Tawaran Hebat Sempena Sambutan Ulangtahun ke 2 Kidzania Kuala Lumpur

5
791
logo kidzania
Sambutan ulangtahun yang kedua Kidzania
logo kidzania
Sambutan ulangtahun yang kedua Kidzania

Nama Kidzania memang tidak asing lagi di kalangan kanak-kanak di negara Malaysia terutama bagi yang tinggal di Kuala Lumpur ini. Pusat hiburan berilmiah untuk keluarga yang banyak mendapat pengiktirafan ini sedang menyambut ulangtahun penubuhannya yang kedua.

Untuk ini orang ramai terutama kanak-kanak adalah dijemput hadir ke sana. Berikut adalah butiran lanjut:

Tarikh: 2 Mac 2014 (Ahad)
Masa: 10 pagi – 5 petang
Tempat: KidZania Kuala Lumpur, Curve NX
18 Jalan PJU 7/5,
Mutiara Damansara,
47810 Petaling Jaya.

Tema bagi sambutan ulangtahun kedua ini ialah “All Good Things Come in 2s”.

gambar kanak-kanak riang
kanak-kanak pasti akan bergembira di Kidzania

Bersempena hari sambutan ulangtahun Kidzania ini juga, 200 orang kanak-kanak pertama yang datang pada hari tersebut akan dapat masuk ke Kidzania secara PERCUMA. Tiket tambahan juga iberi potongan diskaun sebanyak 40% dan barangan terpilih akan ditawarkan dengan 70% diskaun.

Pada pukul 2 petang, hadiah kejutan akan diberikan kepada 200 kanak-kanak yang menunjukkan pas masuk mereka. Persembahan istimewa dan ole-ole parti juga akan diberikan sepanjang hari tersebut.

Untuk keterangan lanjut tentang parti sambutan ulangtahun ini, sila rujuk: Laman Web Kidzania.

Jom bawak anak-anak ke Kidzania pada hari Ahad ini…

5 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here