Kondo yang lengkap dengan fasiliti sering menjadi pilihan pembeli rumah pertama

Tips Memilih Tanah Untuk Pembinaan Rumah

Apabila mencari perubahan persekitaran, dan tempat baru untuk membina keluarga, perkara pertama yang korang terfikir mungkin bukan membeli tanah kan? Sebabnya secara ringkas, urusan pembelian tanah ni bukan mudah. Ia akan jadi tak terurus jika silap memilih orang untuk uruskannya. Contoh paling mudah adalah Tanah Asli (Raw Land). Ia adalah satu cabaran dan yang paling teruk ia dianggap pelaburan yang tidak digunakan sepenuhnya dan juga satu kerugian dalam kewangan.

Tanah yang belum dimajukan

Tanah yang belum dimajukan

Namun di sebalik semua pertimbangan ini, masih terdapat pendapat-pendapat yang mengatakan bahawa tanah adalah satu pelaburan yang baik untuk mereka yang bukan saja ingin mencari sebuah rumah, tetapi membinanya sendiri atas tanah tersebut. Kebanyakannya kerana apabila korang membeli tanah, ia tidak semestinya tanah asli.  Malah jika korang warga asing sekalipun, korang mungkin tidak menghadapi masalah yang banyak untuk mendapatkan tanah sepertimana yang korang fikirkan, menurut  ExpatriateAdvisory.com

Rumah, kondominium, dan rumah bandar (townhouse) adalah antara beberapa keputusan paling biasa diambil oleh pembeli rumah kali pertama. Dan menurut Global Property Guide, ia merupakan pelaburan yang baik pada hari ini memandangkan pasaran yang lembab. Tidak ramai yang mempunyai masa atau modal untuk melabur dalam pembelian tanah dan membangunkan rumah mereka sendiri. Hanya segelintir yang akan membeli sebuah apartmen sebagai rumah mereka sendiri. Kalau setakat korang dan keluarga korang je, keputusan yang biasa diambil adalah antara memiliki sebuah kondominium di bandar, ataupun sebuah rumah di pinggir bandar, ataupun sebuah rumah bandar di daerah kediaman yang lain. Walau bagaimanapun, ia tidak bermakna korang harus mengehadkan diri korang hanya kepada pilihan-pilihan ini – terutamanya apabila korang mempunyai visi korang sendiri tentang design rumah yang korang idamkan.

Kondo yang lengkap dengan fasiliti sering menjadi pilihan pembeli rumah pertama

Kondo yang lengkap dengan fasiliti sering menjadi pilihan pembeli rumah pertama

Pembiayaan Tanah adalah Hampir Serupa

Jika korang pernah mengalami kesukaran untuk membuat pembiayaan rumah korang, maka korang akan berasa gembira bila mengetahui bahawa membuat pembiayaan untuk membeli tanah juga adalah sama. Hubungi bank atau pemberi pinjaman dan boleh bincang pilihan-pilihan pembiayaan tanah dengan mereka dahulu walaupun sebelum membuat keputusan tentang apa jenis tanah yang korang inginkan.

Mendapatkan pra-kelulusan untuk pinjaman tanah adalah benar-benar diperlukan sepertimana mendapatkan pra-kelulusan untuk apa-apa jenis pembelian pinjaman yang ketara kerana ia membantu korang menetapkan bajet yang tetap dan khusus, yang memenuhi  kemampuan korang dan di dalam jangkaan korang.

Sementara membeli sebuah rumah adalah segalanya tentang hubungan emosi di antara setiap dinding dan lantai rumah, dan membayangkan diri korang sedang memasak di atas meja granit atau menikmati suasana membaca buku di tepi jendela, membeli tanah pula adalah satu keputusan yang lebih taktikal. Pastinya, anda boleh jatuh cinta dengan lokasi dan landskap – tapi tanah itu sebenarnya adalah satu perkara logistik yang tulen. Dan di situlah pandangan pakar harus diberi perhatian.

Tahu Apa Yang Dicari

Tanah adalah boleh jadi apa saja. Tanah boleh jadi berpaya, atau gersang, berasid atau neutral, subur atau tidak. Walau bagaimanapun, seperti hartanah kediaman, setiap satu bidang tanah yang berdekatan atau di sekitar sebuah bandar atau pekan mungkin telah dikelaskan dan dibina sebagai komersial, kediaman, pertanian atau industri.

Jika korang sedang mencari tanah kediaman. Satu cara untuk mendapatkan idea baik tentang tanah apa yang boleh didapati di kawasan itu adalah melalui Internet. Ketika Internet terus berkembang pesat di seluruh Asia, terutamanya di Malaysia, potensinya dalam membantu korang dalam mendapatkan pembelian yang betul tak perlu dipertikaikan lagi. Sebuah direktori hartanah dalam talian seperti Property Guru adalah segalanya yang korang perlukan untuk mencari tanah untuk dijual yang bertepatan dengan selera korang.

Walau bagaimanapun, korang pasti tidak boleh menerima terus sesuatu tawaran yang berdasarkan gambar-gambar dan beberapa sejarah pemilikan. Ia lebih daripada itu. Oleh kerana korang sememangnya mencari sebuah harta yang anda boleh gunakan untuk pembinaan di atasnya, korang akan pasti ingin tahu tentang beberapa perkara lain, seperti:

Apakah jenis utiliti yang ada di atas tanah itu?

Kos yang paling mahal untuk korang ketika membeli tanah adalah pembangunan tanah. Tanah yang belum dimajukan adalah sukar untuk dibiayai – terutamanya untuk sebuah keluarga – kerana seperti namanya, ia memerlukan pembangunan sebenar sebelum ia boleh diusahakan.

Ini termasuk potensi untuk pemasangan saliran untuk memastikan bahawa serapan tanah semula jadi yang tidak mencukupi disebabkan oleh kekurangan dedaunan tidak akan menyebabkan banjir atau hakisan semasa musim hujan, menggali parit dan meletakkan paip di bawah tanah untuk akses kepada tangka air komuniti, atau sebagai alternatif membina saluran ke dalam takungan bawah tanah, dan paling tidak kurangnya, mendapatkan kebenaran dari majlis perbandaran untuk menjalankan pemasangan pada gridnya.

Apabila korang membeli tanah untuk dibangunkan, pastikan semua utiliti yang korang perlukan telah disediakan, kecuali korang bersedia untuk memasangnya sendiri.

Apakah jenis sekatan pengezonan yang dikenakan pada tanah tersebut?

Dalam sesetengah kes, sebuah bandar atau wilayah kerajaan tempatan akan mempunyai satu set tertentu dalam sekatan pengezonan yang sedia ada untuk sebidang tanah, sama ada disebabkan oleh pemuliharaan atau atas sebab-sebab sejarah. Mungkin juga ada satu penangguhan sementara (moratorium) ke atas harta tersebut, yang bermaksud bahawa walaupun ia boleh dijual, ia tidak boleh dibina atau dibangunkan untuk tempoh masa tertentu – contohnya selama beberapa dekad lamanya, dalam beberapa kes.

Pastikan korang tahu apa yang korang boleh dan tidak boleh lakukan dengan tanah tersebut sebelum membuat pembelian. Setelah korang pasti dengan tawaran yang baru ditemui itu adalah apa yang korang cari – tanah bersih dan dimajukan – korang sudah ke langkah seterusnya dalam misi perjalanan ke rumah baru!

8 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: