May 29

Wajarkah Ustaz Azhar Idrus kahwini isteri ke 3

 Wajarkah Ustaz Azhar Idrus kahwini isteri ke 3

Salam dan selamat sejahtera.

Wajarkah ustaz azhar idrus (UAI) kahwini isteri ke 3? Itulah topik yang hangat dibincangkan dk beberapa group whatsapp aku.

Ada yang setuju dan ada yang tidak bersetuju.

Yang bersetuju berpendapat tak apa lah UAI mampu. Lagipun dia ulamak yang tersohor masa kini. Jadi dari segi nafkah zahir dan batin tidak menjadi masalah untuk dia berlaku adil.

Ramai juga yang tidak bersetuju dengan tindakan UAI ini. Antara hujah mereka ialah:

  • Pandangan masyarakat yang akan memandang serong kepada UAI. Masyarakat melayu ini jika seseorang berkahwin satu atau dua, masih normal. Tapi jika seseorang menambah isteri ke 3 atau 4, dia mungkin akan dikatakan menunjuk-nunjuk.
  • Popularity UAI mungkin akan menurun selepas perkahwinan ini. UAI yang ramai pengikut kerana ceramah agamanya yang menarik dan penuh isi dikhuatiri akan hilang pengikut terutamanya daripada kaum wanita yang mungkin tidak setuju dengan tindakan UAI
  • UAI ini ulamak yang dikenali ramai. Jika orang biasa yang kahwin ramai tidak menjadi masalah. Malah jika artis sekalipun mungkin tidak menjadi buah mulut sangat. Lihat sahaja pelakon, pelawak dan dee jay radio Salleh Yaakob. Beliau mempunyai 4 orang isteri, tetapi tidak menjadi buah mulut orang pun. Dikhuatiri UAI akan dipandang serong oleh oleh masyarakat
  • Apa tujuan UAI tambah isteri yang ke 3. Adakah kerana nafsu lelaki semata-mata?  Jika niat beliau nak kahwin untuk tolong wanita tersebut kenapa mesti kahwin dengan anak dara? Kenapa tidak cari sahaja janda-janda ataupun ibu tunggal yang memerlukan pertolongan baik dari segi sokongan kewangan juga sokongan moral

Ada juga yang tidak bersetuju dengan cara UAI meraikan majlis pernikahannya. Ia tidak mencerminkan seperti apa yang UAI sebut dalam ceramahnya.

Pandangan aku:

Pertama:
Dalam Al-Quran (sumber hukum utama) kata boleh/harus kahwin 4. Tapi dengan SYARAT mesti kena adil. Kalu tidak terimalah hukuman daripada bagi orang/ketua keluarga yg tidak adil. Firman Allah:

“…maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil diantara (isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja…”

(Surah An-Nisa’ 4 : 3)

Keterangan terperinci hukum ini telah dijelaskan oleh amalan Nabi di mana baginda menikahi anak dara (seorang sahaja – aisyah) dan janda (ramai). Pengajaran: dibolehkan untuk menikahi janda atau anak dara. Kalau nak menolong janda ataupun yang miskin itu adalah lebih afdhal.

Kedua:
Yang mana kita nak ikut. Pandangan masyarakat (yang belum tentu ikut syariat) ke ataupun pandangan Allah? Balasan syurga atau neraka Allah tidak ikut pandangan orang ramai ya.. icon wink Wajarkah Ustaz Azhar Idrus kahwini isteri ke 3 . Lagipun jika kita buat sesuatu kerana makhluk kita dikira riak juga tau.

Ketiga:
Kadang-kadang bab agama ni tak boleh fikir dengan akal fikiran manusia biasa semata. Ikut je Al-Quran dan sunnah kata. Amat besar hikmah disebaliknya tu.

Keempat:
Dah. Ni bab furu’ sahaja. Banyak lagi bab pokok yang perlu dan lebih penting untuk dibincang. Contohnya kenapa kadang-kadang kita leka dan malas untuk solat berjemaah.

Itulah perangai masyarakat kita. Suka sangat memperbesarkan isu-isu sebegini. Bincang sikit-sikit tak apa la. Ini berhari-hari duk bincang, macam dah tak ada isu lain dah.

Kalau bab poligami ni aku lebih suka baca entri kat blog ini. Pandangan penulisnya lebih telus aku rasa. Betul tak Kak Siti?

Wallahua’lam bissawaabi

Feb 17

Applikasi Android Ustaz Azhar Idrus

Salam dan selamat sejahtera.

Dewasa ini banyak applikasi android Ustaz Azhar Idrus di Google Play, tempat meng”install” applikasi di telefon pintar yang menggunakan platform sistem operasi Android.

Pertumbuhan applikasi android Ustaz Azhar Idrus ini dibuat dan dimajukan oleh individu-individu celik IT yang mengambil inisiatif untuk mengembangkan lagi ilmu agama yang dikongsikan oleh Ustaz Azhar Idrus kepada sasaran yang lebih meluas.

Applikasi – Aplikasi Android Ustaz Azhar Idrus ini rata-ratanya memuatkan apa yang pernah disampaikan oleh Ustaz Azhar Irus melalui ceramah-ceramah ataupun kuliah-kuliah agama beliau yang diadakan diseluruh pelusuk negara. Ia termasuklah jadual kuliah Ustaz Azhar Idrus, Hukum-hukum permasalahan agama yang dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dan sebagainya.

Perkembangan ini saya lihat ada baik dan buruknya.

Yang baiknya, pengguna telefon pintar lebih mudah mencari hukum-hukum agama untuk dirujuk. Peminat Ustaz Azhar Idrus pula lebih mudah untuk memeriksa kuliah bulanan Ustaz Azhar Idrus tanpa perlu melayari internet dan sebagainya. Mereka hanya perlu masuk ke applikasi – applikasi Andoid Ustaz Azhar Idrus ini dan terus boleh mendapatkan maklumat yang dikehendaki oleh mereka.

Yang tidak baiknya ialah applikasi – applikasi Android Ustaz Azhar Idrus ini dibina dan dimajukan sistemnya bukan oleh Ustaz Azhar Idrus sendiri. Ini sudah dijelaskan oleh Ustaz Azhar Idrus di dalam kuliahnya dan diwarwarkan di dalam page facebook beliau.

Ustaz Azhar Idrus menegaskan di laman sisial ini bahawa beliau tidak mempunyai laman sosial yang lain kecuali Facebook sahaja. Ini termasuklah applikasi Android dan sebagainya.

 Applikasi Android Ustaz Azhar Idrus

Antara applikasi Ustaz Azhar Idrus yang BUKAN dimajukan oleh pihaknya.

Apabila ianya bukan daripada AlFadhil Ustaz Azhar Idrus sendiri, ia dikhuatiri akan terseleweng samada disengajakan atau tidak disengajakan.

Salah satu applikasi Ustaz Azhar Idrus yang pernah saya kongsikan di blog ini adalah applikasi ini.

Jadi kepada pengguna, hati-hati dengan kandungan applikasi Android Ustaz Azhar Idrus di Google Play. Jika was-was dengan kandungannya, sila double check dengan pihak berkenaan.

Jan 03

Applikasi Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus Kini Di Google Play

uai app icon Applikasi Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus Kini Di Google Play

Applikasi Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus

Kepada pengguna smartphone yang menggunakan sistem operasi Android, mereka kini boleh install applikasi Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus.

Applikasi Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus yang dimajukan oleh Barakah Apps ini adalah applikasi agama di Google Play yang mengandungi koleksi soalan-soalan yang dikemukakan dan dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus melalui Facebook profile beliau.

Seperti yang kita sedia maklum, Ustaz Azhar Idrus adalah merupakan pendakwah bebas yang popular di Malaysia. Cara penyampaian beliau bersahaja dan diselang selikan dengan lawak tetapi amat padat menyebabkan ramai anak muda tertarik untuk mengikuti kuliah agamanya baik di masjid, surau-surau maupun di Youtube.

Yang menariknya applikasi ini boleh digunakan bila-bila masa dan di mana sahaja tanpa memerlukan sambungan internet.

Kandungan soalan-soalan yang dijawab ini telah dikumpul dan disusun oleh Koleksi Printscreen Ustaz Azhar Idrus(Original). Kandungan juga akan sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa.

Berikut adalah kategori-kategori soalan yang telah dikumpul:

  1. Aqidah
  2. Ibadah
  3. Ketuhanan dan Kenabian
  4. Solat dan Wuduk
  5. Puasa dan Hari Raya Aidilfitri
  6. Raya Haji dan Korban
  7. Al-Quran
  8. Hadith
  9. Hal Ehwal Lelaki
  10. Hal Ehwal Wanita
  11. Pertunangan dan Perkahwinan
  12. Tentang Cinta dan ‘Couple’
  13. Kekeluargaan dan Pusaka
  14. Aurat dan Pergaulan
  15. Makanan dan Minuman
  16. Petua dan Tips
  17. Tentang Haiwan
  18. Istilah

Application Screenshots:

uai 1 Applikasi Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus Kini Di Google Play

 

uai 2 Applikasi Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus Kini Di Google Play

 

uai 3 Applikasi Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus Kini Di Google Play

 

uai 4 Applikasi Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus Kini Di Google Play

 

uai 5 Applikasi Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus Kini Di Google Play

 

Cara Install:

1. Dengan menggunakan smartphone Android anda, cari applikasi Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus dalam Google Play

2. Install…

3. Siap!!!

Moga kita sama-sama mendapat manfaat darinya. Jom install Applikasi Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus!!!

Nov 14

Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus Di Astro Oasis Episod 1

kemah keming poster Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus Di Astro Oasis Episod 1

Malam tadi 13/11/2012, pukul 7.30 malam telah berlangsung siaran Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus di Astro Oasis seperti yang di iklankan sebelum ini.

Alhamdulillah.  Sekurangnya Astro berani menerbitkan rancangan agama sebegini. Tambahan pula penceramahnya ialah Ustaz Azhar Idrus yang lantang berkata yang benar tanpa berselindung. Sifat Ustaz Azhar Idrus ini agak digeruni oleh pihak-pihak tertentu yang mungkin ada berbuat salah di sisi agama. Takut kena atas kepala mereka sendiri. Namun Astro adalah rancangan TV pertama yang berani menyiarkannya.

Sebelum ini orang awam yang ingin mendengar kuliah Ustaz Azhar Idrus yang tidak berkesempatan mengikuti kuliahnya secara langsung (live) terpaksa mendapatkan VCD beliau di pasaran. Ataupun mereka boleh melayari laman Youtube untuk mengikuti siri-siri kuliah Ustaz Azhar Idrus yang telah banyak dimuatnaik di situ.

Walaupun siaran Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus Di Astro Oasis ini sebenarnya sudah ada dimuatnaik di Youtube sebelum ini, tapi usaha Astro ini amat dihargai. Sekurang-kurangnya mesej di dalam kuliah Ustaz Azhar Idrus dapat juga sampai kepada golongan-golongan yang tidak melayari Youtube.

Apa yang menariknya di kuliah Ustaz Azhar Idrus ini ialah di samping beliau membicarakan kitab “Anak Kunci Syurga”, beliau juga ada menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh hadirin. Dan yang amat saya kagumi, Ustaz Azhar Idrus dapat menjawab soalan-soalan ini secara spontan tanpa perlu merujuk kepada kitab-kitab sokongan.

Cuma rancangan yang disiarkan ini amat singkat masanya. Jika pihak Astro dapat memanjangkan siaran kuliah Ustaz Azhar Idrus ini selama satu jam misalnya (daripada setengah jam), saya rasa kesannya akan lebih mendalam. Pihak Astro sebenarnya tidak perlu risau untuk menyiarkan rancangan ini dengan lebih lama kerana insyaAllah penonton tidak akan jemu. Ini adalah kerana cara penyampaian Ustaz Azhar Idrus amat bersahaja dan diselang selikan dengan lawak spontan. Inilah yang akan membuatkan penonton tidak bosan.

Seperkara lagi, adalah amat baik jika siaran Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus Di Astro Oasis ini dijadikan sebagai siaran tetap bukannya siaran khas selama 3 hari sempena Ma’al Hijrah sahaja. InsyaAllah akan ada penonton tetap yang akan mengikuti siaran ini.

Waktu siaran juga sebenarnya boleh diubah sedikit kepada waktu yang sesuai, Ini adalah kerana pukul 7.30 malam adalah waktu yang agak sibuk untuk penonton menunaikan solat Maghrib dan mungkin terus menunggu waktu Isyak denan aktiviti baca Qur’an, tazkirah dan sebagainya. Jika waktu siaran dibuat pada pukul 9.00 malam saya rasa lebih sesuai. Namun begitu, pihak Astro ada menyediakan rancangan ulangan iaitu pada pukul 10.00 malam.

Astro juga pada pandangan saya perlu bijak memotong (edit) kuliah Ustaz Azhar Idrus ini kerana dibimbangi akan terjejas isi mesej yang ingin disampaikan. Jika tiada potongan yang dibuat lagi bagus.

Akhirnya, terima kasih dan tahniah kepada pihak Astro amnya dan Astro Oasis khasnya kerana menyiarkan rancangan ini. Jika usaha sebegini diteruskan mungkin akan dapat menaikkan lagi imej Astro seterusnya meningkatkan lagi langganan siaran Astro.

Untuk yang tidak berkesempatan menonton siaran ini, ataupun yang tidak mempunyai langganan Astro, anda bolehlah menonton di saluran Youtube di link dibawah:

Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus Di Astro Oasis Episod 1.

Moga mendapat pengajaran daripada Kuliah Ustaz Azhar Idrus tersebut.

Nov 01

Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus Di Astro Oasis Channel 106

kemah keming astro Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus Di Astro Oasis Channel 106

Lama dah saya dengar cerita tentang rancangan Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus Di Astro Oasis Channel 106 ni. Dulu katanya rancangan ini dah nak disiarkan di Astro. Tetapi tup-tup ditangguhkan pula.

Hari ni saya mendapat berita bahawa rancangan Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus Di Astro Oasis Channel 106 ini akan disiarkan pada 13, 14 dan 15 November 2012 ini. Siaran akan keudara pada pukul 7.30 malam dan akan diulang lagi pada jam 10.00 malam.

Walaubagaimanapun segalanya hanyalah perancangan pihak Astro. Segala perubahan jika ada akan diumumkan oleh pihaknya Astro.

Jika ini menjadi kenyataan boleh lah orang-orang yang belum berkesempatan mengikuti Kuliah Ustaz Azhar Idrus sebelum ini melihat dan mendengar kuliah beliau di Television. Yang pasti, Kuliah Ustaz Azhar Idrus akan penuh dengan ilmu dan mesej yang akan diselitkan.

Jangan ketinggalan menonton rancangan Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus Di Astro Oasis Channel 106 ok.

“Jom Gi Kuliah…”

Oct 24

Kuliah Ustaz Azhar Idrus Tetap Dapat Sambutan Di Solok Galing

solok gaung Kuliah Ustaz Azhar Idrus Tetap Dapat Sambutan Di Solok Galing

Perubahan tempat Kuliah Ustaz Azhar Idrus di saat akhir tidak menjejaskan kehadiran pendengar setia

Ini berita beberapa hari yang lepas. Ia adalah rentetan posting saya pada 19 Oktober lalu tentang Kuliah Ustaz Azhar Idrus yang dijadualkan berlangsung di Masjid Nurul Hidayah, LTAM Pulau Samak, Batu Berendam tetapi telah ditukar disaat-saat akhir ke Madrasah Ar-Rahmah, Solok Galing, Ayer Molek, Melaka. Ini berikutan arahan daripada pihak atasan.

ayer molek 300x130 Kuliah Ustaz Azhar Idrus Tetap Dapat Sambutan Di Solok Galing

Kenyataan akhbar pengetua Madrasah Ar-Rahmah dalam Sinar Harian

Walaupun perubahan itu dibuat disaat-saat akhir namun sambutan kuliah Ustaz Azhar Idrus di tempat baru tersebut tetap mendapat sambutan hangat. Sememangnya anak-anak muda sekarang dahagakan ilmu. Bantuan teknologi terkini seperti internet, facebook, blog dan alat komunikasi yang lain juga memainkan peranan yang amat penting menyebarkan berita Kuliah Ustaz Azhar Idrus telah ditukar ke tempat lain.

Alhamdulillah. Semoga ilmu-ilmu agama sebegini akan dapat terus disalurkan kepada generasi muda.

“Jom Gi Kuliah”

Oct 19

Kuliah Ustaz Azhar Idrus Ditukar Ke Tempat Baru

tukar venue Kuliah Ustaz Azhar Idrus Ditukar Ke Tempat Baru

Ini ada satu pengumuman yang penting. Sila ambil perhatian!

Kuliah Ustaz Azhar Idrus yang dijadualkan akan diadakan di Masjid Nurul Hidayah, LTAM Pulau Samak, Batu Berendam, Melaka pada hari ini (Jumaat 19 Oktober 2012) telah dipindahkan ke tempat yang baru seperti berikut:

Tarikh: 19 Oktober 2012 (Jumaat)
Masa: Selepas Solat Maghrib
Tempat: Madrasah Ar-Rahmah, Solok Galing, Ayer Molek, Melaka

Semalam saya banyak mendapat mesej dari pembaca blog dan rakan-rakan yang lain tentang khabar yang mengatakan tempat kuliah Ustaz Azhar Idrus ini telah berpindah ke tempat yang lain.

Saya tidak dapat mengesahkan berita itu semalam kerana saya juga menunggu pengesahan dari pihak yang menganjurkan Kuliah Ustaz Azhar Idrus tersebut.

Pagi ini saya telah mendapat pengesahan melalui page Abang K (JKKK Fan Club) bahawa memang benar tempat Kuliah Ustaz Azhar Idrus telah berpindah seperti yaang dinyatakan di atas.

Perubahan tempat Kuliah Ustaz Azhar Idrus ini dengar ceritanya disebabkan kekangan oleh pihak tertentu. Ia lebih kurang dengan apa yang telah terjadi di Kampus Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Semoga siri Kuliah Ustaz Azhar Idrus ini akan dapat diteruskan seperti biasa di masa-masa akan datang walaupun mendapat tentangan dari pihak-pihak tertentu.

Kepada orang ramai, silalah hadir ke majlis ilmu ini yang juga dikenali sebagai salah satu taman daripada taman-taman syurga.

Harap semua dapat kongsikan berita ini samada dengan share posting ini, ataupun dengan apa cara sekalipun. Ini disebabkan masa yang sudah suntuk sebelum kuliah Ustaz Azhar Idrus ini berlangsung selepas maghrib malam ini.

Wallahua’lam.

Oct 17

Kuliah Ustaz Azhar Idrus Untuk Bulan Oktober 2012

jadual oktober Kuliah Ustaz Azhar Idrus Untuk Bulan Oktober 2012

Rasanya belum terlambat untuk saya menyiarkan jadual kuliah Ustaz Azhar Idrus untuk bulan Oktober ini. Hari ini baru 17 haribulan. Ada lebih kurang 11 kuliah lagi bakal diadakan di tempat yang berlainan.

Jadi kepada sesiapa yang tinggal berdekatan dengan kawasan kuliah, sudi-sudikanlah hadir ke majlis ilmu ini. InsyaAllah apa yang bakal disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus nanti akan menjadi pedoman kepada kita dalam menjalani hidup sebagai seorang muslim yang bertaqwa.

Selamat menimba ilmu bersama Ustaz Azhar Idrus.

“Jom Gi Kuliah”

Oct 16

Jom Gi Kuliah Ustaz Azhar Idrus

ustaz azhar baru berendam Jom Gi Kuliah Ustaz Azhar Idrus

Jom gi kuliah!!!

Kuliah Ustaz Azhar Idrus Datang lagi. Kali ini ustaz merantau ke Batu Berendam Melaka. Berikut adalah butiran lanjut kuliah:

  • Tarikh: 19 Oktober 2012 (Jumaat)
  • Tempat: Masjid Nurul Hidayah, LTAM Pulau Samak, Batu Berendam, Melaka.

Untuk orang-orang Batu Berendam khasnya dan orang-orang yang tinggal berdekatan dengan Batu Berendam amnya, luangkanlah masa anda ke kuliah Ustaz Azhar Idrus ini. Majlis ilmu seperti ini dikenali juga sebagai satu taman daripada taman-taman syurga.

Semoga orang yang berkelapangan ke sini untuk menuntut ilmu dirahmati Allah hendaknya. Dan semoga kejadian yang menimpa kuliah Ustaz Azhar Idrus di UMP sebelum ini tidak berlaku lagi.

Jom Gi Kuliah!!!

Oct 10

Kuliah Ustaz Azhar Idrus Di UMP Dibatalkan Di Saat Akhir

batal last minit Kuliah Ustaz Azhar Idrus Di UMP Dibatalkan Di Saat Akhir

Pembatalan kuliah Ustaz Azhar Idrus telah menimbulkan kemarahan warga UMP

Kecoh!!! Kuliah Ustaz Azhar Idrus yang sepatutnya dijadualkan hari ini 10 Oktober 2012, pada pukul 8 malam di Dewan Canselori University Malaysia Pahang telah dibatalkan di saat-saat akhir.

Ramai yang tidak berpuas hati terutama dari kalangan warga University Malaysia Pahang (UMP). Mengikut feedback yang diterima ada juga orang luar daripada negeri Pahang yang dah merancang untuk menghadiri kuliah Ustaz Azhar Idrus terpaksa membatalkan perjalanan mereka ke sana.

Pembatalan Kuliah Ustaz Azhar Idrus di saat-saat akhir itu menurut pihak penganjur merugikan pihak mereka daripada semua aspek, kewangan, reputasi dan sebagainya.

Pembatalan kuliah Ustaz Azhar Idrus ini menurut warga UMP adalah angkara pihak pentadbiran UMP yang dikbayangi parti politik UMNO. Wallahua’lam.

Saya tidak tahu menahu apa sebab sebenar kuliah Ustaz Azhar Idrus tersebut dibatalkan secara tergesa. Dan saya tidak mahu menuding jari kepada mana-mana parti politik. Ini adalah kerana blog saya ini bukanlah blog politik.

Akan tetapi saya sendiri agak terkilan apabila Kuliah Ustaz Azhar Idrus ini dibatalkan. Ini adalah kerana majlis tersebut adalah majlis ilmu. Dan kebiasaannya Kuliah Ustaz Azhar Idrus ini akan menerima sambutan yang amat menggalakkan terutama di kalangan anak-anak muda. Fenomena ini sebenarnya adalah amat sesuai untuk menyerapkan nilai-nilai agama di kalangan anak-anak muda sekarang.

Kuliah Ustaz Azhar Idrus yang bersahaja dan diselangi oleh lawak jenaka amat sesuai dengan jiwa anak-anak muda. Jadi apabila perkara yang baik sebegini dibatalkan dengan tiada sebab amat merugikan terutama dalam sudut pengisian yang akan diterima oleh anak-anak muda.

Jadi kita tunggu penjelasan pihak pentadbiran UMP tentang perkara ini.

Wallahua’lam

 

Oct 05

Kuliah Ustaz Azhar Idrus Di University Malaysia Pahang

kuliah uai ump Kuliah Ustaz Azhar Idrus Di University Malaysia PahangAssalamulaikum dan salam sejahtera

Kuliah Ustaz Azhar Idrus tiba lagi. Kali ini diadakan di University Malaysia Pahang (UMP) yang terletak di Gambang, Pahang.

Kuliah Ustaz Azhar Idrus ini dijadualkan pada 10hb Oktober 2012 akan datang. Majlis akan bermula pada pukul 8 mlm dan bertempat di dewan Cancelery

Jadi kepada sesiapa yang tinggal di kawasan berdekatan amat digalakkan untuk pergi menuntut ilmu bersama Ustaz Azhar Idrus. Majlis yang dianggap sebagai salah satu taman daripada taman-taman syurga ini insyaAllah akan memberi manfaat dan ilmu kepada anda semua.

Selamat menuntut ilmu kepada semua.

Aug 31

Ustaz Azhar Idrus, Kuliah Bulan September 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sekejap sahaja masa berlalu. Kita sekarang sudah berada di penghujung bulan Ogos. Namun Syawal belum berakhir. Kepada yang belum habis lagi berpuasa sunat 6 hari di bulan Ramadhan, silalah berbuat demikian seberapa segera yang boleh.

Seperti biasa jadual Ustaz Azhar Idrus penuh lagi dengan kuliah bulanan beliau. Jadual bulan September Ustaz Azhar Idrus telah pun dikeluarkan:

sept uai Ustaz Azhar Idrus, Kuliah Bulan September 2012

Walaupun Ustaz Azhar Idrus baru dapat baby, namun usaha dakwah beliau tetap berjalan seperti biasa.

Kepada sesiapa yang ada kelapangan silalah ke majlis ilmu Ustaz Azhar Idrus ini. InsyaAllah anda tak akan menyesal.

Kepada yang tiada kelapangan, silalah lapangkan diri anda sekali sekala mencari pengisian jiwa. Sesungguhnya ini adalah antara bekal-bekal kita di akhirat kelak.

Jumpa di sana….!