Sungguh seksa! Badan lesu, kepala sakit, sendi lenguh. Perut menyucuk-nyucuk sakit. Mulut pula tak ada selera langsung nak makan. semua dek kerana cirit birit. Tandas pula tak perlu cakap la. Memang sudah menjadi hobi baru bertandang ke situ. Kadang-kadang terfikir nak tidur terus je kat dalam tu.
Ini semua disebabkan pemakanan yang tidak terkawal aku rasa. Sebab pada hari Sabtu baru-baru ini akan ada menghadiri beberapa majlis kenduri kahwin. Mungkin disebabkan air minuman yang tidak dimasak kot. Wallahua’lam. Tapi keluarga aku yang lain tak ada pulak kena penyakit ni. Tu yang pelik tu.
Bila dah kena macam ni terus la terfikir untuk mencari tips untuk menangani cirit birit ni.
Aku teringat tips yang selalu diamalkan oleh orang-orang tua semasa di kampung dahulu. Mereka ini apabila terkena penyakit ini, apa yang mereka akan buat ialah mereka akan memakan pucuk muda jambu batu. Pucuk tersebut akan dikunyah sehingga lumat dan ditelan. Aku tak tahu samada tips ini berkesan atau tidak sebab aku pun belum pernah mencuba.
Cara yang kedua yang biasa diamalkan oleh orang-orang tua dahulu ialah dengan meminum teh o yang dibancuh pekat. Kalau boleh tidak perlu tambahkan gula. Minum teh o keras tu dan tunggu penyakit ini berkurangan. Yang ini aku pernah cuba. Ok la kot. Tapi penyembuhan penyakit tidaklah cepat. Kena tunggu juga.
Jadi, apa yang aku buat bila terkena penyakit ni ialah berjumpa doktor. Doktor pun bagi lah ubat tahan muntah, ubat cirit birit, ubat gastrik, dan sachet garam.
Aku juga menggunakan ubat tradisi masyarakat cina iaitu Pil Cit Kit Teck Aun. Ubat ini aku rasa agak mujarab untuk membantu mengurangkan penyakit cirit birit dengan berkesan. Dah 3 kelongsong ubat ini aku telan. Ia sudah mula menampakkan hasil. Pada aku kesannya lagi pantas berbanding dengan ubat-ubat yang lain.
Ada lagi satu tips yang dikongsi oleh blogger fulltime Bro Kid. Caranya ialah ambil segenggam beras, masukkan ke dalam kuali dan goreng sampai hangus. Goreng tanpa menggunakan minyak. Lepas beras tu hangus masukkan ke dalam gelas dan campurkan dengan air. Biarkan air yang bercampur beras hangus tersebut seketika. Kemudian minum air bercampur beras hangus tersebut.
Apa-pun perkara utama kita mesti ingat adalah setiap penyakit yang diuji kepada kita itu adalah penghapus kepada dosa-dosa kecil kita.
“Tidaklah menimpa seorang mukmin berupa rasa sakit (yang terus menerus), rasa letih, kekhawatiran (pada pikiran), sedih (kerana sesuatu yang hilang), kesusahan hati atau sesuatu yang menyakiti sampai pun duri yang menusuknya melainkan akan dihapuskan dosa-dosanya.” Riwayat Bukari dan Muslim
Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya ujian penyakit cirit birit ini dapat mengurangkan dosa-dosa kecil yang terkumpul selama ini.
Pelajari Teknik Menyelamatkan Nyawa Insan Yang Anda Sayangi!
Selamat mencuba tips yang dikongsi. Moga dapat memberi manfaat kepada semua. Wallahua’lam.
siapa nak ubat cirit-birit.. bolehlah guna petua-petua yang diberi.. hehehehe
KiD recently posted..Selamat Hari Jadi Ketiga buat ILHAM
hehehe. terutama petua yang siap di screenshot tu
lain kali kena standby air sendiri la bro kalau pergi kenduri..hehe
hafizrahim recently posted..Ada Apa Dengan Cuti Sekolah
standby air sendiri? mencabar tu bro..
Nice tips…
Kesian tgk pakcik hari tue.. ha ha..
fazrol recently posted..Ilmu berguna dalam blogging!
sampai hari ni pon masih lesu wooo
minum air rebusan daun inai pun berkesan juga… walaupun pahit.. tpi mujarab insha Allah… lagi satu.. klu kt kg, mak su sapu dengan daun jarak… yg dilayur atas api…
daun jarak tu sapu kat perut ke?
Bila badan dah lembik biasanya skang aku minum GATORADE untuk kasi back up tenaga yang hilang
hazman aka species1980 recently posted..HAZMAN vs FOOD – Baca Kisah Villa Nabila bersama CHICKEN PASTA KENNY ROGERS
owh.. gatorade ek? leh ar cuba pasni. aku stkt minum 100 plus jer
Biasa amalkan petua yang diberikan diatas. Kalau teruk perlu minum air garam kerana dibimbangan hidrasi.
akubiomed recently posted..Cuci mata di KL International Motor Show 2013
ya betul bro. tangan aku skrg pon dah kecut sbb dehidration ni
Biasa memang kena ambil Charcoal baru reda…
Izzuddin Fauzi recently posted..Cari Kelebihan Tingkatkan Kemahiran
charcoal ek? ok… thanks
Biasa aku memang makan pil cit kit tek aun
hafiz recently posted..Tarikh pembayaran gaji 2014
pada aku pon cit kit teck aun plg mujarab la
hehe..makan apa abg sohok sampai cirit?
Farisya Anastasyia recently posted..Cheez&Choc buat orang gila??
byk gi kenduri kawen. air dop masak agaknya.. huhuhu
perkongsian yang amat berguna bro.hehehe
M2 Cafe recently posted..Promosi Steamboat Bulan November
tq bro. moga sama2 dpt manfaat
Cirit birit ni kalau terkena, boleh rasa lemah satu badan. Ubat dia pulak, kalau makan ubat klinik, memang mengantuk tahap kaw-kaw punya.
Anak Askar Pencen recently posted..Ulasan Perlawanan Malaysia lwn Qatar, 19 November 2013
tp ubat klinik yg aku makan ni tak ngantuk pulak
selalu minum teh pekat tanpa gula aje.
titan recently posted..Tolak Ansur – Senjata Utama Keluarga Bahagia.
gua pon ada try sehari dua ni
Menjaga kebersihan makanan dan minuman akan menghindarkan kita dari cirit berit
hanari recently posted..Penyakit Jantung Koroner Pada Perempuan
Ya itu sudah pasti
Pil cit kit teck ajn oun pernah ambil dulu. Mmg berkesan. Tapj la saya amalkan esp shaklee sahaja. Membantu kurangkan gejala perut tak selesa. Terutama ketika hamil lagilah… nak makn ubay cina tak berani masa hamil…
kesannya segera ke lama baru berkesan?
Kalo bdk2 yg cirit birir ada petua tak? Bdk2 tau la bkn nak mkn bnda2 pahit
kalau budak-budak sy rasa seeloknya bawak lah berjumpa doktor.
tak larat dah….dan2 pening kepala….nak suruh2 pun tak larat… tapi tau pasal teh o pekat tu….pil ckta pun ok tapi tak sapa nak gi beli….
minum madu jer nihhh…..
saidila recently posted..Bila Pos Laju Tidak Jujur Dan Amanah
pil ckta tu plg ok utk saya.. hahahaha
Blh try ni..tp ok ke pil cit kit teck aon tu….suami sy dh mcm2 mkn tp still mcm tu je…kuar spital pn sma je…huhuhu
lain org mungkin lain serasinya. utk sy pil chi kit tek aun tu sudah memadai
Kesian… memang seksa kalau terlalu kerap cirit birit.. Sekali dua tu anggap je nak cuci usus… Kalau banyak kali. memang kena cari penawarnya…
tu la.. penat tau ulang alik ke toilet. tak leh buat keje lain
Huhu..saya baru kena lepas jamuan raya…dah berbelas kali ke tandas sampai pagi ni… Nak ke klinik pun takut, tengah driving nak terkucil..
kalau saya, makan pil chi kit teck aun boleh reda sikit.
bertabahlah ya..
Petua lama juga yang berkesan atasi cirit birit ni…mudah dan senang pulak tu.
Rossa Calla recently posted..Iskandar Puteri Nama Baru Ganti Nusajaya
ya.. kgd2 ia berkesan lbh cepat
Tips dari saya sedikit… Minum lah air persan jambu biji ….
Oyong Ilham recently posted..Perjalanan Terberat Itu Adalah ke Mesjid, Benarkah ??? –
makasih gan atas tips nya
Pil Cit Kit Teck Aun lejend ni boh huhu…
hahahah.. mmg lehen tu
Lebih manjur obar dokter, beli imodium di apotik langsung mampet