Terima Kasih KID

Rezeki…! Alhamdulillah! Terima kasih KID..

Malam tadi sambil aku me”ngeteh” dengan klien unit trust aku, satu sms ringkas diterima:

Salam.. Bro.. Ada akaun maybank tak?

Ia daripada blogger otai kita Bro KID.

Lantas aku membalas sms itu dengan memberikan nombor akaun Maybank aku berserta dengan soalan pendek:

Kenapa bro?

Beberapa minit kemudian KID sms lagi:

Check Gmail..

Aku dengan saspennya membuka inbox Gmail aku. Ini yang tertera:

komisen drp KID.png

Bestkan? Nak harapkan sumber pendapatan daripada pengiklan yang aku tampal kat header, sidebar, dan after post aku tu lambat lagi kot nak dapat. Sejak aku membuka blog sekitar January 2012 sampai sekarang, genap setahun, income yang aku dapat baru RM27.70. CPUV tak pernah aku rasa.

Tak tau lah nak suka ke ataupun nak tergelak dengan pendapatan itu. Setakat ini hati ini masih lagi sabar walaupun perasaan meronta-ronta sewaktu membaca entri blogger ini yang selang 2 hari sekali update tentang CPUVnya.

Cuma hati ini sedikit terubat bilamana terbaca status Boni kat Facebook tentang hal ini. Boni pun macam aku. 😀 . Aku ingat aku seorang saja yang menerima nasib sebegini. Dan yang bestnya, status Boni itu turut direspons oleh ramai rakan blogger yang lain. Dan ramai yang mempunyai nasib yang sama.

Namun bak kata blogger kesayangan Nuffnang ini, SABAR! Jadi apa mau buat, aku sabar je la 😉

Oh ya, komisen yang aku dapat tadi ialah kerana aku melanggan unifi melalui KID. Kira macam aku jadi introducer untuk diri aku sendiri la.

Kid pun ada buat sistem affiliate untuk introducer yang memperkenalkan pelanggan unifi kepadanya. Sila rujuk blognya untuk info lanjut.

Jadi kepada sesiapa yang nak melanggan unifi, silalah hubungi aku KID. InsyaAllah servisnya terbaik seperti pengalaman aku ini! Kalau nak hubungi aku pun ok juga, boleh aku claim komisen lagi daripada KID.  😀

Apa-apa pun, terima kasih KID. Lu sangat best bro!!!

 

33 comments

  1. ciklaili.com 2 February, 2013 at 23:56 Reply

    alhamdulillah..itulah namanya rezeki.
    walaupun tak dapat pergi ke SBB tapi salam saya sampai juga pada sohoque kan? cikRA ada sampaikan soalan dari sohoque – grad UIA tahun bila. saya grad tahun 2002 (LL.B). satu batch dgn Muadz Zulkefli (dah jadi penyanyi tu..)

    *
    ciklaili.com recently posted..12 Blog Rakan ciklaili.comMy Profile

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: