Mar 12

Seminar Fenomena Umar Al-Khattab

 Seminar Fenomena Umar Al Khattab

Bagaimana awal Surah Toha boleh merubah Saidina Umar seratus-peratus, dari musuh no. 1 Nabi kepada ‘bodyguard’ Baginda?

Bolehkah kita merasai fenomena Umar Al-Khattab ‘berubah sekelip mata’ yang cukup luarbiasa itu?

Ya boleh. Tentu ada caranya.

Berubah kerana di’sapa’ Al-Quran.

Saidina Umar telah merasai pengalaman itu. Bukan beliau seorang, bahkan ramai generasi sekarang masuk islam dek ‘sapaan’ Allah melalui Al-Quran.

Soalannya : mengapa kita yang selalu membaca Al-Quran tidak disapa fenomena Umar Al-Khattab ini?

Persoalan ini yang hendak dicari jawapannya. Teknik terbaik untuk memahami Al-Quran agar iman kita semakin bertambah, lebih asyik membaca Al-Quran dan hati lebih mudah ‘bergetar’ dengan ayat Allah.

Biar iman kita pun ‘copy & paste’ iman Saidina Umar!

Seminar “ Fenomena Umar Al-Khattab ” ingin berkongsi jawapan :

Mengapa kita selalu baca Quran tapi sukar nak fahami kandungannya?

Mengapa kita boleh ‘syok’ baca novel tapi kurang ‘syok’ baca Quran?

Mengapa Quran tidak seperti buku lain : dibaca untuk fahami kandungan?

Mengapa orang islam ada Al-Quran tapi kurang’ berjaya sedangkan Al-Quran adalah buku luarbiasa?

Ikuti beberapa pengalaman peribadi Ustaz Asraff dalam memahami Al-Quran dan anda bakal ketahui :

Jawapan persoalan ‘Apa yang Allah nak beritahu saya melalui Al-Quran?’

3 formula untuk hilangkan ‘barrier’ anda dengan Al-Quran.

3 sebab mengapa kita ‘sukar’ memahami kandungan Al-Quran, tetapi mudah pula fahami buku biasa.

PALING UTAMA : 6 teknik bagaimana anda boleh fahami Al-Quran dengan penuh rasa syok seperti membaca novel.

Ubah kefahaman biasa, dari ‘nak faham Quran perlu rujuk tafsir & ulama dulu’ kepada ‘baca Quran dahulu, biar banyak persoalan, kemudian baru rujuk tafsir & tuan guru’. (dengan beberapa syarat).

‘Upgrade’ teknik membaca Al-Quran, dari membaca kerana inginkan pahala kepada membaca kerana inginkan ‘tips harian’ dari Tuhan.

Point utama : Biar Quran benar-benar berfungsi sebagai ‘buku’ : dibaca untuk faham bukannya dibaca tanpa fahami apa-apa.

Pendaftaran boleh dibuat disini.

RM90 sahaja untuk seorang.

Sila bayar ke akaun Maybank:

Mohd Ridzuan Abdul Ghani
1641 2800 9133
Emel: coachridz@gmail.com
Handphone: 018-284 3301

 

Mar 12

Umar Al-Khattab Memeluk Islam Apabila Hatinya Disapa Al-Quran

 Umar Al Khattab Memeluk Islam Apabila Hatinya Disapa Al Quran

Siapa yang yang tidak kenal Saiyyidina Umar Al-Khattab , khalifah kedua umat Islam selepas wafatnya Saiyyidina Abu Bakar. Umar Al-Khattab memeluk Islam pada tahun ke 6 Rasulullah dilantik menjadi rasul.

Sebelum keislamannya beliau adalah salah seorang daripada pembesar Quraisy yang amat disegani. Disiplin, berkemahuan yang tinggi dan berjiwa tegas dan keras menjadikan beliau seorang yang ditakuti kawan maupun lawan.

Setelah 6 tahun kenabian Muhammad S.A.W, Umar Al-Khattab telah melihat semakin ramai yang telah menyatakan keislaman samada secara terang-terangan maupun secara sembunyi. Ini amat membuatkan jiwa tegas Umar semakin terangsang dengan kemarahan.

Lantas terfikir olehnya bahawa satu-satunya usaha untuk menghentikan penghijrahan orang ramai kepada Islam ialah dengan menamatkan nyawa manusia yang bernama Muhammad.

Dengan pedang yang tersisip di pinggang, beliau berjalan pantas mencari Muhammad yang pada ketika itu sedang berada di rumah Al-Arqam bersama para sahabat yang lain. Namun di tengah perjalanan ke rumah Al-Arqam beliau telah bertemu dengan Nu’aim bin Abdillah lalu Nu’aim bertanya: “Mau kemana kamu ya Umar?”

Lantas dijawab dengan tegas oeh Umar: “Mau membunuh Muhammad…”

“Mau membunuh Muhammad?” balas Nu’aim dengan nada mengejek.

“Adakah kau fikir Bani ‘Abdu Manaf akan membiarkan engkau berjalan bebs di atas muka bumi ini jika Muhammad sudah engkau bunuh? Sudahlah, lebih baik kau balik dan memperbaiki keluarga mu dahulu. Tidakkah kau tahu bahawa ipar mu Sa’id bin Zaid dan adik mu Fatimah sudah memeluk agama Islam?” Sindir Nu’aim lagi.

Mendengar kata-kata Nu’aim itu maka merah padamlah wajah Umar marah berserta malu lantas beliau terus ke rumah adiknya. Fatimah pada ketika itu sedang belajar Al-Quran dengan Khubbab bin Aral.

Menyedari kedatangan Umar, Khubbab segera bersembunyi sementara Fatimah membukakan pintu menyambut kedatangan Umar sambil tangannya tergesa-gesa melipat naskhah Al-Quran yang sedang dibaca dan dipelajarinya tadi.

“Wahai Fatimah, suara apakah yang telah ku dengari tadi?” Tanya Umar dengan nada marah.

“Tiada apa-apa, wahai Umar” Jawab Fatimah cuba menyembunyikan sesuatu.

Umar lalu membentak: “Aku tahu bahawa kamu berdua telah menjadi pengikut Muhammad!” Tangan beliau diangkat tinggi bertujuan untuk memukul iparnya Sa’id.

Fatimah lantas kedepan demi mempertahankan suaminya lalu tangan Umar hinggap di mukanya menyebabkannya berdarah.

Melihat kesungguhan adiknya itu hatinya timbul rasa menyesal dan sedikit insaf.

“Apa di tangan mu itu?” tanya Umar.

“Aku bimbang engkau akan hinakan”, jawab Fatimah dengan kebimbangan.

Setelah Umar berjanji tidak akan berbuat apa-apa apabila ditunjukkan naskhah Al-Quran itu barulah Fatimah bersetuju untuk menunjukkannya tetapi dengan syarat Umar terlebih dahulu membersihkan dirinya.

Selepas itu dibacakannya beberapa ayat Al-Quran dihadapan Umar. Umar amat terpegun seraya berkata: “Sungguh indah ayat-ayat ini. Tidak pernah ku jumpai tuturnya, tidak tertanding bait-baitnya oleh syair-syair yang tertinggi serta luhur sekalipun”.

Ayat-ayat Al-Quran yag dibacakan kepada Umar itu ialah ayat-ayat daripada surah Thuha: ayat 1 – 6:

  1. Taa. Haa.
  2. Kami tidak menurunkan A-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
  3. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut yang melanggar perintah Allah.
  4. Al-Quran diturunkan dari tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
  5. Ia-itu Allah Ar-Rahmaan,yang bersemayam diatas ‘Arasy.
  6. KepunyaanNyalah semua yang ada di langit semua yang di bumi, semua diantara keduanya dan semua yang di bawah tanah.

Mendengar ucapan Umar Khubbab lantas keluar daripada tempat persembunyiannya dan dengan gembira ia berkata:

“Hai Umar saya harap engkaulah yang telah ditentukan Allah dalam do’a Nabi dan Rasulullah Muhammad SAW. Kelmarin saya mendengar Nabi berdo’a, “Ya Allah, kuatkanlah Islam dengan Umar Abul Hakam bin Hisyam atau dengan Umar bin Khatab”

Sesudah itu berjalanlah Umar menuju ke rumah Al-Arqam untuk berjumpa nabi dan menyatakan keislamannya.

Sebuah hadith dari Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa Rasulullah SAW berkata:

“Apabila Umar Al-Khattab memeluk Islam, Jibril pun datang dan berkata: “Ya Muhammad, sesungguhnya seluruh makhluk langit bergembira dengan islamnya Umar”

Dengan Umar Al-Khattab memeluk Islam, Islam terus berkembang pesat dan seterusnya menjadi satu kuasa besar pada masa itu. Ikuti kisah lanjut di sini.

Itulah kisah Umar Al-Khattab memeluk Islam yang berjaya disentuh hatinya oleh Al-Quran. Namun bagi kita, kenapa kita membaca Al-Quran tetapi sedikit pun tidak terkesan di hati kita?

Nota:
Seminar ini merungkai rahsia bagaimana hati Umar terkesan disapa oleh ayat-ayat Al-Quran. Sila daftarkan diri anda dengan segera.

Aug 13

Solat Sunat Tarawih Perbezaannnya Di Zaman Rasulullah Dan Zaman Khalifah Umar Al-Khattab

tarawih di masjidil haram 300x240 Solat Sunat Tarawih Perbezaannnya Di Zaman Rasulullah Dan Zaman Khalifah Umar Al KhattabMalam tadi selepas solat sunat tarawih di Surau Alam Suria, ada tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Dr Shihabudin.

Antara yang menarik bagi saya di dalam ceramah alfadhil ustaz adalah tentang sejarah solat sunat tarawih itu sendiri.

Rupa-rupanya pada zaman nabi S.A.W solat ini dikenali sebagai Qiam Ramadhan. Ia mula dilakukan oleh Rasulullah bersama para sahabat di Masjid Nabawi. Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Aishah r.a bahawa Nabi Muhammad s.a.w. telah melakukan solat terawih di masjid untuk beberapa malam sahaja (ada yang mengatakan selama empat malam) dalam bulan Ramadan bersama-sama para sahabat.

Diriwayatkan selepas melakukan solat sunat tarawih pada malam pertama bersama-sama para sahabat, baginda melakukannya lagi pada malam yang kedua. Di malam ketiga, semakin ramai para sahabat yang turut serta untuk solat sunat tarawih bersama-sama nabi. Mereka ini menunggu-nunggu akan kedatangan Rasulullah untuk mengimami mereka. Namun tiada kelibat Rasulullah sehingga subuh menjelang. Baginda sebenarnya melakukan solat sunat sunat tarawih di rumah baginda pada malam itu. Keesokan harinya Baginda Rasul bersabda kepada mereka: “Sesungguhnya aku melihat sambutan daripada kamu. Aku tidak hadir pada malam itu hanya kerana takut solat itu diwajibkan ke atas kamu”. Jika solat sunat tarawih ini difardhukan tentunya akan memberatkan ummat Islam.

Hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah yang ertinya:

“Rasulullah s.a.w. telah bersolat dengan kami di bulan Ramadhan lapan rakaat dan witir. Maka pada malam berikutnya kami telah berkumpul di masjid, dan kami mengharapkan baginda keluar tetapi baginda tidak turun di masjid sehinggalah waktu Subuh. Kemudian kami masuk menemuinya dan kami berhimpun di masjid dan mengharapkan Rasulullah s.a.w. bersolat dengan kami.” Maka baginda bersabda: “Sesungguhnya aku takut ia (solat sunat tarawih) diwajibkan ke atas kamu.”

Pada malam kelima dan seterusnya nabi tidak lagi menghadiri solat sunat tarawih di masjid. Baginda hanya melakukannya di rumah sahaja. Baginda bimbang para sahabat tersalah anggap dan menganggap solat sunat tarawih sebagai solat fardhu.

Di zaman Khalifah Umar Al-Khattab, beliau telah melakukan perubahan pada solat sunat tarawih ini. Nama asalnya Qiam Ramadhan telah ditukar kepada Tarawih. Bilangan rakaatnya juga telah diubah daripada 8 rakaat yang dilakukan oleh Rasulullah kepada 20 rakaat dan diikuti dengan solat sunat witir 3 rakaat. Waktunya juga berlainan. Jika pada zaman Rasulullah dilakukan di tengah malam, di zaman Umar solat sunat Tarawih ini dilakukan selepas solat fardhu Isya’.

Perubahan yang dilakukan oleh Umar Al-Khattab ini ada sebabnya. Pada zaman pemerintahan beliau semakin ramai umat Islam yang mula mengamalkan solat sunat tarawih ini. Kebanyakan daripada ummat Islam pada zaman ini telah kukuh pegangan agamanya.

Diceritakan oleh Abdul Rahman bin Ubaid Al-Qari, pada suatu malam di bulan Ramadhan beliau telah pergi ke masjid bersama-sama Umar Al-Khattab. Setibanya di masjid, beliau melihat ummat Islam melakukan solat sunat tarawih secara berkelompok-kelompok. Masing-masing bersolat sunat tarawih mengikut imam kelompok masing-masing.

Umar Al-Khattab melihat ketidakseragaman dalam melakukan solat sunat tarawih perlu diubah. Maka beliau telah mengumpulkan mereka dan menyuruh mereka bersolat dengan mengikut seorang imam yang dilantik yang paling baik bacaannya. Untuk ini beliau telah melantik Ubai bin Ka’ab sebagai imam dan orang ramai diseru supaya mengikut imam yang dilantik. Ini dapat menyatukan ummat Islam supaya melakukan solat sunat tarawih di dalam satu jamaah yang lebih besar dan bersatu di bawah satu pimpinan imam yang baik bacaannya.

Tindakan Umar Al-Khattab ini tidaklah disalah anggap bahawa solat ini wajib. Begitu juga dengan nama yang diubah dan bilangan rakaat yang ditambah. Ini adalah kerana di zaman ini ummat Islam sudah berilmu dan mengetahui yang mana wajib dan yang mana sunat.

Khalifah Umar Al-Khattab juga pernah berkata tentang solat sunat tarawih secara berjamaah ini:

“Ini termasuk bid’ah yang baik; tetapi orang yang tidur mendapat pahala lebih besar daripada mereka yang beramai-ramai bersolat tarawih itu.”

Maksud beliau ialah orang yang mengerjakan solat Tarawih pada akhir malam (setelah tidur lebih dahulu) seperti yang pernah dilakukan di zaman Rasulullah S.A.W. mendapat pahala yang lebih besar daripada yang solat Tarawih pada awal malam.

Bida’ah yang dimaksudkan oleh Sayidina Umar ialah solat sunat tarawih ini sebenarnya sama sahaja seperti yang dilakukan oleh Rasulullah, cuma ia diubah sedikit untuk kebaikan dengan menghimpunkan orang ramai untuk berjamaah dengan diketuai oleh seorang imam yang baik bacaannya.

Wallahua’lam.