More

    Tips Murah Rezeki: Tunaikan Hajat Orang Lain

    Tunaikan hajat orang lain, inshaAllah Allah akan tunaikan hajat kita

    Assalamualaikum dan salam sejahtera.

    Episod tips murah rezeki saya teruskan lagi.

    Untuk kita dikurniakan rezeki yang murah oleh Allah S.W.T dari punca yang tidak disangka-sangka, salah satu caranya ialah kita selalu menunaikan hajat orang lain. Di dalam hidup ini ramai orang yang berhajat tetapi tidak mampu memperolehi hajat mereka kerana kekangan kewangan, masa dan sebagainya. Di sinilah adanya kita sebagai insan yang membantu mereka mencapai hajat mereka.

    Tunaikan hajat orang lain ini amat digalakkan di dalam Islam sehinggakan nabi S.A.W bersabda di dalam hadithnya yang bermaksud:

    “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…”
    (Riwayat Muslim)

    Demikian Islam mengajar penganutnya supaya tunaikan hajat orang lain untuk memudahkan kehidupan sesama insan. Mereka yang memerlukan berdoa supaya hajat mereka ditunaikan. Dan allah mengabulkan doa mereka dengan menggerakkan hati kita untuk menghulurkan bantuan.

    Sebagai ganjaran dengan sebab kita tunaikan hajat orang lain tadi, Allah menunaikan juga hajat kita. Ini akan disokong pula dengan kekuatan doa orang yang ditolong tadi kepada kita kerana membantunya.

    Pertolongan dari Allah akan datang dari pelbagai punca. Mungkin ada orang lain pula yang akan menolong kita, ataupun daripada perkara yang tidak terfikir oleh kita.

    Ayuh saudaraku. Kita amalkan sikap menolong saudara kita dengan tunaikan hajat mereka. Moga hajat kita tertunai sama.

    Latest articles

    Related articles

    15 Comments

    1. Salam, ya tunaikn permintaan kwn2. Akak menjemput rakan2 menyertai GIVEAWAY 001 CHEEZE MAZ .Link cara2 penyertaan ada di : http://cheezemaz.blogspot.com/2012/11/giveway-sempena-iphone-5-gadget-impian.html

      Jika tiada masa menyertainya, harap sangat2 dapat membantu akak dengan :
      1) Tekan butan G +1 bagi entry http://cheezemaz.blogspot.com/2012/11/iphone-5-gadget-impian.html
      2) Vote akak di denaihati. Cara nak vote akak ada di entry : http://cheezemaz.blogspot.com/2012/12/giveaway-001-tugasan-ke-2.html

    Leave a reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge