Jul 08

Thierry Henry Peluk Islam

thierry henry Thierry Henry Peluk IslamAlhamdulillah jika betul cerita ini. Kali ini giliran Thierry Henry pula dianugerahkan hidayatNya oleh Allah.

Islam adalah sebuah pilihan, demikian kata pemain bola sepak Thierry Henry. Kerana itu ketika memutuskan keyakinan dan menjadi mualaf, dia merasa bahawa berasa sangat dekat dengan Islam.

“Saya menganggap Islam sebagai pilihan terbaik untuk saya jika saya ingin percaya kepada sebuah agama,” kata penyerang New York Red Bulls.

“Saya mengikuti semua apa yang diajarkan oleh Al Quran. Ini sebabnya saya anggap Islam yang paling dekat dengan hati saya.” ujar Thiery yang berpegang teguh bahawa Islam hendaklah diamalkan secara total, bukan hanya mengambil separuh-seprauh sahaja.

Legenda Arsenal ini menyatakan, Islam mengajar umatnya bahawa seseorang harus percaya dulu terhadap Al Quran. Ini sebabnya dia belum menyatakan Islam sebagai agamanya, tapi Henry mengerti agama ini lebih daripada agama lain.

“Dan itu benar-benar menyedihkan bahawa banyak orang tidak meluangkan masa untuk cuba memahami Islam.”

Penyerang Les Bleus Perancis yang berjaya meraih Piala Dunia 1998 dan Piala Eropah 2000 ini menekankan, jika seseorang benar-benar percaya kepada Allah, maka sudah seharusnya setiap Muslim harus menjadi orang yang taat. “Kalau percaya ajaran Islam, seseorang harus percaya pada Al Quran dan Rasul terakhir,” kata Henry.

Sebenarnya ramai lagi pemain bolasepak daripada skuad Perancis adalah Muslim seperti, Samir Nasri, Franck Ribery, Nicolas Anelka, Eric Abidal dan beberapa orang lagi.

Subhanallah..

 

Sumber

 

Jun 22

Subhanallah… Philippe Senderos Pula Peluk Islam

philippe senderos Subhanallah... Philippe Senderos Pula Peluk IslamSubhanallah. Alhamdulillah. Islam kini semakin dekat di hati. Saban hari kita mendengar ada sahaja artis-artis dan bintang-bintang sukan memeluk agama Islam.

Yang terbaru ialah Philippe Senderos, pemain bolasepak yang kini bermain bersama kelab Fulham, lapor PressTV. Sanderos adalah pemain bolasepak professional yang mewakili negaranya Swiss sebelum ini bermain dengan kelab bolasepak Arsenal.

philippesenderos peluk islam 300x230 Subhanallah... Philippe Senderos Pula Peluk Islam
Beliau mengucap dua kalimah Syahadah di Pusat Islam, bandaraya Manchester, sebuah pusat dakwah Islam.

Sebelum ini Philippe Senderos telah menunjukkan minatnya terhadap agama Islam dengan banyak menghabiskan masa membaca buku-buku agama di luar padang bola.

“Saya sangat minat dengan agama-agama di dunia dan banyak membaca buku-buku mengenainya,” kata Senderos dalam satu wawancara dengan Majalah Arsenal.

“Jika saya bukan pemain bola, boleh jadi saya sudah menjadi paderi,” tambahnya.

Apa-apa pun tahniah kepadaPhilippe  Senderos kerana telah diberi hidayat oleh Allah untuk memeluk agama Islam. Beliau kini menyertai bintang-bintang bolasepak yang lain seperti Mesut Ozil, Nicolas Anelka, Karim Benzema dan lain-lain.

Sumber

Apr 16

Loon Rapper Amerika Peluk Islam

Allahuakbar..! Apabila hidayah sudah sampai.. Hidayah ini tidak boleh dianugerahkan oleh manusia. Ianya adalah dari Allah semata-mata. Banyak mana sekalipun seruan agama yang diterima, jika pintu hati ditutup oleh Allah maka takkan berubah seseorang itu.

loon Loon Rapper Amerika Peluk Islam

Terkenal dengan nama Loon, Chauncey Lamont Hawkins, yang dilahirkan pada 20 Jun 1975 di Harlem, New York telah mengambil keputusan nekad untuk memeluk agama Islam sebelum tahun 2010 lagi. Beliau ialah Rapper African-American yang bernaung di bawah Bad Boy Records yang dimiliki oleh P. Diddy. (Bad Boy ialah nama syarikat rakaman, bukannya nama band seperti yang diwarwarkan dalam Facebook). Beliau banyak terlibat dalam music Hip Hop dan R&B. Banyak terlibat dan mengiringi P. Diddy dalam persembahan, seperti dalam lagu “I Need A Girl pt. 1 yang menjadi hit pada tahun 2001. Tahun 2004, Beliau telah meninggalkan Bad Boy Record dan bernaung di bawah syarikat sendiri iaitu Boss Up Entertainment.

Beliau pernah juga mencuba bakat dalam bidang lakonan. Antara filem yang pernah dibintangi beliau ialah State Property 2 dan Death of a Dynasty.

Nama beliau selepas memeluk agama Islam ialah Amir Junaid Muhadith. Selepas itu beliau telah mengembara ke tanah suci Mekah untuk mengerjakan Umrah. Beliau telah membuat keputusan untuk berhenti terus daripada bidang nyanyian untuk menumpukan perhatian dalam mencari ilmu dan kerja-kerja dakwah.

Pada 26 Mei 2010 beliau pernah pergi ke Fort McMurray, Alberta, Canada dan memberi ceramah tentang diri beliau dan mengapa beliau memeluk agama Islam.

Beliau juga pernah ditahan dan dipenjarakan pada 22 November 2011 di Belgium. Polis berkata bahawa beliau akan di ekstradisikan ke Amerika Syarikat kerana kesalah-kesalahan yang pernah beliau lakukan sebelum memeluk Islam.

Semoga penghijrahan beliau menjadi asset untuk ummat Islam.