May 20

Selamat Pergi Dan Kembali Kepada TRIP QUALIFIER

Sekarang ini consultant Unit Trust (UT)tempat aku bernaung tengah tak sabar untuk terbang ke luar negara. Ini adalah anugerah yang mereka perolehi hasil daripada penat lelah mereka sepanjang tahun lepas membuat sales UT dan mendidik orang ramai tentang kepentingan perancangan kewangan dalam kehidupan mereka.

Aku? Tahun-tahun sebelum ini aku saban tahun adalah Trip Qualifier juga. Antara tempat-tempat yang aku telah berjaya lawati anugerah daripada syarikat aku bernaung ini ialah Bali, Phuket dan Guangzhou. Namun tahun lepas aku mengalami sindrom mandom. Semuanya telah aku terangkan di sini. Tahniah buat rakan-rakan seperjuangan aku. Ini termasuklah rakan bisnes dan blogger aku ini.

Jadi tahun ini tak adalah wajah aku yang tidak kurang hensemnya daripada blogger ini, terpampang di suratkhabar.

 Selamat Pergi Dan Kembali Kepada TRIP QUALIFIER

Trip Qualifier – gambar ihsan www.mrjocko.com

Azam aku tahun depan aku akan tersenarai semula de dalam senarai Trip Qualifier. InsyaAllah. Aku yakin! Untuk tahun depan trip yang akan disertai adalah Vietnam, Korea dan Turkey. InsyaAllah aku akan menjadi Trip Qualifier salah satu daripada destinasi lawatan itu.

Untuk makluman, insentif lawatan 5 bintang ke luar negara ini adalah salah satu insentif yang aku suka dan menjadi sebab mengapa aku join bisnes ini. Segalanya boleh diperolehi secara PERCUMA. Trip-trip ini aku rasa aku tak akan pergi jika menggunakan duit sendiri.

Pemergian para Trip Qualifer ini adalah untuk percutian semata-mata. Tiada langsung terfikir pasal kerja. Pergi memang untuk enjoy sahaja. Itulah yang menariknya. Kita mungkin boleh pergi ke tempat-tempat ini jika berkerja makan gaji. Pihak syarikat mungkin akan menghantar kita untuk mesyuarat dan sebagainya. Cuma kelainannya adalah pemergian kita dengan syarikat tempat kita makan gaji adalah dengan sebab bisnes. Bukan sebab bercuti semata-mata. Itulah bezanya.

Di samping percutian 5 bintang ke negara luar, banyak lagi insentif lain yang aku rasa amat penting untuk aku sebagai blogger juga. Antaranya adalah kebebasan masa berkerja.

Masa berkerja adalah amat fleksibel. Ini boleh aku gunakan untuk menghadiri event-event anjuran pengiklan tanpa aku perlu mengambil cuti dari pihak syarikat.

Seronok menjadi Unit Trust Consultant dan blogger ni sebenarnya. Sesiapa di luar sana terutama blogger macam aku yang suka pergi trip PERCUMA ke luar negara dan ingin tahu tentang bisnes UT ini, bolehlah hubungi aku ya.

Mungkin aku akan buat promosi istimewa untuk rakan-rakan blogger. Ini sudah ada dalam perancangan. Cuma perlu diperkemaskan sikit sahaja lagi. Siap nanti aku akan war-warkan.

Terima kasih icon wink Selamat Pergi Dan Kembali Kepada TRIP QUALIFIER

Jan 02

Tahun 2012 Tahun Mengajar Aku Untuk Lebih Berusaha

2013 Tahun 2012 Tahun Mengajar Aku Untuk Lebih Berusaha

Selamat tinggal 2012…
Selamat datang 2013!!!

Tahun 2012 telah berlalu. Pelbagai kenangan kejayaan dan “keputusan yang tidak menepati perancangan”  telah hadir di dalam hidup aku. Aku tak nak sebut kegagalan kerana perkataan itu terlalu negatif bagi aku.

Sebagai Perancang Kewangan (Financial Consultant) beberapa faktor aku ambil kira untuk mengukur kejayaan aku sendiri. Antaranya ialah kemampuan aku untuk berjumpa prospek seramai yang boleh untuk aku hebahkan tentang unit trust islamik dan takaful. Faktor kenaikan pangkat juga menjadi benchmark aku.

Dalam bidang Unit Trust (Amanah Saham) tidak banyak kejayaan yang aku boleh banggakan. Sasaran aku untuk dinaikkan pangkat ke satu level lagi belum berhasil. Sales kurang memberangsangkan pada tahun 2012. Banyak perkara yang mengganggu usaha aku untuk berkongsi ilmu berkenaan Islamic Unit Trust kepada umum.

Oleh kerana aku bukan jenis yang suka menyalahkan keadaan sekeliling dan apa yang telah berlaku, tak perlulah aku menyebut akan halangan-halangan tersebut. Halangan-halangan tersebutlah yang menjadikan tahun 2012 tahun mengajar aku untuk lebih berusaha. Halangan dan masalah untuk diselesaikan. Bukan untuk dijadikan alasan.

Dalam industri Takaful pula, alhamdulillah aku dipromotekan ke level Unit Manager. Kumpulan consultant di dalam agensi aku juga semakin berkembang. InsyaAllah momentum ini akan disambung di dalam tahun 2013.

Di dalam arena penulisan blog, aku sebenarnya tidak meletakkan apa-apa sasaran pada tahun 2012. Aku mendaftarkan blog sohoque.com pada awal tahun 2012. Namun mula menulis dan belajar sendiri daripada kosong pada pertengahan 2012. Selepas aku berjumpa dan mengenali blogger INI.

Tapi yang paling membanggakan aku ialah ranking alexa aku yang menurun daripada 20,000 kepada 1,400 dalam masa sebulan iaitu pada bulan November 2012. Dari situ aku cuba sasarkan untuk menutup tahun 2012 pada kedudukan ranking 3 angka iaitu di bawah ranking 1,000.

Sasaran aku sedikit meleset apabila hanya mampu mencatat angka 1,099 pada saat terakhir tahun 2012. Namun aku amat berpuas hati dengan perkembangan ini.

1098 Tahun 2012 Tahun Mengajar Aku Untuk Lebih Berusaha

Ranking Alexa pada hari ini

Terima kasih yang tak terhingga aku ucapkan kepada sifu-sifu yang aku belajar secara online seperti Abang Ensem, Ariffshah, Broframestone, Cik Tom, Denaihati, Eyriqazz Shakiddo, dan lain-lain yang mungkin aku lupa untuk sebutkan di sini.

Tahun 2012 juga aku berjaya menghasilkan blog kedua aku iaitu caknawang.com. Blog ini membicarakan tentang ilmu unit trust dan takaful. Dan juga menyediakan peluang pekerjaan di dalam bidang tersebut. Aku juga cuba untuk memberi idea kepada consultant-consultant yang baru di dalam bidang unit trust dan takaful ini bagaimana untuk menempa kejayaan di dalam bidang yang disertai mereka ini berdasarkan pengalaman aku selama 8 tahun di sini.

Moga apa yang aku kongsikan di blog sohoque.com ini dan juga caknawang.com akan dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Moga overriding pahala yang aku cari-cari untuk menyejukkan ku di dalam kubur dan tika di padang mahsyar akan melimpah ruah.

Tahun 2013 akan aku mulakan dengan aura-aura positif. Goal setting telah aku siapkan untuk 3 industri yang aku ceburi ini iaitu Unit Trust, Takaful dan Blogging.

Aku amat yakin sasaran yang telah aku tetapkan ini akan dapat dicapai pada tahun 2013 ini. In syaa Allah.

Tahun 2012 tahun mengajar aku untuk lebih berusaha. Hanya usaha keras yang bijak disertakan dengan doa dan tawakkal seperti yang aku bincangkan di dalam artikel INI akan membuatkan sasara aku tercapai.

Dec 04

Blog Caknawang.com Blog Perancangan Kewangan Islam

caknawang Blog Caknawang.com Blog Perancangan Kewangan Islam

caknawang.com – blog berinformasi tentang Unit Trust, Takaful, Pusaka dan juga menyediakan peluang pekerjaan kepada orang ramai.

Untuk tidak mencampur adukkan diantara bebelan bersahaja yang lebih bersifat santai dan ilmu perancangan kewangan yang bersifat lebih informatif dan serius, saya telah mengambil keputusan untuk mengasingkan kedua-dua blog saya ini iaitu blog sohoque.com dan blog caknawang.com.

Di samping itu saya boleh menumpukan kepada blog niche supaya menjadikan nichenya lebih kecil dan senang untuk ditumpukan.

Blog caknawang.com ini oleh kerana bersifat lebih informatif, saya tidak boleh selalu meng“update”kannya. Kerana sesuatu entri itu mungkin akan mengambil masa yang sedikit lama untuk saya mencari fakta yang tepat tentang ilmu perancangan kewangan Islam.

