Tips Khatam Al Quran Di Bulan Ramadhan

Ramadhan hampir menjelang tiba. Malah suasana Ramadhan pun sudah dirasai. Kesyahduannya makin dirasai. Amalan-amalan di bulan Ramadhan sudah pun terbayang di mata.

Antara amalan-amalan yang biasa dilakukan secara intensif pada bulan ramadhan ialah tadarus ataupun membaca Al Quran. Ramai yang meletakkan sasaran untuk khatam Al Quran sekurang-kurangnya sekali dalam bulan Ramadhan ini.

Jika dilihat sekali lalu, untuk khatam Al Quran dalam masa sebulan agak sedikit sukar untuk kita yang sentiasa “sibuk” dengan hal duniawi ini. Tetapi jika dihalusi dan dibuat perancangan ianya agak mudah sebenarnya. Ada tips khatam Al Quran dengan mudah sebenarnya.

Tips khatam Al Quran yang aku kongsikan ini sebenarnya sudah lama dikongsikan oleh kawan-kawan di Facebook. Aku kongsikan juga di sini supaya ianya akan menjadi tempat rujukan di masa akan datang.

Ini adalah tips yang dimaksudkan:

Al Quran ada 600 mukasurat. Sebulan ada 30 hari. Jadi jika dibahagikan 600 mukasurat dengan 30 hari, maka jawapannya 20 muka surat sehari. Jadi jika kita membaca 20 muka surat sehari nescaya kita berjaya khatam Al Quran dalam masa sebulan.

Wow!!! 20 muka surat sehari. nampak macam banyak kan? Dalam satu hari kita ada 5 waktu wajib solat. Jadi 20 muka surat kita bahagikan dengan 5 waktu solat. Jadi selepas waktu solat kita hanya perlu membaca 4 muka surat sahaja. Boleh la kan..? Mudah saja kan?

Begitulah seterusnya. Jika kita sasarkan untuk khatam Al Quran 2 kali dalam sebulan, maka kita gandakanlah usaha kita tadi. Contohnya 4 muka surat sehari kepada 8 muka surat sehari.

khatam al quran ramadhan.jpg

Yang penting ianya dilakukan secara istiqamah dan berdisiplin

Apa yang penting, untuk mencapai misi ini, istiqamah dan disiplin diri amat penting. Tanpa dua benda tu, misi agak sukar dicapai.

Jom kita jadikan misi khatam Al Quran ini sebagai misi utama di bulan Ramadhan ini. Moga usaha kita diberkati dan diredhaiNya.

Ameen.

 

7 comments

  1. Red Cherry 4 July, 2013 at 05:00 Reply

    Bagus tip ni Sohoque…setiap kali tiba bulan puasa, niat nak habiskan khatam Quran tapi separuh Quran pun selalunya tak dapat dihabiskan..

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: