Cerita Di Sebalik Majlis Pelancaran Aplikasi Android Chef Jo

Di Majlis pelancaran Aplikasi Android Chef Jo baru-baru ini aku telah diminta secara peribadi oleh Tok Penghulu Bloggers untuk membacakan doa pembuka majlis. Mana mungkin aku dapat menolak permintaan insan yang amat suka “memberi” ini. Ilmu yang beliau curahkan kepada aku tanpa bayaran sesen di Starbuck Serdang dulu pun belum aku lunaskan hutangnya.

 Cerita Di Sebalik Majlis Pelancaran Aplikasi Android Chef Jo

untold story di sebalik pelancaran aplikasi android Chef Jo

Aku terus terdiam tanda setuju. Sebenarnya ini bukanlah kali pertama aku membaca doa di majlis-majlis rasmi. Tetapi yang sebelum ini aku sudah diberitahu terlebih dahulu. Kali ini aku sebagai bidan terjun!

Kursus Affiliate

Lantas aku pantas mencatatkan doa di dalam bahasa melayu dengan Samsung Galaxy Tab 7.0 aku agar ianya bersesuaian dengan majlis tersebut. Mengarang doa dalam bahasa melayu sambil bersembang dengan Chef Jo dan rakan-rakan yang lain agak mencabar minda. Sebab tu la sejurus sebelum majlis bermula aku sibuk dengan tablet old school aku ni.

 Cerita Di Sebalik Majlis Pelancaran Aplikasi Android Chef Jo

berbual dengan Chef Jo sambil tangan mengarang doa dalam bahasa melayu

Doa dalam bahasa arab aku dah hafal. Aku ingat aku nak selang selikan doa dalam bahasa arab dan melayu yang bersesuaian dengan majlis pelancaran aplikasi android Chef Jo tersebut. Harapan aku agar semuanya faham apa yang didoakan mereka.

Ok, siap jer catatan aku, aku terus savekan note tersebut di dalam aplikasi Evernote aku. Terima kasih kepada pengacara majlis saudara Zainal Alam Kadir yang terlambat datang. Legalah rasa hati sebab dah ada doa melayu untuk diselitkan nanti.

Tetapi aku hanya merancang. Yang menentukan adalah Allah belaka. Tablet old school aku ni yang seringkali hang buat masalah lagi. Sebelum ni ia hang dalam keadaan yang biasa, bukan di dalam suasana yang penting macam ni. Parah!

Zainal Alam sudah sampai! Selepas beliau meminta maaf atas kelewatan beliau tibalah masa aku membaca doa pembuka majlis. Nama aku dipanggil. Aku pun dengan konfidennya ke depan untuk bacaan doa. Aku buka Samsung Galaxy Tab old school aku. Apa! Dah hang!!! Arrgghhh… sudah!!!

Aku terpaksa restart. Sementara menunggu proses restart selesai, aku cover suasana cemas itu dengan meminta hadirin membaca surah Al-Fatihah. Ngam-ngam selesai sahaja bacaan Al-Fatihah proses restart selesai.

Tapi oleh sebab peluh renik sudah keluar di dahi dan masa yang sudah lama terbuang, aku tinggalkan sahaja doa melayu tadi dan teruskan bacaan doa dalam bahasa arab. Itu pun sudah tergagap-gagap angkara gabra. Hahahaha.

Terima kasih kepada tablet aku kerana sudi memberi masalah kepada aku di saat yang kritikal. Lepas ni perkhidmatan awak akan saya tamatkan. Awak hanya akan menjadi tempat anak-anak saya bermain game sahaja. Terima kasih di atas jasa-jasa awak selama ini!!!

Selamat datang kepada smartphone baru dlam masa terdekat. S4? iPhone 5? Bergantung kepada bajet pada masa nak beli tu nanti.

566 total views, 1 views today

Budak Zaman Sekarang Main iPad, Aku Dulu Main Batu Seremban Je

ipad Budak Zaman Sekarang Main iPad, Aku Dulu Main Batu Seremban JeBudak zaman sekarang main iPad, aku masa kecil dulu main permainan tradisional je. Apa cerita ni? icon wink Budak Zaman Sekarang Main iPad, Aku Dulu Main Batu Seremban Je

Dua hari lepas (hari Rabu), aku balik dari kerja seperti biasa. Sampai rumah hampir pukul 7 malam selepas singgah dulu di taska untuk ambil Si Ifza yang diamanahkan kepada taska untuk dijaga. Abang dan kakaknya, si Iqbal dan Iffah kami tinggalkan saja dirumah semasa cuti sekolah ini.

