Jan 31

Arsenal vs Liverpool (Gameweek 24)

 Arsenal vs Liverpool (Gameweek 24)

Perlawanan minggu ke 24, musim 2012/13 Arsenal vs Liverpool berkesudahan dengan keputusan seri 2-2.

Nasib Baik

Nasib baik tidak kalah. Aku ramalkan pasukan kesayangan aku ni kalah malam tadi. Ini disebabkan keyakinan pemain yang mungkin goyang setelah mengalami kekalahan yang tidak sepatutnya kepada kelab kerdil Oldham.

Memang tak patut la kalah. Tapi apa boleh buat. Bola itu bulat. Mungkin Liverpool terlalu memandang rendah kepada pasukan Oldham yang dianggap mereka sebagai pasukan underdog tanpa menyedari bahawa yang mereka (Liverpool) juga adalah underdog sekarang ini.

Jadi pada aku keputusan seri pun sudah ok walaupun keinginan membuak-buak inginkan kemenangan. Seri atau kalah akan menjarakkan lagi daripada pasukan 4 teratas liga.

Nasib baik juga prestasi Arsenal yang juga kurang memberangsangkan semenjak dua menjak ini.

Jordan Henderson

Dia ni seringkali dijadikan bahan kritikan pada musim lepas. Ini kerana corak permainannya yang kurang memberangsangkan. Tidak seiring dengan tanda harga yang dipikulnya. Mungkin taktik dan corak permainan yang diterapkan oleh pengurus/jurulatih sebelum ini kurang sesuai untuknya.

Musim ini dia agak menyerlah. Malah turut menyumbangkan gol-gol penting buat pasukan The Reds. Prestasinya yang agak memberangsangkan ini membuatkan Joe Allen terpaksa diketepikan.

Dalam perlawanan ini dia turut menyumbangkan gol kedua Liverpool dengan gerakan solo yang cantik. Gol pertama dijaringkan oleh Luis Suarez.

Kecewa

Liverpool telah mendahului dengan 2 gol. Tetapi Arsenal dapat bangkit dan menjaringkan gol penyamaan. Tambah perit gol-gol yang dijaringkan oleh Oliver Giroud dan Theo Walcott berselang seminit.

Pemain Liverpool kelihatan keletihan. Kecewa kerana Brendan Rodgers tidak segera menukar pemain-pemain keletihan tersebut.

Apa-apa pun satu mata yang dikutip di tempat lawan pada perlawanan Arsenal vs Liverpool agak berharga. Cuma Liverpool kena memastikan mata penuh demi mata penuh dikutip selepas ini untuk menghambat pasukan atasan. Tugas yang amat berat terutama bertemu Manchester City ditempat lawan diperlawanan seterusnya.

Saksikan gol-gol pada perlawanan Arsenal vs Liverpool ini:

Jan 21

Liverpool vs Norwich – Liverpool Menang Besar

Liverpool fc vs Norwich Liverpool vs Norwich   Liverpool Menang Besar

Liverpool vs Norwich

Liverpool bangkit semula selepas tewas tipis kepada Manchester United pada perlawanan yang lalu. Kali ini Liverpool menewaskan Norwich dengan jaringan yang agak besar 5-0 tanpa balas.

Liverpool vs Norwich raikan jaringan Liverpool vs Norwich   Liverpool Menang Besar

Liverpool vs Norwich – pemain raikan gol

Yang paling menggembirakan dalam perlawanan Liverpool vs Norwich ini ialah gandingan Luis Suarez dan Daniel Sturridge yang semakin serasi. Perlawanan Liverpool vs  Norwich ini ialah perlawanan ke 3 Sturridge semenjak perpindahannya daripada kelab Chelsea.

Yang menariknya Daniel Sturridge telah mencatatkan rekod untuk The Reds. Dengan gol pada perlawanan menentang Norwich ini dia telah mencatatkan nama sebagai pemain pertama The Reds yang menjaringkan gol pada 3 perlawanan pertama berturut-turut semenjak Ray Kennedey melakukannya pada tahun 1974.

Gol-gol dijaringkan oleh Henderson, Suarez, Sturridge dan Gerrard. Satu gol lagi adalah gol jaringan sendiri oleh pemain Norwich, Ryan Bennett.

Antara pemain-pemain Liverpool yang menarik perhatian aku pada pemain ini adalah:

Jordan Henderson

Pemain ini diberi rating 10/10 pada perlawanan ini. Pemain ini adalah pemain tengah terbaik pasukan Liverpool dalam menekan dan mengekang (closing down) pemain pasukan lawan.

Ramai yang tidak berpuas hati apabila dia tidak berada di barisan permulaan sewaktu menentang Manchester United tempohari. Ini apabila Joe Allen agak tenggelam permainannya.

Pemain ini turut menjaringkan gol pertama pasukan Liverpool. Dia turut terlibat dalam penghasilan gol oleh Sturridge.

Pemain muda ini semakin mendapat tempat di hati para peminat musim ini setelah prestasi yang kurang menyerlah di musim lepas.

 

Andre Wisdom

Seperti juga dalam perlawanan menentang Manchester United tempohari, pemain muda yang dianggap sebagai pemain sekarang dan masa depan ini sekali lagi menunjukkan prestasi yang membanggakan.

Kemahirannya membaca permainan lawan dan pintasan-pintasan yang menarik serta larian ke hadapan untuk membantu barisan serangan menjadikan ketiadaan Jose Enrique yang berehat kerana kecederaan hampir tidak terasa.

 

Luis Suarez

Seperti biasa, sumbangannya cukup besar dalam setiap perlawanan. Persefahamannya dengan daniel Sturridge juga semakin baik.

Dia turut menyumbang satu gol untuk The Reds pada perlawanan ini.

Sekarang khabar angin bertiup kencang mengatakan Pep Guardiola yang kini telah menjadi pengurus pasukan Bayern Munich telah menjadikan Luis Suarez sebagai pemain pilihan utamanya untuk dibawa masuk ke dalam pasukan barunya itu.

Diharap The Kops akan sanggup berbuat apa saja untuk menghalang niat itu.

 

Steven Gerrard

Ketua pasukan The Reds ini juga amat jarang menghampakan pada setiap perlawanan yang melibatkan dirinya. Dalam perlawanan ini dia turut menjaringkan satu gol buat Liverpool.

Persembahannya yang mantap mungkin turut dibantu dengan keberkesanan dua orang lagi pemain tengah iaitu Lucas Leiva dan Henderson.

Jika Liverpool berjaya mendapatkan Wesley Sneijder seperti yang digembar gemburkan, pasti bahagian tengah Liverpool akan bertambah mantap.

Tahniah Liverpool. Perlawanan selepas ini adalah menentang Arsenal di tempat lawan. Liverpool mesti berusaha sedaya upaya untuk menang demi mengejar 4 tempat teratas. Arsenal pula pasti akan menjadi lawan yang amat sukar untuk ditewaskan. Persembahan terumbang ambingnya nescaya akan dibaiki untuk mengekalkan kedudukan di kalangan 4 kelab teratas.

Kepada yang tertinggal perlawanan Liverpool vs Norwich ini, anda boleh tonton di sini:

 

 

You’ll Never Walk alone!!!

Jan 14

Liverpool Kalah Di Tangan Manchester United, Namun Semangat YNWA Tetap Bersamaku

man u Liverpool Kalah Di Tangan Manchester United, Namun Semangat YNWA Tetap Bersamaku

Manchester United vs Liverpool

Malam tadi telah berlangsung pertarungan sengit di antara dua musuh tradisi Liga Perdana Inggeris iaitu Manchester United dan Liverpool. Perlawanan kali ini diadakan di Stadium Keramat Manchester United iaitu Old Trafford.

Aku kebetulan ada buat appointment dengan existing client unit trust aku kat restoren mamak. Sambil boleh la layan bola sekali. Kebetulan pulak client aku ni pun penyokong tegar Liverpool.

Terus terang aku cakap aku memang tak berapa yakin yang Liverpool akan menang. Tetapi sebab ia adalah pasukan favourite aku, jauh di sudut hati minta sangat-sangat yang Liverpool akan menang atau sekurang-kurangnya seri. Dan akhirnya ternyata sangkaan aku betul, Liverpool kalah di tangan Manchester United.

mu vs liv Liverpool Kalah Di Tangan Manchester United, Namun Semangat YNWA Tetap Bersamaku

Namun aku cukup  berpuashati dengan perlawanan ini terutama di separuh masa kedua perlawanan.

Liverpool melakukan kesilapan pada separuh masa pertama dengan memberikan terlalu banyak penghormatan kepada pasukan lawan. Akibatnya pasukan lawan menguasai perlawananan dan menghasilkan 2 gol.

Perlawanan ini menyaksikan Daniel Sturridge bermain buat kali pertama di perlawananan Liga Perdana Inggeris semenjak perpindahan dari kelab Chelsea. Dia diturunkan di separuh masa kedua. Sebelum ini dia hanya membuat kemunculan sulung di perlawanan piala FA semasa Liverpool bertemu Mansfield.

Brendan Rodgers juga telah menurunkan Fabio Borrini yang baru pulih dari kecederaan. Ini adalah perlawanan pertamanya setelah kembali dari kecederaan. Dan dia kelihatan belum cergas sepenuhnya.

Secara keseluruhan aku berpuashati dengan perlawanan malam tadi, walaupun kalah. Tapi bagi aku kalah macam tu adalah kalah yang bermaruah. Permainan di separuh masa kedua amat menghiburkan.

Beberapa perkara penting yang aku perhatikan pada perlawanan ini:

Howard Webb

Howard Webb yang terkenal dengan keputusan-keputusan yang memihak kepada Manchester United sehinggakan digelar pemain ke 12 kelab itu agak baik pada malam tadi. Keputusannya banyak memihak kepada Liverpool. Adakah tindakan ini untuk meredakan tuduhan tersebut?

Andre Wisdom

Pemain muda Liverpool ini dianggap sebagai pelapis kepada pemain senior. Posisinya di pertahanan kiri boleh menggantikan Jose Enrique apabila diperlukan. Pemain muda yang baru memperbaharui kontrak dengan perjanjian jangka masa panjang ini amat bijak membaca permainan. Dia memiliki kemahiran memintas hantaran-hantaran pemain lawan dengan berkesan.

Daniel Sturridge

Pemain ini semakin serasi dengan pasukan The Reds. Menyumbat satu-satunya gol untuk Liverpool dalam perlawanan ini. Selain daripada taktik Bredan Rodgers, dia diturunkan hanya pada separuh masa kedua mungkin disebabkan kurang kecergasan berikutan seringkali memanaskan bangku simpanan sewaktu bermain dengan Chelsea. Kombinasi dan kesefahamannya dengan Luis Suarez harus dipertingkatkan untuk menjadi pasangan penyerang yang disegani.

Fabio Borrini

Kembali semula ke pasukan utama setelah pulih daripada kecederaan. Perlu pendedahan yang lebih banyak lagi untuk mencapai kecergasan sepenuhnya. Diharap kepulangan beliau dapat mengatasi kekurangan barisan penyudah Liverpool.

Steven Gerrard

Ketua pasukan Liverpool ini seperti biasa tidak pernah menghampakan. Susulan daripada percubaannya lah Liverpool memperolehi gol pertama. Gerrard sepatutnya lebih berkesan dan boleh menyumbangkan gol jika Joe Allen dan Lucas Leiva dapat bermain dengan lebih baik.

Lambat Panas

Jika Liverpool bermain seperti di separuh masa kedua saya rasa keputusan sekurang-kurangnya seri boleh diperolehi. Namun Liverpool lambat panas. Separuh masa kedua baru Liverpool menekan pasukan lawan. Di separuh masa pertama bola banyak dikuasai oleh Manchester United. Cubaan kearah pintu hanya sekali dua sahaja.

Secara keseluruhan, persembahan baik walaupun Liverpool kalah di tangan Manchester United. Harapan selepas ini agar kemenangan demi kemenangan akan berada di dalam genggaman jika sasaran di tempat ke 4 sekurang-kurangnya mau diraih.

You’ll Never Walk Alone!!!

Dec 31

Liverpool Menang Mudah Ke Atas QPR

qpr vs liverpool Liverpool Menang Mudah Ke Atas QPRLiverpool menutup tahun 2012 dengan kemenangan mudah ke atas QPR, kelab kepunyaan jutawan Malaysia Mr Tony Fernandes dengan jaringan 3-0. Kelab ini dilanda masalah pada musim ini. QPR hanya mencatat 1 menang dan 7 seri pada musim ini menjadikan kedudukannya tercorot.

Liverpool mengambil langkah bijak dengan mencari gol awal. Dan 2 gol berjaya diperolehi pada separuh masa pertama. Kedua-duanya oleh Luis Suarez. Gol ke 3 diperolehi Daniel Agger.

Perlawanan ini kembali meletakkan Luis Suarez sebagai pemain terbaik. Pemain yang iarang menghampakan ini telah menemui kembali sentuhan penyudahnyanya. Ini sedikit sebanyak mengurangkan tekanan Liverpool di barisan hadapan.

Luis Suarez adalah pemain terbaik pada perlawanan ini.

Taktik Liverpool yang mengasak mencari gol pendahuluan awal amat berkesan. Berbeza dengan perlawanan-perlawanan sebelum ini di mana Liverpool seperti lambat panas. Taktik mencari gol awal ini penting untuk meningkatkan keyakinan dan semangat. Aku rasa perlawanan selepas ini pun kena cari gol awal.

Cuma pada perlawanan ini Jose Enrique, pertahanan kiri Liverpool mendapat kecederaan hamstring. Kebiasaannya kecederaan sebegini akan menyebabkan pemain terpaksa direhatkan 3 – 12 minggu bergantung kepada keseriusan tahap kecederaan.

Posisi pertahanan kiri merupakan posisi yang agak kritikal di dalam pasukan Liverpool. Salah satu pilihan Brendan Rodgers ialah menubah posisi sayap kiri Stewart Downing kepada pertahanan kiri. Ini pernah dibuat oleh Brendan Rodgers sebelum ini.

Ini akan merugikan Liverpool kerana prestasi Stewart Downing di bahagian sayap kiri amat bagus sekarang ini.

Mungkinkah pembelian pemain baru untuk menutup lubang ini akan dibuat di waktu pembelian pemain pada bulan January 2013 nanti?

Dalam perlawanan ini kapten Liverpool, Steven Gerrard diberi tugas yang lebih bebas untuk mengemudi bahagian tengah. Ini terbukti berhasil dengan bahagian tengah Liverpool yang bermain dengan baik. Beliau juga membuat assist untuk gol Daniel Agger.

Ada peminat yang memberi komen, permainan berhati-hati Liverpool pada separuh masa kedua amat merugikan. Ini adalah kerana Liverpool boleh menambahkan lagi jaringan gol jika bermain seperti separuh masa pertama.

Pendapat tersebut ada benar dan ada yang tidak. Jika dilihat dari sudut sebaliknya, Liverpool sebenarnya patut bermain sebegitu. Ini adalah kerana di separuh masa kedua QPR bermain dengan lebih baik dengan tujuan dan semangat untuk mencari gol.

Jika permainan menyerang dititik beratkan mungkin bahagian pertahanan akan sedikit lemah dan ini akan memberi peluang QPR memburu jaringan.

Apa-apa pun tahniah Liverpool. Harap-harap pasukan ini akan dapat mengekalkan konsistensi di tahun baru nanti.

You’ll Never Walk Alone

 

Dec 27

Liverpool Memang Patut Kalah

Brendan Rodgers Liverpool Memang Patut Kalah

Brendan Rodgers harus bijak mencorak formasi permainan

Liverpool kalah lagi dan kali ini kalah kepada Stoke City di tempat lawan dengan jaringan 1-3. Gol Liverpool dijaringkan oleh ketua pasukan, Steven Gerrard menerusi sepakan penalti selepas Luis Suarez dikasari di dalam kotak penalti. Yang paling mengujakan ialah penalti tersebut dianugerahkan oleh Howard Webb yang dikatakan selalu menjadi antara punca Liverpool kalah kepada seteru utama Manchester United.

Manakala gol-gol Stoke City dijaringkan oleh Jonathan Walters (2) dan Kenwyne Jones (1). Baru je aku puji sikit Liverpool dalam artikel INI dah kalah pula.

Aku nak komen banyak pun malas bila mood kalah mcam ni. Tapi Liverpool memang patut kalah. Ini diakui sendiri oleh Brendan Rodgers, pengurus Liverpool.

luis suarez vs stoke Liverpool Memang Patut Kalah

Persembahannya memang tidak menghampakan

Daripada 11 orang pemain, bagi aku hanya Luis Suarez yang menunjukkan prestasi yang membanggakan. Yang lain tenggelam termasuk Steven Gerrard. Yang paling teruk bahagian pertahanan. Mereka boleh melepaskan 2 gol dalam masa 10 minit di separuh masa pertama selepas gol pendahuluan Steven Gerrard. Kemudian melepaskan lagi 1 gol pada awal separuh masa kedua.

Samada pemain belum serasi dengan formasi Brendan Rodgers ataupun memang ramai pemain yang tidak berkualiti di dalam pasukan Liverpool yang menyumbang kepada kekalahan ini tidak lah pula aku tahu. Tapi yang pasti Brendan Rodgers kenalah pandai membina formasi bergantung kepada pasukan lawan dengan melihat formasi mereka. Bukan hanya mengekalkan formasi dan corak permainan hanya kerana corak dan formasi itu yang telah memberikan kemenangan pada perlawanan sebelum ini.

Tentang pemain pula, jika dikatakan prestasi Liverpool pada perlawanan itu disebabkan tidak ramai pemain Liverpool berstatus world class, kita perlu lihat pula kepada Manchester United. Mereka juga tidak mempunyai ramai pemain berstatus dunia, tetapi mereka mempunyai semangat jitu inginkan kemenangan. Mereka selalu akan bangkit kembali dan memenangi perlawanan walaupun mereka ketinggalan sebelumnya. Contoh terbaru ialah pada perlawanan mereka menentang Newcastle dimana mereka bangkit daripada ketinggalam dengan memenangi perlawanan dengan jaringan 4-1.

Kekalahan ini akan menyukarkan Liverpool menyempurnakan sasaran musim ini. Kemenangan Tottenham, Everton dan West Brom telah memberikan satu jurang diantara pasukan 7 teratas dan pasukan-pasukan lain.

Perlawanan Boxing Day awal pagi tadi (waktu Malaysia) pada pendapat aku, Liverpool memang patut kalah.

Diharap The Reds akan bangkit semula pada perlawanan menentang QPR selepas ini. Namun walau apapun terjadi aku tetap bersama Liverpool.

“You’ll Never Walk Alone”

 

Dec 21

Daniel Sturridge Dan Tom Ince Akan Ke Liverpool?

Anfield Daniel Sturridge Dan Tom Ince Akan Ke Liverpool?

Stadium Liverpool, Anfield

Daniel Sturridge dan Tom Ince akan ke Liverpool? Liverpool memang sedang mengalami krisis pemain pada musim ini terutamanya di bahagian serangan. Andy Caroll dilepaskan secara pinjaman kepada kelab West Ham United. Harapan untuk melihat Fabio Borini menjadi penjaring tegar meleset apabila sentuhannya di depan gol agak hambar. Ditambah pula dengan kecederaannya yang memaksa dia berehat dalam jangamasa yang agak panjang. Kini hanya tinggal Luis Suarez seorang sahaja yang boleh diharapkan untuk menjaringkan gol secara kerap.

Pihak pengurusan Liverpool harus berbuat sesuatu jika sasaran tempat ke 4 musim ini ingin direalisasikan. Oleh itu pemain penyerang baru harus dicari segera semasa musim perpindahan Januari nanti. Tindakan ini pada pandangan saya adalah sesuatu yang wajib dilakukan. Untuk menampung kos pembelian penyerang baru untuk bergandingan dengan Suarez, Liverpool mempunyai pemain-pemain yang lebih banyak menghabiskan masa di bangku simpanan, sedangkan memperolehi gaji mingguan yang tinggi. Pemain seperti Joe Cole dan Stewart Downing perlu dilepaskan. Kecuali Stewart Downing dapat membuktikan nilai dirinya dengan mengukuhkan kedudukannya di posisi barunya iaitu di pertahanan kiri. Sekurang-kurangnya penjualan keduanya dapat membantu kos pembelian pemain baru yang mungkin tinggi.

Khabar angin bertiup kencang menyatakan Liverpool berminat untuk mendapatkan Daniel Sturridge sebagai pasangan Suarez di waktu perpindahan Januari nanti. Sebenarnya nama Daniel Sturridge ini sudah meniti dibibir Brendan Rodgers pada waktu perpindahan yang lalu. Dan dia tampak begitu hampir menyarung jersey Liverpool pada masa itu. Namun hajat tidak kesampaian.

Rafa Benitez juga sedang membentuk kembali pasukan Chelsea. Kemungkinan ramai pemain yang akan dilepaskan. Jika tidak pada waktu perpindahan pendek Januari ini, pemain-pemain yang berada di dalam senarai “buangan” pasti akan ditunjukkan pintu keluar juga pada akhir musim nanti. Pemain yang membayangkan akan meninggalkan Chelsea di akhir musim nanti adalah Frank Lampard.

Daniel Sturridge dilihat sebagai tiada di dalam perancangan Rafa Benitez. Kali terakhir dia bermain untuk kelab Chelsea adalah pada perlawanan terakhir Chelsea di bawah kendalian Roberto DiMatteo. Dalam perlawanan tersebut Chelsea tumbang 1-2 kepada West Brom. Sejak itu dia hanya memanaskan bangku simpanan.

daniel strurridge Daniel Sturridge Dan Tom Ince Akan Ke Liverpool?

Daniel Sturridge

Minat Liverpool terhadap pemain ini akan digunakan sepenuhnya oleh Rafa Benitez. Dijangka Daniel Sturridge akan dijual sekitar harga 12 Juta (pound).

Seorang lagi yang dijangka akan dibeli oleh Liverpool ialah bekas pemain pelapisnya iaitu Tom Ince. Tom Ince dijual kepada Kelab Blackpool hanya 18 bulan yang lalu. Namun perkembangan yang cepat dan prestasi permainannya yang menyerlah di kelab tersebut membuka kembali minat Liverpool. Nilai pemain ini bernilai 6 Juta. Tetapi Liverpool boleh mendapatkan dengan hanya 4 Juta disebabkan kontraknya yang mempunyai klausa jualan yang disertakan semasa dia dibeli dari Liverpool dulu.

thomas ince Daniel Sturridge Dan Tom Ince Akan Ke Liverpool?

Tom Ince

BBC Sport melaporkan Liverpool semakin dekat untuk menyempurnakan urusan perpindahan kedua-dua pemain tersebut.

Harapan aku sebagai pemerhati dan peminat agar kedua pemain ini akan dapat membantu Liverpool mencari sasarannya.

 

You’ll Never Walk Alone!!!

 

Dec 20

Keputusan Raheem Sterling Sambung Kontrak Dengan Liverpool Salah?

raheem sterling1 Keputusan Raheem Sterling Sambung Kontrak Dengan Liverpool Salah?

Raheem Sterling sudah agak lama bermain tarik tali dengan pengurusan Liverpool dengan menangguhkan untuk menandatangani sambungan kontraknya dengan Liverpool FC. Walaupun pengurus Liverpool Brendan Rodgers seakan memberi jaminan bahawa Raheem Sterling akan menandatangani kontrak, namun penangguhan itu cukup membuatkan para peminat resah.

Banyak kelab yang disebut-sebut mahu mendapatkan Raheem Sterling. Di antaranya Arsenal, Manchester United dan Chelsea. Ketiga-tiganya adalah kelab besar di dalam Liga Premier Inggeris (EPL). Dan kemampuan mereka menawrkan gaji yang lumayan serta kejohanan Eropah akan menjadi satu tarikan yang kuat buat anak muda berusia 18 tahun kelahiran Jamaica ini.

Raheem Sterling lahir dari akademi bolasepak Liverpool yang di bangunkan semula dengan lebih serius semasa Rafa Benitez menjadi pengurus Liverpool. Pujian harus diberikan kepada Rafa Benitez dengan idea dan usahanya itu. Fasafah ini diteruskan lagi di bawah pengurus-pengurus selapas itu iaitu Roy Hodgson dan Kenny Dalglish. Hasil daripada usaha tersebut ramai pelapis-pelapis yang hebat dan berbakat sedang menunggu peluang untuk diserapkan ke dalam pasukan utama Liverpool. Mereka yang mendapat perhatian pengurusan Liverpool dan pasukan luar ialah Suso, Adam Morgan, Andre Wisdom, Conor Coady, Samed Yesil, Joao Carlos Teixeira, Michael Ngoo, dan Jonjo Shelvey yang sudah pun menjadi pemain regular pasukan Liverpool bersama-sama Raheem Sterling.

Dengan permainan yang menyerlah di musim ini Raheem Sterling telah dipanggil untuk membuat penampilan sulung bersama pasukan England oleh Roy Hodgson, pengurus yang pernah mengurus pemain ini sewaktu bersama Liverpool.

Perlawanan pertama Raheem Sterling di peringkat antarabangsa adalah menentang Sweden di perlawanan persahabatan di mana England tewas 2-4.

Namun semalam teka teki peminat Liverpool terjawab apabila Raheem Sterling telah menandatangani sambungan kontrak selama 5 tahun yang akan berakhir pada tahun 2017.

Raheem Sterling sejak berpindah dari kelab lamanya QPR sebagai pemain remaja pada tahun 2010 hanya menerima gaji mingguan di dalam lingkugan £2,000 seminggu. Dikhabarkan dengan kontrak terbaru ini gajinya melonjak sebanyak £30,000 seminggu. Dan sudah semestinya, kontrak terbaru ini disertai dengan klausa pelepasan (release clause). Inilah langkah selamat supaya dia tidak “dicuri” oleh pasukan lain.

Persoalannya adakah keputusan Raheem Sterling sambung kontrak dengan Liverpool satu keputusan yang salah? Ini adalah kerana mungkin pasukan lain boleh menawarkan gaji mingguan yang lebih tinggi. Pasukan lain juga boleh menjamin tempat ke perlawanan Eropah dimana Liverpool mungkin belum mampu lagi dalam masa terdekat.

Pada pandangan aku, keputusannya adalah betul. Sebagai pemain muda, banyak lagi yang perlu beeliau pelajari daripada pemain-pemain senior. Di Liverpool, pengurusan dan rakan sepasukan sudah mengenalinya. Jadi amat senang untuk berinteraksi. Di Liverpool juga dia sudah mendapat tempat di kalangan pemain utama dan selalu diturunkan oleh Brendan Rodgers. Di musim ini sahaja dia diturunkan di dalam hampir ke semua perlawanan utama iaitu. Cuma perlawanan pertama musim sahaja direhatkan iaitu semasa menentang WBA. Pada minggu ke 5 (menentang Manchester United) dia bermain selama 65 minit sahaja. Begitu juga semasa minggu ke 8 (melawan Reading), dia bermain selama 83 minit. Dalam perlawanan yang lain dia bermain penuh selama 90 minit.

Diharap Raheem Sterling dapat membantu Liverpool bangkit kembali sekurang-kurangnya menduduki tempat ke 4.

Jom lihat Skill Raheem Sterling sehingga menjadi buruan kelab-kelab besar:

You’ll Never Walk Alone!!!

 

Dec 18

Pengajaran Di Sebalik Kekalahan Liverpool Kepada Aston Villa

benteke Pengajaran Di Sebalik Kekalahan Liverpool Kepada Aston Villa

Christian Benteke meraikan gol jaringannya

Liverpool tampak kian selesa dengan 2 kemenangan berturut-turut melawan Southampton dan West Ham. Keyakinan para pemain dan pengurus memuncak. Sehinggakan Jose Enrique membuat kenyataan sasaran 4 tempat teratas boleh dicapai semasa ditemuduga oleh wartawan sukan selepas kemenangan ke atas West Ham. Ditambah pula selepas perlawanan itu Liverpool dijadualkan bertemu dengan beberapa kelab bawahan.

Namun kekalahan ditangan Aston Villa pada hujung minggu yang lalu menempelak para pemain dan pengurus yang terlalu yakin untuk memperolehi kemenangan. Pengurus Liverpool Brendan Rodgers sendiri  mengakui bahawa dia tidak menjangkakan sama sekali kekalahan tersebut.

Aku seperti biasa banyak mendapat sms, whatsapp dan twitter tentang kekalahan ini. Kebanyakannya daripada penyokong pasukan lawan terutama pasukan “the big four” English Premier League (EPL). Ini salah satu twitter yang aku terima:

twitter Pengajaran Di Sebalik Kekalahan Liverpool Kepada Aston Villa

Tweet daripada Mr Jocko

Untuk makluman Mr Jocko adalah penyokong kuat Manchester United. icon wink Pengajaran Di Sebalik Kekalahan Liverpool Kepada Aston Villa

Dalam perlawanan tersebut Liverpool dimalukan dengan jaringan 1-3 di hadapan penyokong sendiri. Nampaknya Anfield sudah tidak menjadi stadium keramat lagi buat Liverpool. Kekalahan tersebut merupakan kekalahandi tempat sendiri terbesar buat Liverpool pada musim ini.

Liverpool yang pada mulanya bermain dengan baik dan hampir memperolehi gol pembukaan. Namun ia mula hilang rentak selepas itu. Ini menyebabkan terhasilnya 2 gol dalam masa 10 minit yang dijaringkan oleh Chrisrian Benteke dan Andreas Weimann. Satu gol Aston Villa lagi dijaringkan pada separuh masa kedua.Sebenarnya taktik bijak Aston Villa melakukan serangan balas pantaslah yang menyebabkan terhasilnya gol-gol tersebut.

Liverpool mendapat satu gol hasil dari tandukan ketua pasukan Steven Gerard namun semuanya sudah terlambat buat Liverpool. Kekalahan harus diterima dengan hati terbuka walaupun kekecewaan jelas terpancar daripada para pemain, pengurus dan para penyokong setia. Ini sekaligus menunjukkan bahawa impian Liverpool untuk menduduki di kalangan 4 pasukan teratas musim ini agak sukar.

Di mana silapnya liverpool? Seorang rakan di dalam Liverpool Facebook group telah postkan status berikut:
status fb Pengajaran Di Sebalik Kekalahan Liverpool Kepada Aston Villa

Status Facebook seorang rakan tentang kekalahan Liverpool. Betul juga kan?

“What made we lost last night?
No finishing???
We got world class striker on Suarez! Villa??? Dempeke???
Midfield not creative???
We got world class midfield on Gerard! Villa???
No quality defender???
We got international back four! Villa???
Keeper???
Who Reina face last nite?? Messi??? Ronaldo??? Falcoa???”

Betul juga apa yang dikatakan oleh rakan YNWA di atas icon wink Pengajaran Di Sebalik Kekalahan Liverpool Kepada Aston Villa .

Namun ada pengajaran di sebalik kekalahan Liverpool Kepada Aston Villa. Antara pengajaran yang perlu dipelajari daripada kekalahan tersebut ialah:

Pertahanan Yang Teruk

Selepas 3 kali tanpa bolos (clean sheets) dalam 5 perlawanan, tampak seperti Liverpool sudah mengatasi masalah pertahanannya. Tetapi perlawanan menentang Aston Villa membuktikan sebaliknya.

Pertahanan Liverpool seperti tidak dapat menyaingi serangan pantas Villa terutama sewaktu mereka melakukan serangan mengejut  (counter attack).

Lihat sahaja gol kedua Villa. Ia bermula dari Joe Cole yang kehilangan bola, Joe Allen yang kurang berkesan peranannya dan Skrtel yang melakukan kesilapan lalu gol terhasil.

Pepe Reina telah hilang bisanya. Prestasinya sekarang menjadi persoalan. Dan penggantinya disebut-sebut akan dicari di waktu perpindahan Januari nanti.

Kesimpulannya persembahan pertahanan Liverpool kurang bagus apatah lagi ini perlawanan di tempat sendiri.

Percubaan banyak, tetapi Brad Guzan seperti tidak tercabar

Jika diikut kepada statistik, memang nampak Liverpool bermain lebih baik dengan penguasaan padang sebanyak 72% dan 29 percubaan arah gol. Tetapi reality tidak begitu. Dalam perlawanan sebenar statistik tidak menyumbang sebarang mata kepada kedudukan dalam liga.

Liverpool memang bermain dengan lebih baik, tetapi kemampuan untuk menukarkan peluang kepada gol terhad. Contohnya Suarez seakan memastikan Gerard menjaringkan gol dengan permain “satu-satu” (one-on-one) dengan tiada halangan daripada pemain pertahanan Villa, tetapi gol tidak terhasil. Begitu juga dengan rembatan yang agak lambat oleh Jonjo Shelvey di depan pintu gol Villa yang terbuka luas yang berjaya dihalang oleh pertahanan Villa. Inilah yang menyebabkan penjaga gol Villa Brad Guzan sakan tidak teruji di sepanjang perlawanan.

Tiadanya pilihan di bangku simpanan.

Ketinggalan 2-0 di separuh masa pertama, Brendan Rodgers cuba mengubah keadaan dengan memasukkan Joe Cole menggantikan Jonjo Shelvey dengan harapan barisan depan akan lebih merbahaya. Jordan Henderson juga dimasukkan menggantikan Lucas Leiva yang agak hanyut selepas sekian lama tidak bermain di dalam pasukan utama akibat kecederaan.

Ini membuktikan Liverpool kekurangan pilihan di bahagian serangan. Tetapi yang menjadi persoalan, di manakah Oussama Assaidi? Suso pula terus berada di bangku simpanan. Sepatutnya dua pemain muda berbakat ini diberi peluang untuk mengubah keadaan terutama di separuh masa kedua.

Kehebatan Christian Benteke berbanding Suarez

Liverpool mencuba kearah pintu gol Villa dengan cubaan-cubaan yang lemah dan tidak tepat. Namun Christian Benteke memanfaatkan cubaannya dengan 2 gol hanya dalam 5 percubaan.

Itulah perbezaan jurang yang besar diantara jentera serangan Liverpool dan jentera serangan Villa.

Suarez pula seperti tidak menjadi setelah membuat permulaan yang baik pada awal musim. 7 percubaan Suarez dalam perlawanan tersebut tetapi tidak berjaya menembusi Brad Guzan. Suares tidak menjaringkan gol sudah hampir sebulan selepas berbuat demikian semasa perlawanan menentang Wigan bulan lalu.

Sengat Suarez harus ditajamkan semula untuk perlawanan menentang Fulham selepas ini (minggu depan).

Terlalu cepat berpuas hati

Dengan dua kemenangan berturut-turut, Liverpool menyaksikan mereka hanya 4 mata di belakang tempat ke-empat. Tambahan pula 2 perlawanan selepas itu dimainkan di tempat sendiri dan menentang 2 kelab di kedudukan bawah liga.

Harapan mula dicanangkan. Jose Enrique melahirkan rasa yakin apabila ditemuduga oleh wartawan sukan. Brendan Rodgers pula mula menzahirkan keyakinan untuk berada di tempat ke-empat.

“We are 11 points off second so, if we can get some consistency, keep our mentality and our focus then it is not fourth place we want to aim for. We still have to play Manchester City and we should have beaten them at home. You want to aim as high as you possibly can but, of course, when the club has been out of the top four for so long, that is the ultimate ambition.” – Brendan Rodgers

Konfiden sangat bagus untuk pasukan tetapi jangan over confident. Sekarang Liverpool harus memastikan mereka beroleh mata penuh apabila melayan kedatangan Fulham di Anfield. Jika sebaliknya berlaku, Liverpool akan terperosok makin ke bawah. Liverpool kini 7 mata di belakang tempat ke-4.

Harapan aku supaya Liverpool mencerna pengajaran di sebalik kekalahan Liverpool kepada Aston Villa minggu lepas. Moga Liverpool dapat bangkit selepas ini.

You’ll Never Walk Alone!!!

Nov 12

Beckham Puji Suarez

 

suarez Beckham Puji Suarez

Foto ihsan dari page Luis 7 Suarez

David Beckham Puji Suarez. Beckham bekas pemain Manchester United tanpa berselindung meluahkan perasaan kagumnya dengan kemahiran kawalan bola yang tinggi oleh Luis Suarez.

Walaupun Beckham bekas pemain Manchester United, kelab yang mempunyai sejarah persaingan sengit dengan Liverpool di dalam sejarah Bolasepak Inggeris, tetapi beliau sanggup turut melahirkan perasaan kagumnya kepada Suarez secara terbuka.

“Gol menentang Newcastle adalah luar biasa,” kata Beckham, seperti yang dilaporkan oleh talkSPORT.

“Cara beliau membawa bola ke bawah, segala-galanya tentangnya adalah menakjubkan. Saya seorang peminat Manchester United dan saya tidak suka untuk mengatakan begitu mengenai pemain Liverpool!

“Sentuhan pertama beliau adalah luar biasa, sentuhan kedua adalah lebih baik. Dia seorang pemain yang hebat dan dia mampu melakukan perkara-perkara sebegitu pada setiap minggu.” Tambahnya lagi.

Kenyataan terbuka Beckham puji Suarez ini dijangka akan membawa kemarahan kepada penyokong Manchester United. Seperti yang diketahui Luis Suarez yang juga dikenali dengan nama timangan El Pistolero adalah pemain yang dibenci oleh para penyokong Manchester United selepas pertikaian membabitkan isu perkauman yang melibatkan dirinya dan pemain pertahanan Manchester United Patrice Evra. Peristiwa ini membawa kepada campurtangan pihak FA England dan menyebabkan Suarez digantung daripada mewakili pasukan Liverpool sebanyak 8 perlawanan.

Penggantungan tersebut menjadi salah satu faktor Liverpool tidak dapat bersaing dengan baik pada musim lepas.

Saksikan gol yang menyebabkan David Beckham puji Suarez tersebut:

Nov 12

James Bond Daniel Craig Tolak Tawaran Tiket Percuma Manchester United

craig rodgers 300x274 James Bond Daniel Craig Tolak Tawaran Tiket Percuma Manchester United

Daniel Craig bersama Brendan Rodgers

 

craig stevie 293x300 James Bond Daniel Craig Tolak Tawaran Tiket Percuma Manchester United

Daniel Craig Bersama Steven Gerard

 

Siapa yang dah tengok filem James Bond terkini, Skyfall? Saya belum tengok lagi. Ingatkan hari tu dapat tiket free Nuffnang Premier Screening. Tapi tak dapat. Maybe silap post kot. Sebab sebarang komen untuk sertai contest James Bond Skyfall tu hendaklah disertai dengan link blog sndiri dan link profile NuffnangX. Tapi hari tu saya lupa sertakan bersama link NuffnanX dalam komen saya untuk contest Skyfall.

