Tahun 2012 Tahun Mengajar Aku Untuk Lebih Berusaha

Selamat tinggal 2012...Selamat datang 2013

Selamat tinggal 2012…
Selamat datang 2013!!!

Tahun 2012 telah berlalu. Pelbagai kenangan kejayaan dan “keputusan yang tidak menepati perancangan”  telah hadir di dalam hidup aku. Aku tak nak sebut kegagalan kerana perkataan itu terlalu negatif bagi aku.

Sebagai Perancang Kewangan (Financial Consultant) beberapa faktor aku ambil kira untuk mengukur kejayaan aku sendiri. Antaranya ialah kemampuan aku untuk berjumpa prospek seramai yang boleh untuk aku hebahkan tentang unit trust islamik dan takaful. Faktor kenaikan pangkat juga menjadi benchmark aku.

Dalam bidang Unit Trust (Amanah Saham) tidak banyak kejayaan yang aku boleh banggakan. Sasaran aku untuk dinaikkan pangkat ke satu level lagi belum berhasil. Sales kurang memberangsangkan pada tahun 2012. Banyak perkara yang mengganggu usaha aku untuk berkongsi ilmu berkenaan Islamic Unit Trust kepada umum.

Oleh kerana aku bukan jenis yang suka menyalahkan keadaan sekeliling dan apa yang telah berlaku, tak perlulah aku menyebut akan halangan-halangan tersebut. Halangan-halangan tersebutlah yang menjadikan tahun 2012 tahun mengajar aku untuk lebih berusaha. Halangan dan masalah untuk diselesaikan. Bukan untuk dijadikan alasan.

Dalam industri Takaful pula, alhamdulillah aku dipromotekan ke level Unit Manager. Kumpulan consultant di dalam agensi aku juga semakin berkembang. InsyaAllah momentum ini akan disambung di dalam tahun 2013.

Di dalam arena penulisan blog, aku sebenarnya tidak meletakkan apa-apa sasaran pada tahun 2012. Aku mendaftarkan blog sohoque.com pada awal tahun 2012. Namun mula menulis dan belajar sendiri daripada kosong pada pertengahan 2012. Selepas aku berjumpa dan mengenali blogger INI.

Tapi yang paling membanggakan aku ialah ranking alexa aku yang menurun daripada 20,000 kepada 1,400 dalam masa sebulan iaitu pada bulan November 2012. Dari situ aku cuba sasarkan untuk menutup tahun 2012 pada kedudukan ranking 3 angka iaitu di bawah ranking 1,000.

Sasaran aku sedikit meleset apabila hanya mampu mencatat angka 1,099 pada saat terakhir tahun 2012. Namun aku amat berpuas hati dengan perkembangan ini.

Ranking Alexa pada hari ini

Ranking Alexa pada hari ini

Terima kasih yang tak terhingga aku ucapkan kepada sifu-sifu yang aku belajar secara online seperti Abang Ensem, Ariffshah, Broframestone, Cik Tom, Denaihati, Eyriqazz Shakiddo, dan lain-lain yang mungkin aku lupa untuk sebutkan di sini.

Tahun 2012 juga aku berjaya menghasilkan blog kedua aku iaitu caknawang.com. Blog ini membicarakan tentang ilmu unit trust dan takaful. Dan juga menyediakan peluang pekerjaan di dalam bidang tersebut. Aku juga cuba untuk memberi idea kepada consultant-consultant yang baru di dalam bidang unit trust dan takaful ini bagaimana untuk menempa kejayaan di dalam bidang yang disertai mereka ini berdasarkan pengalaman aku selama 8 tahun di sini.

Moga apa yang aku kongsikan di blog sohoque.com ini dan juga caknawang.com akan dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Moga overriding pahala yang aku cari-cari untuk menyejukkan ku di dalam kubur dan tika di padang mahsyar akan melimpah ruah.

Tahun 2013 akan aku mulakan dengan aura-aura positif. Goal setting telah aku siapkan untuk 3 industri yang aku ceburi ini iaitu Unit Trust, Takaful dan Blogging.

Aku amat yakin sasaran yang telah aku tetapkan ini akan dapat dicapai pada tahun 2013 ini. In syaa Allah.

Tahun 2012 tahun mengajar aku untuk lebih berusaha. Hanya usaha keras yang bijak disertakan dengan doa dan tawakkal seperti yang aku bincangkan di dalam artikel INI akan membuatkan sasara aku tercapai.

21 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: