More

    Tips Supaya Disukai Nuffnang

    malaysian boggers
    bloggers malaysia sudah semakin ramai mewarnai industri blogging

    Blogging industri sekarang tidak seperti dahulu. Dahulu belum ramai lagi bloggers. Sekarang bloggers dah ramai. Saban hari ada saja blog baru yang lahir.

    Untung la bloggers otai yang terlebih dahulu mengorak langkah ke dalam industri ini. Bloggers seperti Red Mummy, Ben Ashari, Beautiful Nara, Denaihati, Eyriqazz, Shakiddo dan beberapa nama besar lagi telah lama menapak. Nama mereka pun sudah harum di kalangan pengiklan (Advertisers). Tugasan yang mereka dapat pun dibayar dengan harga yang lumayan.

    Untuk bloggers baru, tidak banyak yang mereka boleh buat untuk terus mengorak langkah selain daripada istiqamah, disiplin dan terus belajar ilmu blogging. Mereka ini mesti menetapkan sasaran dan perancangan untuk terus maju dan bersaing sesama bloggers seangkatan dan bloggers baru.

    Apa yang penting bloggers golongan baru ini harus memantapkan blog masing-masing dengan trafik yang tinggi di samping pandai menjenamakan blog masing-masing.

    Ini adalah sebagai langkah untuk menarik pengiklan-pengiklan di luar sana supaya kenal dan mengambil anda untuk diberi tugasan.

    Sementara menunggu blog mendapat sambutan dengan trafik yang tinggi, bloggers golongan baru ini tiada banyak pilihan selain daripada memilih Nuffnang sebagai pengiklan mereka. Ini adalah kerana Nuffnang tidak menetapkan syarat trafik tinggi untuk meletakkan iklan mereka.

    logo nuffnang
    Syarikat pengiklanan Nuffnang tidak menetapkan syarat trafik kepada bloggers

    Syarikat pengiklanan yang lain seperti Innity, Adverlet, Komli dan beberapa syarikat lagi menetapkan syarat trafik tinggi sebagai kelayakan untuk memohon untuk berkerjasama dengan mereka.

    logo innity
    Innity

    Tetapi ramai dikalangan bloggers ini hanya mendapat beberapa ringgit sahaja pendapatan daripada iklan Nuffnang ini. Banyak perbahasan yang telah dibuat sesama bloggers sehinggakan keluar artikel Iklan Di Blog: Nak Guna N Ke Tak? ini.

    Pertemuan aku dengan Nuffnang Angels baru-baru ini memberi informasi baru dan mengesahkan apa yang aku buat sebelum ini.

    #lepakbersamanuffies
    emel jemputan untuk event #lepakbersamanuffies

    Sebelum ini bermacam andaian yang aku buat. Bermacam-macam tips yang aku baca untuk mencari apakah yang membuatkan Nuffnang suka dan memilih blog kita untuk memberikan tugasan dan pendapatan yang lebih seperti CPUV, sponsored post dan jemputan ke event-event anjurannya.

    Bermula daripada hari ini aku akan memberikan tips berdasarkan rumusan yang aku buat hasil daripada pertanyaan dan perbincangan aku dan beberapa orang bloggers seangkatan dengan pihak Nuffnang baru-baru ini.

    Antara sebab blog kita mendapat pilihan daripada Nuffnang ialah:

    1. Setting Layout Blog Biarlah Nampak Professional
    2. Elakkan Menulis Blog Tentang Politik Dan Perkauman
    3. Selalu Kemaskini Borang Kaji Selidik Nuffnang
    4. Niche Blog Jangan Terlalu Luas

      (Tips supaya disukai Nuffnang ini akan aku updates kan dari masa ke semasa)

    Itu adalah antara yang aku ingat. Nanti kalau ada lagi aku akan tambah dari masa ke semasa. Setiap point tu aku link kan ke entri khas mengikut point tersebut. Sila klik link untuk penerangan lanjut.

    Diharap tips ini memberi sedikit gambaran kepada bloggers terutama bloggers baru.

     

    Latest articles

    Related articles

    28 Comments

    Leave a Reply to hafizrahim Cancel reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge