Tazkirah Ramadhan Oleh Ustaz Hanafi Abdul Malek

Beberapa hari yang lepas, Ustaz yang glamer dengan rancangan ‘tanyalah Ustaz’ di NTV9, Ustaz Hanafi Abdul Malek datang memenuhi undangan tazkirah Ramadhan di surau kawasan rumah aku, Surau Sunway Alam Suria.

tazkirah ramadhan ustaz hanafi abdul malek.JPG

tazkirah Ramadhan oleh ustaz Hanafi Abduk Malek

Ustaz Hanafi yang sedikit uzur pada malam itu datang dan sempat solat Isyak dan Terawih secara berjemaah sebelum memberikan tazkirahnya. Solat sunat terawih pada malam itu diadakan sebanyak 8 rakaat sahaja untuk memberikan laluan kepada tazkirah Ramadhan.

Tazkirah Ramadhan pada malam itu banyak berkisar tentang soal jawab masalah puasa. Hukum hakam dan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa.

Antara intipati tazkirah Ramadhan Ustaz Hanafi Abdul Malek:

Pahala melimpah ruah
Pahala ibadah yang dilakukan di bulan Ramadhan ini akan dilipatgandakan oleh Allah. Solat sunat sama ganjarannya dengan solat fardhu. Manakala solat fardhu akan digandakan sehingga 70 ribu kali ganda.

Nafsu
Di bulan Ramadhan ini musuh kita yang paling utama adalah nafsu. Syaitan dan Iblis sudah dirantai. Nafsu ini amat sukar untuk dikawal. Kelemahan nafsu ialah kelaparan.

Ada satu cerita tentang nafsu di mana Allah pernah mencampakkan nafsu ke neraka. Setelah itu di keluarkan semula nafsu tetap angkuh. Dicampakkan lagi kali kedua ke neraka. Dikeluarkan semula tapi nafsu tetap angkuh. Kemudian nafsu dilaparkan selama 30 hari. Selepas itu barulah nafsu menyembah dan mengaku kekuasaan Allah.

Niat puasa
Niat adalah lintasan hati sahaja. Yang selalu kita lafazkan itu adalah lafaz niat. Jadi jika kita lafaz niat, kita dapat la pahala. Tetapi jika kita tak lafaz tapi tindakan kita seperti bangun sahur dan sebagainya, itu dah kira berniat lah tu. Dan puasa sah.

Korek hidung
Korek hidung tidak membatalkan puasa. Tetapi jika selalu korek hidung tanpa sebab boleh menjadi makruh.

Korek telinga
Korek telinga ada dua hukum:

  1. korek biasa-biasa sahaja
    jika korek biasa-biasa sahaja ia adalah makruh
  2. Korek dengan nafsu
    Korek telinga ini biasanya akan membuatkan timbul suatu rasa seronok, Sedap. Syok. Jika korek telinga jenis ini ia boleh membuatkan puasa kita terbatal

Muntah
Muntah secara tidak sengaja tidak membatalkan puasa. Namun jika sengaja menjolok kerongkong supaya termuntah, ia jelas membatalkan puasa kita.

Inhaler
Penggunaan inhaler, ubat semburan untuk melegakan athma tidak membatalkan puasa. Dulu ulama memfatwakan sebagai batal puasa jika menggunakan inhaler. Tetapi hukum tersebut dibincangkan semula dan difatwakan sebagai tidak membatalkan puasa. Antara ulama yang menyokong hukum tidak batal puasa ini ialah ulama besar Dr Yusuf Al Qardhawi. Ini berdasarkan tujuan utama inhaler itu digunakan. Ia bukannya melibatkan bafsu tetapi ia melibatkan nyawa si penggunanya sendiri.

Rokok
Merokok hukumnya jelas. Batal puasa jika merokok di siang hari bulan Ramadhan. Walaupun sifatnya seakan sama dengan inhaler iaitu hanya asap yang disedut tetapi tujuannya tidak sama. Merokok jelas kerana nafsu.

Insulin
Penggunaan insulin yang dicucukkan ke badan untuk membendung penyakit kencing manis tidak membatalkan puasa. Ia juga mempunyai tujuan untuk menyelamatkan nyawa.

Waktu Sahur
Bilakah waktu yang paling afdhal untuk bersahur?

Melewatkan makan sahur adalah sunat. Rasulullah sendiri selalu melewatkan sahur dan mengawalkan berbuka. Waktu yang paling afdhal untuk bersahur ialah di waktu imsak iaitu kira-kira sempurna pembacaan 50 ayat Al Quran sebelum masukknya waktu subuh.

Mani dan mazi
Keluar mani secara tidak sengaja seperti bermimpi syahwat dan sebagainya tidak membatalkan puasa. Namun jika keluar mani kerana melihat perempuan dengan penuh syahwat, ia membatalkan puasa.

Melihat perempuan dengan syahwat tetapi keluar mazi, ianya tidak membatalkan puasa tetapi hukumnya makruh.

Kentut
Kentut di dalam air tidak menyebabkan puasa terbatal. Begitu juga dengan mandi wajib. Air yang diratakan sehingga ke lubang rongga semasa mandi mandi hadas besar itu tidak membatalkan puasa.

Berpuasa tetapi tidak solat fardhu
Orang yang meninggalkan solat fardhu tetapi tetap berpuasa, puasanya tidak batal. Tentang dosa meninggalkan solat fardhu, itu urusannya dengan Allah.

Tetapi seperti yang kita ketahui meninggalkan solat fardhu itu adalah suatu dosa besar.

Tazkirah di antara ataupun selepas solat sunat terawih
Ramai yang mempertikaikan amalan ini. Ada yang mengatakannya sebagai bidaah.

Ketahuilah, menuntut ilmu itu fadhu ataupun wajib hukumnya keatas orang Islam. Namun solat sunat terawih itu hanyalah suat sahaja.

Bilangan rakaat solat sunat terawih
Berlaku juga perbezaan pendapat berkenaan bilangan rakaat solat sunat terawih ini. Di tempat kita dibuat 8 rakaat dan 20 rakaat sahaja. Namun di India ada yang melakukan sehingga 72 rakaat. Ini hanyalah perbezaan pendapat.

Di zaman nabi, nabi buat 8 rakaat sahaja. Di zaman Khalifah Umar Al-Khattab, solat sunat terawih dilakukan sebanyak 20 rakaat. Sila ke link untuk kisah lanjut tentang ini.

Jadi tidak perlu kecoh-kecoh. Siapa nak buat 8 rakaat sahaja, silakan. Sesiapa nak buat 20 rakaat juga dibolehkan. Yang itu tak perlu nak perbesaran lagi.

Bidaah yang paling hebat di bulan Ramadhan sebenarnya adalah bazar Ramadhan. Jadi hati-hati ke bazar Ramadhan. Kena jaga pandangan mata, jaga perkataan, dan jaga dompet supaya jangan membazir.

Wanita
Kaum wanita di bulan puasa ini amat mudah mendapat pahala. Mereka yang menyediakan makanan untuk bersahur dan berbuka akan diganjari oleh Allah kerana menyediakan makanan untuk orang yang berpuasa (suami dan anak-anak).

Marah
Elakkan perasaan marah di dalam bulan Ramadhan ini. Marah akan menghidupkan nafsu yang telah tertunduk dengan lapar. Jadi elakkan perasaan marah.

Di akhir tazkirah Ramadhannya Ustaz Hanafi Abdul Malek meninggalkan satu tips kepada orang yang baru belajar berpuasa. Tips ini boleh juga dipakai oleh orang yang berasa amat lapar sedangkan dia dalam keadaan berpuasa.

Secara kesimpulannya, tazkirah Ramadhan Ustaz Hanafi Abdul Malek amat berinformasi. Gaya penyampaiannya yang penuh humor langsung tidak memboringkan. Lain benar Ustaz yang kita lihat di NTV 9 di siaran ‘Tanyalah Ustaz’ dengan peribadi beliau di luar.

4 comments

  1. Jom Terjah Buffet Ramadhan De Palma Hotel Shah alam 19 July, 2013 at 15:36 Reply

    […] Buffet Ramadhan di sini di buat di grand ballroomnya. Dengan bilik yang mampu menempatkan sekurang-kurangnya 1250 pengunjung ini, pihak hotel mampu menyediakan banyak meja-meja untuk tempahan buffet Ramadhan. Ballroom itu juga ditempatkan satu pentas dengan 3 bahagian iaitu untuk persembahan nasyid dan qasidah, sudut bacaan Al Quran dan sudut tazkirah Ramadhan. […]

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: