Tempat Makan Menarik Di Terengganu: Warung Batu Bersurat

    6
    815
    Warung Batu Bersurat Ladang

    Dah dua hari saya di Kuala Terengganu. Ada emergency case. Family matter.

    Pagi ni saya bersarapan di Warung Batu Bersurat, Ladang, Kuala Terengganu. Lokasi terletak  berhampiran dengan bulatan Batu Bersurat Ladang. Kalau anda datang dari arah Marang, anda akan melalui di hadapan Hospital Nur Zahirah. Terus sahaja sehingga anda berjumpa Bulatan Batu Bersurat. Ambil exit ke 2 (pukul 12). Warung ini hanya 50 meter daripada Bulatan Batu Bersurat tersebut.

    Warung Batu Bersurat ini ada menyediakan banyak menu sarapan pagi  ala negeri Terengganu seperti  nasi lemak Terengganu – ikan dan bilis, Nasi Kuning, Nasi Dagang, Nasi Minyak dan beraneka kuih muih. Rasa menunya yang “ala Terengganu” amat menarik hati saya.

    Kuih Muih
    kuih muih dan aneka nasi ala Terengganu
    Tuan kedai sibuk bancuh teh tarik untuk pelanggan

    Walaupun terletak di dalam Bandar Kuala Terengganu berada di warung Batu Bersurat ini terasa seperti berada di warung kampung kerana suasananya yang ringkas, santai dan bersahaja. Ditambah pula ada meja dan bangku yang diperbuat sendiri daripada kayu seperti warung di kampong-kampung.

    Kepada rakan-rakan yang bertandang ke negeri Terengganu boleh lah singgah di warung Batu Bersurat ini ya.

     

    Ps: alangkah bagusnya kalau tuan warung Batu Bersurat ni baca posting saya ni. Manala tau kot-kot lepas ni boleh makan free. Hahahahah.

    6 COMMENTS

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here