ubat sakit perut

Tips Menangani Cirit Birit

Sungguh seksa! Badan lesu, kepala sakit, sendi lenguh. Perut menyucuk-nyucuk sakit. Mulut pula tak ada selera langsung nak makan. semua dek kerana cirit birit. Tandas pula tak perlu cakap la. Memang sudah menjadi hobi baru bertandang ke situ. Kadang-kadang terfikir nak tidur terus je kat dalam tu.

ubat sakit perut

sakit perut adalah antara simptom cirit birit

Ini semua disebabkan pemakanan yang tidak terkawal aku rasa. Sebab pada hari Sabtu baru-baru ini akan ada menghadiri beberapa majlis kenduri kahwin. Mungkin disebabkan air minuman yang tidak dimasak kot. Wallahua’lam. Tapi keluarga aku yang lain tak ada pulak kena penyakit ni. Tu yang pelik tu.

Bila dah kena macam ni terus la terfikir untuk mencari tips untuk menangani cirit birit ni.

Aku teringat tips yang selalu diamalkan oleh orang-orang tua semasa di kampung dahulu. Mereka ini apabila terkena penyakit ini, apa yang mereka akan buat ialah mereka akan memakan pucuk muda jambu batu. Pucuk tersebut akan dikunyah sehingga lumat dan ditelan. Aku tak tahu samada tips ini berkesan atau tidak sebab aku pun belum pernah mencuba.

tips menangani cirit birit dengan memakan puck muda jambu batu

pucuk muda jambu batu

Cara yang kedua yang biasa diamalkan oleh orang-orang tua dahulu ialah dengan meminum teh o yang dibancuh pekat. Kalau boleh tidak perlu tambahkan gula. Minum teh o keras tu dan tunggu penyakit ini berkurangan. Yang ini aku pernah cuba. Ok la kot. Tapi penyembuhan penyakit tidaklah cepat. Kena tunggu juga.

bancuhan pekat teh o

teh o yang dibancuk pekat

Jadi, apa yang aku buat bila terkena penyakit ni ialah berjumpa doktor. Doktor pun bagi lah ubat tahan muntah, ubat cirit birit, ubat gastrik, dan sachet garam.

Aku juga menggunakan ubat tradisi masyarakat cina iaitu Pil Cit Kit Teck Aun. Ubat ini aku rasa agak mujarab untuk membantu mengurangkan penyakit cirit birit dengan berkesan. Dah 3 kelongsong ubat ini aku telan. Ia sudah mula menampakkan hasil. Pada aku kesannya lagi pantas berbanding dengan ubat-ubat yang lain.

ubat cirit birit

ubat ini adalah ubat yang paling mujarab untuk cirit birit pada aku

Ada lagi satu tips yang dikongsi oleh blogger fulltime Bro Kid. Caranya ialah ambil segenggam beras, masukkan ke dalam kuali dan goreng sampai hangus. Goreng tanpa menggunakan minyak. Lepas beras tu hangus masukkan ke dalam gelas dan campurkan dengan air. Biarkan air yang bercampur beras hangus tersebut seketika. Kemudian minum air bercampur beras hangus tersebut.

kongsi tips menangani cirit birit

screenshot perkongsian tips menangani cirit birit oleh Bro Kid

Apa-pun perkara utama kita mesti ingat adalah setiap penyakit yang diuji kepada kita itu adalah penghapus kepada dosa-dosa kecil kita.

“Tidaklah menimpa seorang mukmin berupa rasa sakit (yang terus menerus), rasa letih, kekhawatiran (pada pikiran), sedih (kerana sesuatu yang hilang), kesusahan hati atau sesuatu yang menyakiti sampai pun duri yang menusuknya melainkan akan dihapuskan dosa-dosanya.” Riwayat Bukari dan Muslim

Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya ujian penyakit cirit birit ini dapat mengurangkan dosa-dosa kecil yang terkumpul selama ini.

Pelajari Teknik Menyelamatkan Nyawa Insan Yang Anda Sayangi!

Selamat mencuba tips yang dikongsi. Moga dapat memberi manfaat kepada semua. Wallahua’lam.

45 comments

  1. myfirdz 19 November, 2013 at 10:11 Reply

    minum air rebusan daun inai pun berkesan juga… walaupun pahit.. tpi mujarab insha Allah… lagi satu.. klu kt kg, mak su sapu dengan daun jarak… yg dilayur atas api…

  2. sakinah 29 October, 2014 at 13:00 Reply

    Pil cit kit teck ajn oun pernah ambil dulu. Mmg berkesan. Tapj la saya amalkan esp shaklee sahaja. Membantu kurangkan gejala perut tak selesa. Terutama ketika hamil lagilah… nak makn ubay cina tak berani masa hamil…

  3. siti 19 April, 2015 at 21:51 Reply

    Blh try ni..tp ok ke pil cit kit teck aon tu….suami sy dh mcm2 mkn tp still mcm tu je…kuar spital pn sma je…huhuhu

  4. Diana 3 July, 2015 at 11:59 Reply

    Kesian… memang seksa kalau terlalu kerap cirit birit.. Sekali dua tu anggap je nak cuci usus… Kalau banyak kali. memang kena cari penawarnya…

  5. Linda 27 July, 2015 at 11:06 Reply

    Huhu..saya baru kena lepas jamuan raya…dah berbelas kali ke tandas sampai pagi ni… Nak ke klinik pun takut, tengah driving nak terkucil..

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: