Tanda – Tanda Hidup Tiada Keberkatan

keberkatan hidup.jpg

Salam Jumaat dan selamat sejahtera.

Pernah tak anda rasa apa yang anda buat ataupun apa yang berlaku di sekeliling anda macam serba tak kena?

Pernah tak anda terfikir kenapa terjadinya perkara-perkara sedemikian?

Awas, jika berlaku sedemikian, mungkin ia adalah tanda – tanda hidup tiada keberkatan. Moga kita tidak termasuk di dalam golongan yang rugi ini. Wa’iyadzubillahi min zaalik.

Jom cek tanda – tanda hidup tiada keberkatan. Mengikut nota dari rakan facebook ini, ada 4 tanda – tanda hidup tiada keberkatan dariNya:

1. Duit banyak, tapi cepat habis dan tidak mencukupi.

Seolah-olah tidak tau kemana hilangnya duit yang diperolehi. Pendapatan bertambah, tapi duit asyik saja tidak mencukupi. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia.

Sepatutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi ini tidak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

2. Buat kerja, namun kerja tidak dapat disiapkan.

Projek ada bermacam-macam, idea banyak, tapi satu pun tidak berjaya dilaksanakan. Macam-macam usaha telah dibuat, macam-macam projek kita cuba hendak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tidak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu, tetapi tidak dapat manfaat.

Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.

4. Masa habis dengan sia-sia.

Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main facebook, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan-kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tidak boleh.

Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tidak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?

Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.

Alangkah malang dan rugi nya kalau kita gagal mendapat keberkatan dalam hidup ini. Ini adalah kerana kita bukan saja akan rugi di dunia ini, malah akan bankrap di akhirat nanti.

Na’uzubillah. Sama-sama kita bertaubat dan mohon taufik hidayah daripada Allah ta’ala untuk memperbaiki iman dan amal kita masing-masing. Mesti ada perkara – perkara yang kita buat tidak mendapat redha Allah. Cari puncanya. Perbaiki.

Moga kita mendapat keredhaan Allah dan seterusnya diberkatiNya kita pada kehidupan ini dan kehidupan selepas mati. Ameen.

4 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: