Oct 25

Eidul Adha Dan Tauladan Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim Dan Ismail

sembelih kambing Eidul Adha Dan Tauladan Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim Dan Ismail

Suatu hari ketika berada di Mekah, nabi Ibrahim A.S telah bermimpi bahawa Allah memerintahkan baginda untuk menyembelih anak baginda Nabi Ismail. Baginda terjaga kerana mimpi aneh itu. Setelah memintakeampunan dan perlindungan dari Allah baginda tidur kembali. Namun mimpi yang sama berulang sama seperti tadi. Kemudian baginda tidur lagi. Mimpi aneh itu tetap berulang.

Kemudian tahulah baginda itu memang perintah dari Allah.

Diringkaskan cerita apabila tiba di Mina, tempat untuk melakukan penyembelihan itu, Nabi Ibrahim memberitahu anaknya Nabi Ismail seperti yang diceritakan di dalam Al-Quran.

Nabi Ibrahim berkata:

“Anakku. Aku mendengar di dalam mimpiku bahawa Allah SWT telah memerintahkan aku supaya menyembelih kamu. Apa pendapat kamu?”

Nabi Ismail lantas menjawab:

“Wahai ayahku. Kerjakanlah apa yang Allah SWT perintahkan kepada kamu. InsyaAllah ayah akan mendapati aku sebagai orang yang sabar dalam menjalankan perintah Allah.”

Dengan jawapan anaknya itu tahulah Nabi Ibrahim bahawa Allah telah menunaikan doa baginda iaitu:

Rabbi hablii mina soolihiin (Ya Tuhanku, kurniakan aku seorang anak yang soleh”

Sebelum peristiwa penyembelihan itu iaitu sewaktu perjalanan ke Mina Iblis laknatullah telah mendatangi ibu Nabi Ismail iaitu Siti Hajar menghasut supaya Siti Hajar membantah dan menggagalkan rancangan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Namun hasutannya itu ditolak mentah-mentah oleh Siti Hajar.

Iblis kemudiannya menghasut pula Nabi Ibrahim supaya tidak menyembelih anak baginda. Namun keimanan Nabi Ibrahim mengatasi segalanya.

Iblis datang pula kepada Nabi Ismail. Nabi Ismail juga tidak terpengaruh malah dilontarnya batu kepada Iblis lalu terkena mata kiri lalu menjadi buta. Peristiwa inilah yang menjadi lambang kepada perintah Allah agar jemaah haji melontar di jamrah.

Akhirnya Nabi Ibrahim tetap meneruskan perintah Allah iaitu menyembelih anaknya. Sewaktu pisau diletakkan di leher nabi Ismail dan sembelihan dimulakan, para Malaikat tersungkur sujud kepada Allah SWT kerana mengagumi Nabi anak beranak itu. Ikuti kisah lanjut di sini.

Peristiwa ini memberi kita gambaran dan tauladan iaitu demi perintah Allah kita wajib berkorban. Berkorban apa saja demi keredhaan Allah. Demi agama Allah kita wajib berkorban tenaga, masa, duit dan sebagainya.

Menurut Imam Suhaib Webb semasa memberikan tazkirah di sebuah stesen tv baru-baru ini, beliau mengatakan bahawa Nabi Ismail yang sanggup dikorbankan itu sebenarnya juga satu perlambangan kepada kita. Di dalam diri kita sebenarnya ada “Ismail”. Kita harus keluarkan “Ismail” dari dalam diri kita dan mula berkorban untuk Allah dan agama Islam.Korbankan masa senang kita untuk Islam. Korban duit untuk Islam. Korbankan tenaga kita untuk Islam. Jadikan diri kita seorang yang dapat memberi manfaat kepada Islam.

Imam Suhaib Webb memberikan contoh satu kumpulan anak muda di satu kawasan miskin di Amerika Syarikat mengorbankan masa muda mereka. Mereka mengorbankan muzik-muzik Hip Hop, Rock dan sebagainya yang menjadi kegilaan kepada remaja seusia mereka. Mereka mengorbankan TV dan masa rehat mereka. Apa yang mereka buat? Mereka telah menawarkan khidmat PERCUMA untuk menemani anak-anak kejiranan mereka sewaktu pergi dan balik dari sekolah. Ini kerana di kawasan tersebut jenayah memang kerap berlaku. Rompakan, rogol dan bunuh menjadi perkara biasa. Anak-anak yang mereka temani dan jaga di sepanjang perjalanan pergi dan balik sekolah itu kebanyakkannya bukan Muslim. Ini secara otomatik membersihkan imej Muslims di kalangan kejiranan tersebut. Bilamana media massa melabelkan Muslim sebagai pengganas, mereka berkata:

“Macamana kamu menggelarkan mereka (muslim) ini pengganas sedangkan merekalah yang membahayakan nyawa mereka menemani anak-anak kami pergi dan balik dari sekolah. Malah kami amat terhutang budi kepada mereka”

Itu adalah contoh pengorbanan yang kita harus lakukan di masa sekarang. Itu lah pengorbanan ataupun “Ismail” yang ada dalam diri kita.

Di Malaysia ini, antara yang kita boleh lakukan pengorbanan untuk masyarakat amnya dan Islam khasnya ialah kita boleh menjadi sukarelawan dalam membantu rumah anak-anak yatim misalnya. Persatuan ibu-ibu tunggal juga memerlukan sokongan dari masyarakat. Rumah orang-orang tua juga boleh dibantu.

Bantuan boleh diberi di dalam pelbagai bentuk bergantung kepada kepakaran masing-masing. Yang kuat boleh membantu dari segi tenaga. Membantu membuat jualan amal misalnya. Yang pakar IT dan pandai membuat blog dan website misalnya boleh membantu membuat blog dan website untuk mempromosikan badan-badan kebajikan ini.

Ayuh kita berkorban untuk masyarakat. sekurang-kurangnya kita “pergi” dengan memberikan sesuatu kepada masyarakat. Hidup ini amat singkat. Berikanlah sesuatu kepada masyarakat supaya menjadi masyarakat yang lebih baik. Jika hidup kita memberi, mati kita akan disanjungi. InsyaAllah sanjungan berupa doa untuk menyejukkan kubur kita.

Jom Berkorban! Selamat Hari Raya Eidul Adha. Selamat Hari Raya Korban.

Wallahua’lam

 

 

Sep 12

Membunuh Cicak Hukum Dan Hikmah Di Sebaliknya

cicak rumah Membunuh Cicak Hukum Dan Hikmah Di SebaliknyaHadith Nabi SAW:

Daripada Abu Hurairah RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang membunuh cicak dengan satu pukulan baginya seratus kebajikan, jika dua pukulan baginya tidak sebagaimana yang pertama dan jika tiga pukulan tiada baginya sebagaimana dua pukulan.

(HR Muslim)

Dari Ummu Syarik radhiallahu ‘anha; Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan untuk membunuh cicak. Beliau menyatakan, “Dahulu, cicak yang meniup dan memperbesar api yang membakar Ibrahim.”

(HR. Muttafaq ‘alaih).

 

Dari Sa’ad, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallammemerintahkan untuk membunuh cicak, dan beliau menyebut (cicak) sebagai hewan fasiq (pengganggu).

(HR Muslim)

 

Membunuh cicak sunat hukumnya. Ia adalah sunnah Nabi. Kepada yang tidak peka terhadap sunnah nabi, ada yang mempersoalkan perkara ini. Antara katanya mengapa kita harus membunuh cicak sedangkan ia ada gunanya untuk kita terutama dalam memakan serangga seperti nyamuk dan sebagainya.

Namun setiap kata Nabi adalah dari Allah. Setiap perintah Allah pasti ada hikmahnya samada yang nampak di mata dan fikiran kita maupun yang tersembunyi dan tidak mampu terfikir dek aqal fikiran kita.

Antara hikmah membunuh cicak yang mampu terfikir oleh kita:

  1. Cicak ini binatang yang mengganggu. Lihat sahaja tabiat buruk membuang najisnya. Ia akan berak dan kencing di merata tempat di rumah kita, malah di masjid juga. Tabiat buruk ini amat mengganggu kita terutamanya dalam beribadat kerana najisnya akan menyebabkan ibadah kita seperti solat tidak sah.
  2. Cicak ini haiwan yang jelek perilakunya. Mengikut kisahnya semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh Raja Namrud, semua binatang lain berusaha memadamkan api. Tapi tidak dengan binatang cicak ini. Ia meniup lagi api sehingga api menjadi semakin besar. Akhlak yang buruk ini dikeji oleh Allah.
  3. Allah memberikan bermacam-macam cara untuk kita mendapat pahala sehinggakan membunuh cicak juga diganjariNya.
  4. Untuk kita berfikir bahawa Allahlah yang maha mengetahui kebaikan disebalik suruhan itu.

Jadi, sebagai ummat Islam yang patuh pada ajaran Allah dan ummat Muhammad yang sayangkan Nabinya usahlah dipertikaikan suruhan bunuh cicak ini. Kita buat kita dapat pahala. Jadi apa nak dipersoalkan lagi?