More

    Tips Menangani Cirit Birit

    Sungguh seksa! Badan lesu, kepala sakit, sendi lenguh. Perut menyucuk-nyucuk sakit. Mulut pula tak ada selera langsung nak makan. semua dek kerana cirit birit. Tandas pula tak perlu cakap la. Memang sudah menjadi hobi baru bertandang ke situ. Kadang-kadang terfikir nak tidur terus je kat dalam tu.

    ubat sakit perut
    sakit perut adalah antara simptom cirit birit

    Ini semua disebabkan pemakanan yang tidak terkawal aku rasa. Sebab pada hari Sabtu baru-baru ini akan ada menghadiri beberapa majlis kenduri kahwin. Mungkin disebabkan air minuman yang tidak dimasak kot. Wallahua’lam. Tapi keluarga aku yang lain tak ada pulak kena penyakit ni. Tu yang pelik tu.

    Bila dah kena macam ni terus la terfikir untuk mencari tips untuk menangani cirit birit ni.

    Aku teringat tips yang selalu diamalkan oleh orang-orang tua semasa di kampung dahulu. Mereka ini apabila terkena penyakit ini, apa yang mereka akan buat ialah mereka akan memakan pucuk muda jambu batu. Pucuk tersebut akan dikunyah sehingga lumat dan ditelan. Aku tak tahu samada tips ini berkesan atau tidak sebab aku pun belum pernah mencuba.

    tips menangani cirit birit dengan memakan puck muda jambu batu
    pucuk muda jambu batu

    Cara yang kedua yang biasa diamalkan oleh orang-orang tua dahulu ialah dengan meminum teh o yang dibancuh pekat. Kalau boleh tidak perlu tambahkan gula. Minum teh o keras tu dan tunggu penyakit ini berkurangan. Yang ini aku pernah cuba. Ok la kot. Tapi penyembuhan penyakit tidaklah cepat. Kena tunggu juga.

    bancuhan pekat teh o
    teh o yang dibancuk pekat

    Jadi, apa yang aku buat bila terkena penyakit ni ialah berjumpa doktor. Doktor pun bagi lah ubat tahan muntah, ubat cirit birit, ubat gastrik, dan sachet garam.

    Aku juga menggunakan ubat tradisi masyarakat cina iaitu Pil Cit Kit Teck Aun. Ubat ini aku rasa agak mujarab untuk membantu mengurangkan penyakit cirit birit dengan berkesan. Dah 3 kelongsong ubat ini aku telan. Ia sudah mula menampakkan hasil. Pada aku kesannya lagi pantas berbanding dengan ubat-ubat yang lain.

    ubat cirit birit
    ubat ini adalah ubat yang paling mujarab untuk cirit birit pada aku

    Ada lagi satu tips yang dikongsi oleh blogger fulltime Bro Kid. Caranya ialah ambil segenggam beras, masukkan ke dalam kuali dan goreng sampai hangus. Goreng tanpa menggunakan minyak. Lepas beras tu hangus masukkan ke dalam gelas dan campurkan dengan air. Biarkan air yang bercampur beras hangus tersebut seketika. Kemudian minum air bercampur beras hangus tersebut.

    kongsi tips menangani cirit birit
    screenshot perkongsian tips menangani cirit birit oleh Bro Kid

    Apa-pun perkara utama kita mesti ingat adalah setiap penyakit yang diuji kepada kita itu adalah penghapus kepada dosa-dosa kecil kita.

    “Tidaklah menimpa seorang mukmin berupa rasa sakit (yang terus menerus), rasa letih, kekhawatiran (pada pikiran), sedih (kerana sesuatu yang hilang), kesusahan hati atau sesuatu yang menyakiti sampai pun duri yang menusuknya melainkan akan dihapuskan dosa-dosanya.” Riwayat Bukari dan Muslim

    Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya ujian penyakit cirit birit ini dapat mengurangkan dosa-dosa kecil yang terkumpul selama ini.

    Pelajari Teknik Menyelamatkan Nyawa Insan Yang Anda Sayangi!

    Selamat mencuba tips yang dikongsi. Moga dapat memberi manfaat kepada semua. Wallahua’lam.

    Latest articles

    Related articles

    45 Comments

    1. minum air rebusan daun inai pun berkesan juga… walaupun pahit.. tpi mujarab insha Allah… lagi satu.. klu kt kg, mak su sapu dengan daun jarak… yg dilayur atas api…

    2. Pil cit kit teck ajn oun pernah ambil dulu. Mmg berkesan. Tapj la saya amalkan esp shaklee sahaja. Membantu kurangkan gejala perut tak selesa. Terutama ketika hamil lagilah… nak makn ubay cina tak berani masa hamil…

    3. Kesian… memang seksa kalau terlalu kerap cirit birit.. Sekali dua tu anggap je nak cuci usus… Kalau banyak kali. memang kena cari penawarnya…

    4. Huhu..saya baru kena lepas jamuan raya…dah berbelas kali ke tandas sampai pagi ni… Nak ke klinik pun takut, tengah driving nak terkucil..

    Leave a Reply to sohoque Cancel reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge