Tips Macamana Nak Tambahkan Traffic Ke Blog Anda

Salam.

Semua orang boleh buat blog sendiri dengan hanya belajar teknik yang agak ringkas. Saya sendiri tidak belajar dengan sesiapa. Saya hanya belajar dengan pakcik Google. Cuma kena peruntukkan masa sahaja untuk mencari maklumat daripada pakcik yang paling berilmu dan bermaklumat iaitu Pakcik Google.

Namun, blog yang cantik designnya tiada guna jika tiada orang yang lawati dan baca. Ini dipanggil Traffic. Macamana nak menambahkan traffic kepada blog kita?

Di sini ada beberapa tips:

Kita gunakan TULIP untuk tambahkan traffic.

1. T – Trail

  • Tinggalkan trail (jejak) anda dengan memberi komen, memberi cadangan ataupun berkongsi buah fikiran anda di blog orang lain yang ada link semula ke blog anda

2. Update, update and update.

  • selalulah kemaskini dan tambahkan article blog anda. Lagi kerap lagi bagus.

3. Link

  • Buatlah pengumuman kepada dunia – Facebook, MySpace, Friendster, Twitter, IMs – dengan meletakkan link kepada blog anda, di mana-mana sahaja, setiap kali ada update dalam blog anda. Ianya adalah satu publisiti yang bagus

4. Interactive

  • Tambahkan gambar-gambar dan video-video untuk jadikan article anda lebih menarik. Tiada yang lebih memboringkan daripada membaca teks yang kosong, boring dan panjang.

5. Popular

  • Berhubunglah dengan tuan punya blog yang terkenal dan kenalkan diri anda dengan link blog anda. Jika tuah di pihak anda, mereka akan hubungkan/link blog anda kepada blog mereka supaya orang lain dapat mencari blog anda.

Untuk blogger-blogger yang baru boleh la cuba tips yang mudah ini. Ada lagi tips-tips yang lebih advanced yang digunapakai oleh otai-otai blogger. Tapi untuk permulaan, mencuba TULIP pasti akan menambahkan traffic ke blog anda.

Selamat mencuba…

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: