Alvin And The Chipmunks telah mengorak selangkah ke hadapan apabila mereka berjaya merakamkan lagu di dalam versi Kelantan.
Dengarkan lagu mereka. Sayangnya tiada klip video dihasilkan setakat ini:
Hahahaha.. Amacam? Best tak?
Ni ada lagi satu lagu chipmunks:
Hahahaha.. best kan? Sekurang-kurangnya ada la kelainan sikit daripada lagu asal.
Selepas masuk ke laman Youtube, saya dapati ada banyak lagi lagu-lagu yang telah diubah dengan versi chipmunks. Lihat sini untuk link lagu-lagu versi chipmunks.
Sebelum aku berceloteh dengan lebih panjang kita dengar lagu ni dulu:
Best kan? Pada aku lagi best daripada penyanyi asal Adele. Diberi pulak sentuhan rock dengan akustik.. Perghhh..! Banyak kali jugak la aku dengar.
Sebenarnya banyak lagu cover version yang band ni buat dan upload ke Youtube. Antaranya:
Dan banyak lagi. Anda boleh cari sendiri kat Youtube.
Siapa sebenarnya Boyce Avenue?
Boyce Avenue adalah band rock alternatif Amerika. Ia telah ditubuhkan di Sarasota, Florida, oleh adik beradik Alejandro, Daniel dan Fabian Manzano. Band ini dinamakan sempena gabungan dua jalan yang pernah mereka menetap semasa kanak-kanak. 9hb Ogos 2011, mereka tidak lagi bernaung di bawah label Universal Republic dan telah memulakan label “independent record” mereka sendiri yang digelar 3 Peace Record.
I can almost see it That dream I am dreaming But there’s a voice inside my head saying “You’ll never reach it”
Every step I’m taking Every move I make feels Lost with no direction My faith is shaking
But I gotta keep trying Gotta keep my head held high
There’s always gonna be another mountain I’m always gonna wanna make it move Always gonna be a uphill battle Sometimes I’m gonna have to lose
Ain’t about how fast I get there Ain’t about what’s waiting on the other side It’s the climb
The struggles I’m facing The chances I’m taking Sometimes might knock me down But no, I’m not breaking
I may not know it But these are the moments that I’m gonna remember most, yeah Just gotta keep going
And I, I got to be strong Just keep pushing on
‘Cause there’s always gonna be another mountain I’m always gonna wanna make it move Always gonna be a uphill battle Sometimes I’m gonna have to lose
Ain’t about how fast I get there Ain’t about what’s waiting on the other side It’s the climb, yeah!
There’s always gonna be another mountain I’m always gonna wanna make it move Always gonna be an uphill battle Somebody’s gonna have to lose
Ain’t about how fast I get there Ain’t about what’s waiting on the other side It’s the climb, yeah!
Keep on moving, keep climbing Keep the faith, baby It’s all about, it’s all about the climb Keep the faith, keep your faith, whoa
Aku suka sangat lagu The Climb oleh Miley Cyrus ni sebab ia ada kena mengena sikit dengan hidup aku sebagai Unit Trust Consultant ni. Lagu ni juga diundi sebagai lagu tema untuk program SAMPRO (Supervisor – Agency Manager Program) di syarikat unit trust tempat aku bernaung. So setiap kali ada kursus SAMPRO ni (2 minggu sekali selma 6 bulan) kita orang akan melagukan lagu motivasi ini pada mula program dan di akhir program.
Lagu The Climb oleh Miley Cyrus ini memperkatakan tentang proses dan perjalanan hidup dalam mencapai IMPIAN (DREAM).
Di dalam hidup ini, kita terpaksa menempuh segala halangan dan rintangan. Di dalam keadaan itu minda kita akan sentiasa memberitahu kita supaya kita berhenti dan berputus asa daripada usaha kita untuk menggapai IMPIAN. Orang di sekeliling kita juga sering menggesa kita supaya berhenti “bermimpi” tentang IMPIAN demi kebaikan kita.
Akan ada suatu masa bila kita terasa keseorangan dan kadangkala terfikir apa gunanya kita meneruskan IMPIAN ini bilamana ianya terlalu sukar untuk dicapai. Dan di saat ini lah kita mesti ingat KENAPA kita mahukan IMPIAN itu sejak dari mula. Dan di saat itulah bila kita melihat ke dalam cermin, kita sedang berhadapan dengan “musuh utama” kita iaitu diri kita sendiri. Kita mesti mampu berlawan dan terus berlawan demi IMPIAN kita walaupun refleksi kita memerintahkan kita supaya menyerah.
Namun, bilamana kita berjaya mengatasi halangan dan rintangan tersebut, kita akan berhadapan dengan banyak lagi rintangan dan halangan yang mendatang. Jadi jangan terlalu berfikir pasal halangan ini kerana itulah kehidupan. “Gunung-gunung” (“mountain”/halangan dan rintangan) tersebut berada di situ sebenarnya adalah untuk menolong kita untuk “memantapkan” diri kita. Semakin kuat semangat jatidiri kita, semakin besar “gunung” yang berupaya kita daki. Semakin besar gunung tersebut, semakin besar IMPIAN yang boleh kita takluki.
Jadi, kepada rakan-rakan Unit Trust Consultant umumnya dan rakan-rakan synergyplanner (www.synergyplanner.biz) khususnya, bersabar dalam menempuh rintangan dan cabaran dalam menjalani tugas mulia kamu sebagai consultant dalam mendidik dan menyalurkan ilmu kepada masyarakat. Sesungguhnya cabaran-cabaran tersebut akan menjadikan kita lebih berilmu dan tabah dalam hidup kita.
Cabaran datang dengan menyamar dalam pelbagai rupa. Ada berupa kawan-kawan, ada yang berupa ahli keluarga dan lain-lain. Namun cabaran yang paling hebat adalah yang datang dalam rupa kita sendiri. Tingkatkan jatidiri. Tempurlah cabaran sehabis kudrat. Insya Allah IMPIAN kita yang kita tetapkan sewaktu mula-mula menceburi bidang ini semakin dekat dalam jangkauan dan pelukan kita.
p/s: aku akan selalu syahdu bila mendegar lagu The Climb oleh Miley Cyrus ini. Sebabnya sudah banyak cabaran aku sudah tempuhi. Dan aku sedar masih banyak yang sedang menanti. Dan kini aku sentiasa bersedia untuk cabaran yang selanjutnya. Bersedia untuk mendaki “gunung” yang akan sentiasa menghalang aku. Allahuakbar.. (dengan perasaan syahdu)