Tindakan Keji Abang Ensem

Tengok misainya pun dah tau dia ni jenis SLKK

Tengok misainya pun dah tau dia ni jenis SLKK

Tindakan keji Abang Ensem

Tiba-tiba aku mendapat satu notifikasi di FB.

“Ishak Ismail, maafkan gua sebab terpaksa unfren lu sekejap. Apakan daya, ada awek ‘mari’ request fren.

Bila ada kekosongan, nanti gua fren lu balik.”

aku kena unfriend

aku kena unfriend

Serius, keji betul kan? Dek kerna seorang awek, aku di removenya. Hahahaha. Tapi aku terpaksa berlagak cool. AE (Abang Ensem) memang penuh dengan helah dan muslihatnya. Silap-silap haribulan, respon aku memakan diri. So aku buat tak tau jer.

Sepi tanpa ilmu hartanah daripada AE

Memang sunyi. Bila dah di unfriend memang terasa sunyinya. Tiada lagi status ilmu hartanah santai yang aku dapat baca. Tiada lagi ilmu personal finance yang aku dapat ikuti.

Yang penting juga tiada lagi status FB yang paling poyo yang aku boleh gelakkan. Hahahaha… Lama jugak beliau unfren aku. Aku nyaris nak request friend lagi. Tapi nanti beliau kata aku terhegeh-hegeh pula. Dan yang pasti mungkin aku menjadi bahan kepoyoannya.

Lagipun friends beliau mesti dah sampai limit kat FB tu. Memang tak ada ruang lagi untuk beliau accept aku sebagai friend. Jadi, aku pasrah saja.

Sehinggalah baru-baru ini beliau sendiri yang request friend balik dengan aku. Tanpa lupa untuk screenshot terlebih dahulu seperti mana aku screenshot status beliau unfriend aku dulu, aku lantas approve beliau punya request.

frien request Abang Ensem

friend request Abang Ensem

Dan sekarang status ilmiah yang poyo beliau kembali menari di susur masa (timeline) FB aku.

AE yang poyo

Abang Ensem… Rasanya ramai yang kenal nama ini. Orangnya sangat poyo. Serius! Sangat poyo…! Namum status poyo inilah yang berjaya menarik minat ramai untuk menghadam ilmu dan mesej beliau tentang hartanah.

Membaca status beliau kadang rasa nak marah pun ada. Namun di sebalik rasa nak marah itu terselit rasa nak gelak. Lawak sebenarnya. Apatah lagi jika korang kenal beliau di luar media sosial.

Statusnya “mencubit” perasaan. Apatah lagi jika apa yang diterbitkan di statusnya terkena batang hidung kita. Terasa makan dalam pun ada. Tapi memang itu hakikatnya. Apa yang di poskan di status FBnya memang ternyata benar.

AE pakar hartanah

Hahahaha. Bukan senang nak dapat gelaran pakar. AE pun mungkin tak gelarkan diri beliau pakar. Tapi tidak keterlaluan jika aku menggunakan istilah itu. Sekurang-kurangnya beliau pakar di mata aku.

Beliau berkongsi rahsia dan kepakarannya memiliki banyak unit rumah di kelas-kelas yang dianjurkannya di seluruh Malaysia. Aku belum berkesempatan menyertai kelas-kelasnya walaupun pernah dijemputnya.

kelas Abang Ensem yang tak pernah sunyi dengan peserta

kelas Abang Ensem yang tak pernah sunyi dengan peserta

Apa yang bagusnya ilmu yang beliau curahkan ini adalah ilmu yang asas yang seseorang perlu tahu jika hendak berkecimpung di dalam perniagaan hartanah. Dengar cerita tiada pun upselling di dalam kelas-kelas beliau. Paling tidak pun beliau akan promote buku-buku hartanah hasil ilham rakan-rakan beliau yang juga otai dalam industri hartanah. Tu je la kot. Yuran untuk menyertai kelasnya juga adalah yuran mampu bayar.

Sekarang ni pulak beliau menambah nilai kelas-kelas hartanah beliau dengan berkerjasama dengan otai-otai hartanah yang lain. Ini menjadikan kelas beliau lebih bernilai tambah.

Ramai anak muridnya yang graduate daripada kelasnya di serata Malaysia. Dan ada di antara mereka yang dah berjaya mengumpul dan membuat duit dengan bisnes hartanah ni.

Beliau juga ada menerbitkan ebook beliau sendiri yang menghimpunkan tips hartanah yang pernah dikongsikan beliau di FB dan blog.

ebook Abang Ensem

ebook Abang Ensem

Nasihat AE

AE adalah antara rakan FB yang terawal aku kenal selepas aku mengenali dunia blog. Blognya sangat fokus nichenya iaitu hartanah. Dengan blognya juga beliau meluaskan empayar perniagaan hartanahnya.

Dengan idea dan bahasa puitis dan kreatif serta penuh informatif, blog beliau berjaya menarik ribuan pengunjung. Itulah kelebihan beliau yang tiada pada blogger lain.

Blog sohoque.com ini juga pernah mendapat tempias pengunjung suatu ketika dulu apabila beliau sudi meletakkan blog aku di bloglistnya. Bila dianalisa, blog AE pernah menjadi penyumbang trafik terbanyak blog ini pada tahun tersebut.

Masih aku ingat pesan beliau sewaktu aku mengadu trafik blog aku yang suam-suam kuku. Kata beliau: “Its about time bro. Lelama nanti blog lu akan ramai juga pengunjung. Teruskan berkongsi ilmu yang boleh beri manfaat kepada pembaca”

Sesiapa yang nakkan ilmu hartanah yang asas secara santai, boleh follow FB beliau:

https://www.facebook.com/abangensem?fref=ts

Di sini juga korang boleh tau bila kelas-kelas hartanahnya akana diadakan di tempat korang.

8 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: