Tak Habis-habis Lagi Cerita Kebaikan Pak Yus Jambu

Salam Jumaat yang penuh berkat. Hari yang paling agung berbanding dengan hari-hari yang lain. Banyak amalan yang disarankan untuk kita amalkan di hari yang mulia ini. Antara yang paling lazim kita dengar adalah membaca Surah Al-Kahfi. InsyaAllah pengamal surah ini bukan sahaja mendapat pahala bacaan Al-Quran malah akan terhindar daripada fitnah AlMasih Dajjal jika dia ditakdirkan sempat berada di zaman yang penuh berleluasanya fitnah tersebut.

Bersedeqah juga amat digalakkan di hari ini. Banyak pahalanya amalan sedeqah ini. Selain daripada dapat menghindari murka Allah, amalan ini adalah amalan menjemput rezeki. Orang yang bersedeqah tidak akan kurang hartanya malah akan bertambah. Ini adalah pelaburan dan perniagaan yang untungnya dijamin oleh Allah sendiri.

kebaikan pak yus semasa hidup menjadi buah mulut orang ramai. moga rohnya ditempatkan di kalangan roh orang-orang beriman

kebaikan pak yus semasa hidup menjadi buah mulut orang ramai. moga rohnya ditempatkan di kalangan roh orang-orang beriman (gambar: AstroAwani)

Sebut pasal sedeqah ni terus aku teringat akan mesej yang aku dapat dalam group whatsapp pagi tadi. mesej tentang amalan sedeqah yang menjadi amalan semasa hidup, bila mati menjadi sebutan orang. Cerita ini adalah cerita Pak Yus Jambu yang baru meninggal dunia akibat sakit jantung. Patutlah ramai yang mengenang akan kematiannya. Rupanya ada amalan mulia yang Allahyarham amalkan sewaktu hayat.

Teringat aku akan cerita insan mulia Uwais Al-Qarni yang pernah aku kongsikan dulu. Bukanlah nak menyamakan Pak Yus Jambu dengan Uwais AlQarni, tapi teringat akan suatu pengajaran iaitu jika kita berbuat baik di dunia dan Allah redha akan kita, maka apabila meninggal dunia orang akan terkenang akan kita. Magti sudah tentu dalam husnul khatimah.

Aku tampalkan mesej tentang cerita kebaikan Pak Yus Jambu tersebut di sini. Moga dapat menjadi pengajaran dan motivasi kita untuk berbuat kebaikan sewaktu masih ada hayat:

Selepas pemergian Yus Jambu buat selama-lamanya, satu persatu kebaikan Allahyarham yang tidak diketahui selama ini telah didedahkan oleh mereka yang menerimanya. Terharu sangat bila baca tentang amal jariah yang telah dilakukan oleh arwah. Sesungguhnya arwah seorang yang dermawan dan banyak membantu mereka yang diperlukan. Kerana keikhlasan Allahyarham, jenazah telah diiringi 3,000 orang ketika pengkebumian di Perlis.

yusjambu2

Salah satu kisah dermawan Allahyarham Yus Jambu telah diceritakan oleh kerani Sekolah Al-Madrasah Ad-Diniah Al-Islamiah (Madi), Kampung Jejawi Dalam, Perlis.

Dia serahkan RM5,000 kepada saya, kemudian saya tulis resit sebagai bukti dermanya kepada sekolah kami. Dia kata tak payah resit, tapi saya tetap hulurkan kerana sudah menjadi kewajiban saya berbuat demikian. Mulanya saya tak perasan lelaki yang datang itu seorang pelakon dan pelawak sehinggalah arwah datang ke meja saya memberitahu mahu menderma. Saya terkejut bila sedar lelaki itu adalah Yus. Bila bersembang, dia langsung tak sombong dan sangat merendah diri.
Malah Allahyarham juga seringkali menderma ke tabung masjid kampung kelahirannya. Menurut Setiausaha masjid, Ali Hanapiah Mohammad, 49, berkata, sejak enam tahun memegang jawatan itu, belum pernah dia melihat Yus keluar dari masjid tanpa memasukkan duit ke dalam tabung.

Selalunya saya nampak antara RM200 hingga RM300. Memang arwah sangat pemurah. Malah, setiap kali pulang ke kampung, dia pasti akan ziarah kubur ibu bapanya, Edoo Ismail dan Manis Ismail termasuk kubur abangnya, Rashidi Edoo. Itu amalan Yus sewaktu masih hidup. Selain selalu datang berjemaah di masjid, arwah juga turut membeli dua mesin rumput untuk kegunaan masjid yang masih dalam keadaan baik sehingga kini. Kalau dalam poketnya ada RM3, duit itulah akan dibelanjakan untuk kawan-kawannya. Dia lebih rela poketnya kosong asal dapat memberi. Sifatnya itu tak pernah berubah biarpun dah jadi artis
Bekas guru kepada Yus Jambu juga telah memaklumkan Allahyarham hadir memberi motivasi kepada 600 anak-anak yatim dan miskin di satu program di Sekolah Rendah Islam (SRI) 1 Jalan Abi Tok Hashim tanpa sebarang bayaran tahun ini.

tabung masjid

tabung masjid

Ketika bulan puasa, Yus sempat luangkan masa hampir sejam di sekolah kami untuk beri semangat kepada murid dan anak yatim. Dia langsung tak meminta bayaran. Dia juga nasihatkan murid supaya mendengar kata cikgu. Saya kagum dengan arwah kerana dia memberi contoh yang baik kepada orang lain melalui keperibadiannya.
Sikap dan sifat dermawan Allahyarham Yus Jambu ini seharusnya menjadi contoh kepada kita semua. Rata-rata semua yang mengenali Allahyarham memuji keikhlasan, kemesraan dan kebaikan Allahyarham. Semoga segala amal kebajikan Allahyarham diterima ..
Al-Fatihah..

Subhanallah. Moga kita juga dapat berbuat kebajikan sebegitu. Moga setiap kebajikan kita mendapat keredhaan Allah. Ameen

5 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: