Tips Kembalikan Facebook Versi Asal Di Tablet

Kalau sesiapa yang ada tablet pc dan biasa layari facebook dengan tablet tu, mesti perasan yang sekarang ni laman facebook versi asal dah bertukar ke versi mobile. Taip la sebanyak manapun url www.facebook.com, ia akan tetap bertukar secara otomatik ke url www.m.facebook.com.

Bezanya sikit saja. Hanya penambahan huruf m sahaja di depan perkataan facebook pada url tu. Tapi kesannya amat besar apabila keseluruhan layout facebookversi asal  kita selama ini telah bertukar kepada layout baru iaitu layout facebook mobile. Kesan lanjutannya lagi, ia akan menyebabkan kita tension kerana layout facebook mobile ni amat tidak best. Contohnya kita tidak lagi dapat mention seseorang dengan meletakkan “@” di depan namanya. Fungsi ini tidak wujud lagi pada versi facebook mobile.

Jenuh jugak saya cuba dan cuba dan cuba untuk kembalikan facebook versi asal ni. Tetapi malangnya tidak berjaya. Walaupun saya dengan konfidennya menaik www.facebook.com, namun apabila tekan enter ataupun Go, tetap www.m.facebook.com yang keluar.

Antara usaha saya lagi ialah saya telah cuba “clear cache” dan “delete history” namun segalanya hampa.

Namun sekejap tadi saya telah mendapat satu idea. Idea ni saya dapat apabila saya cari kembali url facebook versi asal dulu yang saya save sebagai favourite. Url tu adalah url daripada kawan saya yang bagi kredit kepada saya setelah saya publishkan entry sohoque.com yang bertajuk: Membunuh Cicak Hukum Dan Hikmah Di Sebaliknya. Saya klik link ini dan saya telah berjaya memasuki facebook dengan versi asal. Tetapi apabila saya klik “Home” facebook versi asal ini telah bertukar kepada versi mobile semula secara otomatik. Saya terfikir bahawa saya sudah semakin hampir bertemu formulanya.

Saya mendapat satu ilham iaitu saya masuk ke laman facebook melalui bookmark. Dan bookmark itu saya tulis di bahagian setting dengan www.facebook.com/home.php. Whalla!!! Facebook versi asal telah kembali semula. “home.php” mesti kena taip kat belakang tu kalau tidak versi m mobile akan tetap datang.

Jadi sehingga sekarang experiment saya berjaya. Tak tau la besok-besok dia akan jadi versi mobile semula. Kalau jadi macam tu sila bagitau saya ya.. Tahniah kepada saya!!! hehehehe.

Selamat mencuba!!!

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: