. Sila rujuk jadual untuk keterangan lanjut.

Oleh kerana akhir bulan Julai ini kita mula berpuasa, maka ada waktu ceramah ustaz diubah kepada pukul 5.30 petang supaya boleh diadakan majlis berbuka puasa sejurus selepas itu.

“Kemah keming” Ustaz Azhar Idrus. Sesiapa yang tinggal berdekatan dengan tempat ceramah ustaz, tapi dia tidak hadirkan diri ke majlis ilmu yang disifatkan sebagai satu taman daripada taman-taman syurga, memang dia tergolong dalam golongan manusia yang “dok rok cetong”. icon lol Kuliah Ustaz Azhar Idrus   Julai 2012

Selamat menimba ilmu.

Jun 01

Kuliah Bulan Jun 2012 Ustaz Azhar Idrus

kulaih jun UAI Kuliah Bulan Jun 2012 Ustaz Azhar IdrusJom ke taman syurga! Majlis ilmu diibaratkan seperti salah satu taman daripada taman-taman syurga.

Jadual Kuliah/ceramah Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus sudah keluar. Jom sama-sama kita luangkan masa kita untuk memberi makanan kepada jiwa.

Moga kita semua berkelapangan dan mendapat keredhaan dariNya.

Jumpa di sana!!!

 

Apr 19

Kuliah Bulan April Ustaz Azhar Idrus Di Lembah Kelang

kuliah bulanan uai Kuliah Bulan April Ustaz Azhar Idrus Di Lembah KelangJom  kita sama-sama mencari ilmu agama… Dinasihatkan kepada sesiapa yang nak pergi ke kuliah ini supaya pergi awal. sebabnya hadirin mesti ramai punya! Nanti kita duduk belakang, kurang penghayatan.

Biasanya lepas kuliah di Masjid Syakirin, akan diikuti dengan kuliah di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah di Shah Alam. Tapi bulan ni macam tak der jer kat Shah Alam.

Apa-apa pun jom…!!!!

Mar 29

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus (Untuk April 2012)

jadual UAI April Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus (Untuk April 2012)

Jom sama-sama ke kuliah Ustaz Azhar…! Insyaallah banyak ilmu dunia dan akhirat akan kita dapat. Sabda Nabi S.A.W: 

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.”
 - Riwayat al-Bazzar

Azhar 150x150 Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus (Untuk April 2012)Untuk yang berada di sekitar lembah kelang, ada 2 kuliah yang boleh diikuti iaitu pada 28 April di Petaling Jaya dan 29 April di Gombak.