Blog caknawang.com ini akan mengetengahkan ilmu-ilmu berkenaan Unit Trust, Takaful dan perancangan harta pusaka Islam. Ia juga akan mengandungi nasihat-nasihat dan idea-idea serta pandangan peribadi saya yang telah berkecimpung dalam bidang ini semenjak 11 tahun yang lalu.

Untuk Unit Trust, akan ada beberapa terma-terma dan nama-nama syarikat yang saya tidak boleh sebut dengan jelas kerana tertakluk dengan peraturan syarikat dan FIMM. Namun perkara yang sama tidak tertakluk kepada Industri Takaful dan Perancangan Pusaka.

Untuk Unit Trust saya adalah Consultant yang mewakili syarikat unit trust yang nombor 1 dan terbesar di Malaysia (berpandukan jumlah nilai aset bersih dan jumlah pelabur).

Untuk Takaful pula saya mendaftarkan diri sebagai Pengurus Unit di Syarikat Takaful Malaysia.

Blog ini juga akan membuka dan memperkatakan tentang peluang-peluang pekerjaan kepada pembaca di luar sana untuk berkecimpung secara sepenuh masa ataupun separuh masa sebagai Islamic Financial Consultant ataupun Perunding Kewangan Islam. Di sini kita akan membincangkan kelebihan-kelebihan menceburi bidang financial consultant ini.

Pembaca-pembaca blog sohoque.com boleh juga ke blog perancangan kewangan Islam ini untuk mengetahui perkembangan terkini dan ilmu-ilmu berkaitan Perancangan Kewangan.

Selamat berkongsi ilmu…!!! Semoga dapat memberi manfaat kepada semua.

 

Jul 16

Selling Skill Sangat Bagus Tapi Sayang…

 

Semalam anak sulung aku ada buat demonstrasi taekwondo di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Selayang. Pagi-pagi lagi dah kena bangun, di hari minggu pulak tu untuk hantar dia. Pukul 7.30 pagi dah nak kena ada kat sana.

Aku just drop Iqbal (anak sulung aku) kat sekolah tu dan terus pergi. Niat aku untuk tengok demonstrasi anak aku terpaksa dibatalkan sebab terlalu susah nak dapat parking kereta. Parents ramai yang dah datang awal. Tambahan pula aku dah set satu appoinment dengan seorang prospek untuk jadi Unit Trust Consultant kat satu restoren mamak di Bandar Baru Selayang.

2012 07 14 10.10.56 300x180 Selling Skill Sangat Bagus Tapi Sayang...

Restoren AlBidayah Bandar Baru Selayang

So, sementara menunggu prospek tu sampai aku seperti biasa buat blogwalking ke blog-blog otai dulu sebelum buat update kat blog sohoque.com ni.

Sambil tu aku noticed ada sorang mamat ni datang jual barang dari meja ke meja. Dari awal aku perhatikan, aku tengok mamat ni memang bagus dan cool cara approach dan presentationnya. Caranya amat mesra. Aku tengok tiada langsung riak muka frust bila terkena rejection dari prospek pelanggannya. Presentationnya turut disertai dengan demonstrasi untuk membuktikan apa yang dikatanya itu mempunyai kebenaran. aku sesungguhnya agak kagum!

Produk yang dijualnya adalah “power pen” dan “alarm padlock”.

2012 07 16 10.04.29 300x180 Selling Skill Sangat Bagus Tapi Sayang...

2 batang “Power Pen” yang aku beli semalam

Sampai di meja aku dia terus meminta izin untuk buat presentation. Aku terus memberi keizinan untuk melihat dengan lebih dekat lagi selling skillnya yang bagus. Skill berkomunikasi dan skill demontrasi yang aku ingin lihat sebenarnya.

Apa yang aku boleh simpulkan setelah mendengar dan melihat dia buat presentation ialah, dia sangat bagus dalam bidang jualan. Aku lantas membeli 2 batang pen yang dijualnya. Posting selepas ini mungkin aku akan cerita tentang produk power pen dan alarm padlock yang dipromosinya itu.Produk yang agak menarik!

