Hari ini adalah hari Jumaat, penghulu segala hari. Hari yang saya gunakan untuk membuat entri berkenaan agama dan Islam.
Hari ini kita sambung lagi berkenaan dengan Tips Murah Rezeki. Tips murah rezeki kali ini ialah selalu bersedeqah.
Sedeqah ini mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.”
(Riwayat ad-Daruquthni dari Anas .a.)
Harta yang dikurniakan dan dipinjamkan kepada kita ini sebenarnya bukan semuanya untuk kita. Sebahagiannya adalah hak orang lain yang memerlukannya.
Lalu Allah mewajibkan zakat untuk menunaikan hak orang lain ke atas harta yang dipertanggungjawabkan kepada kita.
Namun di antara zakat itu ada medium lain yang boleh juga kita salurkan kepada orang-orag yang memerlukan. Caranya ialah melalui bersedeqah. Amalan bersedeqah ini amat digalakkan di dalam Islam.
Lihat sahaja contoh sahabat-sahabat yang hidup sezaman dengan Rasulullah SAW seperti Usman Bin Affan, Umar Alkhattab, Aisyah dan lain-lain lagi.
Saidina Usman Bin Affan contohnya pernah meninfaqkan sebahagian besar hartanya untuk membiayai kos peperangan yang akan dihadapi oleh ummat Islam.
Saidatina Aisyah RA pula pernah dihadiahkan oleh khalifah di zaman pemerintahan khalifah selepas khulafa’ Al-Rasyidiin. Saya sudah lupa akan nama khalifah tersebut.
Aisyah ini apabila mendapat hadiah berupa wang yang banyak daripada khalifah sibuk membahagikan wang tersebut kepada orang ramai. Masanya seharian dihabiskan dengan membahagikan wang tersebut.
Hari itu beliau sedang berpuasa. Setibanya waktu berbuka puasa orang suruhannya menyediakan makanan untuk berbuka yang merupakan sebuku roti.
Lalu orang suruhannya bertanyakan kenapa tidak dibelinya daging untuk tujuan berbuka puasa.
Lalu Aisyah menjawab: “Kenapa engkau tidak mengingatkan aku semasa aku sedang membahagikan duit kepada orang ramai tadi. Sekarang duit itu sudah aku bahagikan semuanya tanpa aku tinggalkan kepada diriku sendiri. Jika engkau ingatkan aku tadi nescaya aku ambil sedikit untuk membeli daging”
Lihatlah para sahabat. Hartanya yang ada sibuk dibahagikan sehinggakan terlupa akan keperluan diri sendiri. Mereka ini telah dididik oleh Rasulullah secara langsung. Dan mereka menyedari besarnya pahala bersedeqah itu.
Berbalik kepada hadith diatas, Allah telah meletakkan janjiNya bahawa Dia akan melebihkan rezeki kepada sesiapa yang suka bersedaqah. Dan Dia juga akan menyempitkan rezeki kepada yang bakhil.
Jadi, untuk membuatkan Allah murahkan rezeki kita, jadikanlah amalan sedeqah ini sebagai amalan kita yang istiqamah. Lakukanlah dengan ikhlas sebagai menyatakan rasa kesyukuran atas rezeki yang Allah berikan kepada kita.
Untuk orang lelaki mulakanlah hari anda dengan bersedeqah. Selepas solat Subuh berjemaah, masukkanlah duit sekadar mampu ke dalam tabung masjid tempat kita solat. InsyaAllah jika kita istiqamah, kita akan nampak terus balasan rezeki yang Allah akan berikan kepada kita.
Saya banyak mendengar cerita daripada orang yang suka bersedeqah tentang rezeki balasan yang Allah kurniakan terus kepada mereka sejurus sahaja bersedeqah. Ini adalah janji Allah. Dan Allah tidak akan memungkiri janjiNya.
Sedeqah juga mempunyai kelebihan kelebihan yang lain selain daripada memurahkan rezeki. Semuanya dinyatakan secara jelas di dalam hadith. Di antara hadith-hadith yang membicarakan tentang kelebihan sedeqah ialah:
1. Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi S.A.W bersabda: “Pada setiap waktu pagi dan petang, dua malaikat akan turun kepada seorang hamba lalu salah satu daripada malaikat itu berkata:
‘Ya Allah! Berikanlah orang yang mengeluarkan nafkah (sedekah) suatu gantian. ‘Kemudian berkata malaikat yang lain: ‘Ya Allah! Berilah kepada orang yang menahan diri daripada mengeluarkan nafkah (sedekah) akan kebinasaan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
2. Daripada Muaz Bin Jabal r.a, Nabi S.A.W bersabda:
“Tidakkah kamu mahu aku tunjukkan kepada kamu pintu kebaikan: Puasa adalah pelindung,sedekah memadam kesilapan seperti air memadam api, dan seorang insan solat pada penghujung malam.”
(Hadis riwayat Al-Tirmizi dan Ahmad)
3. Daripada Uqbah bin Amir al-Juhani r.a, Nabi S.A.W bersabda:
“Setiap orang berada di bawah naungan sedekahnya sehinggalah diadili di antara manusia (pada hari kiamat).”(Hadis riwayat Ahmad)
4. Daripada Hakim bin Nizam r.a, Nabi S.A.W bersabda:
“Sedekah yang afdal adalah daripada lebihan keperluan.Tangan yang di atas (adalah yang memberi) lebih baik daripada tangan yang di bawah (tangan yang menerima).”
(Hadis riwayat Muslim)
5. Daripada Ummu Bujaid r.ha, beliau berkata:
“Wahai Rasullullah! Sesungguhnya orang yang miskin sering datang ke rumahku, tetapi aku tidak mempunyai sesuatu yang boleh diberikan kepadanya”. Maka rasulullah S.A.W bersabda: “Sekiranya engkau tidak mempunyai sesuatu untuk diberikan kepadanya melainkan kuku kuda yang telah terbakar maka hulurkanlah ke tangannya.”(Hadis riwayat Abu Daud dan Al-Tirmizi)
Bersedeqah mengundang rahmat Allah untuk memurahkan rezeki kita disamping kelebihan-kelebihan yang lain.
Jom jadikan amalan sedeqah amalan kita bersama.
Wallahua’lam.
sesungguhnya rezeki itu rahsia Allah.. pastinya tangan yang memberi akan menerima berlipat kali ganda ganjaran dari-Nya 🙂
Dkna Abza recently posted..BE Pertama Tahun 2013
betul tuuuu
sohoque recently posted..Tips Murah Rezeki: Selalu Bersedeqah
bersedekahlah walaupun seringgit.. dgn ikhlas.
Leeza dayasari recently posted..Hadiah Pilihan Untuk Kekasih dan Kawan?
betul tu leeza. pokok pangkalnya ikhlas…
sohoque recently posted..Tips Murah Rezeki: Selalu Bersedeqah
sedekah yg ikhlas akan menyuburkan rezeki..
tarmizi recently posted..Ucapan Selamat Tahun Baru 2013 Terbaik
Ya.. itulah mesej saya pada entri ini
sohoque recently posted..Perkhidmatan Jalur Lebar, Unifi Masih Yang Terbaik
[…] renungkan, ini mungkin balasan Allah kepada kita di atas amalan murah rezeki kita iaitu bersedeqah. Memang jika kita selalu bersedeqah Allah akan tolong kita dapatkan rezeki […]
[…] yang saya kongsikan di entri ini, Allah amat menyukai orang-orang yang pemurah dengan memberi sedeqah. Sebagai balasan Allah akan […]
[…] Namun niat mestilah ikhlas. Jangan niat kerana kita hendakkan sesuatu daripada dia. Niat untuk eratkan silaturrahim sesama saudara seislam. Insya Allah selain daripada silaturrahim semakin rapat terjalin insya Allah rezeki pon makin bertambah hasil daripada amalan ini. […]
[…] mudah datang kepada beliau. Ini antara salah satu puncanya. Petua yang pernah aku kongsikan pada entri ini sebenarnya aku dapat daripada […]
alhamdulillah..amalan yang mulia..semoga istiqamah dan menjadi amalan
Kasih Ibu recently posted..Masalah merokok..Atasi dengan Vivix
insyaAllah.. sama-sama kita mengamalkannya
[…] tadi, jangan cepat mengalah. Banyak lagi tips-tips kejayaan yang belum diamalkan. Tips dan amalan ini, ini dan ini perlukan amalan yang berterusan dan istiqamah. Ianya untuk mendekatkan diri kita […]
[…] Kelebihan sedeqah ini pernah aku sentuh dalam entri Tips Murah Rezeki: Selalu Bersedeqah. […]
[…] Kelebihan sedeqah ini pernah aku sentuh dalam entri Tips Murah Rezeki: Selalu Bersedeqah. […]
[…] amalkan petua murah rezeki ini. Tak payah pun nak buat. Moga ianya akan menjadi penyumbang pahala kepada kita secara […]
[…] Ramai yng sudah tahu tentang kelebihan sedeqah yang boleh membawa kepada rahmat Allah lantas menjadi penjemput rezeki kepada kita. Ramai yang sudah mngetahui tentang kuasa sedeqah yang menjadi salah satu daripada petua murah rezeki. […]
[…] doa dan sebagainya itu adalah untuk membuka pintu rezeki. Amalan-amalan sunnah seperti Solat Dhuha, Banyak bersedeqah, kekal dalam wudhuk, berbuat baik kepada ibubapa, tunaikan hajat orang lain dan sebagainya itu […]
[…] doa dan sebagainya itu adalah untuk membuka pintu rezeki. Amalan-amalan sunnah seperti Solat Dhuha, Banyak bersedeqah, kekal dalam wudhuk, berbuat baik kepada ibubapa, tunaikan hajat orang lain dan sebagainya itu […]
[…] ini merupakan salah satu cara untuk menjemput rezeki. Sedeqah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki sepertimana sabda […]
[…] Infaq (derma/sedeqah) […]