Antara amalan yang boleh membuatkan Allah membuka pintu rezeki kita seluas-luasnya ialah berbuat baik dan mendoakan kepada ibubapa. Suruhan berbakti serta berbuat baik dan mendoakan kepada ibubapa ini dinyatakan dengan jelas dalam Al-Quran:
17:23: Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibubapa. Jika salah seorang dari keduanya ataupun kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah kamu berkata kepada mereka (sebarang perkataan yang kasar) sekalipun perkataan “Ha” dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)
17:24: Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil
Allah dengan jelas menyuruh kita berbuat baik dan mendoakan kepada ibubapa. Apabila sesuatu suruhan itu ditaati maka pahala adalah imbuhannya. Jika ianya dibelakangi dosa pasti akan ditulis.
Malah bukan sahaja pahala yang merupakan bekal kita ke akhirat akan dicatit jika berbuat baik kepada ibubapa ini. Imbuhan dunia juga akan diberi.
Ini telah disebut di dalam beberapa buah hadith Rasulullah S.A.W:
- Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.
- “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.”
(Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim) - “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.”
(Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
Memang benar! Saya telah melihat beberapa contoh kawan-kawan sekerja saya yang dikurniakan rezeki yang berlipat kali ganda. Mereka memperolehi pendapatan melebihi RM40K setiap bulan sebagai Unit Trust Consultant. Di samping usaha keras mereka dan sistem agensi mereka yang mantap, ada satu lagi faktor yang saya perhatikan. Kebanyakan mereka ini menjaga ibubapa mereka di rumah mereka. Ibubapa mereka yang telah berusia mereka jemput dan tinggal bersama mereka. Dan mereka memberikan sebahagian daripada pendapatan mereka kepada ibubapa mereka. Ini diceritakan sendiri kepada saya. Subhanallah! Allah tidak akan sesekali memungkiri janjiNya yang telah dinyatakan melalui Al-Quran dan Hadith nabiNya.
Memang betul. Faktor ini amat jelas sekali. Kerana jika dilihatkan kepada beberapa kekurangan (dari segi pemahaman agama) ada diantara mereka kurang kemas pegangannya terutama tentang menutup aurat. Namun disebabkan keikhlasan mereka berbuat baik dan mendoakan kepada ibubapa, rezeki mereka berlipat kali ganda.
Maka beruntunglah kepada sesiapa yang masih lagi ada ibubapa. Sentiasalah memohon maaf kepada mereka walaupun sekecil-kecil kesalahan yang kita buat. Peluklah dan ciumlah tangan mereka. Selalulah minta restu mereka. Selalulah bergurau senda untuk mengembirakan mereka. Sentiasalah berdoa untuk mereka. Mintalah mereka mendoakan supaya cita-cita dimaqbulkan. Beritahu mereka apa yang kita mahukan dalam hidup yang selalu kita doakan. Minta ibubapa kita mendoakan perkara yang sama untuk kita. In syaa Allah… Doa ibubapa yang redha akan anaknya akan dikaqbulkan Allah.
Kepada yang sudah ketiadaan ibu atau bapa atau kedua-duanya sekali, selalulah sedeqahkan ayat-ayat suci Al-Quran. Amalkan setiap pagi selepas bangun dari tidur ataupun selepas solat subuh bacakan Al-Fatihah untuk dihadiahkan kepada mereka di alam barzakh. In syaa Allah, ini pun akan dipandang Allah juga untuk dilimpahi rezeki kita.
Jom kita amalkan. Jom kita berbuat baik dan mendoakan kepada ibubapa. Semoga hidup kita diberkati Allah dunia dan akhirat. Ameen.
note:
saya sudah tiada ibu dan bapa. Al-Fatihah. Moga roh mereka ditempatkan dikalangan ahli syurga. Ameen.
Ishak Ismail liked this on Facebook.
semoga kita menjadi anak yang soleh yang sentiasa mendoakan mereka.. ameen…
KiD recently posted..Ramainya orang ONLINE!
Ameen…
sohoque recently posted..Petua Supaya Malaikat Doakan Kita
memang betul selagi kita berbuat baik pada ibu bapa rezeki senang nak masuk, bukannya susah pun kalau duduk jauh telefon jer atleast 3 minggu sekali, tu lah yang jal buat sebab dok belajar jauh kan tapi bukan lah 3 minggu sekali tapi dua tiga kali sehari hahah topup habis semata2 tpon mak ngan ayah jer, takpe asalkan dorang bahagia
jal recently posted..Astro Fear Factor Malaysia
bagus jal.. anda sudah buat perkara yang betul..
sohoque recently posted..Menang Samsung Galaxy Note 2 Dengan Hanya Like Artikel Dan Page
Hello Sohoque,
Artikel yang berguna untuk dikongsi bersama. Semoga kita menjadi manusia yang murah hatinya dan taat kepada kedua ibubapa kita, Lebih-lebih lagi kepada Tuhan.
donnyien recently posted..Don’t worry about tomorrow
thanks bro
sohoque recently posted..Penjelasan “Error: status unavailable” Di Whatsapp
setiap hari dan aktu..lebih2 lagi aktu solat kita memang patut dalam keadaan mengingati ibu bapa kita.
bukannya kena tunggu hari tertentu baru nak ingat.
Ladfe Amir recently posted..Tempoh Berpantang
amat setuju dgn bro…
Post yang sangat berkesan buat saya…Semoga dapat berbakti kepada ibu saya selagi masih ada masa..Terima kasih tuan
Kamilah recently posted..Vitamin Untuk Kanak-Kanak
terima kasih. moga sama2 kita mendapat restu ibubapa dan seterusnya restu Allah
sohoque recently posted..Applikasi Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus Kini Di Google Play
[…] pintu rezeki. Amalan-amalan sunnah seperti Solat Dhuha, Banyak bersedeqah, kekal dalam wudhuk, berbuat baik kepada ibubapa, tunaikan hajat orang lain dan sebagainya itu adalah amalan yang disukai Allah. Semoga membuat […]
[…] pintu rezeki. Amalan-amalan sunnah seperti Solat Dhuha, Banyak bersedeqah, kekal dalam wudhuk, berbuat baik kepada ibubapa, tunaikan hajat orang lain dan sebagainya itu adalah amalan yang disukai Allah. Semoga membuat […]