TANDA – TANDA AWAL KANSER

gambar kanser

Kanser

  1. Kanser pangkal rahim – sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.
  2. Kanser payudara – bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.
  3. Kanser usus besar – perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.
  4. Kanser paru-paru – batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.
  5. Kanser perut – hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.
  6. Kanser limpa- sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.
  7. Kanser ovari – haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.
  8. Kanser otak- sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.
  9. Kanser prostat – sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.
  10. Kanser darah (leukimia)-letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).
  11. Kanser tekak- suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.
10 PENYEBAB UTAMA KANSER
  1. Makanan
  2. Alkohol
  3. Sinaran cahaya matahari
  4. Pengambilan ubat
  5. Perokok yang tidak aktif
  6. Tembakau 
  7. Radiasi
  8. Pekerjaan
  9. Pencemaran air dan udara
  10. Keturunan

TEH DAN KANSER

teko teh

Teh

Teh meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam darah, membantu mengelakkan sakit jantung dan kanser. Di negara Jepun dan China, mereka mempercayai bahawa meminum teh bersama hidangan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Teh juga berupaya menyerang bakteria yang boleh menyebabkan penyakit gusi selain memperkuatkannya. Teh juga mempergiatkan enzim sistem “detoxification” di dalam limpa, membantu menyingkirkan bahan-bahan kimia yang tidak dikehendaki oleh tubuh serta membantu melindungi arteri. Ia juga berupaya untuk menghalang darah beku dan juga mengurangkan risiko serangan stroke.

DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA
  • Hindari makanan berlemak dan bergoreng
  • Hindari makanan ringan yang masam
  • Kurangkan minum kopi dan minuman bergas
  • Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin
  • Ambil makanan mengandungi vitamin E, B-6, dan evening primrose oil
Mangga boleh mengelakkan kanser
gambar buah mangga

Buah mangga

Mangga mungkin terlalu erat dengan lidah kita. Oleh kerana eratnya, kita mungkin tidak tahu bahawa dalam isinya yang kuning dan merah, itu terkandung zat-zat luar biasa yang boleh menjadi penawar kepada kanser dan strok. Selain itu, mangga mendapat permintaan yang tinggi di pasaran dan merupakan makanan pencuci mulut yang sangat popular di kalangan rakyat Malaysia.

Mangga atau nama saintifiknya Mangifea indica L. dari keluarga Anacardiaceae dipercayai berasal dari kawasan Indo-Burma dan mungkin juga dari Asia Tenggara. Di Malaysia, kawasan utama ditanam ialah Perak, Perlis dan Kedah. Bagaimanapun terdapat tanaman secara kecil-kecilan di negeri-negeri lain.

Buah mangga terdapat dalam pelbagai saiz dan bentuk mengikut klon. Kulitnya berwarna hijau ke kuning atau merah ketika masak manakala isinya berwarna kuning pucat hingga ke oren. Setiap buah mengandungi biji yang dilitupi endokap bersabut keras. Kebanyakan jenis mangga di Asia Tenggara terdiri dari poliembryinik iaitu mengeluarkan beberapa biji dari satu buah.

Pokok mangga sederhana besar mencapai ketinggian sehingga 10 – 40 meter. Dahannya tumbuh secara bebas dan membentuk kanopi yang menyeluruh. Berdaun lebat berwarna merah ke coklat hingga ke hijau terang bergantung pada klon. Mangga mengeluarkan dua jenis bunga iaitu bunga hermoprodite dan bunga jantan di hujung tangkai-tangkai yang dewasa. Bunga hermoprodite biasanya mengandungi 1 – 40% dari jumlah (200-10,000) bunga pda setiap tangkai.

Walaupun bentuk, ukuran, warna dan rasa buah mangga adalah beragam, dari segi gizi, semuanya hampir tidak jauh berbeza. Mangga ranum segar mengandungi air sekitar 82 peratus, vitamin C 41 mg dan kalori 73 kal per 100 gram. Manakala, pada setiap 100 gram mangga muda yang masih belum matang, terkandung air lebih kurang 84 peratus, vitamin C 65 mg dan 65 kal. Tenaga dalam mangga muda lebih rendah kerana lebih banyak mengandungi zat pati yang akan berubah menjadi gula dalam proses pematangan.

Sebahagian besar tenaga mangga berasal dari karbohidrat berupa gula yang membuatnya terasa manis. Kandungan gula ini didominasi oleh golongan sukrosa. Mangga mempunyai lebih kurang 7 – 12 peratus kandungan gula tetapi ada juga jenis mangga gulanya yang mencapai hingga 16 – 18 peratus.

Mangga juga merupakan sumber beta-karotin, kalsium dan vitamin C. Beta-karotin adalah zat di dalam tubuh yang akan diubah menjadi vitamin A (zat gizi yang penting untuk fungsi retina). Beta-karotin (dan vitamin C) juga tergolong dalam anti-oksida, senyawa yang dapat memberikan perlindungan terhadap kanser kerana dapat meneutralkan radikal bebas. Radikal bebas adalah molekul-molekul tak stabil yang dihasilkan oleh pelbagai proses kimia normal tubuh, radiasi matahari atau kosmis, asap rokok dan pengaruh-pengaruh persekitaran lain.

Zat-zat gizi anti-oksida, vitamin C memiliki fungsi menjaga dan memacu kesihatan pembuluh-pembuluh darah, kesihatan gigi dan gusi. Ia membantu penyerapan zat besi dan dapat menggelakkan produksi natrosamin iaitu satu zat pemicu kanser.

Mangga bukanlah jenis pokok yang sukar untuk ditanam. Kebiasaannya ia ditanam secara pembiakan tampang, tut atau kaedah klip ( ‘ cleft method ‘ ) supaya pokok yang ditanam akan menyerupai pokok asal dan mengeluarkan hasil dengan cepat. Penanaman anak benih harus dilakukan berhati-hati agar tidak mencederakan sistem akarnya. Mangga sesuai ditanam dalam cuaca kering yang agak panjang (di antara 2 – 4 bulan) dan ketika suhu berada sekitar 24 – 30 darjah C.

Bagi mendapatkan buah yang berkualiti dan mengurangkan penggunaan bahan kimia, semasa buah sebesar ibu jari, bungkuskan dengan kertas-kertas suratkhabar lama seperti prosedur yang biasa dilakukan. Pegurusan air sangat penting ketika musim kemarau pada tahun-tahun pertama pertumbuhan ( ‘ juvenile phase ‘ ) dan semasa pembesaran buah. Hujan diperlukan ketika berbunga dan pembentukan buah. Bagaimanapun, pokok tidak digalakkan diairkan semasa berbunga dan semasa buah sudah matang ( ‘ ripening stages ‘ ).

Mangga mengambil masa 13 – 16 minggu untuk matang dari masa pembentukan buah bergantung pada klon. Mangga yang telah dipetik boleh disimpan selama 4 hingga 9 minggu pada suhu 9 – 10 darjah C, manakala buah yang masak boleh disimpan 4 hingga 7 hari dalam suhu 18 – 21 darjah C.

Barah
gambar daun sireh bertemu urat

Daun sireh bertemu urat

Tiga helai daun sirih bertemu urat dihancurkan lumat berserta kapur sirih sebesar ibu jari kaki dan sesudu makan madu lebah untuk menjadi pepesan. Sapukan tiga kali sehari dibahagian yang sakit.

lAmbil kapur secukupnya, daun sirih secukupnya, madu secukupnya. campur semua hingga sampai lumat, sesudah lumat oleskan pada yang sakit sehari 3 kali, InsyaAllah.

Teh meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam darah, membantu mengelakkan sakit jantung dan kanser. Di negara Jepun dan China, mereka mempercayai bahawa meminum teh bersama hidangan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Teh juga berupaya menyerang bakteria yang boleh menyebabkan penyakit gusi selain memperkuatkannya. Teh juga mempergiatkan enzim sistem “detoxification” di dalam limpa, membantu menyingkirkan bahan-bahan kimia yang tidak dikehendaki oleh tubuh serta membantu melindungi arteri. Ia juga berupaya untuk menghalang darah beku dan juga mengurangkan risiko serangan stroke.

Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan facebook/twitter anda.

Sharing is Caring

 

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: