Tawaran Menarik Resort World Genting Sempena Cuti Sekolah

genting highland sebelum renovation Tawaran Menarik Resort World Genting Sempena Cuti Sekolah

genting highland sebelum renovation

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Musim sekolah dah lebih seminggu berlalu. Apa perancangan anda untuk anak-anak? Apa pengisian untuk anak-anak yang telah dirancang? Kem motivasi? Kelas pengajian agama? Bercuti bersama-sama? Ataupun sekadar keluar tengok wayang dengan anak-anak?

Apa-apa pun perancangan anda, anda tau yang terbaik untuk keluarga anda. Janji ada aktiviti yang berguna untuk anak-anak sempena cuti sekolah mereka. sekurang-kurangnya masa mereka terisi dengan aktiviti berguna. Sekurang-kurangnya mereka mendapat masa yang berkualiti bersama keluarga tersayang.

Bagi yang ingin mencari tempat untuk dilawati sewaktu cuti sekolah ini, selain daripada lokasi pelancongan sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 yang pernah aku cadangkan, melawat Genting Higland juga adalah satu idea yang menarik.

Walaupun Taman Tema Luar Genting Highland sedang dalam pembinaan, namun ia tidak menjejaskan kedatangan pelancong ke tempat ini. Pengunjung masih lagi dapat menikmati permainan di Taman Tema Dalam. Ada banyak permainan yang menarik di sini.

genting highland renovation Tawaran Menarik Resort World Genting Sempena Cuti Sekolah

genting highland sekarang sedang dalam renovation

SnowWorld – The Story Of All Ice

Di samoing permainan permainan tersebut Snowworld yang telah dibina semula dan dirasmikan pada Februari 2013 yang lalu juga telah mengadakan tema yang baru yang bertajuk “The Story of All Iced.

ukiran ais Tawaran Menarik Resort World Genting Sempena Cuti Sekolah

SnowWorld dengan tema terbaru “The Story of All Ice”

Tema ini sebenarnya adalah tema ukiran ais. Ia bermula dari sekrang sehingga 31 Julai 2014. 6 zon utama akan diubah menjadi seperti cerita dongeng. Zon-zon ini dinamakan The Rabbit Magic Hole, “Drink Me” Experience, “Eat Me” Experience, The Secret Garden, A Mad Tea-Party dan The Queen’s Castle. Pelawat dinasihatkan supaya bergerak mengikut zon-zon yang dicadangkan untuk merasai suasana sebenar yang dibina keseluruhannya daripada ais ini.

Tema ukiran ais ini diukir oleh pasukan Malaysia yang telah memenangi tempat ke-3 dalam Pertandingan Mengukir Ais Antarabangsa Harbin ke 28. Pertandingan diadakan di China sedikit masa dahulu.

ukiran dalam snowworld Tawaran Menarik Resort World Genting Sempena Cuti Sekolah

ukiran ais dalam SnowWorld

Untuk pelawat yang gemarkan aktiviti lasak, anda boleh mencuba Pemburuan Kristal Ais. Anda dikehendaki memburu 6 Kristal Ais yang hilang. Satu peta lokasi akan diberi kepada anda. Anda perlu melekatkan pelekat (sticker) di atas peta Wonderland tersebut yang mewakili lokasi tempat kristal ais dijumpai. Serahkan peta tersebut sewaktu anda keluar nanti dan dapatkan hadiah misteri.

Di sini juga pelawat boleh sertai Bengkel Interaktif Membina Blok Ais. Serlahkan kreativiti anda dengan membuat ciptaan anda sendiri.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh bertemu dan beramah mesra dengan watak-watak dalam cerita dongeng. Anda juga boleh menyaksikan tarian daripada Futterwacken Dance. Aksi-aksi mereka boleh disaksikan pada 30 dan 31 May, 1, 7, 8, 13, dan 14 Jun 2014 daripada pukul 12.30 petang. Jika anda pengunjung bertuah, anda mungkin boleh membawa pulang hadiah istimewa.

Peter Marvey – Ahli Silap Mata Tanpa Batasan

Selain SnowWorld, pakar silap mata Peter Marvey juga didatangkan khas untuk pengunjung-pengunjung Resort World Genting bermula sekarang sehingga 24 November 2014.

peter marvey silap mata Tawaran Menarik Resort World Genting Sempena Cuti Sekolah

Salah satu aksi Peter Marvey

Bertempat di Genting International Showroom, ahli silap mata ini sungguh mempersonakan. Aksi beliau di pintu masuk Pavilion baru-baru ini hanyalah sedikit sahaja daripada puluhan aksi silap mata yang sungguh menakjubkan.

Beliau memang terkenal dengan aksi-aksi silap mata ciptaan beliau sendiri. Antara yang paling menarik dan menjadi “trademark” beliau ialah Teknik Pengapungan. Memang nampak seperti beliau boleh terapung dan terbang. Yang menariknya aksi tersebut di buat di atas pentas dalam keadaan terang benderang yang boleh menampakkan tali pengikat jika beliau menggunakan tali. Aku dijemput ke sana* pada 3 Jun baru-baru ini. Memang aku tidak nampak sebarang tali yang digunakan di bawah cahaya terang tersebut yang membolehkan aku melihat objek sehalus benang yang digunakan sebelum aksi tersebut.

aksi peter marvey Tawaran Menarik Resort World Genting Sempena Cuti Sekolah

Cuba melepaskan diri dari belenggu

Banyak lagi aksi-aksi silap mata beliau seperti aksi dalam “Diamond” besar, aksi daun terup, aksi menukar baju di udara, aksi menghilangkan diri dan muncul di khalayak penonton dan banyak lagi. Beliau dibantu oleh pembantu yang cantik.

Tiket-tiket untuk menonton ahli silap mata ini sudah mula dijual di talian.

Watak-watak dari filem Twentieth Century Fox.

Apa lagi yang ada di Genting Highland sekarang?

Untuk peminat filem-filem keluaran Twentieth Century Fox seperti Ice Age, Epic dan Rio, anda berpeluang berjumpa dan beramah mesra dengan maskot Sid, Diego dan Scrat (Ice Age), General Ronin, Nod, dan Two Leaf Men (Epic), serta Nico dan Pedro (Rio).

Akan diadakan persembahan tarian, Sesi Fun Games, Perarakan dan sesi fotografi bersama watak-watak tadi.

Mereka akan berjumpa pelawat yang datang ke resort daripada 31 May hingga 30 June. Temui mereka daripada pukul 1.00 petang hingga 1.30 petang di Pentas Times Square, Plaza First World atau pada pukul 4.00 petang hingga 5.30 petang di Genting International Showroom.

Lawatan di Belakang Tabir

Hanya baru-baru ini Resort telah membuka pintu untuk Lawatan di Belakang Tabir (“Behind-the-Scenes Tour”). Lawatan yang mengambil masa kira-kira 2 jam 45 minit ini akan mendedahkan pengunjung kepada pemandangan berharga operasi harian Resort. Pengunjung akan dibawa melawat Laundry Hotel First World, Laundry hotel terbesar di malaysia dan akan diterangkan bagaimana hotel mengendalikan semua kain-kain kotor dan sebagainya. Ianya adalah peluang yang jarang-jarang ditawarkan. Jadi, anda boleh mengambil peluang ini untuk melihat sendiri operasi laundry.

Lawatan di Belakang Tabir juga membawa anda melawat ke “Bagaimana untuk membuat Sushi Maki dan Cupcakes” di Bengkel Interaktif See, Do & Eat.

Tunggu… Bukan itu sahaja. Pengunjung turut dibawa ke Genting International Showroom oleh pakar teknikal untuk melihat pengurusan di belakang pentas, serta pengawalan cahaya dan bunyi. Ini adalah lawatan yang akan dapat membuka mata anda. Anda pasti terpesona dengan apa yang bakal anda lihat.

Galleria Pengunjung

Akhir sekali pengunjung akan dibawa melawat ke Galleria Pegunjung selama 30 minit. Di sini pengunjung akan dapat menyaksikan sejarah Genting Highland daripada mula ia dibina. Pengunjung juga akan diberitahu tentang tentang perkembangan terkini pembangunan Resort World Genting terutama tentang progres pembinaan taman tema yang baru iaitu Twentieth Fox World yang sedang rancak dalam pembinaan sekarang.