Melalui review yang saya baca dari blog-blog rakan yang dah pergi tengok, filem ni tak de la best sangat. Ada yang kata boring, ada yang mengantuk dan tido terus, ada yang kata biasa-biasa aje dan lain-lain komen yang agak tidak memberangsangkan. Jadi, saya fikir tak perlulah saya tengok cerita ni kat panggung wayang. Kalau nak tengok jugak, beli VCD je la layan tengok kat rumah dengan anak-anak.

Tapi pagi ni, tup-tup terbaca satu berita dalam “Give Me Footbal” tentang Encik James Bond Daniel Craig tolak tawaran tiket percuma Manchester United. Baru tau yang  si Daniel Craig ni ialah die hard fan Liverpool. Sama macam saya la!!! Jadi kena la support ahli kelab, betul tak? icon lol James Bond Daniel Craig Tolak Tawaran Tiket Percuma Manchester United Kena la tengok kat wayang!!!

Kisahnya Pakcik Alex Ferguson naik kapal terbang ke Amerika Syarikat. Nak dijadikan cerita Pakcik Alex Ferguson duduk di sebelah seat emak kepada Daniel Craig. So, Pakcik Alex Ferguson pun menawarkan tiket untuk Daniel Craig untuk melihat perlawanan pasukan Manchester United secara percuma di Old Trafford. Tawaran itu ditolak oleh emak Daniel Craig yang memberitahu bahawa Daniel Craig ialah peminat tegar pasukan Liverpool. Caya la…! James Bond Daniel Craig tolak tawaran tiket percuma Manchester United dari Alex Ferguson tu! You’ll Never Walk Alone, Bond. icon lol James Bond Daniel Craig Tolak Tawaran Tiket Percuma Manchester United

Foto Daniel Craig pernah dirakam bersama dengan pengurus Liverpool Brendan Rodgers and skuad pasukan utama Liverpool sewaktu jelajah pra musim kelab Liverpool ke Amerika Utara. Dan dia juga khabarnya adalah pengunjung tetap Anfield jika ada kesempatan masa.

Sila klik link: James Bond Daniel Craig tolak tawaran tiket percuma Manchester United untuk berita penuh dari Give Me Football.

Sep 08

Open House Hari Raya Geng Liverpool Fan Club Malaysia

raya geng lfc Open House Hari Raya Geng Liverpool Fan Club MalaysiaUntuk semua penyokong Kelab Liverpool Malaysia. Satu jamuan Open House Hari Raya akan di adakan seperti di atas.

Open House ini akan diadakan di tempat biasa geng LFC berkumpul untuk menyaksikan perlawanan yang melibatkan pasukan Liverpool iaitu D’stall Corner Restoren, Kelana Jaya.

Sambil berhari raya, kita juga dapat menyaksikan secara langsung perlawanan Liverpool menentang Sunderland.

Para penyokong amat digalakkan memakai baju raya ke majlis Open House Hari Raya ini. Ini adalah kerana ada contest untuk best dress lelaki dan perempuan di samping cabutan bertuah. Anak-anak yatim akan turut diraikan di majlis ini

Anda juga digalakkan untuk membawa kuih muih ataupun potluck untuk mempelbagaikan makanan untuk majlis Open House Hari Raya ini nanti.

Antara senarai menu yang bakal dihidangkan ialah:

1. Mee Kari
2. Nasi Impit dan kuah kacang
3. Nasi Tomato
4. Rendang Daging
5. Ayam Masak Merah
6. Acar Timun
7. Bubur Durian
8. Buah-buahan
9. Minuman sejuk dan panas

Sila sahkan kehadiran anda sebelum 13hb September ini (hari Khamis). Anda diminta menghubungi nombor-nombor yang tertera di atas untuk tujuan pertanyaan lanjut dan urusan pembayaran.

Sekian terima kasih. Sama-sama kita eratkan hubungan sesama geng LFC.

You’ll Never Walk Alone!!!!

Jun 19

Jadual Perlawanan Liverpool Musim 2012/13

Liv Fixtures1 Jadual Perlawanan Liverpool Musim 2012/13Kepada fans the REDs inilah perlawanan Liverpool musim 2012/13. Sila simpan dalam diary yer icon lol Jadual Perlawanan Liverpool Musim 2012/13

Kita bermula dengan perlawanan menentang West Brom di tempat lawan. Perlawanan yang dinanti-nanti iaitu menentang 3 pasukan teratas EPL iaitu Manchester City (25 Ogos), Arsenal (1 September) dan Manchester United (22 September) semuanya akan dilangsungkan di tempat sendiri. Diharap Kops akan memanfaatkan perlawanan di tempat sendiri ini untuk mengutip mata penuh.

Perlawanan yang lain boleh dirujuk kepada jadual perlawanan di atas.

Diharap Liverpool di musim 2012/13 ini akan lebih menyinar sekurang-kurangnya dapat menempatkan diri di Champion League. Imej yang telah tercalar harus dibaiki dengan secepat mungkin.

Bagi aku yang boleh dikira sebagai penyokong tegar Liverpool akan terus menyokong walau apa pun berlaku kepada kelab ini.

You’ll Never Walk Alone!!!

YNWA!!!!