Sebelum dia pergi aku sempat bagi bisnes kad aku dan explain serba sedikit tentang kelebihan menjadi Unit Trust Consultant (UTC). Antara fakta-fakta yang aku tekankan untuk dia semalam adalah:

  1. Repeat Sales. Menjadi UTC jimat tenaga sebab ada repeat sales iaitu daripada regular investment pada setiap  bulan untuk skim KWSP, dan regular investment daripada pemotongan akaun bank di setiap bulan bagi investor yang membuat regular investment untuk memaksimakan kelebihan Dolar Cost Averaging (ko ada?!  icon lol Selling Skill Sangat Bagus Tapi Sayang... )
  2. Bergaji tetap. Menjadi UTC ada gaji tetap sebenarnya. Ada yang panggil Pencen semasa kerja dan sebagainya. Di Syarikat Unit Trust aku, ia dipanggil Career Benefit (CB). CB ni terhasil daripada amaun pelaburan semua pelabur yang terkumpul di bawah pengawasan kita. Lagi banyak amaun terkumpul, lagi banyaklah CB kita. Jadi jika kita sudah lama dalam industri ini maka jumlah CB yang kita dapat juga adalah banyak. Sebab itu kita boleh tengok pendapatan CB untuk UTC yang dah menceburi bidang ini 3 tahun keatas sudah stabil. Ini bermakna jika UTC ini sakit ataupun sedang bercuti, komisen daripada CB ini akan tetap masuk walaupun dia tidak buat kerja pada bulan itu. Ini yang istimewanya kerja sebagai UTC (ko ada?! icon lol Selling Skill Sangat Bagus Tapi Sayang... )
  3. Percutian percuma. UTC yang sampai sasaran jualan yang ditetapkan akan dibawa bercuti keluar negara secara PERCUMA. Sasaran jualan itu pula agak rendah dan senang untuk dicapai. Percutian bertaraf 5 BINTANG. Semua percuma. UTC hanya bawak diri sendiri sahaja. (Ko ada?! icon lol Selling Skill Sangat Bagus Tapi Sayang... )

Sebenarnya banyak lagi kelebihan yang bakal di dapati bila menyertai kerjaya UTC ini seperti masa yang sangat fleksibel, kenaikan pangkat yang cepat, kenaikan gaji yang cepat dan lain-lain. Tapi semalam aku tak dapat nak bagitau sebenarnya sebab masa singkat. Dia nak teruskan kerjanya.

Pada dasarnya dia amat tertarik dengan kerjaya UTC ini. Cuma MALANGnya, dia tak ada SPM. SPM dia gagal! icon cry Selling Skill Sangat Bagus Tapi Sayang... . Kesian!

So, secara automatik dia tak boleh jadi UTC sebab nak jadi UTC kena ada lesen daripada FIMM. Nak lesen tu kena duduk exam. Syarat nak exam kena lulus SPM dengan kepujian dalam Bahasa Melayu, English atau Mandarin.

So, aku tengah fikir ni nak berkerjasama macamana dengan dia. Sebab aku tengok skill dia sangat bagus. Kalau dia join aku sebagai UTC aku confident aku boleh bimbing dia menjadi UTC yang berjaya.\

Errrmmm…

May 29

Jom Melancong Ke Guangzhou, China

 Jom Melancong Ke Guangzhou, China

Buku penerangan ringkas tentang Guangzhou

Alhamdulillah. Aku baru sahaja balik dari Trip Insentif NSC ke 23 ke Guangzhou, China. Penat tapi sangat seronok.

Trip ini ditaja sepenuhnya oleh Syarikat Unit Trust No 1 tempat aku bernaung. Ia merupakan insentif pertama kepada para konsultan yang cemerlang. Insentif kedua merupakan trip ke Tokyo manakala insentif ketiga trip ke Los Angeles.

Antara tempat-tempat yang dilawati adalah:

  1. Five-Rams Statue
  2. Dr Sun Yat-Sen Memorial Hall
  3. Mausoleum of the 72 Martyrs
  4. The Impression City
  5. Chimelong International Circus
  6. Canton Tower
  7. Beijing Street
  8. Guangzhou Baiyun World Leather Trading Centre
  9. Shangxiajiu Street

Tempat-tempat di atas akan diceritakan pada posting yang akan datang.

 Jom Melancong Ke Guangzhou, China

Hotel penginapan para konsultan di sana

Ini la yang seronoknya menjadi Unit Trust Consultant (UTC). Jika ditanya kepada aku apa yang paling seronok menjadi UTC ni selain daripada pendapatan yang tiada had (mengikut usaha dan sasaran pendapatan kita) dan masa berkerja yang sangat fleksbel, aku akan menjawab trip percutian ke luar negara. Kenapa? Kerana lawatan ini ditaja sepenuhnya oleh pihak syarikat tanpa perlu aku membayar satu sen pun. Malahan jika mencapai sasaran yang ditetapkan, kita dapat pula wang saku yang diberi oleh pihak syarikat.

Apa yang menariknya lawatan luar negara ini ialah, kita ditaja ke sana dengan tujuan lawatan semata-mata. Kita mungkin dihantar ke luar negara oleh syarikat tempat kita berkerja. Tetapi kebiasaannya lawatan kita itu diatas dasar berkerja. Feelnya agak lain berbanding kita pergi ke lawatan tersebut untuk melancong semata-mata. Ini yang menjadikan UTC seronok dan kebiasaannya untuk UTC yang telah layak ke lawatan/percutian luar negara ini, mereka akan berusaha untuk melayakkan diri lagi di masa hadapan.

Untuk UTC yang tidak berusaha keras untuk trip sebegini, mereka sebenarnya rugi satu benefit yang diberikan oleh pihak syarikat. Benefit ini dibuka kepada semua UTC tak kira pangkat mereka. Siapa yang berjaya mencapai sasaran akan akan dapat insentif ini. Insentif telah berada hadapan kita. Amat rugi jika kita tidak mengambilnya.

Untuk UTC yang layak, mereka bukan sahaja dapat keseronokan melancong di luar negara malah mereka juga:

  • dapat berjumpa dan bergaul dengan top-top UTC seluruh Malaysia. Ini akan meningkatkan aura positif dan semangat kita untuk terus menjadikan UTC sebagai karier kita.
  • dapat berkongsi ilmu dengan top-top UTC yang sentiasa sibuk di hari-hari biasa. Di percutian ini kita sentiasa berdampingan dengan mereka. Di sini lah kita dapat berkongsi ilmu berkenaan bisnes Unit Trust ini.

Kepada sesiapa yang suka melancog seperti aku, jom sertai Unit Trust Industry. Hubungi aku untuk mengetahui lebih lanjut tentang Unit Trust Consultant.

 

May 02

Bagaimana Nak Mempunyai Pendapatan 5 Angka Sebulan? Jawapannya…

Tadi aku cuba mencari tentang orang yang berjaya dalam perniagaan yang dibina sendiri. Sekali terjumpa video Youtube kat blog http://jarigoyang.blogspot.com.

Bila tengok video ni, teringat aku tentang satu buku yang pernah aku baca. Buku motivasi karangan Chef Li ( ) yang bertajuk Menjejaki Jutawan Senyap.

silentmillionaire 194x300 Bagaimana Nak Mempunyai Pendapatan 5 Angka Sebulan? Jawapannya...Buku ini tentang bagaimana orang mempunyai pendapatan 5 angka hanya dengan membuka bisnes yang biasa-biasa sahaja ataupun yang tidak glamer. Bisnes yang dimaksudkan ialah membuka gerai seperti gerai pisang goreng, cakoi, keropok,  menjual di pasar malam, membuka gerai air soya di stesen-stesen LRT dan sebagainya.

Buku ini mengambil contoh beberapa peniaga yang pernah Chef Li kenal dan menceritakan kisah mereka kepada Chef Li. Antaranya kisah seorang peniaga berbangsa Cina yang hanya menjual produk-produk yang berasaskan soya dan sotong rendam. Peniaga ini berkata bahawa semasa dia tidur pun dia buat duit. Macamana? Dia menceritakan dia hanya membeli sotong dengan saiz kecil. Sebelum tidur dia merendam sotong tersebut dengan kaedah-kaedah yang betul. Keesokan harinya sotong itu sudah membesar saiznya dan dan dapat dijual dengan harga yang lebih mahal kepada peniaga-peniaga nasi lemak dan sebagainya. Peniaga ini dapat menghantar 2 orang anaknya untuk belajar ke luar negara tanpa menggunakan sedikit pun bantuan kerajaan dan pinjaman seperti PTPTN.

Turut diceritakan bagaimana seorang peniaga pasar malam yang memperolehi beberapa ratus keuntungan bersih setiap kali meniaga dipasar malam. Tetapi peniaga ini berniaga hampir setiap hari di pasar malam yang berlainan dalam seminggu. Hasilnya ribuan ringgit dapat dikumpulkan setelah ditolak kos kenderaan dan sewa tapak pasar malam.

Kisah seorang pendatang asing Indonesia juga ada diceritakan. Dimana peniaga tersebut mendapat idea untuk membuka gerai jualan air soya di stesen LRT. Dia menjual segelas air soya dengan harga serendah RM1. Bila perniagaan air soyanya sudah maju, dia membuka lagi cawangan gerainya di setiap stesen LRT yang terdekat dengan menggaji pendatang Indonesia yang lain. Akhirnya peniaga ini balik ke negara asalnya Indonesia dengan duit simpanan yang banyak dan menjadi jutawan di negaranya.

Aku masih teringat Chef Li quote dalam bukunya itu:

“Anda patut menjadi kaya. Anda tidak berhad menjadi miskin. Hidup di Malaysia tetapi tidak kaya adalah malang”

Aku sebenarnya ingat-ingat lupa je tentang cerita yang tepat dalam buku ni. Sebab aku baca buku ni dah beberapa tahun dulu dah. Yang aku ingat mereka ini digelar jutawan senyap oleh Chef Li. Antara karektor-karektor jutawan senyap ini ialah mereka bukanlah orang yang tersohor. Kehidupan serba sederhana walaupun mempunyai duit simpanan yang banyak sehinggakan layak digelar jutawan. Mereka ini bukanlah orang yang suka mengambil risiko yang besar seperti melaburkan duit mereka ke dalam pasaran saham dan sebagainya. Mereka ini sangat merendah diri sehinggakan jiran sebelah pun tak tau yang mereka banyak duit.

Moral of the story, banyak peluang untuk jadi kaya sebenarnya. Cuma atas diri kita la. Nak ke tak nak? Ada yang mulut cakap nak kaya, tapi usaha entah ke mana. Yang macam ni pun payah jugak..! Jadi jika sekiranya penganggur di luar sana berkata bahawa mereka tidak ada kerja, aku rasa kenyataan itu AMAT TIDAK BENAR! Sikap mereka sendiri yang membuatkan diri mereka menganggur.

Tidak dapat dinafikan bahawa kerja-kerja yang diceritakan oleh Chef Li tersebut memerlukan tenaga dan kemahiran yang tertentu. Ada orang yang tidak punya kemahiran dan masa untuk membuat kerja itu semua.

utc Bagaimana Nak Mempunyai Pendapatan 5 Angka Sebulan? Jawapannya...Namun, ada kerja yang tidak perlu keluarkan tenaga dan masa sebegitu dan ia juga dapat melahirkan jutawan. Kerja ataupun bisnes yang aku maksudkan ialah menjadi Unit Trust Consultant (UTC) seperti yang aku ceburi sejak 8 tahun yang lepas. Antara keistimewaan UTC ini ialah:

  • Kerjanya professional,
  • tidak perlu mengeluarkan tenaga/kudrat seperti peniaga pasar malam,
  • waktu kerja yang sangat fleksibel,
  • dapat menimba ilmu berkenaan perancangan kewangan untuk menuju kebebasan kewangan
  • dapat menyalurkan ilmu tersebut kepada orang lain di luar sana
  • dapat menolong orang untuk merancang kewangan mereka seperti menyelesaikan masalah tabung pendidikan, tabung persaraan, tabung mengerjakan haji dan lain-lain keperluan kewangan
  • pendapatan yang lumayan
  • lawatan ke luar negara PERCUMA setiap tahun
  • Pendapatan Pasif (passif income) di mana income berterusan dan berulang (walaupun kita hanya melakukan kerja jualan sekali)
  • mendapat pengiktirafan daripada pihak syarikat.
  • boleh diceburi secara separuh masa ataupun sepenuh masa.

no 1 crop sohoque.com  150x150 Bagaimana Nak Mempunyai Pendapatan 5 Angka Sebulan? Jawapannya...Kepada yang ingin mengetahui secara lebih details sila hubungi aku ya.. di talian 0139997755 ataupun emel: sohoque@gmail.com. Aku akan menerangkan berkenaan karier yang best dan menarik ini dengan lebih lanjut.

 

Sementara itu, sila layan video di bawah:

Inilah contohnya seorang yang betul-betul ingin berjaya.

Jadi anda boleh memilih untuk kaya samada nak jadi penebar roti canai seperti dia ataupun menjadi Unit Trust Consultant seperti saya yang tidak memerlukan tenaga dan masa sebegitu tetapi tetap mempunyai income yang “menarik”. Renung-renungkan… dan selamat beramal..!

Apr 23

Selamat Datang Ke Dunia “Fulltime” Sahabatku

welkam Selamat Datang Ke Dunia Fulltime SahabatkuHari Jumaat 20 April 2012 adalah hari terakhir sahabatku Mr Jocko berkerja di Syarikat yang agak gah di Malaysia ini. Beliau telah pun meletakkan jawatan untuk menceburi bidang perniagaan. Bidang perniagaan yang dipilih beliau adalah bidang Perancangan Kewangan (Financial Planning) iaitu sebagai Konsultan Unit Trust seperti aku.

Aku secara terus terang amat bersetuju dengan tindakan beliau. Sebenarnya dah lama aku menggalakkan beliau untuk bergiat secara sepenuh masa. Dan bila aku lihat semakin hari minat untuk “makan gaji” semakin pudar dalam diri beliau dek kerana politik pejabat, aku dah tau yang niat beliau untuk buat bisnes unit trust secara sepenuh masa dah semakin hampir. Cuma pada masa itu bila ditanya, beliau menjelaskan ingin menunggu sehingga akhir tahun ini. Mungkin menunggu bonus dulu kot.

takut 150x150 Selamat Datang Ke Dunia Fulltime SahabatkuAku respek  dengan tindakan beliau bukannya sebab apa. Sebabnya itu merupakan satu keputusan yang amat besar dalam hidup beliau yang telah beliau buat. Percayalah, mengambil keputusan untuk berhenti kerja ini bukannya mudah. Macam-macam yang kita terfikir yang akan menyebabkan hasrat untuk kita berhenti kerja tertangguh. Kalau tak percaya cuba tanya diri sendiri (yang masih berkerja makan gaji) dan kawan-kawan sekeliling. Ada di antara mereka yang memang nak berhenti berkerja makan gaji dan berniaga sendiri tetapi berapa kerat yang berani berbuat demikian? Ada kawan-kawan aku yang dah bercakap tentang hasrat mau berhenti kerja bertahun-tahun dulu. Tetapi sehingga sekarang masih lagi kerja makan gaji.

rdpd Selamat Datang Ke Dunia Fulltime SahabatkuMenyentuh tentang isu berhenti kerja ni, aku teringat akan kisah yang diceritakan oleh “Rich Dad” kepada Robert Kiyosaki dalam bukunya yang bertajuk “Rich Dad Poor Dad”. Buku inilah yang sebenarnya banyak memberi pengaruh kepada aku untuk berhenti kerja makan gaji dan menceburi bidang perancangan kewangan sebagai Unit Trust Consultant secara sepenuh masa (fulltime) sejak tahun 2004 dahulu. Dalam buku tersebut Rich Dad bertanya satu teka teki kepada Robert:

Rich Dad: “Ada 10 ekor burung di atas sepohon pokok. 9 ekor daripada mereka berhasrat untuk terbang dari situ. Berapa ekorkah yang tinggal di atas pokok tersebut?.

Robert: (dengan pantas menjawab) “9 ekor”.

Rich Dad: Salah, sebenarnya masih ada 10 ekor burung di atas pokok tersebut”

Robert: “Kenapa?” bertanya dengan hairan.

Rich Dad: “9 ekor burung tersebut hanyalah BERHASRAT untuk terbang, tetapi mereka tak terbang pun. Sesuatu hajat atau niat yang hanya dipendam ataupun diucap tanpa diekori oleh tindakan yang segera hanyalah tinggal hasrat atau niat sahaja. Ia tidak akan kemana-mana” terang Rich Dad.

Jadi sebab itu aku kata tindakan berhenti kerja ini bukanlah sesuatu yang mudah. Kebanyakan orang hanya mampu berhasrat. Kenapa? Kerana perasaan takut. Takut jika berhenti kerja, kita tak mampu untuk hidup seperti sekarang. Takut jika berhenti kerja kita tak ada gaji. Takut jika berhenti kerja anak-anak dan isteri kita tak cukup makan. Dan banyak lagi alasan yang bermula dengan takut.

Kenapa kita begitu takut? Sebab daripada kecil kita diajar sebegitu. Ibubapa kita selalu pesan masa kita kecil. “Anak ku, belajar betul ya.. belajar pandai-pandai ya. Nanti dapat masuk University, dapat gred yang bagus, boleh dapat kerja yang bergaji besar”.Jadi dari kecil mindset kita adalah berkerja makan gaji.

Di sekolah pulak kita diajar supaya menjawab soalan dengan betul. Jika salah kita akan dihukum. Di zaman aku dulu jika salah jawab soalan, aku pernah dihukum dengan menulis berulangkali jawapan yang betul itu, kedang-kadang sehingga 2 muka surat. Hukuman ini adalah supaya kita tidak membuat kesilapan lagi di masa hadapan. Namun kesan yang tidak bagus kepada minda kita ialah, ia akan menjadikan kita takut untuk membuat kesilapan. Sedangkan di dalam dunia yang nyata, membuat silap akan menjadikan kita lebih hebat. Dengan membuat kesilapan, kita akan belajar daripada kesilapan kita itu. Sebab itu lah ia akan menjadikan diri kita lebih hebat pabila kita bangkit semula daripada kesilapan itu.

Seperkara lagi yang harus diambil tahu bila dah buat fulltime ni, ada beberapa benda yang harus dibuat persediaan. Antaranya dari sudut:

Financially

Bila dah buat bisnes unit trust ni secara fulltime, gaji tetap memang dah tak ada. Jadi kebanyakkan daripada kita masih terikut-ikut dengan cara perbelanjaan masa kerja makan gaji. Kerja sendiri ni, masa baru-baru berhenti kerja kalau tak beringat akan sakit sikit. Kecuali kalau dia dah ada tabung/fund yang dibuat sebelum berhenti kerja. Tapi lama-lama pendapatan akan bertambah dan akan melebihi gaji tetap tadi. Sebabnya bisnes unit trust ni incrementnya on monthly basis.

Bila dah tak berkerja makan gaji, secara automatik KWSP tidak lagi dicarum. Jadi untuk dana persaraan, kita kena buat dana sendiri dengan unit trust. Sebenarnya buat dana persaraan dengan unit trust lagi tinggi keuntungan daripada yang diberi oleh KWSP. Jadi dana persaraan ni wajib kena buat sebaik sahaja berhenti kerja.

Physically

Tubuh badan pun kena jaga. Kalau sakit terjejas income sebab tak boleh keluar jumpa prospek. Itu kalau baru-baru jadi unit trust consultant la.. Kalau dah lama passive income (career benefit dan group overriding) dah banyak.

Lagi satu kalau dah sakit, perbelanjaan klinik dah tak ada orang tanggung. Dulu syarikat tempat kita berkerja yang tanggung bil-bil klinik atau hospital. Kecuali syarikat tempat pasangan kita berkerja turut memberi benefit perubatan kepada keluarga. Jadi perancangan seperti Medical Card Takaful perlu ada.

Mentally

Kekuatan mental juga perlu ada. Ini kerana pada peringkat awal berhenti kerja biasanya banyak sikit ujian yang akan diterima. Ini adalah untuk melatih jiwa kita supaya tahan untuk ujian-ujian yang seterusnya. Jika ujian-ujian tersebut berjaya ditempuh dengan tenang, InsyaAllah tiada lagi halangan yang tidak boleh dia tempuhi.

Kekuatan mental ni boleh diperolehi dengan menjaga 2 hubungan ini:

Hubungan dengan manusia (hablun minannas)

Hubungan dengan kawan-kawan dan clients kena jaga kerana dari diorang la kita akan dapat mengembangkan bisnes kita ke peringkat yang lebih tinggi; Mereka juga akan memberi kita semangat terutama bila kita beremosi atau sedang mengalami tahap motivasi yang rendah.

Namun tidak kurang juga kawan yang ingin melihat kita jatuh. Dia nak berhenti kerja dia tak berani, lepas tu dia nak tengok kawan yang berani tu tak maju. Inilah antara manusia yang pelik. Jadi orang-orang sebegini haruslah dijauhi. Namun jangan diputuskan silaturrahim. Kerana orang yang putuskan silaturrahim Allah akan payahkan baginya rezeki.

Hubungan dengan Allah (hablun minallah)

Yang ini lagi la kita kena jaga. Kerana kita kena selalu berdoa supaya Allah murahkan rezeki kita. Amalan murah rezeki jangan ditiggalkan. Sebenarnya dengan buat fulltime ini sepatutnya kita lagi dekat dengan Allah. Kerana sentiasa mengharapkan Dia permudahkan perniagaan kita.

Buat Mr Jocko. Don’t worry bro. Jalan untuk kau terbentang luas di hadapan. Kau buat tindakan yang  bijak dan betul. Teruskan beristiqamah dalam bidang ini dan “never look back!”. Aku tau kau boleh buat. Masa kau kerja pun total sales sebulan dan mencecah ratusan ribu ringgit, ini kan pula bila kau fulltime. Go Go Mr Jocko (diubah dari slogan MU, sebab si Jocko ni fan MU)

ahlan 300x163 Selamat Datang Ke Dunia Fulltime Sahabatku

Nota Kaki:

Iklan icon lol Selamat Datang Ke Dunia Fulltime Sahabatku   : sesiapa yang ingin mengetahui berkenaan dengan bisnes unit trust untuk diceburi secara part-time ataupun fulltime boleh hubungi aku untuk berbincang. Nanti aku tunjuk jalannya.