Sep 28

Nazmi Faiz Mansor Dengan Jersey Bierra Mar FC Dalam PES 2013

nazmi jersey malaysia Nazmi Faiz Mansor Dengan Jersey Bierra Mar FC Dalam PES 2013Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selepas artikel saya tentang Nazmi Faiz Mansor yang wataknya diletakkan di dalam permainan video (video game) PES 2013 yang lalu, ada lagi satu foto di sini yang terdapat dalam PES 2013. Kali ini Nazmi Faiz Mansor dengan jersey Bierra Mar yang lebih tampak seperti realistik. Lihat foto di atas.

Saya sedikit sebanyak berbangga apabila Nazmi Faiz Mansor, anak muda Malaysia sudah mula dikenali ramai. Diharap beliau akan terus maju di dalam kerjayanya sebagai seorang pemain bolasepak professional dan dapat mencurahkan kepakarannya ke dalam skuad Harimau Malaya di masa akan datang.

Selamat maju jaya Nazmi Faiz Mansor!!!

Sep 20

Nazmi Faiz Mansor Dalam Video Game PES 2013

nazmi faiz pes Nazmi Faiz Mansor Dalam Video Game PES 2013Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Lagi kisah tentang Nazmi Faiz Mansor pemain remaja Malaysia yang sedang menempa nama di Kelab Biera Mar FC, sebuah kelab di liga utama Portugal.

Baru-baru ini Video game PES 2013 telah dilancarkan. Yang paling best ialah dalam ribuan watak pemain bola di dalam PES 2013 itu, Nazmi Faiz Mansor adalah salah seorang daripadanya.Jika dilihat daripada gambar di atas, wajah Nazmi Faiz Mansor di dalam video game PES 2013 itu juga amat mirip dengan wajah sebenar beliau.

Video game PES 2013 ini ialah siri video game yang telah dicipta oleh syarikat video game Jepun, Konami. Ianya mula diperkenalkan ke khalayak peminat-peminat video game sejak tahun 2009 lagi. PES ialah singkatan kepada Pro Evolution Soccer yang mana ia turut dikenali sebagai World Soccer: Winning Eleven di negara Jepun.

Antara yang menarik mengenai game PES ini ialah watak pemain bola dibuat hampir sama dengan pemain bola yang sebenar. Data-data pemain di dalam game PES seperti kemahiran bermain bola, sifat dan sikap pemain adalah hampir sama seperti pemain sebenar. Inilah yang menjadikan game PES ini amat diminati ramai terutama oleh mereka yang amat meminati sukan bolasepak.

Syabas buat Nazmi Faiz Mansor. Bukan senang nak masuk watak dalam video game PES ni. Sebelum ini ada pemain Malaysia yang masuk dalam video game ini tetapi mereka bukan watak pemain sebenar. Pereka video game hanya mereka cipta sendiri watak tersebut tanpa mengambil kira watak yang sebenar.

Jom main video game PES 2013!!!

Jul 10

Latihan Pertama Nazmi Bersama Beira Mar

nazmi first training dgn beira mar 225x300 Latihan  Pertama Nazmi Bersama Beira Mar

Nazmi sedang mendengar arahan coach

Setelah tiba di Portugal beberapa hari yang lepas, inilah berita pertama yang kita dengar tentang Nazmi. Gambar di atas adalah gambar semasa latihan Nazmi bersama kelab barunya itu Nazmi telah menandatangani kontrak bersama Beira Mar, sebuah kelab kelab bolasepak utama Portugal selama 3 tahun.

Berikut pula adalah klip video latihan pertama Nazmi dengan rakan-rakan sepasukan Beira Mar:

Nampak tiada kejanggalan bagi Nazmi walaupun saiz badannya agak kecil berbanding rakan sepasukan yang lain.

Moga Nazmi akan terus sukses dan mengharumkan nama Malaysia.

Jul 06

Kisah Pelik FAM

haraimau muda Kisah Pelik FAM

Skuad Harimau Muda

Hasrat rakyat malaysia utk melihat pasukan Harimau Muda B22 melangkah lebih jauh dalam kejohanan Piala Asia 2013 nampaknya telah musnah. Ini adalah gara-gara badan rasmi bolasepak negara FAM enggan membuat bantahan secara rasmi kepada AFC tentang kesalahan Myanmar menurunkan pemain yang melebihi umur sewaktu menentang Malaysia tempohari.

Dalam perlawanan sebelum ini, Malaysia telah tumpas 1-2 kepada Myanmar, sekaligus meranapkan peluang Malaysia untuk maju lebih jauh dalam Piala Asia. Selepas perlawanan tersebut pihak kita telah mengesan penipuan umur di dalam skuad Maynmar. Dan semua pihak menggesa supaya bantahan dibuat kepada AFC. Perkara ini diwar-warkan di suratkhabar-surathabar tempatan keesokan harinya. Ini sedikit sebanyak memberi sedikit pengharapan kepada rakyat Malaysia yang inginkan kemajuan di dalam bolasepak kita.

logo FAM 259x300 Kisah Pelik FAM

Persatuan Bolasepak Malaysia, FAM

Namun hari ini, tup-tup aku dapat berita yang mengatakan FAM tidak menghantar pun bantahan secara rasmi kepada badan induk bolasepak Asia, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

afc Kisah Pelik FAM

Konfederasi Bolasepak Asia, AFC

Mengikut peraturan AFC, sebarang bantahan harus dikemukakan bantahan rasmi dalam masa 48 jam. Dan tempoh tersebut telah tamat pada pukul 7 petang semalam. Ini disahkan oleh Setiausaha Agug FAM, Datuk
Azzuddin Ahmad.

“Kami tidak boleh semata-mata membuat bantahan menggunakan bukti-bukti daripada pihak ketiga (media) atau laman-laman web. Selepas meneliti senarai pendaftaran AFC, kami dapati memang terdapat nama sama tetapi mereka individu berbeza. “Jadi FAM tidak mempunyai bukti kukuh untuk membuat bantahan. Penjelasan lanjut akan diberikan pada sidang media khas esok (hari ini),” kata Azzuddin ketika dihubungi, semalam.

Keengganan FAM untuk menghantar bantahan rasmi itu mungkin bakal memakan diri sendiri apabila diberitakan bahawa jurulatih skuad B-22 negara, Ong Kim Swee mahu meletakkan jawatan berikutan kecewa tidak mendapat sokongan majikan sendiri. Walaubagaimanapun Kim Swee yang dihubungi malam tadi enggan mengulas lanjut kerana beliau sedang bercuti.

Perbandingan profil penyerang Myanmar, Kaung Si Thu yang sebenarnya sudah berusia 25 tahun dalam laman web rasmi kelabnya,Yangon United seperti disiarkan Berita Harian semalam serta biodata umur sebenar kapten Myanmar, Kyaw Zayar Win iaitu 24 tahun dalam laman web rasmi Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) nampaknya belum
cukup meyakinkan FAM.

Malah terbaru, senarai pemain untuk aksi Piala Singapura yang menemukan kelab Zayar Win, Kanbawza FC dengan Loyola Meralco Sparks di Singapura malam tadi, turut tertulis umur Zayar Win, 24 tahun.

Setiausaha Agung AFC, Datuk Alex Soosay turut menyatakan pihaknya sedia melakukan siasatan andai menerima bantahan FAM sambil menganggap isu penipuan umur sebagai serius.

“Sesiapa yang langgar peraturan mesti dihukum. Kredibiliti kejohanan bawah umur mesti dijaga dan AFC tegas dalam perkara ini. Tapi semua kena ikut prosedur. Jika ada bantahan, kita akan rujuk ke Jawatankuasa Tatatertib AFC dan terpulang kepada mereka melakukan bentuk siasatan,” jelas Soosay ketika dihubungi, semalam.

Kenapa FAM bertindak sedemikian? Kita nantikan penjelasan mereka.

 

Sumber

Jul 06

Good Luck Nazmi Faiz Mansor

nazmi beira Good Luck Nazmi Faiz Mansor‘Doakan saya’ , kata Nazmi sebelum berlepas ke Portugal.

Bintang muda negara, Nazmi Faiz Mansor, 18,memulakan kembaranya di pentas Eropah apabila berlepas ke Portugal, malam tadi untuk beraksi selama tiga musim bersama kelab liga utama negara itu, SC Beira-Mar.

Kurang 30 jam selepas pulang bersama skuad B-22 dari Yangon, Myanmar petang kelmarin. Nazmi kali ini bersendiri terbang ke Portugal bagi memulakan latihan pramusim bersama Beira-Mar menjelang musim baru 2012/13, bulan depan.

beira Good Luck Nazmi Faiz Mansor

“Ini permulaan karier saya di Eropah. Jadi saya perlu berani mengambil
cabaran. Saya akan tunjukkan yang terbaik di sana nanti untuk
mengharumkan nama Malaysia. Bukan senang, tapi saya akan gunakan
peluang ini sebaiknya.

“Kepada semua peminat saya di seluruh Malaysia dan seluruh keluarga, doakan kejayaan saya di sana nanti. Terima kasih juga buat jurulatih (Ong Kim Swee) dan FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) yang banyak membantu,” kata Nazmi ketika ditemui di KLIA, Sepang malam tadi.

Selamat maju jaya Nazmi Faiz Mansor. Doa kami rakyat Malaysia bersama anda.

May 29

Gaji Nazmi Faiz RM300,000 Sebulan?

nazmi beira Gaji Nazmi Faiz RM300,000 Sebulan?

Nazmi sewaktu sesi ujian untuk kelab Beira-Mar

Wow.. jika benar khabar angin ini, memang terbaik lah buat Nazmi. Anak muda yang berusia 18 tahun tanggal 16 Ogos nanti baru saja menandatangani kontrak selama 3 tahun dengan kelab Bolasepak liga perdana Portugal, Beira-Mar.

Jika benar berita ini, Nazmi pastinya menjadi pemain bolasepak dari Malaysia yang menerima gaji paling lumayan. Sebelum ini Safee Sali yang bermain dengan kelab Pelita Jaya di Indonesia menerima gaji paling tinggi iaitu Rupiah 350 juta (RM118,000) sebulan.

Walaupun tidak mendedahkan jumlah sebenar pendapatan bulanan Nazmi, ejen beliau, Marco Guimaraes, mengakui jumlah gaji yang bakal ditawarkan kepada tonggak skuad bawah 22 tahun itu adalah sangat lumayan bagi seorang pemain muda dari Asia Tenggara.

“Terpulang kepadanya (Nazmi) sama ada untuk mendedahkannya atau tidak, katanya.

Jutawan muda ini akan mula bermain untuk Beira-Mar selepas tamat pusingan kelayakan Piala AFC bawah 22 tahun yang akan bermula 21 Jun sehingga 4 Julai nanti.

Pemergian Nazmi akan ditemani oleh pengendali Hrimau Muda, Ong Kim Swee .Selain menguruskan soal kontrak dengan kelab tersebut, Kim Swee yang berada di sana selama seminggu akan turut membantu anak buahnya menyesuaikan diri sebagai pemain professional di kelab Eropah itu.

Sumber

May 22

Nazmi Ikat Kontrak 3 Tahun Bersama Kelab Portugal

nazmi sign contract Nazmi Ikat Kontrak 3 Tahun Bersama Kelab Portugal

Tahniah Nazmi Faiz Mansor. Saat yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Setelah menyertai sesi latihan dan pemilihan selama beberapa hari beliau telah ditawarkan kontrak 3 tahun (sehingga tahun 2015) bersama kelab dari Liga Premier Portugal, SC Beira-Mar. Ini pastinya saat yang paling gembira buat Nazmi khususnya dan rakyat Malaysia amnya.

Menurut ejen Nazmi, Marco Guimaraes, persembahan dan permainan Nazmi amat baik terutama di hari terakhir sesi pemilihan yang berlangsung selama 3 hari.

Dengan pemilihan tersebut, Nazmi merupakan pemain bolasepak pertama Malaysia ke liga Eropah. Dengan umurnya yang masih muda iaitu 17 tahun, diharap Nazmi dapat menimpa kemahiran dan pengalaman di luar negara sebanyak mungkin dan mencurahkan bakti kepada Harimau Malaya.

Tahniah Nazmi!!!!