Sesampai sahaja aku di rumah mataku terus terpaku pada 2 keping nota yang ditinggalkan di atas rak TV. Aku terus perasan akan nota-nota tersebut kerana rak TV terletak bersebelahan dengan tempat simpan kunci kereta. Sambil simpan kunci kereta itulah mataku terus melirik kepada nota-nota tersebut.

Diorang juga tiada di tingkat bawah seperti kebiasaan. Jadi tahulah aku bahawa mereka memang sudah merancang tindakan ini. icon lol Budak Zaman Sekarang Main iPad, Aku Dulu Main Batu Seremban Je

Inilah nota-nota yang aku maksudkan:

note 1 616x1024 Budak Zaman Sekarang Main iPad, Aku Dulu Main Batu Seremban Je

note 2 616x1024 Budak Zaman Sekarang Main iPad, Aku Dulu Main Batu Seremban Je

Kalu tengokkan kepada gaya tulisan nampak macam Iffah (5 tahun) yang tulis. Tapi malam tu bila aku tanya diorang, rupanya si Iqbal yang tulis.

“Kenapa teruk sangat tulisan abang? Macam tulisan adik jer”; tanyaku pada Iqbal.

“Abang tulis dengan malas”; jawabnya.

“Ke abang nak suruh papa sangka yang tulisan ni tulisan adik?; aju ku lagi.

“Tak de la”, jawabnya pendek.

Nampak muka macam lain je masa “jawab tak de” la tu. Aku rasa memang si abang yang tulis dan dia sengaja menghodohkan tulisannya supaya aku sangka adiknya yang tulis. Sebab dia malu nak mintak. icon lol Budak Zaman Sekarang Main iPad, Aku Dulu Main Batu Seremban Je

Aduhai. Budak zaman sekarang main iPad. Aku dulu sewaktu usianya main batu seremban je. Kadang-kadang main game baling selipar atau lempar gelung getah. Itulah zaman sekarang. Teknology begitu cepat berlari. Nanti bila diorang seusia aku, macamanalah teknology pada masa itu agaknya.

Aku sebenarnya ada jugak berniat untuk bagi iPad ke, Galaxy Tab ke kat diorang ni. Sebabnya kalau bab belajar memang diorang tak ketinggalan jauh. Contohnya si Iqbal. Baru-baru ni berjaya dapat nombor satu dalam kelasnya. Kelasnya kelas no 4 daripada 10 kelas. Dalam aliran (darjah 3) pula di berjaya menempatkan diri di tempat ke 45 daripada 440 orang murid darjah 3. Kira ok la tu pada aku. Sebabnya kawan-kawannya yang lain ramai yang ibu bapa hantar pergi tuition. Aku tak hantar pun dia walaupun dia pernah minta. Alasan aku sebab aku kesian kat dia. Bayangkan tuition mula pukul 8.30 malam. Dia sampai rumah dari sekolah (sekolah sesi petang) pun dah pukul 7 lebih. Mana nak mandi. Mana nak rehat dan mana nak makan. So, senang-senang aku decide tak payah la tuition. Lagipun ok kot tak hantar tuition lagi. icon neutral Budak Zaman Sekarang Main iPad, Aku Dulu Main Batu Seremban Je

Si Iffah pula cemerlang di Taskanya. Kalau bab mengaji dia yang paling laju. Membaca pun dah lancar. Menulis pun dah pandai.

Untuk Iqbal ni aku plan nak belikan kamus BESTA untuknya. Sekurang-kurangnya boleh juga meningkatkan vocab bahasa inggerisnya. Tapi ni dah mintak iPad pulak.

Satu lagi option ialah aku belikan Galaxy Note 10.1 idamanku untuk aku. Galaxy Tab 7.0 yang aku guna sekarang aku pindah milik kepadanya. Dan aku rasakan ini adalah pilihan terbaik kot. icon lol Budak Zaman Sekarang Main iPad, Aku Dulu Main Batu Seremban Je

Itulah realitinya. Budak – budak zaman sekarang main iPad. Teknology berubah mengikut zaman. Kita ibubapa perlu juga berubah. Tak boleh banding dengan zaman kita dahulu.

495 total views, 2 views today

Pelajar Sekolah Dibenar Bawa Telefon Bimbit Ke Sekolah Tahun Hadapan

telefon bimbit disekolah Pelajar Sekolah Dibenar Bawa Telefon Bimbit Ke Sekolah Tahun HadapanPagi tadi dalam perjalanan keluar untuk mencari sesuap nasi aku mendengar radio HotFM. Segmen AMCrew membawakan perbincangan tentang kebenaran pelajar sekolah membawa telefon bimbit ke sekolah. Lantas aku cari berita ni kat suratkhabar online. Lalu terjumpa kat suratkhabar The Star.

Menurut berita tu, pelajar-pelajar sekolah dibenarkan membawa telefon bimbit dan gadjet ke sekolah bermula tahun hadapan.

Menurut Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, keputusan tersebut diambil sejajar dengan pelaksaan program pengajaran dan pembelajaran secara virtual yang dikenali sebagai “1Bestari” yang turut menawarkan WiFi percuma.

Kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan di bawah Akta Pendidikan 1996 telah dipinda dan bermula tahun hadapan pelajar-pelajar dibenarkan membawa telefon bimbit dan gadjet lain ke sekolah.

Dibawah peraturan sekarang pelajar memang tidak dibenarkan langsung membawa telefon bimbit ke sekolah. Ramai ibubapa yang tidak setuju dengan peraturan ini kerana menurut mereka membawa telefon bimbit ke sekolah akan memudahkan mereka menghubungi anak-anak selepas waktu persekolahan. Anak-anak juga senang untuk menghubungi ibu bapa jika berlaku kecemasan dan sebagainya. Ini boeh mencegah jenayah ke atas pelajar sekolah seperti rogol, culik dan sebagainya.

Namun pihak sekolah memandang perkara ini akan lebih banyak membawa mudarat daripada manfaat. Dengan telefon bimbit banyak perkara buruk yang boleh dilakukan oleh pelajar seperti memuat turun video dan gambar porno, asyik bermain sms dan sebagainya.

Ada juga di kalangan guru-guru meminta pihak kerajaan mengkaji semula perkara ini kerana bagi mereka ia akan menimbulkan banyak keburukan daripada kebaikan.

Namun, pagi tadi, semasa segmen AmCrew di HotFm tu aku tersentuh dengan sms seorang pendengar. Antaranya berbunyi (lebih kurang):

“Jika pelajar dibenar membawa telefon bimbit, kesian la kepada pelajar yang tak mampu memiliki telefon bimbit. Mesti mereka merasa tersisih dan rendah diri. Sebab bukan semua ibubapa pelajar kaya dan mempunyai telefon bimbit. Ibubapa pula mesti diminta untuk anak-anak mereka untuk dibelikan telefon bimbit. Kesian kat ibubapa pelajar tersebut”

Jika ini terlaksana, maka akan bergayalah pelajar-pelajar dengan telefon bimbit atau smartphone mereka yang canggih-canggih. Ditambah lagi dengan ipadnya, galaxy tabnya dan bermacam-macam lagi.

Pada pandangan aku, mengikut aliran teknologi tidak salah Kerana teknologi adalah untuk kemudahan kita. Cuma macamana nak kawal supaya pelajar tidak menyalahgunakan teknologi itu yang paling penting. Seperti internet contohnya. Internet itu amat penting kerana di dalamnya terkandung pelbagai ilmu baik dan buruk. Cuma ilmu yang macamana pelayar internet ambil, itu yang menjadi persoalan. Jadi kerajaan kena fikirkan tentang ini juga.

Apa kata anda? Setuju atau tidak dengan langkah terbaru Kementerian Pelajaran ini?

925 total views, 3 views today

MiPOW Jawapan Kepada Batteri Smartphone Yang Cepat Habis

Aku rasa semua pengguna smartphone yang menggunakan smartphonenya bukan hanya untuk make and receive call ataupun sms/mms pasti akan mengeluh kerana bateri smartphonenya cepat habis. Aku pun salah seorang daripada pengguna-pengguna tersebut. Samsung Galaxy Tab aku ni akan kehabisan baterinya sekitar pukul 3 petang setelah dipisahkan daripada chargernya sekitar pukul 6.30. Itu pun kalau tiada kegunaan extra seperti mengaktifkan AP Mobile (menjadikan smartphone sebagai router).

Biasanya sekitar pukul 2-3 petang aku akan mencari power plug di ofis ataupun di kedai-kedai mamak untuk memulihkan kembali smartphone aku. Ini sebenarnya sedikit sebanyak memberi masalah kepada heavy user seperti aku ini.

Namun, itu semua dulu. Kini aku sudah ketemu jawapannya iaitu MiPOW external battery untuk smartphone.

Power Tube 5500 ini sebenarnya dibuat untuk produk-produk Apple. Tetapi ia juga compatible untuk hampir semua smartphone dan tablet. Dengan sebab itu kepala cable untuk kebanyakan smartphone itu turut dibekalkan di dalam kotak.

Dengan kapasiti 5500mAh, ia boleh digunakan untuk mengecas iPhone, Blackberry, HTC dan hampir semua smartphone lain lebih daripada 2.5 kali. Ini amat sesuai untuk travel.

Untuk keterangan lanjut anda boleh rujuk kepada website MiPOW: www.mipow.com

Jadi dengan menggunakan external battery ini, jangka hayat bateri aku boleh lah dipanjangkan dalam satu hari. Tambahan pula MiPOW ini kecil saiznya dan senang untuk dibawa kemana-mana. Pouch untuk external ini turut dibekalkan di dalam kotak.

Sebenarnya banyak external bateri yang dijual di kedai-kedai aksesori telefon. Kebanyakkannya daripada China. Cuma nasihat aku, pilih yang betul-betul sesuai dan compatible dengan smartphone anda. Ada sesetengah external battery ini boleh masukkan cas kepada Samsung Galaxy TAb tetapi dengan kadar yang amat perlahan. Ini tidak akan menyelesaikan masalah. Jadi, cubalah dahulu di kedai tersebut sebelum di bawa pulang.

Oh ya.. produk ini diberi warranty hanya 3 bulan oleh kedai aksesori. Sekian.

Selamat mencuba..!

641 total views, 2 views today

Apple iPad Boleh Dapat Pengecualian Cukai Pendapatan Peribadi?

ipad2 Apple iPad Boleh Dapat Pengecualian Cukai Pendapatan Peribadi?Sedang aku menjenguk Facebook (FB) aku, terpandang satu link yang sahabat FB aku postkan di statusnya. Ia berkenaan dengan pelepasan cukai pendapatan peribadi.

Antara intipati artikel di blog tersebut ialah:

Merujuk kepada paragraf 46(1)(j) Akta Cukai Pendapatan Malaysia 1967, untuk pembelian komputer peribadi yangdigunakan bukan untuk bisnes, pembayar cukai individu boleh mendapat pengecualian cukai pendapatan sehingga RM3,000.

Pengecualian ini dibenarkan sekali dalam masa 3 tahun. Tiada pengecualian diberikan untuk komputer yang digunakan untuk urusan bisnes.

Persoalan sekarang adakah komputer tablet yang semakin mendapat sambutan sekarang seperti Apple iPad, Samsung Galaxy Tab, Viewsonic ViewPad 7, Toshiba Folio 100, CSL Spice Mi700 DroidPad, Blackberry Playbook, ZTE V9, dan lain-lain boleh mendapat pengecualian cukai ini?

Penulis blog http://voyager8.blogspot.com tersebut telah bertanyakan soalan ini kepada LHDN, dan ini jawapan daripada pegawainya:

jika komputer tablet hanya ada ciri-ciri komputer sahaja dan ianya hanya untuk kegunaan keluarga dan di rumah sahaja, ia akan dikira sebagai “komputer” dan layak untuk mendapat pengecualian cukai pendapatan peribadi sehingga RM3,000. Ia boleh dituntut hanya sekali dalam masa 3 tahun.

Antara tablet yang termasuk dalam kategori yang dimaksudkan di atas adalah
Apple iPad, Toshiba Folio 100, Samsung Galaxy Tab 10.1″ dan Blackberry Playbook. Jadi, sekiranya anda membeli Apple iPad 64GB dengan Wifi+3G pada harga RM2,599 di tahun 2010, dan kadar tax anda adalah 24%, maka anda boleh menuntut RM2,599 pengecualian cukai semasa anda memfailkan cukai pendapatan peribadi 2010. Jadi anda bolehlah menjimatkan RM623.76 untuk cukai pendapatan anda.

Walaubagaimanapun, jika komputer tablet tersebut turut mempunyai fungsi telefon bimbit sebagai tambahan kepada fungsi komputer, yang mana anda boleh membuat dan menerima panggilan telefon, menghantar dan menerima sms/mms dengan menggunakan perkhidmatan Telco, ini tidak dikira sebagai komputer. Ia dianggap sebagai telefon bimbit dan tidak layak untuk mendapat pengecualian cukai pendapatan. Antara tablet-tablet yang termasuk dalam kategori ini ialah Samsung Galaxy Tab 7″, 7″ plus, dan 7.7, Viewsonic ViewPad 7, CSL Spice Mi700 DroidPad, ZTE V9 dan lain-lain.

lhdn Apple iPad Boleh Dapat Pengecualian Cukai Pendapatan Peribadi?Jika anda memerlukan pengesahan dan maklumat lanjut, bolehlah hubungi LHDN di talian 1300-88-3010  ataupun emel kepada: callcentre@hasil.gov.my.

1,793 total views, 6 views today