
Blogging industri sekarang tidak seperti dahulu. Dahulu belum ramai lagi bloggers. Sekarang bloggers dah ramai. Saban hari ada saja blog baru yang lahir.
Untung la bloggers otai yang terlebih dahulu mengorak langkah ke dalam industri ini. Bloggers seperti Red Mummy, Ben Ashari, Beautiful Nara, Denaihati, Eyriqazz, Shakiddo dan beberapa nama besar lagi telah lama menapak. Nama mereka pun sudah harum di kalangan pengiklan (Advertisers). Tugasan yang mereka dapat pun dibayar dengan harga yang lumayan.
Untuk bloggers baru, tidak banyak yang mereka boleh buat untuk terus mengorak langkah selain daripada istiqamah, disiplin dan terus belajar ilmu blogging. Mereka ini mesti menetapkan sasaran dan perancangan untuk terus maju dan bersaing sesama bloggers seangkatan dan bloggers baru.
Apa yang penting bloggers golongan baru ini harus memantapkan blog masing-masing dengan trafik yang tinggi di samping pandai menjenamakan blog masing-masing.
Ini adalah sebagai langkah untuk menarik pengiklan-pengiklan di luar sana supaya kenal dan mengambil anda untuk diberi tugasan.
Sementara menunggu blog mendapat sambutan dengan trafik yang tinggi, bloggers golongan baru ini tiada banyak pilihan selain daripada memilih Nuffnang sebagai pengiklan mereka. Ini adalah kerana Nuffnang tidak menetapkan syarat trafik tinggi untuk meletakkan iklan mereka.

Syarikat pengiklanan yang lain seperti Innity, Adverlet, Komli dan beberapa syarikat lagi menetapkan syarat trafik tinggi sebagai kelayakan untuk memohon untuk berkerjasama dengan mereka.

Tetapi ramai dikalangan bloggers ini hanya mendapat beberapa ringgit sahaja pendapatan daripada iklan Nuffnang ini. Banyak perbahasan yang telah dibuat sesama bloggers sehinggakan keluar artikel Iklan Di Blog: Nak Guna N Ke Tak? ini.
Pertemuan aku dengan Nuffnang Angels baru-baru ini memberi informasi baru dan mengesahkan apa yang aku buat sebelum ini.

Sebelum ini bermacam andaian yang aku buat. Bermacam-macam tips yang aku baca untuk mencari apakah yang membuatkan Nuffnang suka dan memilih blog kita untuk memberikan tugasan dan pendapatan yang lebih seperti CPUV, sponsored post dan jemputan ke event-event anjurannya.
Bermula daripada hari ini aku akan memberikan tips berdasarkan rumusan yang aku buat hasil daripada pertanyaan dan perbincangan aku dan beberapa orang bloggers seangkatan dengan pihak Nuffnang baru-baru ini.
Antara sebab blog kita mendapat pilihan daripada Nuffnang ialah:
- Setting Layout Blog Biarlah Nampak Professional
- Elakkan Menulis Blog Tentang Politik Dan Perkauman
- Selalu Kemaskini Borang Kaji Selidik Nuffnang
- Niche Blog Jangan Terlalu Luas
(Tips supaya disukai Nuffnang ini akan aku updates kan dari masa ke semasa)
Itu adalah antara yang aku ingat. Nanti kalau ada lagi aku akan tambah dari masa ke semasa. Setiap point tu aku link kan ke entri khas mengikut point tersebut. Sila klik link untuk penerangan lanjut.
Diharap tips ini memberi sedikit gambaran kepada bloggers terutama bloggers baru.
Layout profesional macamana tu ek bro? Boleh spesifik lagi tak?
amirnawawi recently posted..Sohoque.com Menawan Ruang Pejabat Nuffnang
tunggu penerangan selepas ini. aku akan buat satu persatu berserta dengan ulasan di entri lain… hahahahah. demo yg dah tau diam2 dah dulu.. hehehe
o itu ya salah satu dia punya syaratnya
onlajer recently posted..Kos Sebenar Pendawaian Elektrik : Point Dirumah
ya.. ada banyak lagi.. tunggu..
Ok nak tunggu penerangan lain yang lebih jelas.. 🙂
MJ slh seorang blogger yg masih setia dengan N.. ;D
Myra Jay recently posted..Terlupa!!
dah ada satu tu…
tahniah MJ. mesti byk dpt job dr NN ni…
Baru semangat nak baca sekali satu je baru keluar. Hehe
Hazmin Hamudin recently posted..Irfan Bakti Letak Jawatan Sebagai Jurulatih Selangor
hahahaha… ia akan direveal satu persatu bro… sbb aku akan buat entri khas untuk setiap point tu. kalau tak tak best la, point org dah tau
Nak tambah sikit, gunakan email promotions dari mereka sebagai senjata di blog kita…baru senang mereka bagi CPUV dan lain-lain lagi…..
Mohd Azuan recently posted..Sambutan Hari Raya Bersama Nuffnang Dan Papa John’s Pizza
ok.. good addition
Whoaaa…nampaknya ada post entry tips bersiri la nampaknya yea….. bagus nie
hazman aka species1980 recently posted..Saya nak masuk SMASHIES BURGER EATING Competition
heheheh.. kena ada strategy boss…
Layout blog aku ok tak?
hafizrahim recently posted..Mini Giveaway Blogger Kacak HafizRahim
kalau di mata aku dah ok bro.. neat, clean, tak serabut..
Xsabar nak tunggu entri seterusnya.. 🙂
sabar.. sabar.. ada 5 atau 6 tips lagi
untung laaaaa
nizam ijam recently posted..Lepak Di Myra Ariana Segamat..
memang untung bro. hehehehe
Gua punya ok x?
fazrol recently posted..Nak Ipad Mini dengan P1!
lu punya tak ok bro (hahahahah… mode: merajuk psl lu kedekut lisa surihani)
[…] Tips supaya disukai Nuffnang yang seterusnya selain daripada setting blog yang professional dan tidak terlibat dalam penulisan berbaur politik ialah kena selalu kemaskini borang kaji selidik Nuffnang. […]
Gd sharinh here..
For me nak N ke x nak ke terpulang masing2 punya kehendak. Bg saya ok jer as long N TEPATI JANJI.. KAN3
nurmisnan recently posted..Wordless Wednesday #78
ya kak. sy pon suka jer.. tambah2 lg skrg mmg tgh masyuk dengan nuffnang
[…] Ini adalah salah satu usaha ataupun tips supaya disukai Nuffnang. […]
Tips yg bagus. Boleh jadikan tips ni. Kena belajar lg.
Mama Aliaa recently posted..Woot! Woot! Rumahku Untuk Disewa..
byk tips psl nuffnang kat dlm ni. blh la baca buat panduan
[…] Aku sekali sekali akan memberikan tips untuk blogging dan tips untuk belajar SEO. Ia elah mendapat sambutan di kalangan pembaca blog aku. Salah satu tips blogging yang mendapat sambuan daripada pembaca ialah Tips Supaya Disukai Nuffnang. […]
[…] Mungkin kerana masa itu gaya penulisan aku sudah ada kemajuan sedikit berbanding daripada mula-mula aku ada blog dulu. Blog pun mungkin lebih kemas. Tapi yang paling membantu adalah aku amalkan cara-cara untuk disukai Nuffnang. […]