Tip: Cara Menutup Bekas Makanan Plastik Yang Telah Digunakan

 

botol plastik1 Tip: Cara Menutup Bekas Makanan Plastik Yang Telah DigunakanSeringkali kita terfikir-fikir bagaimana hendak menyimpan makanan di dalam plastik yang kita makan tetapi tidak dapat dihabiskan ataupun kita ingin menyimpan semula untuk dimakan pada hari-hari berikutnya. Makanan-makanan yang lazimnya dibungkus dengan plastik seperti biskut, coklat dan sebagainya ini jika tidak di simpan dengan baik akan “masuk angin” dan pastinya akan menjejaskan rasa dan kualiti makanan tersebut.

Sebelum ini makanan-makanan tersebut disimpan di dalam bekas kedap udara seperti bekas “tupperware” dan sebagainya. Masalahnya ialah jika banyak makanan tersebut akan banyaklah bekas kedap udara yang akan digunakan. Dan banyaklah juga ruang yang akan diambil untuk menyimpan bekas-bekas kedap udara tersebut di dapur.

Tahukah anda bahawa ada satu cara yang sangat menjimatkan wang kita tanpa perlu membeli bekas-bekas kedap udara tersebut. Cara ini juga boleh menyelamatkan alam sekitar daripada banyak dan cepat dicemari oleh bahan plastik. Berikut adalah caranya:

  1. Potong botol plastik dan ambil bahagian atasnya (lihat gambar). Jangan lupa simpan penutupnya ya..
  2. Masukkan bahagian yang dibuka plastik makanan melalui bahagian bawah botol yang dipotong tadi.
  3. Lipatkan plastik makanan yang telah terkeluar melalui “mulut” botol (lihat gambar)
  4. Tutup mulut botol tersebut dengan menggunakan penutup botol.

Dah..! Siap. Anda boleh simpan makanan tersebut tanpa menjejaskan kualitinya.

Selamat mencuba..!

849 total views, 4 views today

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam