Jul 17

Pelajar Sekolah Dibenar Bawa Telefon Bimbit Ke Sekolah Tahun Hadapan

telefon bimbit disekolah Pelajar Sekolah Dibenar Bawa Telefon Bimbit Ke Sekolah Tahun HadapanPagi tadi dalam perjalanan keluar untuk mencari sesuap nasi aku mendengar radio HotFM. Segmen AMCrew membawakan perbincangan tentang kebenaran pelajar sekolah membawa telefon bimbit ke sekolah. Lantas aku cari berita ni kat suratkhabar online. Lalu terjumpa kat suratkhabar The Star.

Menurut berita tu, pelajar-pelajar sekolah dibenarkan membawa telefon bimbit dan gadjet ke sekolah bermula tahun hadapan.

Menurut Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, keputusan tersebut diambil sejajar dengan pelaksaan program pengajaran dan pembelajaran secara virtual yang dikenali sebagai “1Bestari” yang turut menawarkan WiFi percuma.

Kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan di bawah Akta Pendidikan 1996 telah dipinda dan bermula tahun hadapan pelajar-pelajar dibenarkan membawa telefon bimbit dan gadjet lain ke sekolah.

Dibawah peraturan sekarang pelajar memang tidak dibenarkan langsung membawa telefon bimbit ke sekolah. Ramai ibubapa yang tidak setuju dengan peraturan ini kerana menurut mereka membawa telefon bimbit ke sekolah akan memudahkan mereka menghubungi anak-anak selepas waktu persekolahan. Anak-anak juga senang untuk menghubungi ibu bapa jika berlaku kecemasan dan sebagainya. Ini boeh mencegah jenayah ke atas pelajar sekolah seperti rogol, culik dan sebagainya.

Namun pihak sekolah memandang perkara ini akan lebih banyak membawa mudarat daripada manfaat. Dengan telefon bimbit banyak perkara buruk yang boleh dilakukan oleh pelajar seperti memuat turun video dan gambar porno, asyik bermain sms dan sebagainya.

Ada juga di kalangan guru-guru meminta pihak kerajaan mengkaji semula perkara ini kerana bagi mereka ia akan menimbulkan banyak keburukan daripada kebaikan.

Namun, pagi tadi, semasa segmen AmCrew di HotFm tu aku tersentuh dengan sms seorang pendengar. Antaranya berbunyi (lebih kurang):

“Jika pelajar dibenar membawa telefon bimbit, kesian la kepada pelajar yang tak mampu memiliki telefon bimbit. Mesti mereka merasa tersisih dan rendah diri. Sebab bukan semua ibubapa pelajar kaya dan mempunyai telefon bimbit. Ibubapa pula mesti diminta untuk anak-anak mereka untuk dibelikan telefon bimbit. Kesian kat ibubapa pelajar tersebut”

Jika ini terlaksana, maka akan bergayalah pelajar-pelajar dengan telefon bimbit atau smartphone mereka yang canggih-canggih. Ditambah lagi dengan ipadnya, galaxy tabnya dan bermacam-macam lagi.

Pada pandangan aku, mengikut aliran teknologi tidak salah Kerana teknologi adalah untuk kemudahan kita. Cuma macamana nak kawal supaya pelajar tidak menyalahgunakan teknologi itu yang paling penting. Seperti internet contohnya. Internet itu amat penting kerana di dalamnya terkandung pelbagai ilmu baik dan buruk. Cuma ilmu yang macamana pelayar internet ambil, itu yang menjadi persoalan. Jadi kerajaan kena fikirkan tentang ini juga.

Apa kata anda? Setuju atau tidak dengan langkah terbaru Kementerian Pelajaran ini?

Jul 04

Mengapa Saya Tidak Dirogol?

Kisah ini aku dapat daripada emel seorang kenalan aku lama dahulu.
rogol Mengapa Saya Tidak Dirogol?Kisah benar ini berlaku di US (Amerika Syarikat).

Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia di saat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”

(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”

(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang-sorang malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

May 15

Kejadian Rogol Semakin Berleluasa, Hati-hati Kaum Wanita!!!

serangan nafsu1 Kejadian Rogol Semakin Berleluasa, Hati hati Kaum Wanita!!!KUALA LUMPUR: Culik, rogol dan samun. Itulah serangan ‘tiga serangkai digunakan sekumpulan tiga lelaki yang bukan saja menculik dan menyamun mangsa tetapi juga menjadikan mereka ‘tawanan’ melampiaskan nafsu.

Difahamkan, kumpulan terbabit yang bergerak dengan kereta Proton Waja hitam itu berlegar-legar seawal jam 7 pagi di sekitar kawasan perumahan sebelum menculik mana-mana wanita yang berjalan sendirian.

Dalam kejadian terbaru di hadapan sebuah rumah di Jalan Sri Hartamas, di sini, kelmarin, seorang wanita berusia 38 tahun menjadi mangsa kumpulan yang bersenjatakan pisau itu apabila diculik, dirogol bergilir-gilir sebelum disamun.

Malah, kejadian rogol itu dirakam kumpulan berkenaan dipercayai sebagai koleksi peribadi mereka.

Mangsa yang dibebaskan selepas diperlakukan seperti binatang oleh kumpulan berkenaan membuat laporan di Balai Polis Travers, di sini.

Menurut sumber, mangsa yang bersendirian dalam perjalanan ke kedai mendakwa tiba-tiba dihampiri dua lelaki tidak dikenali.

“Kedua-dua suspek memegang tangannya sebelum seorang daripada mereka meletakkan pisau di leher wanita berkenaan.

“Mangsa yang cuba melawan diugut dicederakan sebelum diheret masuk ke dalam kereta Proton Waja yang siap menunggu berhampiran kawasan berkenaan,” katanya.

Sumber berkata, kepala mangsa ditutup menggunakan kain sebelum dia dirogol seorang daripada suspek di dalam kenderaan itu.

“Penderitaan mangsa tidak berakhir di situ, dia terus dinodai kumpulan berkenaan di rumah kosong. Kali ini, mangsa dirogol bergilir-gilir tiga lelaki terbabit. “Selepas diperlakukan demikian, seorang daripada suspek menyerahkan semula pakaian mangsa,” katanya memberitahu barang berharga milik mangsa seperti telefon bimbit dan wang tunai lebih RM100 dirampas kumpulan itu.

Katanya, kumpulan itu membawa mangsa sebelum meninggalkannya di bahu jalan di Jalan Tun Sambanthan, di sini.

Mangsa yang dibantu orang awam menghubungi keluarga sebelum tampil membuat laporan di balai polis berhampiran.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Katanya, sehingga kini tiada tangkapan dilakukan namun usaha memburu kumpulan itu giat dijalankan. Kami masih meneruskan siasatan namun tidak menolak kemungkinan ia mempunyai kaitan sama seperti dengan beberapa kes yang dilaporkan sebelum ini,” katanya.

Pada 30 Mac lalu, Harian Metro melaporkan seorang pelajar perempuan diculik sekumpulan tiga lelaki ketika menunggu bas di Jinjang, di sini, sebelum dipukul dan dipaksa melayani nafsu mereka di bilik sebuah hotel di Balakong.

Dalam kejadian jam 6 pagi itu, mangsa yang berusia 16 tahun mendakwa sepanjang tempoh berkenaan, dia dipaksa berbogel, dipukul dan ditendang serta diarah melakukan onani selain menjilat kaki semua lelaki terbabit malah, setiap aksinya itu dirakamkan kumpulan terbabit, namun mangsa mengakui tidak dirogol.

Manakala, pada 24 Mac lalu akhbar ini melaporkan seorang wanita berusia 37 tahun bukan saja disamun tiga lelaki bersenjatakan pisau, tetapi turut dirogol bergilir-gilir oleh kumpulan penjenayah terbabit dalam teksi dinaikinya.

Dalam kejadian pada jam 3 petang berhampiran pasar raya di Kepong, di sini, mangsa mendakwa tiga lelaki merogolnya termasuk pemandu teksi.

Lagi satu kes yang dilaporkan pada 22 Februari lalu, seorang remaja diculik dan dirogol bergilir-gilir di sebuah hotel di Pudu.

Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, remaja berusia 17 tahun dan berasal dari Kundang itu dilaporkan diumpan tiga lelaki terbabit bertemu sebelum itu diculik dan dirogol bergilir-gilir.

Note:

Artikel ini di ambil daripada Harian Metro. Harap maklum.

Mar 28

Fatihah Dirogol…?

nur fatihah the star1 150x150 Fatihah Dirogol...?Macam-macam la si Fatihah ni. Mula-mula heboh pasal dia diculik semasa keluar membeli top up prabayar. Selepas dijumpai berada di rumah keluarga teman lelakinya, dia mengaku yang penculikan tersebut sengaja dirancang dan dia melarikan diri dengan rela hati.

Sekarang gadis ini buat hal lagi. Kali ini dia membuat laporan di Pejabat Polis Pekan yang mendakwa dirinya dirogol oleh kekasihnya. Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman.

Akan tetapi yang lawaknya, dia didapati tidak seperti yang didakwa apabila tiada kesan atau sebarang tanda yang dia dirogol selepas pemeriksaan dibuat oleh pakar perubatan untuk memastikan dakwaannya.

Dengan itu pihak polis tidak akan mengambil apa-apa tindakan terhadap teman lelakinya. Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman berkata laporan dakwaan rogol oleh Siti Nur Fatihah Mahadi dalam ‘kes culik’ nya adalah sengaja direka-reka bagi tujuan peribadi.

Fatihah kini mungkin berdepan dengan hukuman penjara dan denda akibat laporan palsunya. Mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan dia boleh dikenakan hukuman penjara enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Lepas ni apa pula ya?

Apa la nak jadi dengan Siti Nur Fatihah ni…

Ikuti rentetan berita “penculikan” Siti Nur Fatihah di sini.