Feb 13

Alfatihah Buat Allahyarham Jejai (Azhar Ramli) Teratakarmo.com

 Alfatihah Buat Allahyarham Jejai (Azhar Ramli) Teratakarmo.com

 

Allahyarham Azhar Ramli ataupun lebih dikenali oleh rakan taulan sebagai Bro Jejai agak popular dikalangan rakan bloggers. Namun aku tidak sempat bersua muka dengan Allahyarham Jejai.

Aku secara peribadi tidak pernah berjumpa dengan hamba Allah tuan punya blog terakarmo ini. Pertama kali aku dengar nama Allahyarham Jejai ialah lebih kurang setahun yang lalu daripada Mr Jocko. Masa itu aku baru mengenali dunia penulisan blog dan Allahyarham Jejai sudah pun mengidap penyakit kanser.

 Alfatihah Buat Allahyarham Jejai (Azhar Ramli) Teratakarmo.com

Bro Framestone bersama dengan Allahyarham Jejai

Daripada cerita Mr Jocko, aku tau Allahyarham amat humble dan baik orangnya. Ramai bloggers yang menyenangi beliau.

Bermula daripada itu timbul hasrat di hati ini untuk menemui beliau secara peribadi. Namun hajat aku seperti terhalang. Pernah aku merancang dengan Mr Jocko untuk melawat Allahyarham di rumahnya. Namun perancangan tinggal perancangan.

Ada yang mengatakan Allahyarham kurang suka untuk menerima tetamu kerana tidak mahu orang bersedih dengan keadaan dirinya. Wallahua’lam.

Sejak itu aku sering menjenguk blog Allahyarham Jejai. Tetapi dek kerana blog Allahyarham sudah lama tidak dikemas kini (kali terakhir pada 5 Ogos 2012), aku semakin jarang ke sana.

Namun aku sering membaca updates nukilan blogger-blogger yang rapat dengan Allahyarham tentang keadaan semasanya. Sehinggalah satu dana telah dilancarkan untuk Allahyarham.

Entri ini sudah cukup membuatkan airmataku tumpah. Entri daripada Bro Eyriqazz yang ini berjaya membuatkan air mataku deras mengalir. Waktu itu aku di restoren mamak. Ku kesat air mataku tanpa menghiraukan pandangan orang sekitar meja makan ku.

Di majlis Sepetang Bersama Bloggers 2013 (SBB 2013), Aku hanya menyedari kehadiran Allahyarham Jejai apabila Tok Penghulu Bro Ilham terhenti ucapannya dek kerana sebak tatkala menyebut nama Allahyarham Jejai.

Waktu itu terasa aku ingin pergi ke meja Allahyarham Jejai. Tetapi tak mungkin kerana majlis sedang berlangsung. Ku pendam rasa dan menunggu hingga habis majlis. Tetapi majlis Sepetang Bersama Bloggers 2013 (SBB 2013) berakhir agak lewat. Dan aku terpaksa bergegas pulang untuk menghadiri satu lagi majlis di Putrajaya. Sekali lagi hasrat tidak kesampaian.

Sehinggalah semalam aku jenguk Facebook dan terlihat status cik Nurul mengatakan Allahyarham Jejai sudah kembali ke rahmatullah. Aku whatsapp Mr Jocko minta pengesahan dan beliau mengesahkan dengan merujuk kepada twitter kak Red.

Sedangkan sehari sebelumnya ialah hari ulangtahun Allahyarham Jejai. Status Facebook isteri Allahyarham amat menyentuh hati menggambarkan tabah dan setianya isteri tercinta.

 Alfatihah Buat Allahyarham Jejai (Azhar Ramli) Teratakarmo.com

Status Mazliana Othman (isteri Allahyarham Jejai) – ihsan daripada shakiddo.com

Di malamnya pula aku terlepas pandang tentang rancangan rakan bloggers yang berkumpul di Masjid Negeri Shah Alam untuk bersama-sama melawat keluarga Allahyarham Jejai.

Aku hanya sedar rancangan tersebut apabila membaca status di Facebook dan pada masa tu jam sudah pun pukul 10.30 malam. Terlepas lagi aku untuk berjumpa Allahyarham Jejai untuk kali terakhir.

Ikuti pesanan keluarga Allahyarham Jejai yang disampaikan kepada rakan blogger yang pergi melawat malam tadi disini.

Mungkinkah aku tidak layak untuk bertemu insan agung yang disanjung rakan-rakannya yang bernama Azhar Ramli aka Jejai ini? Allah sahaja yang tau.

Kepada keluarga Allahyarham Jejai, sekalung takziah saya sekeluarga hulurkan. Harap bersabar menempuh dugaan.

Kembali kepada Pencipta itu sudah pasti kepada makhluk bernyawa. Cuma bila waktunya menjadi rahsia.

Yang diberi tanda-tanda (sakit) seperti Allahyarham Jejai mungkin ada hikmahnya. Sekurang-kurangnya amal baik yang tertinggal boleh diganti semula.

Lebih bahaya kepada kita yang sihat wal afiat ini. Takut maut memanggil tanpa disedari. Amal yang baik belum sempat dicukupi. Maka menjawab lah kita di akhirat nanti.

Wallhua’lam. Sekadar nukilan daripada insan kerdil yang berhasrat untuk mengenali insan bernama Jejai dengan lebih dekat tetapi tidak kesampaian.

“Whatever you do,Whatever happen,Whatever ever,Life has to go on…”
(motto blog teratakarmo.com)

Sep 29

Al-Fatihah, Cukupkah Jika Hanya Ditaip Sahaja?

status mati Al Fatihah, Cukupkah Jika Hanya Ditaip Sahaja?

Gambar hiasan. Tidak berkaitan dengan yang masih hidup maupun yang telah meninggal dunia

Kita biasa menerima status di Facebook kita apabila ada sanak saudara, kenalan ataupun sahabat-sahabat kita ada yang meninggal dunia. Kebiasannya kita akan mengesyorkan bacaan Ummul Kitab Al-Fatihah untuk ditujukan kepada simati.

Kita digalakkan membaca Al-Fatihah dan menghadiahkan kepada si mati agar si mati mendapat pahala sedeqah kita tadi. Ini mungkin akan dapat meringankan bebannya di dalam kubur.

Jika kita melihat makna Al-Fatihah itu sendiri adalah satu doa yang amat menyeluruh. Amat besar FAdhilatnya membaca surah ini. Jika tidak masakan tidak ia dinamakan Ummul Kitab (Ibu Al-Quran). Surah Al-Fatihah juga dijadikan bacaan wajib dalam solat baik solat wajib maupun solat sunat. Tanpa bacaan A-Fatihah solat tidak sah.

Amalan ini iaitu menghebahkan kematian di dalam facebook dan menghadiahkan bacaan Surah Al-Fatihah kepada si mati saya lihat adalah satu amalan yang amat baik sekali. setidak-tidaknya ramai yang boleh membacakan Al-Fatihah kepada si mati tadi. Orang yang membacanya juga mendapat pahala, dan si mati juga mendapat pahala yang di sedeqahkan.

Namun persoalan saya di sini, adakah tulisan/taipan al-Fatihah di Facebook itu hanya ditulis sahaja ataupun ditulis dan dibaca samada dengan bersuara maupun di dalam hati sahaja.

Jika hanya tulisan/taipan sahaja saya rasa pahala itu tidak sampai kepada si mati. Si penulis juga tidak mendapat pahala saya rasa. Sebab tiada belaku apa-apa bacaan. Pahala baca Quran iaitu “1 huruf 10 kebaikan” pun tidak dapat.

Jadi, untuk ingatan kepada saya dan sahabat-sahabat pembaca semua, jika menaip perkataan Al-Fatihah itu, sebaiknya berteleku sejenak sambil membaca Al-Fatihah. Harapan kita, kita berdoa semoga pahala bacaan itu akan sampai kepada si mati dan doakan juga kepada Allah, apabila kita meninggal dunia nanti agar orang ramai akan mendoakan kebaikan untuk kita juga.

Wallahualam.

Jun 03

Subhanallah! Mayat masih terpelihara selepas 19 tahun

syabib Subhanallah! Mayat masih terpelihara selepas 19 tahunPalestin – Zionis Israel pada Khamis, 31 Mei lalu menyerahkan 91 cebisan mayat syuhada’ Palestin kepada keluarga masing-masing. Semua mayat tersebut adalah mereka yang melakukan serangan bom berani mati di kawasan-kawasan tumpuan bagi membunuh penduduk Israel beberapa tahun lalu.

Islammemo.cc melaporkan, dari kalangan mayat tersebut, seorang daripadanya, As-Syahid Syahib Ahmad Muhammad yang terkorban 19 tahun lalu masih terpelihara dan sedikitpun tidak terdapat kesan reput atau rosak pada mayatnya seolah-olah baru meninggal dunia beberapa minit yang lalu. Syahib meninggal dunia pada 24 April 1993 ketika melakukan serangan berani mati dan menemui syahid dalam operasi tersebut. Mengulas keadaan mayat Syahib, seorang ulamak tempatan yang juga Pengerusi Majlis Tertinggi Hakim Syar’ie, Syeikh Yusuf Ad’is berkata, “Demikian adalah petanda kemuliaan dari Allah ke atas mereka yang syahid bahawa jasad mereka tidak akan hancur. Ia juga tanda amalan soleh yang dilakukan olehnya diterima di sisi Allah.”

Menurut SAFA, 79 dari cebisan mayat syuhadak Palestin dibawa ke Ramallah untuk tujuan upacara sambutan pada jam sekitar 3 petang, kemudian akan dihantar ke wilayah-wilayah asal mayat syuhada’. Manakala, 12 dari cebisan syuhada’ akan dibawa pulang ke Semenanjung Gaza.

Kita yakin kemuliaanNya juga diberikan kepada sekalian syuhada’ di Syria. Kalian juga wajar menyemai cita-cita untuk syahid kerana kurniaan Allah amat luas buat para syuhada’ Nya. “Syahid cita tertinggi kami!”

 

Sumber

May 04

Tuan Guru Silap Tweet

twitter tok guru Tuan Guru Silap TweetSemalam Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat tersilap taip kat twitter seperti gambar printscreen di atas. Kepada yang membaca tweet tersebut, bukan Bob Lokman yang meninggal ya.. tapi Bob Kuman. Namun tweet tersebut telah diperbetulkan.

Kesilapan sebegini boleh berlaku kepada semua baik yang tua ataupun muda. Selagi nama kita insan, kesilapan tak akan pernah lari daripada kita. Jadi jangan lah ada pihak yang memutar belitkan kesilapan ini untuk kepentingan politik ataupun untuk menyerang peribadi Tuan Guru.

Wallahua’lam.


Sumber

May 04

AlFatihah Buat Bob Kuman

Bob meninggal dunia AlFatihah Buat Bob Kuman

Keratan Akhbar Berita Harian

 

Innalillahi Wainna Ilaihi Raaji’uun.

Alfatihah. Baca dan sedeqahkan kepada arwah Bob. Moga sedeqah kita sampai kepadanya. Dan semoga bila kita meninggal nanti pun orang ramai akan bersedeqah juga kepada kita. Amiin.

Berita kematian Bob aku terima petang semalam melalui laman Facebook. Sumber berita adalah melalui blog Mazidul Akmal Sidek yang juga rakan dan jiran Allahyarham.

Hari ini banyak laporan-laporan daripada akhbar-akhbar tempatan tentang kematian Bob. Walaupun beritanya tidak lah besar namun sedikit sebanyak dapat mengurangkan cerita-cerita lucah yang berleluasa sekarang.

Untuk orang-orang yang berfikir, berita tentang kematian ini bukanlah hanya sekadar berita. Tetapi ianya adalah peringatan besar daripada Allah bahawa kita hidup hanyalah sementara. Yang ada semuanya adalah pinjaman daripada Allah yang akan diambilNya bila-bila masa sahaja. Banyakkanlah amal didunia untuk bekalan disana nanti apabila nyawa sudah terpisah dari badan. “Berkerjalah seperti mana kamu akan hidup selama-lamanya. Beramallah kamu seperti kamu akan mati pada esok hari. “. Ada yang berkata ini hadith. Tetapi saya sedikit ragu dan setelah membuat sedikit research sebenarnya ini bukan hadith. Ianya kata-kata yang diucapkan oleh ‘Abdullah bin ‘Amr bin al-’Ash.

Bob meninggal dunia disebabkan komplikasi penyakit jantung, paru-paru berair dan darah tinggi yang dihidapinya. Lebih tragis apabila diberitakan Bob baru sahaja mendirikan rumahtangga buat kali kedua pada bulan lepas. Arwah belum pun sempat berbulan madu. Moga isterinya tabah menghadapi dugaan.

Bob di akhir hayatnya saya tengok begitu berminat untuk mempelajari agama Islam dan mendekati ulama’. Ini dapat dibuktikan apabila Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang datang melawat Allahyarham sewaktu sakit. Moga kematian Bob merupakan “Husnul Khatimah” kepada Allahyarham. Dan moga Allah kurniakan husnul khatimah kepada saya dan anda juga seperti yang selalu kita minta di dalam doa:

“Allahummakhtim ‘lana bi husnil khaatimah

wala takhtim ‘alaina di suuilkhaatimah”

Ya Allah sudahkanlah (matikanlah) kami dengan kesudahan yang baik

janganlah Engkau sudahkan kami dengan kesudahan yang buruk

Aamiin Ya Rabbal ‘aalamiin.

Apr 02

Akibat Mencabul, Awang Hitam Mati Dibelasah

Lambakan pendatang asing di negara kita harus dibendung segera. Kelibat mereka sekarang dapat dilihat disana-sini. Ada kumpulan dari negara Afrika, Bangladesh, Indonesia dan lain-lain. Keadaan kebanjiran ini dilihat semakin tidak terkawal sekarang ini. Banyak juga kes-kes jenayah seperti rompakan, internet scams, rogol, dadah dan sebagainya dilakukan oleh mereka. Mereka berlagak seolah-olah berada di negara sendiri.
Laporan Bernama bertarikh 1 April 2012 ini adalah antara kemuncaknya:
KUALA LUMPUR – Kebimbangan penghuni Kondominium Venice Hills di Batu 9, Hulu Langat dekat sini terhadap kebanjiran pendatang asing dari Afrika sampai ke kemuncaknya hari ini apabila seorang lelaki warga Nigeria mati setelah dibelasah kerana mencabul seorang wanita tempatan.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata, mangsa berusia 35 tahun merupakan seorang pelajar di sebuah kolej swasta telah mencabul kehormatan seorang tukang cuci wanita berusia 43 tahun di kondominium itu pada 11 pagi.

“Wanita tersebut telah dipeluk dan dicium dari belakang oleh lelaki Nigeria itu yang juga menunjukkan kemaluannya kepada wanita itu. Wanita itu bagaimanapun berjaya melepaskan diri dan melaporkan kejadian itu kepada tujuh orang anggota Rela yang bertugas,” katanya kepada pemberita di sini.

Ab Rashid berkata menyedari perbuatannya diketahui, lelaki Nigeria itu telah cuba melarikan diri ke kawasan lobi kondominium menggunakan lif namun dia berjaya ditahan oleh anggota Rela berkenaan.

Beliau berkata, anggota polis yang tiba ke tempat kejadian kemudian mendapati lelaki Nigeria itu yang diikat berada dalam keadaan tidak bermaya dan terus membawanya ke sebuah pusat perubatan terdekat, namun disahkan mati sebaik tiba.

Katanya, mayat mangsa kemudian telah dihantar ke Hospital Serdang untuk  dibedah siasat. Ab Rashid berkata, kesemua tujuh anggota Rela itu yang berumur lingkungan 20-an  telah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Katanya, polis masih menyiasat sama ada lelaki Nigeria tersebut mati akibat dipukul menggunakan senjata atau sebaliknya.

Beliau berkata, ekoran kejadian itu beberapa lelaki Afrika telah berkumpul dan melahirkan rasa tidak puas hati mereka tetapi berjaya dileraikan oleh pihak polis.

negro merusuh 300x173 Akibat Mencabul, Awang Hitam Mati Dibelasah

SEBAHAGIAN daripada warga Nigeria yang merusuh di Kondominium Venice Hill, Batu 9, Kajang semalam.

Sementara itu saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Abu berkata, kira-kira 200 lelaki Afrika telah merusuh sebelum ketibaan pihak polis dan mereka telah merosakkan beberapa harta awam seperti pondok pengawal dan bilik gerakan Rela.

“Saya nampak mereka telah merusuh apabila mendapat tahu rakan mereka telah mati dan kejadian ini telah menakutkan penduduk setempat,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang sering mabuk sebelum ini pernah menimbulkan masalah kepada penduduk di kawasan itu. – Bernama
Nota kaki: Apakah usaha yang dilakukan oleh pihak berwajib tentang perkara ini? Banyak kejadian jenayah yang akan berlaku jika perkara ini terus tidak dibendung. NGO dan parti politik sebaiknya membawa agenda ini juga untuk diperjuangkan. Sementelah lagi kita sekarang sedang berada di ambang PRU 13.