Terharu Lihat 60 Artis Bertakbir Hari Raya

Salah satu perkara yang selalu buat aku terharu ialah apabila mendengar gema takbir hari raya. Tak kiralah Hari Raya Aidilfitri ke ataupun Hari Raya Aidiladha. Tiap kali dengar takbir raya ni mesti mata air mata bergenang. Fikiran pulak akan menerawang mengenangkan insan-insan terdekat yang telah pergi buat selama-lamanya.

Takbir raya juga secara otomatik akan mengingatkan aku kepada sambutan hari raya pertama selepas aku bergelar suami. Di tahun pertama perkahwinan, aku terpaksa beraya di hospital akibat kemalangan jalan raya. Kesian isteri aku masa tu.

Rakaman gema takbir hari raya oleh 60 artis

60-artis-gema-takbir-hari-raya

Oh ya. Bukan tu yang nak cerita. Yang aku nak cerita ialah pada hari sabtu bebaru ni aku berpeluang menyaksikan rakaman Gema Takbir Raya yang diadakan di IDEAL CONVENTION CENTRE (IDCC) Shah Alam.

Program ini akan bersiaran di salah sebuah siaran TV tempatan pada Hari Raya Aidil Adha yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Apa yang menariknya dengan program ini ialah ia bukannya dilagukan oleh kumpulan nasyid, tetapi ia dijayakan oleh para artis yang terdiri daripada penyanyi lama dan baru.

60-artis-gema-takbir-hari-raya-2

Program khas ini diterbitkan oleh Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd (NIPV) dengan kerjasama IDCC Shah Alam dan Persatuan Belia Kota Gagasan. Antara artis-artis Otai yang sudi meluangkan masa adalah Aris Ariwatan, Salem Iklim, Dato’ Nash, Mel Wings, Rozz Bloodshed, Afee Utopia, Amenk Ababil, Ezam EYE, Raymie Febians dan lain-lain. Manakala artis masa kini yang dijemput adalah Aweera, Ihab Ismail, Fee Haiqal, Firman, Qody, Azmir Arif, Fadzlee Sufri dan ramai lagi.

Kalau dah ada bakat dan suara yang sedap, suruh lagukan apa-apa pun memang menjadi. Merdu sungguh suara diorang ni bertakbir!

Ini yang membuatkan aku sedikit teruja apabila bukan sahaja dapat melihat mereka bertakbir, malah aku dapat bersalaman dan bergambar dengan mereka.

Ni haa rakaman daripada iPhone aku yang dah aku muatnaikkan ke Youtube:

IDCC Shah Alam

Aku tinggal di Shah Alam. Tapi inilah kali pertama aku jejakkan kaki ke sini. Selalu je lalu depan IDCC ni tapi tak ada sesuatu event yang menjadi sebab untuk aku singgah.

idcc-shah-alam

Bila dah ke sini dan berbual dengan staff IDCC sendiri sewaktu rakaman gema takbir raya tu, barulah aku tau IDCC ni bukan calang-calang dewan convention.

IDCC yang terletak di Seksyen 15 Shah Alam ini pernah mencatat namanya di dalam “Malaysia Book of Records” menerusi persembahan Singa terbanyak dalam satu masa sedikit masa dulu.

Bangunan 8 tingkat ini ada banyak fasiliti di dalamnya. Di tingkat 7 bangunan ini dikhaskan satu dewan banquet yang terbesar di Malaysia (juga tercatat dalam Malaysia Book of Records pada 2015) yang juga dijadikan sebagai pusat konvensyen. Ia mampu memuatkan antara 8,000 – 10,000 orang untuk satu majlis jamuan dan persembahan.

Antara event yang sesuai untuk dewan yang besar ini adalah pameran/ekspo, acara korporat dan majlis perkahwinan. Ia juga boleh dibahagikan kepada 11 dewan yang lebih kecil bergantung kepada event yang ingin dibuat.

Selain daripada keistimewaan lokasinya yang strategik iaitu di tepi Lebuhraya Persekutuan yang memudahkan orang ramai mencarinya, bangunan ini juga mempunyai kawasan letak kereta tersendiri yang mencukupi di dalam bangunan (tingkat 2-6) dan juga tempat letak kereta di luar bangunan.

Memang sesuai dan senang jika majlis keraian diadakan di sini. Semasa program takbir tersebut, aku lihat ada beberapa dewan yang ditempah untuk resepsi majlis perkahwinan.

Untuk korang yang sedang mencari dewan untuk majlis keraian, ni aku sediakan info berkaitan untuk tindakan lanjut:

Laman sesawang: http://www.idcc.com.my
Emel: enquiry@idcc.com.my
Tel: 03-50313333

Kerjasama mantap NIVP dan IDCC

Noraniza Idris, penyanyi yang cukup popular suatu ketika dahulu di dalam genre Irama Malaysia sudah memperlahankan pergerakan beliau di arena seni. Beliau lebih banyak bergerak di belakang tabir dengan program-program yang lebih bersifat ukhrawi. Dan program gema takbir raya ini adalah salah satu produk syarikat beliau NIVP.

noraniza-idris

Beliau juga berkerjasama dengan IDCC untuk memperkenalkan dan menarik orang ramai untuk memanfaatkan fungsi IDCC secara lebih menyeluruh. Dengan program-program yang diadakan di sini dan hebahan menyeluruh diharap IDCC akan menjadi satu pusat untuk diadakan event-event yang besar dan majlis-majlis keraian.

Komen Sohoque

Program takbir raya ni pada aku adalah satu program yang amat bagus. Ini adalah kerana ia menghimpunkan artis-artis lama dan baru untuk menjayakannya. Artis-artis Otai ini walaupun sudah lama tidak membuat penampilan, tetapi mereka masih punya peminat dan pengikut yang ramai.

Salem Iklim, suaranya masih mengancam

Salem Iklim, suaranya masih mengancam

Artis Otai ini ramai yang datang daripada kumpulan rock yang pernah menjadi kegilaan di zaman rock kapak dahulu. Dan lagu-lagu rock kapak masih menjadi evergreen dan menjadi pilihan utama muda mudi untuk berkaraoke.

Mereka yang pernah dipandang serong suatu ketika dulu kerana imej rock mereka kini berkumpul dalam satu majlis agama. Ini dapat memberi satu mesej kepada para peminat mereka bahawa sejauh mana kita berada di dalam industri seni, ada masanya kita kembali kepada agama kita.

Sama la jugak dengan artis masa kita. Dengan menyertai program ini, sekurang-kurangnya dapat memberi satu peringatan bahawa agama jangan ditinggalkan.

12 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: