Nama sebenar penulis adalah Ishak Ismail. Mendapat gelaran Sohoque (dibaca: [so:hawk]) semenjak daripada sekolah rendah lagi.
Mendapat pendidikan awal di sekolah menengah Sheikh Abd Malek dan kemudiannya menyambung pengajian dalam bidang Business Administration di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Pengalaman kerja semuanya melibatkan sales and marketing. Kerja tetap (bergaji) yang pertama penulis adalah sebagai Marketing Executive di Muslim Best, sebuah syarikat bumiputera di dalam industri pembuatan makanan.
Kemudian telah mendapat tawaran sebagai Financial Executive di sebuah bank tempatan “berkepala Rimau” dan ditempatkan di Kemaman Terengganu. Selepas itu berkerja di syarikat pengeksport “sawn timber” dan perabut sebagai Assistant Marketing Manager, juga di Kemaman. Kemudian telah mengambil tindakan nekad berhenti kerja dan menceburi bidang financial planning secara fulltime.
Jadi, pengalaman di dalam mempromosikan unit trust berasaskan syariah dan takaful telah menjangkau 11 tahun lebih iaitu sejak berkerja di bank lagi.
Penulis seorang begitu komited dengan kerjanya sebagai UTC (Unit Trust Consultant) dan Takaful Consultant. Dengan mengambil approach 6 langkah/proses dalam financial planning, tidak ada unsur paksaan dalam mempromosikan Islamic Unit Trust dan takaful ini. Penulis dapat dikategorikan sebagai seorang yang tersangat positif, jujur, komited dan arif dalam industry perancangan kewangan ini.
Penulis kini sedang memimpin satu agency yang dinamakan Synergy Planner Group (SPG). Kumpulan consultant ini telah berkembang pesat sehinggakan telah dianggotai oleh lebih 200 orang UTC secara langsung dan tidak langsung (pada saat artikel ini ditulis).
SPG adalah agency di bawah syarikat unit trust “nombor 1” Malaysia yang terdiri daripada ramai consultant sepenuh masa (full-timer) dan separuh masa (part-timer). Kami aktif dalam mempromosikan unit trust islamik sehinggakan telah ada team members SPG yang telah “equalised” dengan penulis.
Untuk menjadi consultant yang berkaliber dan lebih profesional, penulis sekarang sedang mengikuti modules Islamic Financial Planning (IFP) dengan IBFIM.
Diharap dengan wujudnya blog peribadi dan blog informatif ini penulis dapat lah berkongsi sedikit sebanyak ilmu dan pengalaman hidup sebagai UTC dan takaful consultant kepada umum terutama kepada consultant yang sedia ada ataupun yang baru hendak berjinak-jinak dalam industri Unit Trust. Manalah tau tip-tip, teknik-teknik dan pengalaman penulis dapat digunakan oleh semua. Turut dikongsi adalah berita-berita semasa yang penulis rasa dapat memeriahkan blog ini disamping isu-isu semasa.
Penulis bukanlah orang terbaik, tetapi diharap ilmu yang dikongsi dapat memberi manfaat kepada semua. Diharap mendapat ganjaran dariNya. Sepertimana yang disebut oleh Rasulullah saw di dalam satu hadis yang bermaksud:
“Apabila mati seseorang anak Adam, maka terputuslah segala amalannya. Kecuali 3 perkara
- Sadaqah jariah
- Ilmu yang dapat memberi manfaat kepada orang lain
- Anak yang Soleh yang mendoakan”
Diharap “overriding” ataupun pasif income berupa pahala ini akan dapat penulis nikmati apabila tiba saatnya amalan penulis sudah terputus nanti.
Aamiin Ya Rabbal ‘aalamiin.