Untuk menyertai “Lawatan Belakang Tabir” ini, pengunjung boleh mendaftar di kaunter First World Theme Park Wristband Tagging yang terletak di Plaza First World. Harga untuk lawatan ini ialah RM20 seeorang. Tempahan melalui emel: themepark.info@rwgenting.com 3 hari sebelum lawatan amatlah digalakkan untuk mengelakkan kekecewaan.

Promosi di Coffee Terrace

Selain daripada keseronokan di taman tema, pengunjung juga boleh menikmati pelbagai makanan di Restoran Coffee Terrace sempena dengan promosi istimewanya yang diberi nama “Lollipop dan Popcorn”. Ia bermula daripada 28 May hingga 15 June 2014. Harga Buffet Dinner ialah RM75.00 nett untuk dewasa dan RM38.00 nett untuk kanak-kanak. Ia dibuka dari pukul 5 petang hingga 9.30 malam.

tema lollipop dan popcorn Tawaran Menarik Resort World Genting Sempena Cuti Sekolah

tema lollipop dan popcorn di Restoran Coffe Terrace

candy dan gula gula Tawaran Menarik Resort World Genting Sempena Cuti Sekolah

antara candy dan gula-gula di restoren coffee terrace

Buffet juga disediakan. Harganya adalah RM50.00 nett (dewasa) dan RM25.00 nett (kanak-kanak).Dibuka setiap ahri daripada pukul 12.00 hingga ke 2.30 petang.

Tawaran Menarik Sempena Cuti Sekolah

Sempena cuti sekolah ini, Resort telah mengadakan satu tawaran yang cukup menarik. Dengan hanya RM250.00 nett, 2 dewasa dan 2 kanak-kanak akan dapat bermalam 1 malam di First World Hotel termasuk sarapan. Yang lebih menguntungkan, tawaran ini datang dengan pilihan Makan Malam, Tiket untuk persembahan Peter Marvey ataupun Tiket kemasukan ke SnowWorld untuk menjadikan percutian anda lebih menarik. Semua ini akan menjimatkan bajet anda sekurang-kurangnya RM221.00.

Jika anda ke sini hanya untuk menikmati kesejukan Genting Highland anda juga boleh menempah hotel dari RM88.00 atau 8,800 mata ganjaran melalui Tawaran Terbaik iHoliday.

Jika anda inginkan keseronokan sambil menikmati kesejukan puncak genting, ini adalah tempat yang patut anda lawati. Ditambah pula dengan tawaran manarik daripada Resort World, anda pasti dapat menikmati penjimatan yang bukan sedikit.

Layari www.rwgenting.com untuk info yang lanjut.

1,598 total views, 6 views today

Comments

  1. Pernah pergi sekali, tempat memang menarik tak sabar nak tunggu renovation selesai. Mesti lagi menarik.
    Bahrain recently posted..Cara Mengatasi Jerawat Pada BadanMy Profile

  2. Hurmm…. aku rasa kat coffee terrace jer best sebab ada banyak makanan… hahahaha
    Hazman Fadzil recently posted..Promosi Bufet Ramadhan 2014 – Pak John Steamboat & Yong Tau FooMy Profile

  3. Kurang best dah sebab outdoor tutup sementara. Hehe. Cume best sejuk jela.
    hazminhamudin recently posted..Tertarik Dengan Gaya Rambut PompadourMy Profile

    • sbb tak ader outdoor themepark tu la genting buat mcm2 pertunjukkan mcm ni utk tarik pengunjung.. tetapi sepanjang sy pergi kesana beberapa kali setelah outdoor themepark ditutup, tak nampak sgt kekurangan jumlah pengunjung.. ramai semacam jer

  4. Bestnya kalau dapat masuk dekat Snow world dan menyaksikan pertunjukan silap mata ni… ;)
    Anuar recently posted..Senarai Finalist Top 10 DiGi WWWOW Awards 2014My Profile

  5. tgh renovation ek?? bila siap agaknya
    zool recently posted..Peraduan Adidas Blogger Cup – Soalan 5My Profile

  6. Hi..tertarik la Dgn info ni..McM mana nak dpt rate 250 tu..lg satu Kalau walk in Je mahal x sana??

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam