Tips Memilih Web Hosting: Disk Space

web hosting.jpg

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Entri tips memilih web hosting: disk space ini adalah kesinambungan daripada entri ini yang merupakan faktor yang tidak kurang penting dalam topik tips memilih web hosting.

Faktor kedua yang perlu diambil kira dalam memilih pakej yang ditawarkan oleh penyedia webhosting ialah berapa besar ruang simpanan kita iaitu disk space.

Disk Space atau ruang simpanan data yang besar akan membolehkan kita memuat naik gambar-gambar dengan selesa.

Perlu diingat disk space ini bukannya seperti bandwidth yang dikira bulan ke bulan. Jika bulan ini quota bandwidth sudah penuh, bulan depan ianya akan kembali normal. Tetapi tidak dengan disk space. Disk space dikira sepanjang kita melanggan pakej webhosting tersebut.

Ini bermakna jika disk space sudah penuh maka kita tidak lagi dapat membuat dan menerbitkan entri. Sementelah lagi jika entri tersebut dimasukkan dengan gambar-gambar. Tanpa gambar entri pula jadi kurang menarik. Tanpa gambar kurang lah satu cara untuk tarik traffic ke blog kita.

Jadi fikir dulu masak-masak sebelum melanggan mana-mana pakej webhosting. Pastikan ruang simpanan atau disk space kita cukup besar. Kos sedikit tinggi pun tak apa, janji kita berpuas hati dengan pakej tersebut. Jangan jadi macam saya. Sampai saat ini disk space sudah hampir penuh.

disk space full.png

Email menyatakan penggunaan disk space aku yang hampir penuh…

Yang pasti tips memilih Web Hosting ini harus diberi perhatian yang serius. Selamat memilih pakej webhosting…!!!

 

10 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: