gambar cukai jalan

Tips Simpan Duit Untuk Membayar Insurans Dan Cukai Jalan Kereta Kita

Sesiapa yang mempunyai kereta mesti kena bayar cukai jalan dan insurans pada setiap tahun. Kecuali kereta tu tak digunakan di jalan raya. Memandu kereta tanpa cukai jalan dan insurans merupakan antara kesalahan besar jalanraya.

gambar cukai jalan

menggunakan kenderaan tanpa cukai jalan adalah satu kesalahan lalulintas yang berat

Sesiapa yang ada kereta, terutama kereta mewah pasti akan sedikit “terasa” apabila tiba masa untuk memperbaharui dan membayar cukai jalan dan insurans. Ini adalah kerana perbelanjaan tersebut tidak dirancang awal.

syarikat insurans kenderaan

antara syarikat pengendali insurans kenderaan pilihan

Jika ia dimasukkan di dalam pelan perancangan kewangan jangka masa pendek kita, pasti ianya tidak akan menjadi satu masalah kepada kita tika kita hendak membayar cukai jalan dan insurans kelak.

Antara tips ataupun langkah-langkah yang boleh diambil untuk dimasukkan sebagai pelan perancangan membayar cukai jalan dan insurans ialah:

  1. Main Kutu
    Cara ini agak popular di kalangan kita terutama yang berkerja di pejabat. Caranya ialah mereka mengumpulkan peserta seramai 12 peserta. Mereka akan melantik seorang ketua yang biasanya akan bertindak sebagai bendahari ataupun yang memegang duit sumbangan bulanan bagi pihak peserta.Setiap orang menyumbangkan jumlah duit yang dipersetujui bersama pada setiap bulan kepada bendahari. Biasanya selepas tarikh menerima gaji bulanan.Mereka kemudian menentukan giliran penerima duit bulanan. Giliran ini boleh ditentukan dengan sistem undian ataupun suka sama suka.Peserta dibenarkan mempunyai lebih daripada satu akaun. Jadi jika cukai jalan dan insurans melebihi jumlah yang akan diterima apabila tiba giliran seseorang peserta, mereka boleh lah membuka lebih akaun untuk tujuan urusan membayar cukai jalan dan insurans.Kelemahan cara ini ialah kemungkinan berlakunya penipuan agak tinggi. Pemegang duit ataupun bendahari boleh pada bila-bila masa untuk menipu dengan melarikan duit tersebut.Aku tak suka main kutu sebab aku rasa macam aku bayar duit untuk orang secara percuma je selepas habuan aku, aku habiskan. Hahahah
  2. Buat akaun bank khas
    Buka akaun bank yang khas untuk tujuan tersebut. Ini bagus untuk bagi yang sukar mengawal perbelanjaan mereka.Tentukan jumlah yang disasarkan untuk membayar cukai jalan dan insurans. Kemudian bahagi dengan 12. Masukkan amaun tu secara tetap ke akaun tersebut pada setiap bulan secara berdisiplin. Jangan dikurangi jumlah tersebut. Lebih tak apa.
  3. Suruh Isteri atau Ibu pegang duit
    Itu pun jika anda percaya kepada mereka. Buat macam akaun bank juga, Berikan kepada mereka pada setiap bulan. Jika ada duit yang lebih bagi je. Itu adalah lebih baik. Makin banyak diberi pada setiap bulan, makin cepat sasaran dicapai.
  4. Buka akaun dengan unit trust
    Untuk menggunakan cara ini, anda tidak boleh tetapkan sasaran untuk jangkamasa yang pendek. Sebab objektif pelaburan ini untuk jangkamasa yang panjang. Jadi apa yang anda boleh buat, buka akaun unit trust dengan amaun sekurang-kurangnya RM1000. Kemudian buat lah potongan secara autodebit daripada akaun bank ke akaun unit trust secara tetap sekurang-kurangnya RM100 pada setiap bulan.Nilai pelaburan ini akan meningkat daripada tahun ke tahun dengan kenaikan harga unit dan agihan (dividen) yang diberi.Keluarkan ataupun jual lah sebahagian unit tadi untuk kegunaan membayar cukai jalan dan insurans.
  5. Caj amaun insurans dengan kad kredit.
    Cara ini tidak dinasihatkan kepada yang tidak berdisiplin membayar kad kredit.Sesetengah bank membolehkan penggunanya menukarkan amaun insurans tadi kepada skim tanpa interest. Ini adalah yang terbaik. Sebaik sahaja kita caj kad kredit untuk amaun insurans, terus telefon bank kad kredit tersebut dan bagitau yang kita nak buat ansuran tanpa faedah.

Ini adalah sebahagian daripada cara-cara untuk merancang bagi membayar cukai jalan dan insurans pada setiap tahun.

Anda mesti ada cara anda yang tersendiri. Kongsikan lah di sini. Di ruangan komen yang disediakan.

19 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: