tajuk entri

Tajuk Artikel Panjang Tidak Bagus Untuk SEO?

“Tajuk panjang untuk copy writing, tajuk pendek untuk SEO”

tajuk panas

Tajuk (title) sebagai daya penarik

Biasanya jika anda menulis tajuk artikel ataupun entri anda, anda suka tajuk yang panjang ke ataupun tajuk yang pendek?

Perkara ini menjadi salah satu aspek yag amat penting di dalam penulisan di samping aspek-aspek yang lain yang juga perlu dititik beratkan seperti content (isi) yang menarik, dan sebagainya.

Tajuk menjadi daya penarik untuk pembaca mengelik (klik) pautan (link) yang kita tinggalkan baik di dalam emel, media sosial dan lain-lain lagi.

Entri yang mempunyai tajuk yang menarik biasanya mendapat hit yang tinggi daripada pembaca berbanding dengan entri yang mempunyai tajuk yang biasa-biasa atapun suam-suam kuku saja.

Contoh tajuk

1. “Burger Istimewa ini buatkan saya teringatkan seorang pelakon terkenal setelah menikmatinya dua hari yang lalu di burger byte damansara utama”

2. “Menikmati Burger Bakar Abang Burn di Section 7 Shah Alam”

Jika anda terjumpa dua link di atas, yang manakah anda rasa nak klik?. Tentulah yang no 1 bukan?

Tajuk tersebut menimbulkan tandatanya, mengapa dan siapa? Mengapa burger tersebut buatkan saya teringat-ingat? Siapa pula pelakon terkenal yang dimaksudkan?

Tajuk no 2 sedikit suram dengan gaya biasa yang sering kita jumpa dan baca. Baca tajuk pun kita sudah tau apa penulis nak cerita. Penulis nak bagitau pengalaman dia makan di restoran burger tersebut kan?.

Jika penulis adalah blogger terkenal seperti Ben Ashaari, yang memang saya suka ikuti perkembangannnya setiap hari ok la. Mungkin saya akan klik juga. Sebab saya nak tahu aktiviti apa yang dia buat pada hari tersebut.

Tetapi jika penulis adalah blogger biasa seperti saya, mesti rakan-rakan media sosial saya tidak rasa terpanggil untuk membaca jika saya menggunakan tajuk nombor 2.

Tajuk Pendek vs Tajuk Panjang

tajuk panas

Jika mengikut ciri-ciri yang dimahukan oleh enjin carian Google, tajuk seboleh-bolehnya tidak melebihi 60 bilangan huruf. Perkataan ataupun keyword yang terhasil selepas huruf ke 60 tersebut tidak diambil kira oleh google.

Namun pada saya ia adalah faktor kecil dari segi kekuatan SEO entri tersebut. Maksud saya jika faktor-faktor lain yang ada pada blog dan entri kita kuat, entri kita masih boleh dirankkan di mukasurat pertama enjin carian Google.

Untuk perkara ini saya lebih suka mengambil hati pembaca saya dengan membuat tajuk yang menarik daripada menjaga hati google yang menyekat seni copy writing dengan had bilangan huruf tersebut.

Entri yang saya tulis pun untuk pembaca saya. Jadi jika saya tak ambil hati pembaca, hati siapa lagi yang saya kena jaga?

Plugin WordPress

Namun saya sedikit bernasib baik kerana saya adalah pengguna platform blogging WordPress. Untuk pengguna platform ini ada beberapa plugin SEO yang boleh digunakan untuk memantapkan SEO entri kita.

Yang paling terkenal adalah All in One SEO dan SEO by Yoast. Saya gunakan yang pertama kerana ia lebih ringkas dan senang untuk difahami.

Dengan plugin tersebut saya boleh menggunakan dua tajuk di dalam entri saya. Yang pertama tajuk biasa yang dibaca oleh pembaca di dalam entri. Yang kedua tajuk yang saya masukkan di dalam plugin SEO saya yang dibaca oleh Google. Kedua-dua tajuk tersebut diindeks oleh google.

Jadi apa yang saya buat, saya akan menggunakan tajuk yang panjang dan catchy untuk entri saya untuk di baca oleh pembaca dengan diselitkan bunga-bunga Copy Writing di dalam entri. Di dalam masa yang sama saya juga turut menggunakan tajuk yang ringkas dengan mebggunakan plugin yang mengikut ciri-ciri yang dimahukan oleh Google sebagai kekuatan SEO entri tersebut. Tajuk ini boleh dilihat di tab browser komputer anda.

Jangan menipu

Awas. Jangan menipu pembaca! Tajuk lain tetapi isinya lain.

Ada blogger yang menggunakan tajuk yang gempak, sesetengahnya mengambil kesempatan di atas isu-isu semasa yang panas untuk menarik pembaca klik pautan entrinya. Tetapi apabila di klik tiada pun kisah seperti di dalam tajuk.

Saya pernah terjumpa tajuk lebih kurang macam ni: “Terbongkar! Blogger membuat pembedahan plastik!”

Tetapi bila saya klik, tiada pun kisah tersebut. Entri beliau adalah tentang beliau terjumpa klinik yang membuat pembedahan plastik dan beliau telah berselfie di depan klinik tersebut.

Bagi pengikutnya ia mungkin gurauan. Tetapi kepada bukan pengikut ataupun pembaca yang lain yang mencari info tersebut di enjin carian, mereka mungkin terasa ditipu.

Konklusi

entri The Vocket banyak menggunakan tajuk panjang dan "catchy"

entri The Vocket banyak menggunakan tajuk panjang dan “catchy”

konklusinya, pada saya, saya tak kesah menggunakan tajuk yang panjang janji ia boleh mewarnakan lagi entri saya dan ia membuatkan pembaca suka dan klik pautan entri saya.

Jadi ia akan menjadikan entri perkongsian saya lebih luas dapat dikongsi bersama pembaca.

Blog yang gemar menggunakan tajuk panjang adalah The Vocket. Kebanyakkan tajuk-tajuknya memang catchy dan panjang.

Sekian. Jika anda berpendapat seperti saya, cara ini boleh anda cuba!

38 comments

  1. saidila 21 August, 2015 at 19:16 Reply

    hurmmm betul jugak yerrr…..memang entry paling jilake kalau tajuk lain isi lain …..

    perasan satu benda …entry wak hoq banyak ajak pembaca bergikir dengan bijak….

    dan secara tak sengaja saya acah2 jadi bijak lepas membacanya…..

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: